Nicki_Meow Publish time 3-9-2012 09:18 AM

auntieagony posted on 2-9-2012 11:58 PM static/image/common/back.gif
Salam...

Produkherba.... Nak belon jugak! Nak entry ler....


Impotent? :shutup:

Huhuhuhu....

Herbs.... nak lagi....


auntieagony Publish time 3-9-2012 09:23 AM

Nicki_Meow posted on 3-9-2012 09:18 AM static/image/common/back.gif
Impotent?

Huhuhuhu....


ED ker? warrghhh.... takkan kot! Kesian kat Mai, dahlah lama berpuasa batin....

Produkherba, sila cepat bagi jawapan sebelum byk lagi teka-teki timbul....

Entry pls....

produkherba Publish time 3-9-2012 12:31 PM

Deringan telefon yang bertalu-talu membuatkan Mak Pah terkocoh-kocoh membuka mangga pintu gril rumahnya. Hatinya geram juga mengenangkan manusia mana yang menelefon waktu begini, waktu orang balik tarawih. Namun perasaan geram terus bertukar kepada risau apabila nombor Izhar naik pada telefonnya.

“Assalamualaikum mak” girang bunyi Izhar memberikan salam kepada Mak Pah. Mak Pah pula terdiam mendengarkan suara Izhar yang dirasakan pelik. Apahal anak aku riang sangat ni fikirnya

“Har oookay sangat mak” balas Izhar sambil dengan suara yang begitu teruja.

“Betul ni? Har ni nakutkan mak la. Apa ceritanya ni?” Mak Pah membawa cordless phone ke bilik sambil menggayutkan telekung di belakang pintu.

“Har nak kahwin mak” ayat penyata Izhar hampir-hampir membuatkan Mak Pah tersenolet di tepi katil yang baru aja dihampiri. Pantas tangannya memegang birai katil bagi menyeimbangkan tubuh yang tidak stabil. Mak Pah menarik nafas seketika sambil mencari bearing.

“Har” panggil Mak Pah sambil menarik nafas menenangkan diri.

“Hmm... mak tak suka ya? Sorry mak” sedih aja bunyinya Izhar meminta maaf dengan anggapan hasrat hatinya tidak dipersetujui si ibu.

“Har nak kahwin? Betul ke apa yang mak dengar ni?” Mak Pah beria-ia memasang telinga menantikan jawapan sebaik soalan yang berlegar-legar di fikiran dilauahkan senafas aja.Berita yang diterima menimbulkan kerisauan yang bukan sedikit kepada Mak Pah namun untuk menyoalkan kewajaran hasrat si anak bukan sekali.Ganggang telefon dijauhkan sedikit takut si anak terkesan deru nafas yang agak berat.

“Ya mak.Anak mak ni dah jumpa bakal menantu mak.Minggu ni Har balik jemput mak, kita jumpa bakal menantu mak” Nada suara yang beria-ria menyakinkan Mak Pah bahawa hati si anak selama ini kosong mula terisi.Dalam risau ada rasa gembira yang tumbuh di hati Mak Pah.

“Yalah Har.Nanti mak kacaukan wajik” balas Mak Pah.

“Bulan puasa la mak.Takyah susah-susah.Dah jadi menantu mak nanti, mak kacau la wajik, beras rendang... ada mak member masa ngacau tu” Izhar mula terbayang bagaimana rupanya Aina yang terselit di celah Maimuna dan Mak Pah yang sibuk mengacau wajik di dapur.

“Har? Diam pulak dia.Bulan-bulan puasa ni jangan berangan yang bukan-bukan.Penat puasa tak dapat apa-apa”risau juga Mak Pah kalau-kalau si anak berangan yang bukan-bukan.Yalah umur Izhar bukannya muda lagi, kalau orang lain yang sebayanya dah berderet anak.

“Ish mak ni... ke situ pulak” sambil tergelak kecil Izhar menafikan apa yang merisaukan Mak Pah.

“Har nak balik ambik mak bila? Senang mak nak berkemas nanti” soal Mak Pah sambil tangannya mencapai sikat di meja sebelah katil.Rambut yang elok bersiput diuraikan sebelum disikat.

“Dalam minggu ni rasanya.Apa-apa nanti Har call semula ya mak”

“Amboi cepatnya.Anak dara mana yang buatkan anak mak ni tak nyempat-nyempat?” musykil pula Mak Pah dengan rancangan Izhar.
Alamak, anak dara?Maimuna mak kepada anak dara, macam mana ni... fikir Izhar.Dalam pada itu sempat pula Izhar membayangkan Maimuna tidak ditolak emaknya hanya kerana bukan lagi berstatus anak dara.Ish, sadis sungguh.Alahai, kalau mak tolak tak kahwin la aku.Kesian Aina, tak dapat papa main dengan Aina lagi.

“Har? Berangan pulak dia.Ai, sejak bila anak mak pandai berangan ni?” Mak Pah pura marahkan si anak yang dah mula pandai berangan.Dalam hati gembira juga Mak Pah sebab nak menerima menantu.

“Sejak kenal bakal menantu mak la.Nanti Har balik jemput mak.Okey la mak.Dah malam ni.Mak tidur ya.Har sayang mak”

“Yalah, mak pun sayang Har.Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam mak” jawab Izhar lantas gagang telefon diletak.

Mak Pah memandang lama ke arah telefon sebaik perbualan ditamatkan.Walaupun gembira dengan berita yang disampaikan, hati Mak Pah risaukan penerimaan bakal isteri Izhar apabila mereka berkahwin nanti.Pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik buat Izhar bisik hati kecilnya.

produkherba Publish time 3-9-2012 12:34 PM

auntieagony posted on 3-9-2012 09:23 AM static/image/common/back.gif
ED ker? warrghhh.... takkan kot! Kesian kat Mai, dahlah lama berpuasa batin....

Produkherba, s ...

amboi auntie, kemain lagi dia.mentang2 la maulana dah selamat.

produkherba Publish time 3-9-2012 12:35 PM

Nicki_Meow posted on 3-9-2012 09:18 AM static/image/common/back.gif
Impotent?

Huhuhuhu....


nicki... gi selamatkan fandi dulu... lama2 kang fandi lak ed

produkherba Publish time 3-9-2012 12:36 PM

auntieagony posted on 2-9-2012 11:58 PM static/image/common/back.gif
Salam...

Produkherba.... Nak belon jugak! Nak entry ler....


auntie akan ternganga bila tahu...

produkherba Publish time 3-9-2012 12:38 PM

Jaza2008 posted on 30-8-2012 11:36 PM static/image/common/back.gif
salam PH... sory tak smpat nak jenguk sini....

takde mod, janji jengah... herb tak kecik hati :bye:

auntieagony Publish time 3-9-2012 01:08 PM

produkherba posted on 3-9-2012 12:36 PM static/image/common/back.gif
auntie akan ternganga bila tahu...

Di usia begini, susah nak buat auntie ternganga.... So suspense u..... Dlm minda auntie ni, dah start fikir mengarut2 ni, baik jerlah produkherba sambung entry.... ;P

produkherba Publish time 3-9-2012 01:20 PM

auntieagony posted on 3-9-2012 01:08 PM static/image/common/back.gif
Di usia begini, susah nak buat auntie ternganga.... So suspense u..... Dlm minda auntie ni, dah st ...

ala... herb baru aja nak buat auntie ternganga... camna ni

auntieagony Publish time 3-9-2012 01:23 PM

produkherba posted on 3-9-2012 01:20 PM static/image/common/back.gif
ala... herb baru aja nak buat auntie ternganga... camna ni

Well.... never say never kan.... Mana tau ada lagi rahsia2 tersembunyi yg di luar pengetahuan auntie? Pls entertain me... Kalau tak nganga pun, auntie buat2 takajuit ok.... ;P

Dah sambungler cerita... Organ tang mana kat Izhar tu yg OKU nya? Tak sabar nak tau ni.... :P {:1_563:}

wardah75 Publish time 4-9-2012 03:42 PM

alahhhhh , sambung lah panjang-panjang

sarizu Publish time 4-9-2012 07:07 PM

suspen sungguh!

next!

nhid_tam Publish time 4-9-2012 08:55 PM

nti sambung lg yer...:)

wasap Publish time 5-9-2012 09:15 AM

tersenolet di tepi katil >>>> pertama kali dengar... hahahaaa

ladyFinger12 Publish time 5-9-2012 10:27 AM

wasap posted on 5-9-2012 09:15 AM static/image/common/back.gif
tersenolet di tepi katil >>>> pertama kali dengar... hahahaaa

;P apa makananya ekkk??

wasap Publish time 5-9-2012 10:32 AM

ladyFinger12 posted on 5-9-2012 10:27 AM static/image/common/back.gif
apa makananya ekkk??

terpeleot kot Lady.,...hahaha:lol:

yaya4075 Publish time 6-9-2012 10:35 AM


cepat la......

hotmum Publish time 6-9-2012 11:09 AM

herb ... sambung la ... :lol:

meroyan nak baca ... hehehehe

redsentra Publish time 11-9-2012 09:22 AM

Herb......silalah sambung..camsunyi je ni

el-ain Publish time 11-9-2012 09:24 AM

sambung2.. maimuna nk k kat izhar ni? btw, novel lama aritu dh smbung ke produkherba?:loveliness:
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7
View full version: Belon Sayang-[U]


ADVERTISEMENT