nacuwin Publish time 19-7-2012 02:09 AM

Lelaki dan teman hidup

Laki ni masuk merisik, keluarga minta rm15k untuk hantaran. Sedangkan kenduri satu je.Sebab kedua pihak tinggal di KL.

Hantaran terlampau tinggi, lelaki minta tempoh masa untuk simpan duit. bukan setahun, tapi bertahun-tahun.

Perempuan pula dah mula memasang angan-angan semasa bersanding dengan tujuh pasang persalinan, naik kereta kuda dan sebangainya. Hantaran pun mahal-mahal dari beg LV hingga ke sepatu jimmy choo.

Lelaki rasa terebeban dengan permintaan perempuan, Lama-lama lelaki mula naik bosan dengan karenah perempuan. Lelaki cuba mengadu dengan rakan sekerja, rakan sekerja ramai yang memberi motivasi.

Hingga satu hari lelaki mula jatuh hati dengan rakan sekerja yang dilihat lebih memahami keadaaan lelaki. Rakan sekerja pula menyambut salam lelaki.

Hari demi hari lelaki semakin serasi dengan rakan sekerja. Di kala susah rakan sekerja banyak membantu. Bersama rakan sekerja dunia dilihat makin luas. Masalah berat menjadi ringan.

Tapi lelaki terlupa yang di sudah bertunang, tiba masa lelaki harus memilih perempuan atau rakan sekerja.

Dengan mudah lelaki memilih rakan sekerja. Perempuan kecewa. Lantas perempuan bertanya.

"apa salah saya?"

Lelaki menjawab "kita tidak serasi"

Perempuan marah-marah "awak curang di belakang saya, awak penipu, lelaki semua sama";

Lelaki menjawab " saya cuma perlukan teman hidup, bukan teman masa suka, awak tak pernah ada masa saya susah."

Inilah penamatnya. lelaki dan perempuan taklagi bersama.

Adakah lelaki sebenarnya curang? Atau perempuan sebenarnya gagal memahami maksud teman hidup? Saya no komen. Sebab cerita ini tak benar.
http://ceritatakbenar.blogspot.com/2012/07/lelaki-dan-teman-hidup.html

nacuwin Publish time 7-6-2013 04:34 AM

Erk takde org komen

awanjingga Publish time 7-6-2013 10:10 AM

nacuwin posted on 7-6-2013 04:34 AM static/image/common/back.gif
Erk takde org komen

ni cerpen ke novel?
saya xfikir ini cerpen/ novel bila membacanya..

ataupun awk nk minta pendapat org lain?
kalau mcm tu , awk dah salah tmpat..
Pages: [1]
View full version: Lelaki dan teman hidup


ADVERTISEMENT