nhid_tam Publish time 25-8-2012 09:44 PM

best...next...:)

wasap Publish time 28-8-2012 02:34 PM

ladyFinger12 posted on 11-7-2012 04:54 PM static/image/common/back.gif
Pergi bercuti ke Pulau Sayak. Berubat dgn Maulana Iqbal!

setujuuuu Lady.. hehehe

ladyFinger12 Publish time 28-8-2012 02:36 PM

wasap posted on 28-8-2012 02:34 PM static/image/common/back.gif
setujuuuu Lady.. hehehe

Haha.... buat havock kat rumah ni plak... Tuan rumah ntah hilang ke mana... Ke pi cari Maulana tak jumpa jumpa? ;P

wasap Publish time 28-8-2012 02:57 PM

Nicki_Meow posted on 13-7-2012 12:38 AM static/image/common/back.gif
Post Last Edit by Nicki_Meow at 13-7-2012 00:43




wakakaa... tinggi imajinasi si Nicki nih

wasap Publish time 28-8-2012 03:46 PM

Mane TT neh... umah takdok orang ni.. hehehe

chokachoki Publish time 30-8-2012 12:51 AM

Haha..sabar2 kawan2..next entry is on the way. mood raye tak ilang ag nih :D

chokachoki Publish time 4-9-2012 02:31 AM


Selesai membersihkan diri, Amelia lekas melangkah ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk keluarganya. Selalunya waktu begini pada hujung minggu dia akan menyiapkan sarapan. Dia memerhatikan sekeliling mencari kelibat orang tuanya mahupun mertuanya. Dia mengerling jam di dinding seketika. Baru pukul 7.30 pagi.

Mana pergi semua orang ni? Husband aku tidur lagi tapi mana papa semua? Tak bangun lagi ke? Tanpa membuang masa dia segera ke dapur. Hari ini dia mahu masak mee goreng kerana tiba-tiba tekaknya teringin untuk makan makanan tersebut tambahan pula hafiz memang menyukai mee goreng hasil air tangannya sendiri.

Beberapa minit kemudian, aroma mee goreng memenuhi seluruh sudut rumah itu. Amelia meletakkan semangkuk mee goreng di atas meja makan dan melangkah semula untuk menyediakan air milo panas.

Hafiz tersedar dari tidurnya. Selepas menunaikan solat subuh tadi bersama isterinya, dia kembali menyambung tidurnya semula. Dia melihat ke arah sebelahnya dan kemudian tersenyum. Mesti si cantik tengah buatkan breakfast. Dia segera membasuh muka serta memberus gigi sebelum melangkah keluar dari biliknya.

“Sayang..” ujar hafiz sambil merapatkan dirinya dengan tubuh Amelia.

Amelia mengucap panjang kerana sedikit terperanjat dengan kelakuan suaminya itu.

“Abang nii..suka terperanjatkan sayang kan? Takde kerja lain ye.. dahlah tak mandi lagi..busyukk” usik Amelia sambil memukul lembut tubuh suaminya itu. Hafiz tersenyum melihat gelagat isterinya itu.

“alah..kalau busuk pun sayang tetap sayang kat abangkan” ujar hafiz pula sambil mengenyitkan matanya. Dia memang suka bermanja dengan isterinya. Bak kata orang, kalau kita bermanja dengan isteri, rumah tangga akan sentiasa bahagia.

Amelia tergelak. Ada-ada saja suami aku ni.

“Tak sayang pun. Haha. Dahlah sayang nak panggil yang lain. Malas nak layan abang” balas Amelia sambil mengatur langkah ke bilik orang tua mereka. namun hafiz sempat menarik tangan amelia dan seterusnya ke dalam pelukannya. Amelia terpana dan hafiz sempat menghadiahkan satu ciuman didahinya.

“Lepas breakfast nanti abang ada surprise untuk sayang” bisik hafiz perlahan. Amelia tersenyum mendengarnya. Surprise apalah pula kali ini.

“Amboii ada drama apa ni? Mak silap masa masuk dapur ke ni?” seloroh mak jah. sempat juga dia melihat babak romantic anak dan menantunya itu. Bahagia sungguh mereka berdua ni.

Amelia dan hafiz tersipu malu lalu Amelia menyambung kembali tugasnya. Dia mengangkat air yang telah siap dibancuh dan diletakkan ke meja makan. Hafiz meminta diri untuk naik ke bilik untuk mandi. Mak jah tergelak sebelum beredar untuk pergi memanggil besannya untuk bersarapan.

chokachoki Publish time 4-9-2012 01:03 PM

Selesai bersarapan, Hafiz lekas menarik lembut tangan isterinya dan memimpin tubuh itu sehingga ke bilik mereka. Amelia hanya menurutkan sahaja kemahuan suaminya itu walaupun kelakuan mereka diperhatikan orang tua mereka yang sudah tersengih-sengih.

“Sebenarnya abang nak ajak sayang pergi Paris hujung minggu depan untuk honeymoon kita” ujar Hafiz apabila mereka berdua sudah melabuhkan punggung di birai katil. Seketika itu dia menghadiahkan satu senyuman manis kepada isterinya.

“Paris? Honeymoon? Wahhh bestnya abang..sayang suka sangat dengan tempat tu” respon Amelia sambil tersenyum girang. dari dulu lagi dia memang mengimpikan bulan madu disana bersama bakal tunang tercintanya dulu tapi sekarang situasi berubah. Dia kini redha yang jodohnya milik dia dan hafiz.

“Ya sayang. Dulu masa kita mula-mula kahwin abang tak bawak sayang pergi mana-mana pun. So inilah masa yang sesuai untuk kita pergi sebelum orang ketiga ni lahir” hafiz mengulas panjang lebar sambil tangannya merayap ke perut isterinya dan membelai lembut perut yang sedikit buncit itu.

“sayang terlupa pulak ada baby dalam ni..alah seganlah macam ini sebab perut dah nampak” seketika Amelia terbuai dengan angannya di kota paris nanti bersama suami tersayang sehingga terlupa dia sedang hamil.

“takpelah sayang..kan comel isteri abang sekarang ni..buat apa nak malu” hafiz akui yang kecantikan Amelia semakin bertambah apabila isterinya itu mengandung.

“Eh kejap-kejap..abang lupa ye? Kan wedding farah masa tu nanti” Amelia berkata sambil menatap wajah hafiz. Dia memang tak mahu melepaskan peluangnya untuk melihat majlis perkahwinan rakan baiknya itu.

Hafiz tergelak kecil. Itulah perkara penting buatnya juga kerana bakal suami farah merupakan bestfriendnya juga.

“Don’t worry sayang..esok selepas wedding diorang baru kita bertolak. Abang tahu isteri abang ni mesti nak ada dekat wedding bff dia kan” ujar hafiz sambil mencuit lembut hidung isterinya.

“thanks abang..” balas Amelia sambil melentokkan kepalanya di bahu kiri hafiz sambil tersenyum bahagia. Dalam hatinya hanya berdoa agar bahagia ini kekal buat mereka selamanya.

wardah75 Publish time 4-9-2012 03:35 PM

tamat dah ?

chokachoki Publish time 4-9-2012 06:36 PM

wardah75 posted on 4-9-2012 03:35 PM static/image/common/back.gif
tamat dah ?

belum lagi. teruskan membace ye :)

harap2 ramai yang suke cerita yang baru 1st time sy nak buat :sweat3:

ismaha Publish time 6-9-2012 11:40 AM


selamat hari raya......{:1_152:}
bahagia menjelma......:loveliness:,

chokachoki Publish time 6-9-2012 07:02 PM

ismaha posted on 6-9-2012 11:40 AM static/image/common/back.gif
selamat hari raya......
bahagia menjelma......,

Selamat hari raye

teruskan membace ye. thanks :loveliness:

ismaha Publish time 6-9-2012 08:11 PM

chokachoki posted on 6-9-2012 07:02 PM static/image/common/back.gif
Selamat hari raye

teruskan membace ye. thanks



welcm......
jgn qiso......hobi is membaca, jadi akn ada jua nnt kat cini.....

chokachoki Publish time 7-9-2012 02:13 AM

“Sayang..cepat sikit kita dah lambat ni” laung hafiz selepas menghidupkan enjin kereta. Hari ini hari bahagia Farah dan Rizal. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Amelia bersiap di atas.

“Anak papa memang selalu bersiap berjam-jam. Kamu kena sabar lah sikit dengan perangai dia” ujar datuk jamal sambil tersenyum. Datin suraya yang juga sedang menyiram pokok bunga juga menghadiahkan senyuman buat menantunya.

“betul lah pa. lagi-lagi sejak dia mengandung ni..lama sangat bersiap. Takde baju sesuailah..macam-macam.” Balas hafiz mengakui kebenaran kata-kata bapa mertuanya itu. Kadang-kadang dia penat juga melayan kerenah isterinya itu.

Seketika kemudian kelihatan Amelia keluar sambil mencapai kasut tumit tinggi berwarna merah kesukaannya untuk dipadankan dengan baju kurungnya itu.

“Sorry lambat abang..ok let’s go” ujar Amelia sambil membuka pintu kereta.

“kejap,kejap.. no heels when pregnant amy sayang. Change it” arah datin suraya apabila melihat Amelia menggayakan kasut tumit tingginya.

Dalam keadaan terpaksa, Amelia menukar kasutnya dengan mulut yang muncung. Baru nak bergaya sikit.

“betul tu sayang. Kan tak selamat. Oklah mama papa kitaorang gerak dulu.” Ujar hafiz menasihati isterinya itu. Kemudian kereta milik hafiz meluncur laju meninggalkan kediaman mereka.

Suasana majlis perkahwinan farah dan rizal disambut dengan meriah dengan kedatangan sanak saudara dan rakan-rakan. Tona warna merah jambu dan putih menyerikan majlis mereka berdua.

Apabila hari beransur ke petang, ramai tetamu yang sudah meminta diri untuk pulang. Hafiz dan Amelia mengambil peluang ini untuk bertemu dengan pasangan pengantin itu.

“Guys congratulations.. I harap you all happy sampai ke akhir hayat..amin” Amelia memulakan bicara.

“thanks amy. insyaAllah” balas farah pendek sambil memandang wajah suaminya dan tersenyum.

“Eh korang jangan lama-lama sangat tau, nanti anak aku ada kawan nak main nanti” seloroh hafiz pula. Wajah farah terus menjadi merah padam apabila mendengar usikan hafiz. amelia juga tergelak.

“jangan risau bro..haha..eh korang nak pergi paris bila? Esok kan? Selamat berhoneymoon” ujar rizal pula. Nasib baik weddingnya sehari sebelum hafiz betolak ke paris. Sempat juga rakannya melihat dia bersanding.

nhid_tam Publish time 10-9-2012 09:10 PM

sambung lg ehh...

chokachoki Publish time 12-9-2012 04:10 PM

Selama seminggu berbulan madu di negara orang, Amelia dan hafiz kembali pulang ke Malaysia. Dalam waktu itu, mereka berdua betul-betul menikmati percutian itu dan masing-masing berasa bahagia. Dalam perjalanan balik ke rumah mereka, Amelia tersenyum sendirian mengenangkan kenangan mereka berdua ketika di paris.

Malam itu, hafiz mengajak dirinya ke satu tempat. Surprise katanya dan Amelia hanya menurut ajakan suaminya itu tanpa membantah. Kemudian mereka tiba di hadapan Eiffel tower. Amelia terpegun dengan kecantikan pemandangan di sekitar menara itu ditambahkan lagi dengan sinaran lampu yang mempersona.

“Abang cinta sayang selamanya hingga akhir hayat abang..” ujar Hafiz sambil mencium lembut tangan isterinya.

Amelia tergamam mendengar pengakuan dari suaminya itu. Boleh tahan romantic, fikir Amelia sendirian. Macam baru berkahwin pun ada padahal dah setahun lebih.

“Cinta sayang hanya untuk abang saja. Takde orang lain hingga ke akhirnya” balas Amelia lembut sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis.

“Thank you sayang untuk semuanya. Abang takkan sia-siakan sayang” ujar Hafiz lagi. Kali ini dia mengenggam jemari isterinya dan mula melangkah bersiar-siar di sekitar Eiffel tower itu.

“Promise..?” Amelia menghentikan langkahnya. Wajahnya itu memandang wajah suaminya yang tersenyum serta mengangguk perlahan. Seketika kemudian dia tersenyum lagi dan memulakan langkahnya semula.

“Sayang kita dah sampai..apsal tersenyum sorang-sorang nih?” teguran hafiz membuatkan Amelia tersedardari lamunannya. Dia memandang wajah hafiz sambil menggelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa.

Amelia dan suaminya beriringan masuk ke dalam rumah. Sebaik saja Amelia melangkah masuk, dia terpandangkan satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Apa yang dia buat kat sini? Gumamnya sendirian.

“Amy dah balik nak.. ni haa Linda baru sampai dari UK pagi tadi..nak bercuti seminggu dua kat sini agaknya” ujar datin suraya apabila melihat anak dan menantunya sudah pulang dari berbulan madu.

Amelia hanya mendiamkan diri. Hafiz pula sibuk mengangkat barang-barang mereka. Hafiz hanya menunjukkan senyuman di bibirnya tanda hormat kepada tetamu keluarganya itu. Linda mula menyusun langkah menuju ke arah Amelia yang hanya membatukan diri di situ. Dia memeluk tubuh Amelia untuk seketika.

“haii amy. Lama kan kita tak jumpa. Kau pun dah banyak berubah sekarang. Perut tu dah berisi nampaknya.” Linda memulakan bicara.

Amelia memuncungkan mulutnya. Dia menyampah melihat wajah tetamu yang tak diundang ini. Dia pura-pura tersenyum demi menjaga hati kedua orang tuanya yang tak tahu apa yang pernah berlaku di antara mereka berdua.

“Haii. Masa berubah orang pun mestilah berubah” balas Amelia acuh tak acuh.

“by the way handsomelaki kau tu. Aku takkan biarkan kau bahagia” linda memberikan amarannya sambil tersenyum sinis.

Wajah Amelia serta merta berubah. Adakah perkara yang sama akan berulang lagi nanti?

nhid_tam Publish time 12-9-2012 10:02 PM

next........:)

Zamzam2013 Publish time 12-6-2014 05:51 PM

alamak! si pengacau dh keluar dh... TT... sambung lg ya...

Zamzam2013 Publish time 12-6-2014 05:51 PM

nampaknya cite ni dh lama takde sambungan ya...
Pages: 1 2 3 [4]
View full version: Selamanya Aku Cinta (U)


ADVERTISEMENT