bluezink Publish time 22-7-2012 01:23 PM

Kereta hibrid jadi kereta lumba...

http://autoforcar.com/wp-content/uploads/2011/06/Nissan-Leaf-Nismo-RC-Concept-front-side-img-1024x680.jpghttp://farm6.staticflickr.com/5278/5875921973_df834c4cb6.jpg


Nssan LEAF NISMO RC jentera perlumbaan elektrik masa depan
youtube]FRZBbnBf6iY
Bb0KGkBsccg
Nissan LEAF seperti mana yang kita tahu merupakan sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya, dicipta untuk bergerak menggunakan tenaga elektrik, lebih mesra alam sekitar dan kelihatan lembut secara luaran dan dalaman. Tetapi bagaimana jika NISMO, divisyen perlumbaan milik Nissan melakukan sesuatu terhadap model elektrik itu? Hasilnya ialah Nissan LEAF NISMO RC, singkatan RC untuk ‘Racing Competition’, bermakna ianya dibangunkan untuk berlumba di litar, sesuatu yang sangat menarik.

Menurut Carlos Tavares, Pengerusi Nissan America, Nissan LEAF NISMO RC boleh menjadi makmal ujian dalam pembangunan kenderaan EV dan sistem aerodinamik, serta menjadi platform yang berguna untuk pembangunan jentera hijau terbaru dalam siri sukan bermotor. Model kereta elektrik perlumbaan itu akan menyertai dan mempamerkan beberapa siri demontrasi dalam sukan bermotor sepanjang 2011 ini, dengan Nissan menjadi pelopor kepada pertandingan dalam siri perlumbaan melibatkan jentera dengan spesifikasi sifar emisi beberapa tahun lagi.

Nissan LEAF NISMO RC dibangunkan sebagai kereta perlumbaan sebenar, rekaan dan binaannya melibatkan pembuatan badan monokok karbon fiber. Warna biru NISMO dan grafik Zero Emission menghiasi latar belakang berwarna Pearl White yang dilayangkan ke atasnya melengkapkan pandangan exterior model itu. Nissan LEAF NISMO RC berdiri di atas rim tayar enam bilah 18 inci dengan tayar perlumbaan P225/40R18 Bridgestone. Dimensi LEAF versi perlumbaan ini juga telah berubah, jarak roda lebih pendek 3.9 inci, lebih panjang 0.8 inci dan lebih lebar sebanyak 6.7 inci. Paling dramatik, ketinggiannya lebih rendah 13.8 inci berbanding LEAF versi produksi.

Jarak kelegaan bumi bagi LEAF NISMO RC dihadkan kepada 2.4 inci, berbanding 6.3 inci untuk versi produksi biasa. Dengan berat terkini 938kg, pengurangan daripada model asal lebih kurang 40 peratus. Perbezaan lain turut melibatkan perpindahan lokasi pek bateri, motor elektrik dan inverter ke bahagian ‘mid-ship’, dengan pacuan berubah kepada roda belakang berbanding roda depan untuk LEAF versi pengeluaran kilang. LEAF NISMO RC turut menggunakan suspensi double wishbone rekaan depan dan belakang dan imbangan brek boleh laras untuk pemandu.

Seperti Nissan LEAF versi produksi, ianya dikuasakan bateri ion-lithium yang terdiri daripada 48 modul kompak dan AC 80kW dengan respon pantas, mampu menjana 107hp dan 280Nm tork. Ianya boleh dicas sehingga 80 peratus daripada kapasiti penuh dalam tempoh 30 minit menggunakan port pengecas pantas tersedia di belakang. Tidak seperti jentera perlumbaan lain, NISMO RC tiada hujung paip ekzos, tiada emisi CO2 atau pengeluaran gas rumah hijau lain apabila dipandu, dan tiada bunyi ekzos.

Ujian awal menunjukkan NISMO RC menghasilkan pecutan dari 0-100km/j dalam tempoh 6.85 saat dan kelajuan maksimum mencecah 150km/j. Dalam situasi perlumbaan di litar, jentera ini boleh bersaing dalam tempoh 20 minit. Jentera perlumbaan elektrik ini akan membuat kemunculan pertama di New York International Auto Show 2011 pada 20 April 2011, bertujuan membawa definisi baru pada istilah “Racing Green"
sos:the Nissan LEAF NISMO RC

assaffah Publish time 24-7-2012 11:44 AM

Cantik kereta ni

arel_ahmad Publish time 28-7-2012 11:34 PM

kete nih jimat minyak sebap kalau jalan plhan2 bila jem dye pakai karen kan..

bis 2 kalau lumba tak jadi kimat le aeh...pakai minyak kuat le aehh..btoi ker??andaian ku ini..

assaffah Publish time 30-7-2012 06:05 AM

Ya kereta ni jimat minyak
Pages: [1]
View full version: Kereta hibrid jadi kereta lumba...


ADVERTISEMENT