Pendekar_Penyu Publish time 1-7-2012 08:24 PM

Industri Printing semakin menjunam

Persaingan sengit dengan kemunculan company printing & juga freelance yg tumbuh mcm cendawan lepas hujan, disebabkan lambakan yg banyak persaingaan, harga yang ditawarkan tak masuk akal, sampaikan aku tengok susah nak buat untung, nampak tak nampak je untung tu, customer nak design power & nak siap terus harga plak nak murah2 banyak permasalahan & cabaran biz yang semakin lama semakin tak relevan . Trend skrg walaupun seseorang tu xpandai buat design, tapi bleh wat biz printing sebab adanya free vector, yg spe2 pun bleh download.

Tak mustahil 1 hari nanti industri printing ni, akan mengalami kejatuhan....

nikkiroom Publish time 1-7-2012 09:39 PM

eh.. ye ke... aku nengok banyak jer iklan pasal printing nih...siap ader sowang tuh aku kenal tawarkan seposen jer utk wat kad kawen.. but aku x thu lah design nyer camner... tpkn aku rase permintaan pasaran tinggi... x kan jatuh mudah2... i mean, owang kawen ader hari2... so manyaklak order kad kawen...

anyway, vector tuh aper?? mcm berminat lak nk tahu...

Pendekar_Penyu Publish time 2-7-2012 12:00 AM

Iklan makin melambaklah sebab makin bnyak yang bukak biz ni, makin banyak sebab nak promosi servis masing2 sebab persaingan makin sengit, kalu xbuat camtu lagi susah nak survive, permintaan tinggi tapi orang akan cari paling murah sekali, bila dah turunkan harga murah dan makin murah berapa hengget sgtlah untung, biula harga dah murah sangat nak cover balik untung. Sales kena tinggi sekurang-kurangnya 7 org customer sehari. Bila nak dapat ramai customer, design nak kena on time, nak design bukannya senang bukannya 1 minit 2 minit, makan masa, kalu idea xde mau pening...... bila dah berada dlm industri ni baru ko akan faham..... tapi bila camni yg untungnya end user mcm ko..

Pendekar_Penyu Publish time 2-7-2012 12:01 AM

Harga kertas sentiasa naik setiap 3 bulan sekali...

promoter8918 Publish time 23-7-2012 12:59 PM

yeah, sangat betul.

syarih Publish time 30-7-2012 08:42 PM

Pendapat saya...industri printing masih boleh berjaya namun mereka yang terlibat didalm industri ini perlulah mempunyai satu branding dan satu jalinan pasaran yang besar. Untuk tujuan itu syarikat printing perlulah membina jenama dan menyediakan satu platform yang mudah, senang dan cepat kepada pelanggan. Dengan cara itu dapat menarik lebih ramai pelanggan terutama pelanggan korporat.. blogsyarih.com

Pendekar_Penyu Publish time 11-9-2012 02:58 AM

syarih posted on 30-7-2012 08:42 PM static/image/common/back.gif
Pendapat saya...industri printing masih boleh berjaya namun mereka yang terlibat didalm industri ini ...
Ramai yang ada branding sendiri, bukan calang2 branding, & ramai yg menyuarakan masalah sama, tapi prob bila berbincang mereka tidak mahu menetapkan harga tertentu & ramai yang nak mendapatkan keuntungan dgn cara mudah & pelanggan yang ramai, bila berlawan harga, syarikat lain pasti akan berlawan untuk harga yang lebih murah, sehingga paras terendah...byk berlaku dikalangan peniaga melayu, tetapi peniaga cina sepakat menetapkan harga mereka sendiri, dan peniaga cina sendiri memberitahu kepada saya jika perlawanan harga tidak terkawal, industri ini akan jatuh & inilah apa yang berlaku sekarang. Pelanggan syarikat korporat sendiri cuba menjimatkan kos operasi syarikat dengan meminta harga yg murah. Apabila ada yang turun harga yang lain pasti terpaksa ikut sama.... & kami bukanlah sperti Agensi Design & Advertising Leo Burnett @ Mc cann Erikson yg boleh meletakkan harga ratusan ribu hingga jutaan ringgit bagi 1 design....

Bila membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan akan datang........

Last edited by Pendekar_Penyu on 11-9-2012 03:00 AM

syarih Publish time 11-9-2012 04:19 PM

Pendekar_Penyu posted on 11-9-2012 02:58 AM static/image/common/back.gif
Ramai yang ada branding sendiri, bukan calang2 branding, & ramai yg menyuarakan masalah sama, tapi ...

Sy rasa peniaga melayu kena belajar bagaimana peniaga cina menggunakan potensi pasaran. Apa yang sy nampak ialah peniaga cina mereka menumpukan kepada dua segmen pasaran iaitu pasaran pengguna dan pasaran peniaga sendiri. maksudnya pengguna akan diberikan satu harga pasaran manakala peniaga pula akan diberikan harga pengedar atau dealer price. maksudnya apabila mereka menumpukan kedua dua segmen ini mereka sebenarnya mengembangkan kedua-dua kumpulan pelanggan ini.

kebanyakkan peniaga melayu menumpukan kepada pasaran pengguna sahaja dan mereka tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan kepada peniaga (dealer). contohnya banner printing. ada peniaga cina cuma beroperasi dengan mengambil order dari peniaga-peniaga lain kerana mereka tidak mempunyai pencetak besar itu.

contoh lain yang sy boleh berikan ialah perniagaan kad jemputan (kahwin ke atau raya ke). kebanyakkan peniaga melayu bergantung kepada bekalan kad yang di dapati dari penjual cina. malah ada yang membawa masuk dari seberang. jadi pada pandangan sy lah peniaga melayu perlu lah membuat design yang unik, elegan, stylish yang tidak dapat dibeli ditempat-tempat lain. jadi dengan cara itu maka kos dapat di rendahkan dan untung dapat di maksimumkan.

sebenarnya pandangan saya ini adalah bersifat peribadi kerana sy selalu pergi servis komputer di kedai-kedai typesetting dan pencetakan. jadi saya dapat lah lihat dan buat perbandingan antara mereka. Seperkara lagi peniaga melayu ramai yang tidak mempunyai pegawai pemasaran yang boleh keluar dan membuat promosi. jadi mereka mengharapkan walking customer saja.

berkaitan potong memotong harga antara peniaga itu adalah lumrah. sebenarnya pelanggan tidak mementingkan sangat harganyamelainkan jika peniaga dapat menyediakan satu produk yang bagus, unik, menarik dan cepat disediakan. jika mereka berpuas hati maka itulah tanda sokongan mereka kepada peniaga...walllahualam.

syarih Publish time 11-9-2012 04:28 PM

Pendekar_Penyu posted on 2-7-2012 12:00 AM static/image/common/back.gif
Iklan makin melambaklah sebab makin bnyak yang bukak biz ni, makin banyak sebab nak promosi servis m ...

sy bersimpati dengan keadaan persaingan pasaran sekarang ini di bidang percetakan. tetapi dari pemerhatian sy peniaga dibidang ini masih boleh memperkembangkan perniagaan mereka. contohnya membuat signboard kedai, membuat plate number kenderaan. membuat signboard kedai sy rasa habis murah pun satu RM2000 kot. jadi kosnya tak la tinggi sangat kan jadi kalau satu bulan boleh dapat beberapa sign board pun ok la. Itulah syarikat seperti leo burnet boleh survive kerana mereka menumpukan kepada bllboard dimana penyediaan satu bilboard boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

rasenye lah jika anda menumpukan kepada design kemudian buat kad-kad mungkin agak kompetitif la kerana ramai orang buat kerja macam tu. lebih2 lagi freelance..

alam. Publish time 11-9-2012 04:30 PM

Pendekar_Penyu posted on 11-9-2012 02:58 AM static/image/common/back.gif
Ramai yang ada branding sendiri, bukan calang2 branding, & ramai yg menyuarakan masalah sama, tapi ...

Sokonggg... bdk baru ramai mcm tuh...

hal penyelarasan harga tuh... mmg sepatutnya ada... tp sayang seribu kali sayang... xboleh nk di kawal..
(faktor lambakan source luar pon byk)

patot kesedaran nih ada pada penyedia perkhidmatan sendiri...

akibat dorang syok lawan turun harga last3.. mungkin xlama lagi... satu industri nih akan jatoh...

untung dh x berbaloi dgn usaha yg di keluarkan..

Jadi.. kesimpulannya .. selamat berusaha lebih:lol:

syarih Publish time 12-9-2012 04:28 PM

apa business pun bergantung kepada kepandaian komunikasi...bukan pada harga yang murah. kalau kita layan elok, servis bagus, produk berkualiti dan pelanggan terutama pelanggan korporat puas hati ...itulah yang membuatkan business kita membesar.

Sejarah telah menceritakan didalam industri komputer dalam tahun sembilan puluhan trend kedai menjual barang denganharga terlalu murah kerana mereka menjangka kan akan mendapat volume sales yang banyak tetapi selepas tiga tahun kedai-kedai sebegitu semua nya bungkus abis. yang tinggal mereka yang kekalkan harga, servis bagus, produk bagus dan pelanggan berpuas hati... jadi biarlah kita jadi diri kita sendiri bukan mengikut mereka yang perosak harga itu..
Pages: [1]
View full version: Industri Printing semakin menjunam


ADVERTISEMENT