loslocos Publish time 9-7-2012 09:38 AM

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Mod kalau ade kasi buang .
kredit:http://ceranablog.blogspot.com/2008/...-dijulang.html

Sedang aku menyusun buku-buku lama di dalam rak khas di dalam bilik bacaan aku pagi tadi, aku terpegang buku berkaitan sejarah melayu yang tersohor di sekitar tahun 1699, iaitu Sultan Mahmud, Sultan Johor terakhir yang mewarisi darah dari Kesultanan Melayu Melaka, iaitu titisan darah iaitu putera kedua Sultan Alauddin Riayat Syah II. Jadi setelah membaca sepintas selalu, tercetus idea untuk mencoretkan serba sedikit berkaitan sejarah yang tarjis tersebut. Sebenarnya, kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah menjadi sebuah legenda yang sangat masyhur. Ini bukannya kisah dogengan, ia kisah BENAR yang berlaku di Kota Tinggi, pada tengah hari Jumaat pada tahun 1699. Sultan Mahmud Syah ditkam sempai mati oleh Laksamana baginda sendiri, seorang pahlawan dari Bentan, kepulauan Jawa, yang bernama Megat Seri Rama.




Kisah Pilu ketika hujan panas hampir reda itu sangat menggemparkan, selain sultan, beberapa orang pengiring baginda turut ditikam oleh Laksamana Bentan yang hilang pertimbangan kerana terlalu marah, setelah isteri beliau yang mengandung anak sulung dihukum bunuh atas arahan sultan, hanya kerana mengidam makan seulas nagka yang diambil dari taman diraja. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Ibrahim Syah, Sultan Melaka terakhir ( 1488-1511) , yang mana putera kedua baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Johor I pada tahun 1528 dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Selepas peristiwa tahun 1699 itu, Kesultanan Melayu Johor telah diambil oleh Keturunan Bendahara (1699-1816), kemudian beralih tangan kepada keturunan Temenggung Abd.Rahman Sultan Johor Riau (1816), dan diwarisi oleh Sultan Mahmud Iskandar, Sultan Johor yang sedang bertaktha pada hari ini.




Perihal tragedi yang menimpa Sultan Johor yang masyhur ini, telah diceritakan terus menerus, lepas satu ke satu generasi sampai ke hari ini. Selepas hampir 4 kurun peristiwa ini berlaku, kisah Sultan Mamud mangkat dijulang ini masih menjadi kisah yang sangat diingati oleh penduduk-penduduk asal Kota Tinggi, lebih-lebih lagi orang-orang keturunan Bentan sendiri masih takut terkena sumpah jika memijak tanah Kota Tinggi. Catatan sejarah Johor purbalaka ada meriwayatkan tatlaka hujan panas mulai turun mencurah-curah pada hari Jumaat dalam tahun 1699, orang-orang besar Istana telah melarang Sultan Mahmud II, daripada menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang terletak tidak berapa jauh daripada istana baginda. Cakap-cakap orang telah sampai kepengetahuan Datuk Bendahara Tun Abd.Majid, bahawa Laksamana Bentan( Megat Sei Rama) yang baru pulang daripada mejalankan titah sultan menghapuskan lanun-lanun di kepulauan Riau telah mengetahui perihal kematian isterinya ( Dang Anum) yang sedang sarat mengandung sulung itu. Datuk Bendahara khabarnya telah mengadap baginda dalam keadaan basah kuyup untuk menyampaikan rasa tidak sedap hatinya dan menasihatkan baginda supaya tidak keluar daripada Balai Rong seri sebagaimana kebiasaaannya. Baginda juga telah diberi ingatan oleh Bendahara supaya berhati-hati dengan menambahkan bilangan pengawal di-Raja semasa berangkat menunaikan sembahyang Jumaat.




Hujan panas masih belum reda, tatkala Sultan Mahmud Syah II berkira-kira untuk berangkat meninggalkan istana buat kali yang terakhir, seorang pengiring baginda telah datang dan menyembahkan sebilah keris untuk dipakai oleh baginda sebagai langkah berjaga-jaga. Baginda turun dari istana dan memasuki usungan yang diangkat oleh empat orang pengiring dengan dikelilingi oleh ramai pengawal istana. Di pertengahan jalan hujan mulai teduh, tepai masih renyai-renyai, awan agak mendung dan mentari beransur-ansur hilang di balik awan yang muram seolah-olah sedang beradu. Sebagaimana minggu-minggu sebelum itu baginda akan diturunkan agak jauh dari masjid tetapi pada hari Jumaat yang malang itu, pengawal-pengawal istana baginda berkeras mahukan baginda diusung hingga ke tangga masjid dan di saat-saat akhir hayat baginda pun tiba, Megat Seri Rama telah hilang siumannya, hanya menanti masa untuk menuntut hutang darah,




Tatkala sultan hampir dengan tangga masjid dan masih lagi di atas usungan, Megat Seri Rama dengan tanpa berlengah lagi menerkam dan menikam baginda tepat pada perut sultan, darah merah pekat membuak-buak membasahi pakaian baginda sultan dan menitis jatuh di atas tanah, beriringan dengan titis hujan air hujan yang membasahi bumi. Sebuah keluhan pilu kedengaran. Baginda mengerang kesakitan, bisa keris yang telah diperasap limau pantas menyelinap ke segenap urat saraf Sultan Johor yang malang itu. Megat Seri Rama bagaikan dirasuk, habis pengawal diraja ditikam, orang ramai yang datang untuk bersembahyang Jumaat pada hari itu bertempiran lari menyelamatkan diri. Di saat sakaratulmaut sudah menghampiri, Sultan Johor, Sultan Mahmud II sempat mencabut kerisnya dan melontarkan ke tanah terkena hujung ibu jari Megat Seri Rama. Demi kedaulatan raja yang tinggi, luka yang sedikit itu meninggalkkan bisa yang bukan kepalang. Laksamana Bentan sempat mengerang hanya seketika sebelum jatuh menemui ajal tidak lama kemudian. Sumpahan seorang sultan yang penuh daulat " Aku sumpah tujuh keturunan Bentan akan muntah darah kalau pijak bumi Kota Tinggi" . Baginda mangkat sebelum diturunkan di atas usungan.


Kisah sedih ini tercatat dalam Sejarah Johor oleh Tun Sri Lanang sebagai " Sultan Mahmud Mangkat Dijulang" Baginda mangkat dalam usia yang muda dan menaiki taktha pada tahun 1685. Kemangkatan baginda yang tidak meninggalkan zuriat menyebabkan pembesar Johor pada masa itu bermaufakat untuk melantik Bendahara Tun Habib Abd.Majid menjadi Sultan Johor yang baru dengan gelaran Sultan Abd.Jalil IV ( 1699-1718) dan semenjak itu berakhirlah titisan zuriat Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka yang mengasaskan kesultanan Johor semenjak 1428.



Kisah ini akan kekal menjadi peristiwa yang paling tragis dan akan tetap diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.

muaz04 Publish time 9-7-2012 03:09 PM

Emm.. lama dah tinggal pelajaran sejarah. Bagus gak ada yang sudi cerita semula. Barulah faham. Dulu belajar, main hafal je. sedih sungguh. huhuuhuhu

eizarz Publish time 9-7-2012 03:39 PM

cite lapok....haha

az4620 Publish time 9-7-2012 03:49 PM

jahat gila sultan dulu {:mlangry:}

tucenmeow Publish time 10-7-2012 08:43 AM

Reply 1# loslocos


    ada tak cerita mengenai adik-beradik atau saudara-mara sultan mahmud ni slps kena bunuh? ayah aku cakap kitorang dr keturunan sultan mahmud mangkat dijulang. tapi dia pun tak tahu sangat sebab atuk aku x mau bukak mulut pasal cerita ini....

apizh Publish time 10-7-2012 09:27 AM

main sumpah2 xbaik syirik.... xde kesan pn kalo main sumpah2 ni zaman skrg kalo ckp kosong kecuali dia tu ada praktis ilmu hitam gan membela

primerabizz Publish time 10-7-2012 09:47 AM

Replyloslocos


    ada tak cerita mengenai adik-beradik atau saudara-mara sultan mahmud ni sl ...
tucenmeow Post at 10-7-2012 08:43 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   try ko sumpah orang tgok jadi x {:2congo

tucenmeow Publish time 10-7-2012 09:54 AM

Reply 7# primerabizz


    aku sumpah ko dulu la....tgk jd x....haha..

edoraixora Publish time 10-7-2012 10:34 AM

sesuai lah sangat sejarah ni ingatkan kembali sempena kes yg berlaku baru2 ni..

jaa139 Publish time 10-7-2012 10:49 AM

agak syahdu penceritaannya...sekarang keturunan bentan takde la kat johor ek? ade tak yang muntah darah?

loslocos Publish time 10-7-2012 10:50 AM

Reply 5# tucenmeow


   just sharing cite je bos :)

adidas2010 Publish time 10-7-2012 11:54 AM

tah betul ke tak sejarah ni...tp ttp menghantui kesultanan Johor..

sampai Almarhum Soltan yg dulu takmo pakai nama 'Mahmud" tu...;P

apple_hijau5 Publish time 10-7-2012 12:16 PM

Reply 10# jaa139

keturunan bentan masih ader lagi.... dr aper yg saya dgr satu ketika dulu ader satu rombongan dr selangor pegi air terjun kota tinggi. ader sorg ni (xpasti lelaki atau perempuan) turun aje dr bas terus muntah darah x berhenti2. pastu org asal kota tinggi terus bawak org ni pegi melintasi sempadan kota tinggi baru la berhenti org tu dr muntah darah. diorg mintak org ni jgn dtg kota tinggi selagi xde kepastian samada dia ni keterunan bentan atau x. bila dier balik rumah dier tanya dgn datuk dier samada dier ni keturunan bentan atau x? dan rupa2nya dier mmg keturunan bentan dan baru keturunan ke6. jadi saya x pasti samada anak dier atau cucu dier baru boleh jejak kaki kat kota tinggi.

dari percakapan ibu dan arwah datuk saya. saya ni antara keturunan bentan tp dah lebih dr 7 keturunan. ibu saya cakap arwah datuk saya dulu takut nak pegi kota tinggi tp terpaksa pegi jugak dan nasib baik x jadi aper2. jadi maknanya kami ni dah lebih dr 7 keturunan yg di sumpah la. allahualam....

kurasatakada Publish time 10-7-2012 12:35 PM

{:mlpomelo:} memang patot pon dah smapai tahap 9 kejam dia..
Harkkkkkkkkk ptuih

adidas2010 Publish time 10-7-2012 12:36 PM

Replyjaa139

keturunan bentan masih ader lagi.... dr aper yg saya dgr satu ketika dulu ader sat ...
apple_hijau5 Post at 10-7-2012 12:16 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


awak picaya ke?menjadi jugak ye..sumpah raja Zalim hanya kerana seulas nangka..:laugh3:




Dulu2 ada dgr...Kampung Makam kat Kota Tinggi tu takan tenggelam kalau bah besar..
tapi banjir tahun 2007 dulu pun...habis gak..

apple_hijau5 Publish time 10-7-2012 01:13 PM

Reply 15# adidas2010

saya percaya semua tu terjadi dgn kekuasaan Allah S.W.T.......

shop_girl Publish time 10-7-2012 01:18 PM

ini sultan ke lanun ni?? perangai hazabedah betul!!:@

primerabizz Publish time 10-7-2012 01:32 PM

Reply 8# tucenmeow


   boleh sumpah aku jadi orang yang kaya raya{:mllaugh:}

BeasT Publish time 10-7-2012 01:35 PM

wah sejarah...subjek yang selalu wat aku tido hehehehe...lama tak refresh balikk....tq

jaa139 Publish time 10-7-2012 01:55 PM

Replyjaa139

keturunan bentan masih ader lagi.... dr aper yg saya dgr satu ketika dulu ader sat ...
apple_hijau5 Post at 10-7-2012 12:16 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

ooo...camtu ye...thank bagi info...tak pernah tau pon ade sumpahan ni...sume berlaku dengan izin Allah jua...
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang


ADVERTISEMENT