midory Publish time 23-7-2012 12:50 AM

Kurang Aktif Punca Cepat Mati

http://mnh-cdn.mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Kurang-Aktif-Punca-Cepat-Mati.jpg

Arab Saudi – Satu kajian yang dijalankan oleh Lancet Medical Journal mendapati penduduk di Arab Saudi merupakan penduduk ketiga di dunia yang paling malas dengan 68.3 peratus golongan dewasanya tidak bersenam.

Ia sekali gus menjadikan Arab Saudi berada di dalam kedudukan ketujuh dalam senarai penduduknya yang menghidap kencing manis.

Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga berada dalam senarai 10 teratas.

Namun tempat teratas dan kedua masing-masing dimonopoli oleh Malta dan Swaziland.

Akhbar tempatan Arab Saudi, Al Watan melaporkan, hasil kajian berkenaan juga mendapati kekurangan senaman di kalangan penduduknya menyebabkan meningkatnya penyakit.

Kajian itu, yang menggunakan data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WTO) juga mendapati kurang senaman atau tidak aktif juga menyebabkan kira-kira lima juta penduduk di seluruh dunia meninggal dunia setiap tahun.

Terma tidak aktif dalam kajian itu merujuk kepada tiga perkara iaitu tidak melakukan langsung aktiviti berjalan kaki selama 30 minit sekurang-kurangnya lima kali seminggu, tidak melakukan gerakan selama 20 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu serta tidak melakukan langsung gabungan dua perkara berkenaan.

Punca tidak aktif itu dikenalpasti kerana menghabiskan masa terlalu lama dalam kereta atau depan komputer.

Laporan kajian juga menunjukkan satu atau dua generasi lalu, iaitu penduduk asal negara teluk, mendapat sumber pendapatan dengan bekerja keras termasuk menjadi nelayan, gembala kambing dan pencari batu mutiara.

Keadaan ini menuntut mereka bergerak lasak dan aktif.

Bagaimanapun pembangunan pesat negara teluk akibat penemuan minyak, telah menukar corak kehidupan di rantau tersebut.

Kajian oleh Lancet Medical Journal itu diterbitkan sempena sukan Olimpik London yang akan bermula pada 27 Julai ini.

Ia juga mendapati kekurangan senaman menjadi punca penyakit termasuk 5.3 juta kematian akibat merokok.

Satu daripada 10 kematian di dunia disebabkan penyakit jantung, kencing manis dan kanser payu dara.
credit to suarapeople
Last edited by dauswq on 30-3-2013 01:30 AM

wrdzin Publish time 25-7-2012 02:33 PM

Mmg pun.........

suamsejuk Publish time 18-11-2012 12:15 PM

sbb tu minah2 arab lpas kawin badan gemok gedempol

fly_in_d_sky Publish time 19-11-2012 02:42 PM

huuuu kalau diorang makan, penuh semeja
cuma bergantung family tu cam ner
kekadang 3-5 orang makan macam 10 orang
tapi tak dinafikan orang arab badan besar-besar


faris_ilhami Publish time 19-11-2012 07:43 PM

nak hidup lama kene jadi macam kura2.. kura2 jalan pelan2, makan pelan2, bt apa2 pun pelan2 xgopoh.. sebab tu dia blh hidup sampai 200 tahun. kekdahnya..

nurinazm Publish time 20-11-2012 08:53 AM

alaaa camne ni aku pun tak aktif.. :funk:

mas999 Publish time 20-11-2012 01:47 PM

aku pon....dok umah depan lap top jek....cepat mati la aku ni

azifah84 Publish time 20-11-2012 08:03 PM

arwah member aku penah cte...
masa dia keje kat KFC...
ada sorang mamat arab beli satu bucket ayam
ingat dia nak bungkus makan kat umah ke coz dia dtg sorang2
skali tgok.... {:1_273:}
makan kat situ sorang2...
abis plak tu...lichin......!!!! :shakehead3::shakehead3:
dasat....dasat....

Dark_Vampire Publish time 21-11-2012 10:09 AM

start bersenam by today{:mllalala:}

hAzEL^nut Publish time 22-11-2012 08:47 PM

huwaaaaaaaa.... :'( moga kita pun tak mati ke'lembab'an..

darliana90 Publish time 22-12-2012 12:30 AM

hohh kena bersenam selalu ni.. esok nk bgun joging r {:mlexercise:}

darliana90 Publish time 22-12-2012 12:31 AM

suamsejuk posted on 18-11-2012 12:15 PM static/image/common/back.gif
sbb tu minah2 arab lpas kawin badan gemok gedempol

xsemestinya... pas kwen hormon sesetengah ppuan akan brubah :)

mrundefined Publish time 4-1-2013 04:35 PM

Lemak² boleh dinyahkan sekiranya banyak berfikir @ bnyk senaman. Maybe dorang tak bnyk berfikir dan tak bnyk senaman.. uhhhhhh =,=

mute Publish time 16-1-2013 03:16 PM

duduk dalam ekon yang sejuk juge boleh memecahkan lelemak, ade 1 kajian tu la aku x ingat ak bc kat mane {:smileo

suzilah Publish time 23-1-2013 06:09 AM

Jom senam!

em_zfreak0 Publish time 18-2-2013 03:16 PM

dok mengumpul instead of membakar kolestrol...huhuh

biopure Publish time 19-2-2013 10:42 AM

iyer ke ??

Pages: [1]
View full version: Kurang Aktif Punca Cepat Mati


ADVERTISEMENT