endus Publish time 29-7-2012 09:39 PM

bgaimana proses pencen berjalan ye ?

mahu tanya la ....bagaimana ye proses pencen kakitangan awam tu berjalan ye ? ....
ada orang kata proses pencen tu berjalan selama 6 bulan baru dapat pencen ...
macam mana ye ?

moyas Publish time 31-7-2012 06:31 AM

berkenaan dengan pencen bole lihat disini.
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=1&ved=0CFYQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.agc.gov.my%2FAkta%2FVol.%25205%2FAkta_227.pdf&ei=vAoXUJeMFdHrrQfbloHQCg&usg=AFQjCNH1a89of4meuRyjW3MqDBj9O8mtVQ&sig2=KUVsrOFX3-oTpmOl3HRiaA

tokwan_jantan Publish time 1-8-2012 10:04 AM

kalau kata proses pencen ni dia mula dari kita masuk kerja... (kalau proseslah!) kalau proses pembayaran pencen... lain pulak ceritanya!... tokwan rasa yg ditanya adalah proses pembayaran pencen... betul ke tidak?... seseorang yg nak pencen... kurang2 dalam masa 2 tahun lagi, dia kena pergi jumpa bhg sumber manusia jabatan dia... pertama, dia kena semak buku rekod perkhidmatan dia, orang dah buat kemas kini ke tidak... yg paling penting ditengok, ada tak catatan2 tentang pelantikan, sah jawatan, naik pangkat,dan pergerakan gaji tahunan... catatan tentang perkara ni kena dipastikan dikemaskinikan dan tak silap... yg kedua, buat pengisytiharan harta... isi borang pengisytiharan harta... yg ketiga, semak rekod2 cuti kita... khususnya rekod cuti yg dikumpulkan utk faedah pencen, ada direkodkan atau tidak, jika dah rekod, tepat ke tidak... ini tanggungjawab pegawai yg nak pencen tadi... rekod perkhidmatan dan rekod cuti ini kena semak sebab rekod ni lah yg akan dihantar oleh jabatan ke Bhg Pencen JPA... pengiraan pencen, gratuiti dan bayaran cuti... dibuat berdasarkan rekod2 tsb... kalau rekod tak kemas kini, tak lengkap...yg susah kitalah!...
Bila sudah settle pasal rekod2 perkhidmatan, pegawai yg nak pencen tu kena pulak pergi ke LHDN dan KWSP... pergi LHDN untuk semak mana2 incometax yg kita tak declare dan tak bayar... kita kena buat settle dgn LHDN... kalau tak settle pasal incometax dgn LHDN, LHDN boleh buat arahan tangguh pembayaran pencen sehingga settle incometax...
pergi KWSP untuk semak akaun KWSP, sama ada kita ada terlebih ambik dengan KWSP ke tidak... apabila kita settle di kedua2 tempat ni, satu surat akan dikeluarkan oleh LHDN dan KWSP kpd jabatan kita... kita pun akan dapat satu salinan... surat yg mengesahkan kita ni bebas hutang incometax dan bebas terambik duit lebih KWSP... begitulah!...
setahun sebelum kita pencen, bhg sumber manusia di jabatan kita akan bagi kita borang2 yg berkaitan dgn pencen... rekod peribadi, waris/penamaan, akaun dsb... yg perlu diisi lengkap berserta salinan2 dokumen yg dikehendaki... biasalah ic, surat beranak, surat nikah, surat cerai dsb... isi lengkap dan kembalikan ke bahagian sumber manusia... khususnya borang waris ni... borang ni sangat penting... kot pendek umur, tak isi borang waris ni, tak merasa waris kita dapat pencen... waris ni... isteri (isteri2... kalau lebih dpd seorang... (yg dikahwini sebelum pencen))... anak (yg di bawah 18 tahun (anak kandung dan anak angkat yg berdaftar... anak tiri tak boleh!)...
patutnya bila kita dah siap semua perkara tu, pembayaran pencen kpd kita tak jadi masalah... paling lambat dalam masa 3 bulan selepas pencen, akan terimalah waran pencen... kadang2 pegawai yg nak pencen tu dah siang2 settlekan apa yg patut, bahagian sumber manusia pulak buat tahi... patut 6 bulan sebelum pegawai tu pencen, segala dokumen pegawai tu kena hantar ke bhg pencen JPA tapi depa tak buat... pegawai dah pencen baru dokumen depa hantar... maka, jadi lambatlah... jadi, kena merisik khabar juga dgn bhg sumber manusia... apa cerita proses pencen saya... begitu!...
begitulah secara ringkas saya boleh cerita pasal proses pembayaran pencen ni... kalau semua berjalan mengikut aturan, insyaAllah, dlm 3 bulan dah boleh merasa duit pencen...

tabasco Publish time 1-8-2012 06:59 PM

akun tak pasti la..tapi mak aku dapat pencen xde la sampai 6 bulan..amik masa sikit dalam 2 bulan kot.

endus Publish time 4-8-2012 05:51 PM

tokwan_jantan posted on 1-8-2012 10:04 AM static/image/common/back.gif
kalau kata proses pencen ni dia mula dari kita masuk kerja... (kalau proseslah!) kalau proses pembay ...

lama juga ye ...aku ingat on the spot je ...
macam mana la agak nya ye dalam usia 60 tahun ....nak tunggu 4-6 bulan nak dapat pencen ...

endus Publish time 6-3-2016 06:42 PM

kalo dulu kita pakai borang ... sekarang kita guna pakai HRMIS ...
jadi mcm mana prosedur ye

bangcak Publish time 4-4-2016 03:13 PM

Edited by bangcak at 4-4-2016 03:16 PM


As salam..n salam sejahterakepada bakal-bakal pesara dan berpencen serta
berani shj...

untuk perkongsian dan penjanaan minda hari ini..

Antara kelebihan kerja dlm kerajaan adalah kita akan memperolehi pencen
sewaktu kita bersara. Walau bagaimanapun secara umumnya ramai yg kata
kita rugi sebab bila kita pencen pada umur60 tahun, kita hanya ada
beberapa tahun sahajautk kita menikmati pencen tersebut
sebelum meninggal dunia..

contohnya mungkin 5 tahun sahaja. Selepas kita meninggal dunia pencen
tersebut akan diserahkan kpd isteri kita yg mungkin umur pun sama dgn
kita dan mungkin dia hanya menikmati 1 tahun sahaja sebelum dia pun
meninggal dunia. Selepas isteri meninggal dunia, pencen itu layak diserahkan
kpd anak yg dibawah 21 tahun kecuali bagi anak yg sedangbelajar sehingga
tamat ijazah pertama. Tapi bila umur dah 65 tahun tak mungkin ada lagi
anak yg layak.

Jadi bagaimanakah caranya agar kita dpt lebih untung dan pencen ini dapat
diwariskan kpd generasi yg akan datang dankepada waris kita yg sah mungkin
utk 20 hingga 40 tahun yg akan datang???

Kalau tuan2 rasa patut agar pencen ini dpt diwariskan 20, 40 tahun atau lebih kpd
waris tuan2 yg akan dtg dan secara langsung akan menjadi sumber pendapatan
kepada waris tuan2 utk tempoh tersebut.. tuan2 kena melakukan sesuatu..

Kalau tuan2 bersetuju dgn saya dan tindakan yg boleh tuan2 lakukan ialah pastikan
tuan2 berkahwin sekali lagi sebelum tuan2 bersara.. sebaik2nya dgn gadis berumur
20 tahun.

Kalau tuan2 melaksanakannya selepas tuan2 dan isteri pertama meninggal, pencen
tuan2tersebut akan diserahkan secara penuh kpd isteri baru tuan2 sehingga beliau
meninggal dunia (mungkin selepas 40 tahun menikmati pencen tuan pada umur
60 tahun) dan anak2 tuan2 yg baru. Kena kahwin sebelum pencen kerana kalau
kahwin selepas pencen isteri yg baru hanya layak dpt pencen 20 tahun sahaja dpd
tarikh TTP.

a) membahagikan rezeki sesama manusia.
b) pahala berpanjangan
c) berbaloi kerja hingga umur 60 tahun

Adakah anda yg dah tua nak pencen masih takut atau berani?
Beristeri bukan satu jenayah..cuma kiamat kecil. Disebaliknya ada nikmat
....inshaallah berani.

Pages: [1]
View full version: bgaimana proses pencen berjalan ye ?


ADVERTISEMENT