vitah Publish time 6-7-2012 08:46 AM

Mana lebih hebat? Kolonel ke Leftenan Komander?

....dalam badminton. he, he.


FYI ; Lin Dan adalah berpangkat Kolonel dalam People Liberation Army (PLA)   Tiga dilantik Pegawai Kehormat PSSTLDMhttp://www.utusan.com.my/pix/2012/0706/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_06.1.jpg JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur, semalam. Turut membantu ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.


KUALA LUMPUR 5 Julai - Dalam menarik minat golongan profesional menyertai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), tiga tokoh dalam sektor awam, swasta dan sukan dilantik sebagai pegawai kehormat pasukan tersebut.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyertaan orang awam ke dalam PSSTLDM sekali gus dapat merealisasikan konsep Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) yang mula diperkenalkan pada tahun 1986.

kelana36 Publish time 6-7-2012 06:54 PM

Lin Dan masuk PLA sejak umur belasan tahun lagi, dia ni..??
Lama lama nanti tak tau beza yg mana pangkat Kehormat dan yang mana pakai pangkat Khidmat sebenar..

anis01 Publish time 6-7-2012 09:17 PM

2 lah kat malaysia ni asabol saja
janji ada pangkat ckit, semua benda nak dibagi free je

amat66 Publish time 7-7-2012 08:53 PM

Lately ramai jugak yang dapat pangkat gini..David Teo - Mejar (k), Datuk K - Kolenal (k)...tapi saya nak tau jugak apa fungsi pangkat tu? katakan negara dalam keadaan darurat, apa geng2 ni kena buat? akan dipanggil dlm perkhidmatan ke?
kalau masa aman pulak, adakah geng2 ni kena follow training berkala mcm anggota wataniah yg lain?

sauffie Publish time 7-7-2012 09:46 PM

Pegawai kehormat tidak perlu mengikuti latihan, malah tidak boleh sama sekali. Kalu nak ikut boleh, tapi risiko kena tanggung sendiri. Merupakan satu cara untuk menarik orang ramai masuk sukarela. Contoh pengarah, dekan, ketua jabatan di ipt yang ada Palapes dan Suksis.

uboat Publish time 24-7-2012 01:33 PM

untunglah..main sukan dapat, pangkat pun dapat,kebanyakan anggota tldm dgn psstldm lain nk naik satu balak pun susah.

wrdzin Publish time 27-7-2012 11:18 AM

Untunglaaaaa..................

usit Publish time 28-7-2012 02:30 AM

leftenan lah...hensem lee chong wei

cloud_hardcore Publish time 31-7-2012 03:39 PM

Klu di buat per bandingan..

TLDM Leftenan Komander = TD Major

TLDM Kapten = TD Kolonel

--------------------------------------

So pangkat Lin Dan lg tinggi la..
Pages: [1]
View full version: Mana lebih hebat? Kolonel ke Leftenan Komander?


ADVERTISEMENT