Model Baru - Honda Future
Post Last Edit by tuan_wu at 19-7-2012 12:16Baru lancar.........satu ciri yg amat aku tertarik nk angkut satuppp-------->satu tangki penuh 5.6liter leh pegi 338km :drool3:....jimat gilerr broo!!!...leh la trade in kriss aku....haha
http://img845.imageshack.us/img845/9659/19835994.jpg
http://i293.photobucket.com/albums/mm76/hailiss8384/wave125reardiscbrake.jpg
LINK:- k5p5JtVxF_4 Boon Siew Honda telah memperkenalkan motosikal baharu bersesaran 125cc yang diberikan nama Honda Future Helmet-In. Walaupun nama ‘Helmet-In’ di belakangnya agak pelik, namun itu adalah pengenalan paling mudah tentang kemampuan motosikal tersebut untuk menyimpan sebuah helmet bermuka penuh di bawah pelana tempat duduknya dengan kemas, salah satu ciri yang cukup praktikal untuk pemiliknya.
Honda Future Helmet-In turut menampilkan pelbagai ciri lain yang menarik, antaranya seperti tangki minyak dengan muatan seluas 5.6 liter yang membolehkan perjalanan sejauh 338 km dilakukan tanpa pengisian semula, tempat duduk lebih lebar untuk lebih keselesaan, sistem kunci berganda untuk lebih keselamatan, serta ciri penting dan sporty brek cakera belakang.
Honda Future Helmet In 2 Motosikal baharu Honda Future Helmet In 125cc
Tiga varian akan ditawarkan, di mana varian utama dilengkapi brek cakera depan dan belakang dengan roda sporti, sementara varian kedua dilengkapi brek cakera depan sahaja namun dengan roda sporti, sementara varian ketiga dilengkapi brek cakera depan dengan roda jejari biasa. Tiga warna menarik tersedia untuk pilihan iaitu Merah Euforia Metalik, Hitam Mutiara Magelanik, dan Jingga Merjan Metalik.
Menurut Boon Siew Honda, motosikal baharu Future Helmet-In ini menggunakan enjin generasi baharu dengan lebih prestasi untuk melakukan perjalanan jarak jauh, di samping penggunaan petrol yang menjimatkan pada kadar 60.3 km/l (338 km setangki penuh). Jika kenyataan itu benar, motosikal ini pasti menjadi pilihan terbaik untuk mereka yang suka menunggang jauh untuk balik ke kampung.
http://www.arenakereta.com/18/07/2012/motosikal-baharu-honda-future-helmet-in-125cc/ Harga Yang ditawarkan :-
Hadir dengan tiga varian pilihan, model ini boleh didapati di 292 pengedar seluruh negara bermula hari ini pada harga antara RM5,578 hingga RM5,998 dalam tiga pilihan warna iaitu jingga, hitam dan merah.
nama helmet-in tu mcm tak seswai jerrrrr.... nama helmet-in tu mcm tak seswai jerrrrr....
ryo_takahashi1 Post at 19-7-2012 13:20 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
tu merujuk pd storage bwh seat....leh letak 1 helmet full face dlm tu...leh tahan luas....sebut jer honda future...hehe cam best jgk nie... dah keluar showroom lum nie?.. boleh tahan design dia...... tangki minyak pun besar.... plg besar setakat nih bagi kelas kapcai (mengatasi ace 5.3L)..... jenama honda x perlu dinafikan tentang ketahanan enjin..... Ride to PD
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/549734_403239466401417_172460066_n.jpg Panel meter
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/556408_403239426401421_381504834_n.jpg Lampu belakang
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/552395_403239399734757_30419536_n.jpg Disk belakang
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/562796_403239179734779_1257892237_n.jpg https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/217854_403239609734736_1242297228_n.jpg bagusla honda ni.... hodohnya bontot die:( cam best jgk nie... dah keluar showroom lum nie?..
mantois Post at 19-7-2012 22:19 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
dah ada....leh la gi tgk.... hodohnya bontot die
ajis_kg Post at 20-7-2012 11:42 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
bontot gak yg ko tengok dulu ek... ;P https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/391237_10151110577901563_327026394_n.jpg http://www.arenakereta.com/wp-content/gallery/honda-future/honda-future-1.jpg
Full Spec.. http://www.arenakereta.com/wp-content/gallery/honda-future/honda-future-2.jpg
Takde brek disk belakang..