limaunipis03 Publish time 14-11-2012 01:35 PM

bdang sci comp skrg tak mcm dulu. kalo jaman dolu2, amik sc mesti jadik programmer dulu. lepas tu baru specialised bidang DB ker.. network ker.. sistem ke.. dan lain2

skrg bidang IT dah luas dan terlalu cepat berkembang.. dlm engineering pun ada IT, dlm business pun byk IT (cth ecommerce marketing - hybrid marketing & IT). walaupun IT & CS tu berbeza, tapi skrg ni org suka2 guna IT & CS interchangeably

kalau nak amik CS / IT, kena ada minat. sbb org yg ada minat, mereka akan mendalami sesuatu skill tu
contoh, kalo dia minat multimedia, dia akan suka buat animation (samada flash atau 3D) atau edit sound..
kalo dia minat networking - student tu akan study dan dptkan skil networking- buat server, setup network, etc
kalo dia minat programming - student tu tentulah dia rajin buat program
kalo dia minat hacking.. dia tentu habiskan masa blajar mcm mana nak hack komputer dan cuba2 hack server org :)

so dari minat akan datang skill. dan dgn skill ni la akan byk membantu mereka dapat keje.

masalah yg selalu diperkatakan - ramai graduate CS /IT ni tak ada skill (maybe sbb tak ada minat yg mendalam). so, terjadilah byk peluang pekerjaan (mdec menjangkakan ada lebih seratus ribu peluang pekerjaan IT/CS 2010 - 2015) tapi supply tak ckup - sedangkan pada masa yg sama, ramai graduate IT/CS dari kolej2 dan U tak ada keje.

bila deorang study kenapa perkara ni terjadi, maka timbullah apa yg dikatakan skill missmatch - cth : industry nak JAVA programmer atau DB programmer. tapi graduate tak ada skill programming dan ramai graduate IT/CS tak minat jadi programmer.

apa yg saya boleh katakan, ialah, graduate IT/CS yg ada skill, tak perlu risau nak dpt keje. sebab bila grad, walaupun tak ada experience, kalau ada skill (cth programing, power, or creative & pandai buat animasi or grafix) keje tentu akan ada. kalo start dari kompeni kecik.. lama2 boleh lompat ke kompeni yg lebih besar dan seterusnya.

lagi satu, kalao rajin sesambil keje boleh jer buat part time develop sistem, buat website, buat grafix design, networking etc..etc..etc..yg penting ada skill   ;)


just my 2 sen suku. :)

kubelwagon Publish time 16-11-2012 09:46 AM

Saudara Selyusi

Q. apa yang dia belajar dalam bidang ni? programming ada? subject math ada?
A. JurusanSC boleh dibahagi kepada teras and eleftif, bagi teras, programing dan math antara satu subjek yg perlu di ambil.kebanyakan prog language adalah C dan kalau math, jika saudara boleh follow add math SPM, die lebih kurang sama je. ( Adalah sebaik nye jika saudara boleh start refer dan research pasal computer alghorithma, jika saudara mahir algo, maka senang sikit untuk start belajar kebanyakan prog language.

Q. kerja apa yang sesuai dengan apa yang dia belajar selepas dia grad nanti?
A. Sebagai fresh grad, saya cadangkan saudara carik kerja yg relate to Network Operation Center, start dari level 1. Dalam masa yg sama, semasa cuti semester tu, try la buat part time jadi cable puller untuk network cabling.Part time dapat mendedahkan saudara kepada layer 1 dan layer 2 for OSI/TCP.

So besok masa interview boleh la cite experience.Jika ada masa ambil la sekali profesional course seperti Comptia A+/Network + or Cisco CCNA.So at least cantek sedikit resume saudara nanti.

Fasih berbahsa Omputih pun penting.

Oh yea, kalau dalam resume tu , tak perlu letak anda pernah jadi pengerusi persatuan perlajar ke atau capten rugbi ... lebih baik letak pasal exp part time saudara   

Q. adakah dia mempunyai bidang kerja yang sangat luas? maksudnya, senang nak cari?
A. Ya peluang kerja yg banyak jika saudara pandai aligned exp dan knowledge saudara ada dengan kerja yg ditawarkan.Adalah baik jika saudara sudah mula review surat khabar bahagian peluang kerja.Di sini kite boleh lihat skill apa majikan perlukan.Antara suratkhabar yg saya cadangkan ialah STAR.

Q.macamana dia nak jwb kalau orang kata susah nak cari kerja dengan degree ni?
A. Soalan subjektif, jawapan saya pun subjektif .. peluang nye agak tinggi jika pandai aligned yg exp and skill.   

Q. kalau ilmu dia sangat cetek, tak pernah amik kursus/subjek computer, boleh ke dia survive?
A. Ya memang boleh survive. Yg penting keyakinan diri
Pages: 1 [2]
View full version: -


ADVERTISEMENT