midory Publish time 23-7-2012 01:11 AM

Khasiat Makan Buah Sebelum Makan Berat

http://mnh-cdn1.mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/03/Khasiat-Makan-Buah-Sebelum-Makan-Berat.jpg


Kebiasaannya, orang ramai menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai menjamah makanan berat setiap hari tidak kira untuk santapan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa.

Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat.

Pernahkan anda berasa mengantuk selepas menjamah nasi di waktu makan tengah hari?

Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita merasa mengantuk.

Jadi, sudah tentu selepas menjamah nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.

Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Seperti buah epal, jika dikupas kulitnya dan dibiarkan seketika, buah epal itu akan berubah warna dan akan menjadi busuk jika tidak diusik. Keadaan itu sama juga digambarkan seperti perut kita.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja kuat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam untuk diproses. Sekiranya buah-buahan dimakan selepas menjamah nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Jadi, eloklah kiranya kira menukar tabiat pemakanan kita dengan meletakkan buah-buahan hidangan awal sebelum kita menjamah makanan berat.
credit to suarapeople.

Last edited by midory on 30-3-2013 10:39 AM

lil_honey Publish time 4-8-2012 07:27 PM

hari tu pegi kursus wellness..

memang kena makan buah dulu sebelum makan berat..buah tuk untuk merangsang enzim dalam perut tu..supaya lebih byk kuar bila makanan berat masuk dalam perut.

salimrock Publish time 19-11-2012 03:05 PM

wa mmg amalkan makan macam ni...

kecuali kalo chinese course...diorang hidang desssert atau buah last...

kalo kat buffet@ kenduri...wa makan buah dulu..

kupetik Publish time 20-11-2012 11:14 AM

setuju... sunnah tu :)

baya424 Publish time 20-11-2012 12:21 PM

good info !!!

ayahlang Publish time 20-11-2012 02:52 PM

dah lama amalkan.

Dark_Vampire Publish time 20-11-2012 05:58 PM

gud info..................

sapeka Publish time 20-11-2012 10:09 PM

wahh
saya penggemar buah-buahan
sedap dansangat2 menyelerakan

Hessa Publish time 21-11-2012 12:22 PM

emm..sedap pulak tgk buah kat gmbr tu..:lol:

clarizsa Publish time 21-11-2012 03:55 PM

i suka mkn buah tomato n buah cili bersama nasi... nenas pun sedap gak.. :-)

kia_mora Publish time 28-9-2013 03:17 PM

one of Sunnah Nabi...:loveliness:

suterabiru123 Publish time 13-11-2013 09:52 PM

tq good info

emelia1509 Publish time 3-1-2014 03:02 AM

banyak ajaran nabi diterbalikkan orang barat...

missnina Publish time 23-2-2014 11:27 PM

saya pun penggemar buah-buahan
setiap minggu g pasar malam mesti nak top up stok buah

cindelira Publish time 18-3-2014 11:01 AM

ikut sunnah nabi mmg kene makan buah dulu...oh sedapnya makan buah...tp sebab sibuk keje n malas campak dlm blender jadila jus :loveliness:

yayah8989 Publish time 19-6-2014 12:53 PM

gud info!!!!! tq
Pages: [1]
View full version: Khasiat Makan Buah Sebelum Makan Berat


ADVERTISEMENT