aerolit_gurlz Publish time 28-6-2012 08:56 PM

Disebalik gerimis hujan-[U]

Post Last Edit by Jaza2008 at 11-7-2012 00:41

BAB 1
“KEJAR DIA ! KEJAR !!”
Jeritan lantang daripada seorang lelaki mengejutkan merekasemua yang sedang berkumpul itu.Pandangan dihalakan pada seseorang yang sedangberlari laju menjauhi mereka.Bagaikan terkena kejutan elektrik,mereka yangsedang duduk berkumpulan itu saling pandang-memandang,dan terus membuka langkahlaju,apabila melihatseorang lelakisudah mula berlari.
Waiz berlari sekuat tenaga.Hampeh punya manusia!Dalambanyak-banyak beg,beg aku juga yang dia nak rembat.Terkejut bukan kepalangnyadia apabila beg sandangnya terus diragut dalam sekelip mata.Bukan sahaja diayang terkejut,malah geng-gengnya yang sedang duduk melepak turut samaterkejut.Tidak berkelip mata mereka melihat aksi dimana beg sandangnyadiragut,dan terus dibawa lari.
Pada mulanya,dia hendak membiarkan sahaja.Yelah..dia masihlagi terkejut,sebab semuanya berlaku terlalu cepat.Seingat dia,baru sahaja diamenyambut huluran beg sandangnya yang dihulurkan oleh Zul,terus beg sandangnyadirentap.Namun..jeritan Zul itu mengembalikan dirinya keasal.Dan,automatik laju dia berlari,mengejar peragutbeg sandangnya itu.Dan dia tahu yangdibelakangnya,geng-gengnya turut sama membantu menangkap peragut tersebut.
“Woi ! Berhenti woi !”jerit Waiz kuat.Terasa semput dia mengejarperagut yang bagaikan lipas kudung itu.Peragut itu menoleh ke belakangmemandangnya,dan wajah Waiz terus berubah apabila melihat sekali imbas wajahperagut tersebut.Larian Waiz terhenti.Dia memandang lama peragut yang sudahsemakin jauh berlari menyusuri blok-blok bangunan itu.
“Weh ! Kau kenapa berhenti?”soal Zul yang muncul dibelakangnya,tercunggap-cunggap.Dibelakang Zul,Apek dan Khai turut sama menarikdan menghela nafas.Tertunduk-tunduk mereka berdua memandang ke tanah sambiltangan menekan perut.
Waiz meneguk air liur.Wajah Zul dipandangnya.
“Laju sangat dia lari.Aku tak larat nak kejar.”
“Betul..”Zul menganggukkan kepalanya.”Kalau kau yang juaraperingkat daerah pun boleh tumbang,apakan pula aku.Tapi,kau kena ambil juga begsandang kau tu.”
Waiz memandang sekali lagi ke hadapan.Sudah tiada bayangperagut tersebut.”Tak payahlah..Beg sandang murah aje tu”ujarnya.
“Tak..”Zul nampak cemas.Digelengkan kepalanya berulangkali.”Dompet aku dalam beg sandang kau.Gaji aku tu weh…”
“Heh?Yang kau letak dalam beg sandang aku kenapa?”
“Tu tak penting..”Zul pantas bersuara.”Yang penting,kitakena tangkap peragut tu.Aku tahu peragut tu tak boleh nak pergi mana.Hujunglaluan blok bangunan ni jalan mati.Apek..”Dia menoleh ke belakang.”Kau denganKhai pergi belah sana”ujarnya menunjuk ke sebelah kiri.”Aku pergibelah kanan”ujarnya pula.
“Kau Waiz..stay sini”arah Zul.Dia pantas mengatur langkahmenuju ke sebelah kanan.Khai dengan Apek awal-awal lagi terus mengikut arahanZul.Waiz tidak sempat menghalang.Dia memandang ke hadapan,dan kembali berlari.

....................................
Isma menarik nafas dan melepaskannya sekali gus.Cubamembuang lelah akibat berlari terlalu laju tadi.Dia menoleh ke belakang,melihatsekiranya dirinya diekori.Nafas lega ditarik apabila tiada bayang manusia punsinggah dipenglihatan matanya.
Disandarkan belakang tubuhnya di dinding.Beg sandang yangmasih berada dipegangan tangannya dipandang seimbas lalu.Topi dikepaladiperbetulkan,apabila terasa kedudukan topinya sudah jatuh melurut,hampirhendak menutup mata.
Bunyi tin disepak membuatkan darah Isma berderau.Diamengintai disebalik tembok.Kelihatan seorang lelaki sedang memerhatikan keadaansekeliling.Isma mengigit bibir.Terasa peluh jernih tiba-tiba mengalirditubuhnya.
Apabila menyedari yang lelaki itu semakin hampir dengandirinya,Isma merapatkan dirinya disebalik tembok.Dia bagaikan terhentinafas,kerana bimbang hembusan nafasnya memberi petunjuk kepada lelaki itu.
Sekali lagi dia memberanikan diri mengintai lelakitersebut.Rasa macam nak pengsan apabila melihat lelaki itu sudah semakin hampirdengan dirinya.Kiri kanannya dilihat,cuba mencari jalan keluar.Apa-apa pun,diamesti kena cari jalan keluar.
Isma resah apabila dia tahu yang lelaki itu sudah semakinmenghampirinya.Dia menarik nafas.Dah tak ada jalan keluar.Hujung bangunan blokini adalah jalan mati.Tak ada sebarang tangga pun untuk dia memanjat keatas,dan kalau ada pun,dia rasa itu bukanlah pilihan yang bijak.Mustahil diamampu hendak memanjat tangga tanpa disedari oleh lelaki tersebut,tambahan puladia seorang yang gayat.
Perlahan-lahan Isma melangkah setapak demi setapak.Dia rasadia nak jalan sampai ke hujung blok bangunan.Manalah tahu kalau-kalau adadinding yang tersembunyi macam cerita Harry Potter tu ke.
Terkejut Isma apabila lengannya ditarik menuju ke satuarah.Tarikan yang pantas itu membuatkan langkah Isma terus terdorong kehadapan.Tubuh Isma ditolak oleh seseorang.Isma menoleh.Terbuntang biji matanyamelihat insan dihadapannya.
Waiz meletakkan jari telunjuknya di bibir,tanda menyuruhIsma diam.Isma meneguk air liur apabila melihat Waiz mengeluarkan handphonedaripada kocek seluar jeansnnya.Dipandang Waiz yang sudah meletakkan handphoneditelinganya.
“Hah Zul ! Kau dekat mana?”
“Ohh..belakang bangunan?Dia dah cabut weh…Aku nampak dianaik bas tadi.”
“Ha okay.”
Panggilan dimatikan.Isma memandang Waiz yang sedangmengintai disebalik dinding bangunan itu.Tersentak Isma apabila mendengar bunyitin minuman seperti diterajang kuat.
Isma menyandarkan dirinya didinding sambil memejamkanmatanya.Betul-betul kerja gila.Kerja gila yang dia rasa tak ada orang gila punyang akan buat melainkan orang tu betul-betul gila macam dirinya.
“Kau dah gila ke?”Soalan yang berbunyi amarah itumenyedarkan Isma.Dia membuka matanya.Wajah Waiz yang tegang dipandangnya.Diatahu Waiz marah.Bukan susah hendak meneka tingkah-laku Waiz.Apa yang Waizlakukan,pasti ada kena-mengena dengan tubuh-badannya,seolah-olah tubuh-badannyaturut sama memberikan kerjasama.
Sebagai contohnya,kalau Waiz penat,bosan ataupun menyampahdengan sesuatu,lelaki itu akan selalu mengosok belakang tengkuknya.Kalau Waizbingung,blank ataupun segan,Waiz akan mengaru belakang telinganya.Kalau lelakiitu marah,bengang dan sakit hati,pandangan mata Waiz tajam.Tajam sampai menusukke tangkai hati.Pandangan yang buat dia tidak berani hendak memandang anak mataWaiz,seperti sekarang.
“Kau tahu tak apa yang kau dah buat?Sejak bila kau jadiperagut ni?”soal Waiz lagi.
Isma menarik nafas.Beg sandang dihulurkan kepada Waiz.”Kautengoklah sendiri.”
“What?Kau ingat aku tak pernah tengok beg sandang akusendiri ke?”sinis Waiz menyoal.Huluran tersebut tidak disambut.Makin tajam diamenatap wajah Isma.
Isma mengeluh sambil membetulkan topinya.”You owned me.”
“Sorry?”Dahi Waiz berkerut.”Kau merepek apa ni?”
“Sebab tu aku suruh kau tengok!”Isma menahan dirinyadaripada menempik.Geram dengan Waiz yang langsung tak nak dengar penjelasandirinya.
Kasar Waiz merentap beg sandangnya daripada pegangan tanganIsma.Zip beg sandangnya dibuka.”Apa yang kau nak suruh aku tengok?Apa?”jerkahWaiz kuat.Ditonggengkan beg sandangnya,dan segala isi yang berada didalam begsandangnya terus jatuh ke atas lantai.”Kau nak aku tengok apaIsma?Rokok?Mp3?Dompet aku?”soalnya dan terus membaling beg sandangnya ke ataslantai.”You are totally out of your mind?Kau nak jadi macam arwah abangkau?Meragut lepas tu mati katak dekat atas jalan raya?Kau nak jadi macam diake?”
Setiap kata-kata yang singgah ditelinga Isma membuatkan Ismaberani menentang pandangan mata Waiz.Tidak tahu kenapa dia langsung tidakgentar hendak memandang ke dalam anak mata hitam pekat itu.Isma menundukmemandang isi beg sandang yang sudah berselerakan di atas lantai.Satu bungkusanyang berwarna coklat berbungkus elok diambil.
“Ni..”Isma mengangkat tinggi bungkusan itu tepat dihadapananak mata Waiz.”Ni apa?”soalnya lagi.”Ni apa Aidi Waiz Rashidi?”Waiz tersentak.Bungkusan yang berwarna coklat itudiambil.Agak tebal juga bungkusan tersebut.Inilah kali pertama dia nampakbungkusan tersebut.
“Aku tak tahu..”ucap Waiz.
Isma tidak membalas.Bungkusan tersebut dirampas,dan kasardikoyak pembalutnya.Terasa lutut Waiz bagaikan jeli apabila melihatbungkusan-bungkusan kecil yang dibungkus.
“Kau tahu tak ni apa?”soal Isma,mengambil satu bungkusankecil yang berwarna putih.”Kau tengok CSI kan?Kau tengok Gerak Khas kan?Kaumesti tahu ni apa,betul tak?”
“Isma..”Waiz kehilangan kata-kata.Wajah Ismadipandangnya.Terasa bersalah sebab meninggikan suara pada Isma.”Aku..”
“Aku nak balik..”Isma memotong percakapan Waiz.”Thanks sebabselamatkan aku!”ujarnya.Bungkusan kecil itu dicampak ke atas lantai dan diaterus berlalu.
-BERSAMBUNG-
**Ma'af..Ini cuma cerita2 biasa sahaja.

P/S-Saya budak yang baru hendak belajar menulis.:laugh3:

awanjingga Publish time 29-6-2012 10:54 AM

dadah tu zul punya kan...

cmf_conan Publish time 29-6-2012 11:41 AM

huhuhu.. baik la ko terus gi balai polis wais oiii {:scareo

qimi08 Publish time 29-6-2012 01:48 PM

Reply 1# aerolit_gurlz

Okeh aje....blh memeriahkan lagi thread di sini dgn cerita yg menarik
tidaklah sunyi rumah di sininanti

Nicki_Meow Publish time 6-7-2012 11:08 AM

Reply 1# aerolit_gurlz

Salam,

Ini pun cerita awak kan? - Cintaku Full House

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=514719&highlight=cintaku%2Bfull%2Bhouse

Bila nak sambung cerita tu? {:childlikeo

sarizu Publish time 7-7-2012 08:30 PM

Best muqaddimah cte ni...sambng la...

ladyFinger12 Publish time 9-7-2012 10:48 AM

Replyaerolit_gurlz

Salam,

Ini pun cerita awak kan? - Cintaku Full House

http://mforum.ca ...
Nicki_Meow Post at 6-7-2012 11:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

lady pun pernah baca citer ni dulu-dulu. Zaman belum register kat cari. SR jahhhh masa tu.:$Best citer tu, kenapa tak sambung?:o

aerolit_gurlz Publish time 9-7-2012 09:07 PM

Post Last Edit by aerolit_gurlz at 9-7-2012 21:14

BAB 2
WAIZ MENELENTANGKAN BADANNYA di atas katil.Bantal terus ditarik menutupi mukanya.Rasa serabut ! Rasa tertekan ! Rasa macam…
Bang it ! Kalau dia perempuan,dia rasa macam nak menjerit sekuat hati.Dah nak masuk sebulan.Sebulan Isma menjauhkan diri daripadanya.Sebulan Isma langsung tak nak beri dia apa-apa ruang untuk dia memohon kemaafan.Sebulan gadis itu membuat dirinya menjadi separuh nanar hanya semata-mata mencari kesempatan untuk bertentang empat mata dengan Isma.
Isma memang gadis keras kepala!Memang gadis yang langsung tidak boleh hendak dibawa berbincang.Dia tahu,itu semua adalah salahnya.Salahnya seratus peratus.Dia yang gatal mulut sebab mengeledah kembali kotak ingatan yang sudah ditampal kemas oleh Isma.Mengungkit kembali mengenai kematian Ishak,abang kandung Isma yang sudah pergi genap tiga tahun.
Tapi itu semua bukannya dia sengaja.Dia terlepas cakap.Isma sepatutnya faham.Mereka bersahabat sejak daripada sekolah rendah lagi.Pergi sekolah sama-sama.Balik sekolah sama-sama.Buat kerja sekolah pun sama-sama.Perangai diayang memang cakapikut suka hati,tak dipakai filter sepatutnya sudah Isma khatam.Macam dia yang cukup fasih perangai Isma,yang sekali naik marah memang payah gila nak pujuk.
Waiz mengeluh.Handphone yang berada diatas meja diambilnya.Ditekan terus butang nombor 4.Nombor yang memang khas untuk Isma.Menunggu beberapa saat,dan panggilannya disambut dengan suara operator perempuan.
“Kau dengan aweks mana tadi Waiz?Ohhh…dah ada aweks tak nak cerita dengan aku.Karang kalau aku cerita dekat Inspektor Rashidi baru kau tahu…”Isma sengih nakal.
“Heh?Aweks mana?Kau ni biar betul.”
“Mana aku nak tahu.Suara perempuan yang jawab.Lemah-lembut je suara aweks tu.Wahhh..Inspektor Rashidi bakal dapat menantulah tak lama lagi.”
“Kau jangan nak mengada Isma.Aku lepak dengan Jai je hari ni.Boleh tak kalau kau jangan asyik sebut nama ayah aku.Kau memang suka nak ugut aku kan?”Kalut dia mencari handphone didalam beg sandangnya.“Perempuan tu cakap apa dengan kau?”soalnya sambil menekan-nekan butang keypad,memeriksa panggilan handphonenya.
“The number that you have dail is not available.Please try again later.”
“Isma!!!”
‘Isma.Aku betul-betul minta maaf"ucap Waiz perlahan,sambil mengenggam erat handphonenya.
.............................................................
JAI MENGELENGKAN KEPALANYA berulang kali.Sebelah tangannya bercekak pinggang memandang sesusuk tubuh yang terbaring terlentang di atas katil bujang itu.Bau bilik yang hapak itu membuatkan Jai cepat-cepat menuju ke tingkap.Langsir ditarik kasar,membiarkan cahaya matahari menyuluh masuk kedalam bilik.Tingkap bilik itu dibuka seluas-luasnya.
Perlahan-lahan Waiz membuka matanya.Jai yang sedangberdiri di hujung kakinya dipandang.Terasa kabur pandangannya.Kepalanya pula terasa macam berpusing-pusing.Dia rasa ini semua bahana sebab dia yang terlebih tidur.
“Eh Jai ! Bila kau sampai?”soalnya dengan mata yang separuh terbuka.

aerolit_gurlz Publish time 9-7-2012 09:16 PM

Jai mengigit bibir.Bertuah punya member.Bantal yang berada dihujung kaki dicapai.Dibaling tepat ke arah Waiz yang kembali hendak memejamkan matanya.
“Kau ni kenapa?Aku message tak balas.Aku telefon tak berangkat.Kau tahu tak berapa lama aku berdiri depan rumah kau?Aku picit loceng sampai jiran kau yang keluar.Nasib baik Abang Sham baru balik daripada mana entah,kalau tak…Aku buat pesta locenglah jawabnya.”
Bebelan Jai hanya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Waiz bangkit daripada baringnya.Rambutnya yang terjuntai di dahi itu diraup dengan kedua-dua belah tangan.Getah yang memang sudah sedia berada dipergelangan tangannya diambil lalu diikat ke rambutnya.Rambutnya sudah boleh diikat sejemput.Mukanya pula digosok berulang kali,sebelum melemparkan pandangan ke wajah Jai.
“Aku sibuk”Pendek jawapan yang diberikan oleh Waiz.
Jai menahan geram.Muka sembap Waiz dipandang.”Sibuk dengan tidur?”perlinya.
Waiz diam.Tak ada kuasa nak menjawab.Dia tahu lagi dia menjawab,lagi panjang bebelan Jai.
“Pasal Isma kan?”
Mendengar sebaris nama itu,membuatkan Waiz terasa dirinya bagaikan diletakkan ke dalam peti sejuk.Dia memandang Jai.
“Kau ada jumpa dia ke?”
“Ada..”ujar Jai.”Kau dengan dia gaduh?”
Waiz mengeluh.Dia menyandarkan belakang badannya dikepala katil.”Aku gaduh teruk dengan dia.”
“Sebab?”
“Aku tercakap pasal arwah abang dia.”

aerolit_gurlz Publish time 9-7-2012 09:17 PM


Raut wajah Jai berubah.”Kau ni….”Jai menarik nafas.”Betullah mangkuk!”
“Aku tahu.Aku tak sengaja.Masa tu aku tengah bengang.Aku terlepas cakap.Kau ingat aku nak ke saja-saja cakap pasal arwah abang dia tu.Aku tengah meletup masa tu.Dia boleh datang tiba-tiba ragut beg aku.”
“Heh?Isma peragut?”Jai terkejut.
“Bukan.Dia nak selamatkan aku.Zul badigol tu letak dadah dalam beg sandang aku.Nasib baik Isma ada.Aku tak tahu macam mana dia boleh tahu.Tengok-tengok macam kilat dia sambar beg aku.Apa lagi…aku kejarlah.Nasib baik geng Zul tak dapat tangkap dia.Kalau dapat tangkap,kau ingat apa jadi dekat Isma?”
“Habis sekarang geng Zul apa cerita?”
Waiz jungkit bahu.”Masuk penjaralah kot.Aku suruh Abang Sham handle.Dia kata dia ada member yang boleh tolong.Kalau ayah aku tahu,mahu arwah aku.”
Jai senyum sinis.”Aku pergi rumah kakak aku tak sampai dua bulan,macam-macam dah jadi dekat kau yea.Itulah..daripada dulu lagi aku dah cakap,jangan kawan dengan geng Zul tu.Kau tak nak dengar.Aku dah kata dia tu tak boleh percaya.Dah berapa banyak budak-budak jadi keldai dia.Kau tu..apa orang cakap semua tak nak dengar.Ikut kepala sendiri aje.Kan dah susah.Nasib baik ada Isma.Nasib baik juga ada Abang Sham.Kalau tak..memang popularlah kau sebab masuk Metro.”
“Jai..Dah-dahlah tu.Aku tahu aku salah.Tak payahlah nak membebel.”
Jai diam.Dia pun sebenarnya memang malas dah nak membebel.Apa kes buang air liur dekat orang macam Waiz?Dia jenis manusia yang langsung tak nak ambil kira pendapat orang lain.Tahu diri sendiri je betul.Tapi tak juga betulnya.Tengok apa dah jadi sekarang.
“Tu mengutuk aku dalam hatilah tu kan?”
“Memang kau layak dikutuk pun.Habis tu,apa rancangan kau sekarang?”soal Jai.
Waiz mengosok belakang tengkuknya.Soalan Jai membuatkan lidahnya tiba-tiba menjadi kelu.Sungguhlah.Dia sendiri pun dah tak tahu apa yang patut dia buat.Jarinya rasa macam nak krem sebab selalu sangat mendail nombor Isma.Dia tak tahu berapa ratus panggilan yang dia telah buat,tapi satunya tiada balasan.Kena reject lagi adalah.
“Dia tak nak kawan dengan kau lagilah tu.”
“Kaki aku dengan badan kau tak jauh je weh”ujar Waiz geram.Jai tersengih.Dia menjarakkan dirinya daripada kaki Waiz.Ini kalau Waiz tendang,mahu tergolek aku jatuh katil.
“Kau dah confess dekat dia ke?”
“Confess apa?”
“Eleh..”Jai buat muka.”Kau ingat aku tak tahu yang selama ni kau suka dekat Isma.Kau nak buat dia jadi aweks kau kan?”
Waiz terkejut,namun dia cuba mengawal riak wajahnya daripada berubah.Heh?Jai tahu?Macam mana sahabatnya itu boleh tahu?Setahunya,dia tidak pernah pun beritahu sesiapa.Rahsia dalam hati itu memang disimpan kemas-kemas agar tiada sesiapa boleh tahu.
“Kau jangan nak merepeklah.”
“Dowh!”Jai buat muka bosan.”Kau ingat aku budak-budak lagi ke kau nak temberang?Aku dah 18 okey.Aku kenal kau.Aku kenal Isma.Selama mana kau kenal Isma,selama itulah juga aku kenal kau.Kau tak payah nak menafikan apa yang benar.Sekali kau pandang Isma,aku tahu kau memang dah suka dekat dia.Kau dah confess ke belum dekat dia?”soalan yang sama kedengaran lagi.
“Belum..”lambat-lambat Waiz menjawab.”Benda susah,kenalah ambil masa.”
“Jangan sampai dia terlepas sudahlah.”
Waiz mengeluh.Itulah yang paling dia takut sekarang ini.Dia takut Isma terlepas.Dia takut kalau-kalau hati gadis itu menjadi milik mana-mana lelaki lain.Hidupnya rasa tak tenang apabila memikirkan yang sudah sebulan lebih dia dengan Isma tidak berhubungan.Hendak ditunggu dihadapan pintu rumah gadis itu,dia masih ada lagi malu yang menggunung.Hendak dijawap apa kepada ibu Isma kalau ibu Isma bertanya sebab apa dia dengan anak gadisnya bergaduh.Takkan hendak diceritakan mengenai kesilapannya yang tersilap cakap.Silap-silap,hati ibu Isma pula yang tergiris.Sungguh dia tidak sanggup melukakan hati ibu Isma yang telah dia letakkan penghormatan sama tinggi dengan emak ayahnya.
“Aku blank..”keluh Waiz.
“Aku ada idea.Kau nak aku tolong tak?”
Cebikan terukir dibibir Waiz.”Kau kalau nak tolong bagi masalah jadi lebih berat,tak payah!”
“Cakap elok sikit eh.Aku ni kalau ayat perempuan,perempuan tu cair macam ais batu letak bawah matahari tau.”
Pandangan tidak percaya terukir diwajah Waiz.Jai angkat kening dua tiga kali.
“Trust me dude!Aku bab-bab perempuan ni petik jari je.”
“Suka hati kaulah!”Waiz dah malas hendak melayan.”Kalau jadi lagi teruk,siap kau!”
“See the legslah…”

-BERSAMBUNG-
** Ma'af...kalau jalan ceritanya entah hape2..{:down2o

aerolit_gurlz Publish time 9-7-2012 09:21 PM

Reply 5# Nicki_Meow

Wualaikumsalam...

Hye Nicki_Meow...{:2Hio


Iyea...cintaku full house tu memang cerita saya.Memang nak sangat sambung cerita tu,tapi dalam kepala otak sekarang ni asyik dok fikir pasal Waiz dengan Isma je.{:decideo


Harap awak sudi baca kisah Waiz dengan Isma, seperti mana awak sudi baca kisah Zakif dengan Hana.{:childlikeo

aerolit_gurlz Publish time 9-7-2012 09:25 PM

Reply 7# ladyFinger12

Hye ladyFinger12{:2Hio
Trimas sebab sudi baca cintaku full house.Idea tengah tak ada.Dipengaruhi pula dengan cakap sahabat yang cakap,asyik kawin paksa je,bosan dowh...{:mado

Buat masa sekarang ni,harap ladyFinger12 sudi baca kisah Waiz dengan Isma.{:imisso

aerolit_gurlz Publish time 9-7-2012 09:26 PM

Reply 4# qimi08

Hee..terima kasih kak Qimi..{:loveo

aerolit_gurlz Publish time 9-7-2012 09:27 PM

Reply 6# sarizu


Harap terhibur..{:heroo

sarizu Publish time 9-7-2012 11:10 PM

smbung la lagi...
igtkn diarg 28, rupanya baru 18 ya... cite budk skolh la ni eh

Nicki_Meow Publish time 10-7-2012 03:58 PM

Harap awak sudi baca kisah Waiz dengan Isma, seperti mana awak sudi baca kisah Zakif dengan Hana.
aerolit_gurlz Post at 9-7-2012 21:21 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Op koz akan baca. Tapi harap sangat awak sambung Cintaku Fullhouse tu...{:childlikeo

qimi08 Publish time 10-7-2012 04:44 PM

Reply 13# aerolit_gurlz

ha ha ha ha x ada novel baru ke dik oiii.....

ada penulis akak tgk dah masuk round 2....:P

jgn lama2 sgt berhenti nanti peminat lari

aerolit_gurlz Publish time 24-7-2012 12:10 AM

Last edited by aerolit_gurlz on 24-7-2012 12:20 AM \n\nBAB 3

“TERMENUNG MENGALAHKAN ANAK dara”tegur Abang Sham yang sudah menarik kerusi makan berhadapan dengan Waiz.Waiz tersentak.Handphoneditangan dimasukkan ke dalam poket seluar.Sudah tiga hari dia menunggu berita daripada Jai.Hampeh langsung tak ada.
Jai yang konon-kononnya hendak membantu menyelesaikan masalah dia dengan Isma.Bantu apanya?Bantu menyepikan diri adalah.Kalau ikut hati,nak aje Waiz pergi rumah Jai.Tapi dia tahu,kalau message pun Jai tak balas,nampak sangat mamat tu sibuk terlampau.
Sibuk terlampau dengan aweks dan skandal yang banyak sampai tak cukup ukuran pinggang.Sebab itulah Jai selalu sangat kena ceramah dengan Isma.Pantang berjumpa,mesti bergaduh.Dan topiknya lain tak lain,mesti sebab perangai Jai yang suka sangat himpun aweks dan skandal macam kumpul setem.
Dan selalunya,ceramah Isma akan tamat bila Jai cakap macam ni.
“Kau cakap ajelah yang kau dah fall in love dengan aku.Kau cemburu sebab aku tak layan kau kan?”
Selamat Jai kena pukul dekat bahu dengan apa aje barang yang ada dekat tangan Isma masa tu.
“Tengok tu.Dia boleh termenung lagi”Abang Sham mengelengkan kepalanya.
Waiz tersengih.”Sorry Abang Sham.Waiz tengah fikir pasal result SPM ni.”
“Iyelah tu..”Abang Sham mencebik.”Jangan nak bi’daah sangat.Macam Abang Sham tak kenal Waiz.Pegang buku pun bila dah lepas kena paksa dengan Isma.Kalau tak…”
Diam.Waiz mengulum senyuman simpul.Itulah hakikatnya.Betapa malasnya dia hendak pegang buku,sampaikan Isma yang kena jadi tukang paksa,tukang marah dan tukang tengking.Dia selalu rasa,macam mana gadis yang bernama Isma itu selalu mempengaruhi kehidupannya.Mengajaknya perlahan-lahan menjadi seorang manusia yang baik.Yang paling kurang suka belajar.
Sejak daripada kecil,memang dia tak pernah minat belajar.Dia tak pernah ada mood hendak menyelak helaian demi helaian buku teks.Dia mudah rasa mengantuk.Dia rasa mendapat keputusan terakhir didalam kelas adalah sesuatu yang biasa.Bebelan ayahnya hanya dibuat sambil lewa,sebab sudah pasti ibunya akan setia berdiri membela mempertahankannya.
Tapi itu semua berubah apabila dia dengan Isma tiba-tiba bertukar kelas.Isma dikelas pertama,manakala dia dikelas tercorot.Dan dia mula rasa terpinggir,apabila melihat Isma dengan rakan-rakan barunya.Dia rasa cemburu apabila melihat Isma selalu dipuji oleh ayahnya.Dia rasa macam dirinya diabaikan oleh kawan baik sendiri.Perlahan-lahan dia mula menjauhkan diri daripada Isma.Baginya..takkan budak pandai macam Isma hendak berkawan lagi dengan budak macamnya.
Namun…sangkaannya meleset.Makin jauh dia melarikan diri,makin dekat Isma cuba hendak merapatkan hubungan mereka.Sikap Isma yang buat seolah-olah tiada apa yang berlaku menjadikan dia malu sendiri.Dia terpaksa mengaku yang dia terlebih emo.Egonya diketepikan,dan dia cuba merubah dirinya.Itu pun selepas dicabar oleh Isma.
“Kau tahu tak,ibu aku selalu cakap budak-budak zaman sekarang ni beruntung.Diaorang hanya kena pergi sekolah.Tugas mereka cuma belajar.Duit sekolah,duit yuran,semua ibu bapa yang sediakan.Apa yang perlu diaorang lakukan,cuma belajar.Tapi itu pun diaorang gagal.Kau bayangkan orang zaman dulu,kena pergi sekolah,dalam masa yang sama kena buat kerja rumah,kena cari kerja.Ibu aku dulu,pagi pergi sekolah,balik kena pergi bendang.Lepas balik bendang kena masak,jaga adik-adik.Masa bila nak baca buku?Malam dah penat.Esokdah kena pergi sekolah balik.”
“Pelik kan…macam mana orang zaman dulu hidup susah tapi mampu berjaya,tapi orang zaman sekarang yang dah memang senang,gagal dalam hidup.”
Hanya disebabkan kata-kata itu,dia rasa tercabar.Betullah apa yang Isma cakap.Dia tak perlu buat kerja rumah.Dia tak perlu nak membanting tulang kerja dekat gerai lewat malam macam kawannya,Mat.Dia bersenang-lenang lepas balik sekolah.Tapi keputusan peperiksaannya..tetap hancur.Manalah ayahnya tak mengamuk.
Waiz mengeluh.Dia berubah menjadi manusia yang lebih baik,yang lebih mengerti susah-payah ibu ayah bekerja semata-mata nak beri kesenangan kepada dirinya,semuanya disebabkan Isma.Isma yang kehilangan ayah apabila umurnya menjangkau dua belas tahun.Dan dia lihat macam mana kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh ibu Isma untuk membesarkan dua orang anaknya.
Dan macam mana Isma juga turut berusaha membantu ibunya apabila abangnya terlibat dengan gejala yang tidak elok.Beberapa kali ditangkap oleh polis,dibelasah oleh jiran-jiran mereka disebabkan sifat suka mencuri.Dia lihat macam mana Isma mengharungi itu semua.Dia merasai kesedihan Isma apabila gadis itu menangis teresak-esak di atas buaian,semata-mata sebab rindukan arwah ayahnya.
Semua itu…semua yang dia lalui bersama-sama dengan Isma,membuatkan dia faham,hidup ini bukanlah sesenang yang kita semua jangka.Dan buat dia faham juga,walau betapa teruk pun hari ini,belum tentu esok akan sama nasibnya.
“Kita ambil contoh hujan.Mula-mula lebat.Lepas tu renyai-renyai.Dan akhirnya berhenti.Kau ibaratkan kehidupan macam tu.Walau sehebat mana pun dugaan datang,dugaan tu pasti akan berhenti.Itu lumrah.Aku percayapada hakikat itu.”
“Abang Sham..”Waiz menarik senyuman nipis.”Kita tak pernah sangka kehadiran seseorang boleh ubah seluruh hidup kita kan? ”
Abang Sham tersentak.Tidak diduga dengan soalan Waizyang tiba-tiba itu.Dia menarik senyuman nipis kemudiannya,sebelum menganggukkankepalanya.
“Betul.Kehadiran seseorang memang boleh ubah kehidupan orang lain.”

-BERSAMBUNG-

** Selamat Berpuasa...:)


aerolit_gurlz Publish time 24-7-2012 12:22 AM

qimi08 posted on 10-7-2012 04:44 PM static/image/common/back.gif
Reply 13# aerolit_gurlz

ha ha ha ha x ada novel baru ke dik oiii.....


Hee...Akak Qimi.Penulis lain tu semuanya dah expert.{:smileo
Saya ni baru aje nak belajar bertatih...{:decideo

Selamat berpuasa yea...{:fullo

sarizu Publish time 24-7-2012 08:20 AM

silalh smbg lg...
Pages: [1]
View full version: Disebalik gerimis hujan-[U]


ADVERTISEMENT