hantukiller Publish time 22-6-2012 04:33 PM

Tak paham ......??? Sape yang ajar baca?
siva_nes1 Post at 22-6-2012 16:31 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
sapa sapa lah, tak kira forumer kat sini atau orang luar

hantukiller Publish time 22-6-2012 04:34 PM

maksudnya...kadang2, rasa takut n seram tuu datang dari diri sendiri...mainan perasaan sendiri.. ...
RatuJuwita Post at 22-6-2012 16:30 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifye, perasaan.... suasana persekitaran memainkan peranan juga pada perasaan.... kalau gi tempat yg indah, jiwa rasa tenang, kalau gi mesjid jiwa rasa tawadduk dsb

siva_nes1 Publish time 22-6-2012 04:39 PM

tapi andai kata tidak sbgai pasangan lagi, pulihkan dia supaya kembali ke jalan yang benar... kesian, dimanipulasikan oleh org lain...
lalunagujiwa Post at 22-6-2012 16:24 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Masih suami isteri lagi tapi sudah 3 tahun lebih dalam perbicaraan mahkamah kerana isteri menuntut cerai fasakh. Masing-masing memang tak ada pihak ketiga yang terlibat (bf/gf) selain keluarga dia dan 'makhluk-makhluk' yang tidak diingini. :mad:

lalunagujiwa Publish time 22-6-2012 04:43 PM

Masih suami isteri lagi tapi sudah 3 tahun lebih dalam perbicaraan mahkamah kerana isteri menunt ...
siva_nes1 Post at 22-6-2012 16:39 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    hurm, parah!! dah 3 tahun....
lama kot....

sabarlah tuan, insyaallah, ada kawan2 boleh bantu, jangan putus asa ye...{:1_149:}

Adiya Publish time 25-6-2012 10:57 AM

Nak ngelat jer rope nye die ye. Cam ade pengalaman je.....hehehe
siva_nes1 Post at 22-6-2012 16:26 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Pengalaman ngan hk tak de ler...tp pengalaman baca posting2 die tu bnyk ler..memang die rope itu..tp klu kt bersungguh2, die sudi membantu..ye tak wak? hehehe

supernaturalee Publish time 27-6-2012 04:42 PM

Masih suami isteri lagi tapi sudah 3 tahun lebih dalam perbicaraan mahkamah kerana isteri menuntut cerai fasakh
siva_nes1 Post at 22-6-2012 16:39 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    ya allah, siva, siannya ko...sampai mcm ni sekali...terkujat aq, duk ralit bace dr benang 1 smpi 5 psl saka & related,
tup tap tup tap dh naik court rupanya...

abeh tu, ape alasan wife ko tuntut fasakh ni?

siva_nes1 Publish time 27-6-2012 08:29 PM

Post Last Edit by siva_nes1 at 29-6-2012 17:46

ya allah, siva, siannya ko...sampai mcm ni sekali...terkujat aq, duk ralit bace dr benang 1 smpi 5 psl saka & related, tup tap tup tap dh naik court rupanya... abeh tu, ape alasan wife ko tuntut fasakh ni?
supernaturalee Post at 27-6-2012 16:42 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Alasannya tidak ada lagi keharmonian dan kebahagian dalam rumahtangga. Dia juga mahu kebebasan. Cara kehidupan bebas adik beradik perempuan juga mempengaruhinya. Isteri sudah berusia 46 tahun tetapi tidak ada kesedaran diri untuk melihat apa yang baik dan apa yang tidak elok. Isteri menuntut cerai fasakh di mahkamah tetapi saya juga telah memfailkan tuntutan balas yang isteri telah nusyuz dan mahu dia kembali taat.

ariapersanta Publish time 27-6-2012 11:14 PM

mengingatkan saya kepada satu family (angkat) saya paad zaman dulu, cerita bab agama puhhh .... tapi dress up mmg up to date sungguh.... solat jarang2 nampak tapi cerita hakikat ...sampai nama masjid kat langit pun dia tahu.

supernaturalee Publish time 28-6-2012 09:57 AM

Alasannya tidak ada lagi keharmonian dan kebahagian dalam rumahtangga. Dia juga mahu kebebasan....
siva_nes1 Post at 27-6-2012 20:29 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    obviously this is just not bout saka anymore...

kes mahkamah dh ni...

btw anak² tinggal skali ke dgn wife/mak mertua?
dorunk more to you @ wife?

safamm Publish time 28-6-2012 10:01 AM

Post Last Edit by safamm at 28-6-2012 10:03

Alasannya tidak ada lagi keharmonian dan kebahagian dalam rumahtangga. Dia juga mahu kebebasan....
siva_nes1 Post at 27-6-2012 20:29 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


   alasan sama cam kes R.A& D.JS..
tp kes dah settle semlm...TT ni org yg sama ke?? (jgn marah ...saja gurau..)
bukan kot no.. coz R.A dh 53thn....wife TT baru 46thn..hihihi

siva_nes1 Publish time 28-6-2012 11:06 AM

Post Last Edit by siva_nes1 at 28-6-2012 13:01

mengingatkan saya kepada satu family (angkat) saya paad zaman dulu, cerita bab agama puhhh .... tapi dress up mmg up to date sungguh.... solat jarang2 nampak tapi cerita hakikat ...sampai nama masjid kat langit pun dia tahu.
ariapersanta Post at 27-6-2012 23:14 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Yang famili ini bab agama takla puhhh…. kaluberkumpul adik beradik mula la buka meja berjudi duit main daun terup. Tak kira depan anak-anak sendiri dan anak-anak sedare semo nye bole. Yang peliknye ketua kluarga i.e mak mertua buat dunno je sedangkan benda ni haram. Dulu ade yang berjudimain 4 ekor dan ade tak puasa pada bulan Ramadan pun.

Yang laki kalu hari jumaat adik beradik buat lunch date tuk berkumpul sah tak solat jumaat. Main golf klu tak bertaruh duit tu namanya matahari naik sebelah barat. Famili ni dulu bukan senang pun tapi bile skg masing-masing dah mewah mula rupa diri riak gan kebendaan dan kenikmatan dunia.

Klu barang branded puhhh… nayang megah. Kalu bole nak semo orang tahu. Dulu diorang yang duk rewind berkali-kali cite susah sampai kasut sekolah, stokin dan seluar dalam pun recycle. Klu stokin basah pi kering kat blakang peti ais. Salah sorang nak ambil kursus setiausaha lepas SPM pun sedare sponsor. Ni semo diorang cite sesame adik beradik bile berkumpul. Bukan sape2 tanya pun.

Skang klu kaya tu dah tak sape lagi. Sebenarnya takla kaya sangat tapi dek dulu susah skang perasan diri golongan mewah. Ramai lagi yg lebih senang tapi ade keinsafan dan kesedaran diri. Adik beradik diorang ni memang rapat sampai klu orang luar pun diorang bole ketepikan atau pulau terus bile tak sehaluan.

Isteri sebenar orangnya baik tapi dek slalu sangat berjumpa dan berkumpul gan adik beradik die pun terpengaruh gan cara kehidupan diorang. Tambah lagi mak mertua lak ada makhluk yg suka hadir dlm diri die. Antara anak-anak pompuan isteri saya yang paling rapat gan mak mertua. Tanda lebam2 kat isteri dan die mimpi tu dah lame tapi tak ambil kisah pun sb tak ade perubahan pada diri isteri.

Kami suami isteri rapat, aman dan bahagia selama 20 tahun hinggala tahun 2009 bile dia berubah dan kluar dari rumah tak balik sampai skang. Langsung tak ambil peduli hal suami. Dah 3 hari raya saya tak rai gan jamuan perayaan. Duk sorang2 kat umah je sbb takde mak bapak dan adik beradik dah. Juga dah 3 Ramadan beli makan luar tuk zahur dan buka sorang2 kat umah.

siva_nes1 Publish time 28-6-2012 12:44 PM

Post Last Edit by siva_nes1 at 14-7-2012 22:43

obviously this is just not bout saka anymore...kes mahkamah dh ni... btw anak² tinggal skali ke dgn wife/mak mertua? dorunk more to you @ wife?
supernaturalee Post at 28-6-2012 09:57 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Memang dah kes mahkamah sbb isteri tuntut cerai fasakh. But it is not true to say that it not about saka anymore. Puncanya adalah saka jugak sebab semua tanda2 ke arah kewujudan makhluk ini memang jelas. Cuma untuk menguna saka sebagai alasan tidak mungkin diterima dalam mahkamah. Kehadiran makhluk halus dalam diri mak mertua dan lebam-lebam pada lengan dan peha isteri pun bukan datangnya dari percakapan orang tapi saya melihatnya dengan mata sendiri.

Perbualan adik beradik dan isteri tentang kejadian-kejadian seram seperti melihat lembaga dan mendengar bunyi ngeri dikawasan rumah mak mertua atas tanah pusaka keluarga dia juga menunjukkan benda-benda ini sudah wujud dalam kehidupan mereka sejak dahulu lagi.

Isteri sendiri telah menceritakan bahawa dia pernahterlihat belakang tubuh satu lembaga berambut panjang duduk di kerusi makan apabila terjaga dari tidor pada waktu awal pagi. Adik beradik isteri termasuk lelaki semuanya penakut mungkin sebab pengalaman mereka ini. Mereka berani bila ramai. Abang mereka pernah meminta isteri dia menemaninya ke bilik tidor di tingkat atas rumah mereka untuk mandi.

Mereka ini berani diluar sahaja dan bilaramai tetapi penakut sebenarnya. Lagi mereka ini terasa kuat dan tak tercabar kerana hubungan mereka amat erat dan amat rapat.

Anak-anak tinggal di apartment sewa isteri dan makmertua kerana isteri boleh bersama mereka selepas bekerja hingga ke tengah haridari Isnin hingga Jumaat. Dulu anak-anak ke rumah saya pada petang Jumaat dantinggal bersama saya hingga malam Ahad. Tapi saya kasihan tenguk anak-anakberpindah tempat seperti ini setiap minggu. Jadi saya nasihatkan anak-anak supaya tidak perlu menyusah diri mereka dengan berpindah randah. Anak-anakmemang rindu saya dan selalu menanya khabar.

Anak perempuan bongsu yang berumur 7 tahun selalu berpesan “Abah jaga diri elok2 ye. Abah makan tau. Kalau ada apa2 telefon Txxx ye.” Mereka akan membela saya kalau mak mertua cuba meracuni fikiran mereka dengan memburuk-burukkan. Mak mertua suka masuk campur dan mengutuk saya tetapi tidak berani di hadapan anak-anak kerana mereka memang menyayangi saya.Sebenarnya anak-anak sayang saya dan isteri. Mereka tidak memihak kepada sesiapa kerana keluarga kami dulu rapat dan bahagia. Saya, isteri dan anak-anak tidak pernah berpecah dan sentiasa bersama kalau pergi ke mana-mana.

Cuma anak perempuan sulong saya berumur 22 tahun yang dahulu rapat dengan saya sudah terpengaruh dengan cara kehidupan adik beradik isteri. Dia rapat dengan isteri saya sekarang sepertimana isteri saya rapat dengan mak mertua. Apa yang terlintas pada fikiran saya ialah samada anak perempuan sulong saya ini pula akan menerima benda yang diterima oleh isteri daripada mak mertua nanti selepas isteri...... daughter's bloodline.

siva_nes1 Publish time 28-6-2012 12:59 PM

alasan sama cam kes R.A& D.JS .. tp kes dah settle semlm...TT ni org yg sama ke?? (jgn marah ...saja gurau..) bukan kot no.. coz R.A dh 53 thn....wife TT baru 46thn ..hihihi
safamm Post at 28-6-2012 10:01 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Bukan org same la sebab R.A dh 53 thn .....sama cam umor saye. Alasan apa yang kes R.A & D.JS sama cam saya ni? Bestnye kes dah settle smlm. Ni settle kes mahkamah ke atau saka. Kalau settle tu melibatkan cerai tak bestla. Bila la giliran sy lak..... dah 3 tahun tak settle-settle sbb isteri tak balik rumah. Camne le settle kes diorang ni? Nak gak tau citenye.

supernaturalee Publish time 28-6-2012 01:08 PM

Reply 132# siva_nes1


    maaflah klu sy slh ckp...ter'emo gak bile bace.{:2congo

simpati je yg mampu sy ungkapkan. nk tolong pun xtau lah ape yg blh ditolong.{:heroo

btw, sy surprise TT nih dh 53. make me thought that u might be the oldest person ever on cari forum!{:thumbo

safamm Publish time 28-6-2012 01:46 PM

Reply 133# siva_nes1


    alasan tiada keharmonian dan ,kebahgian dlm rumah tangga. Settle ngan jatuh talak satu

supernaturalee Publish time 28-6-2012 02:17 PM

Reply 135# safamm


    senangnye...:dizzy:

siva_nes1 Publish time 28-6-2012 02:23 PM

Post Last Edit by siva_nes1 at 28-6-2012 16:26

maaflah klu sy slh ckp...ter'emo gak bile bace.http://mforum.cari.com.my/images/smilies/onion/2cong.gif simpati je yg mampu sy ungkapkan. nk tolong pun xtau lah ape yg blh ditolong.http://mforum.cari.com.my/images/smilies/onion/hero.gif btw, sy surprise TT nih dh 53. make me thought that u might be the oldest person ever on cari forum!
supernaturalee Post at 28-6-2012 13:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Takper sya tak kecil ati ape2 pun :lol:. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca dan bersimpati dengan masalah saya ini. Appreciate it very much. I am just being honest about my age but I feel that there might be quite a few followers of this Cari forum who are my age or above. Some must just be silent followers. Anyway, the intention of me being in this forum is to share my problem with other forumers who are sympathetic to my predicament and perhaps may be able to help me.

Ooooh...... please do not be mistaken to think that I am an Indian on account of my nickname. My wife and I are both Malay. Takut ada yang ingat saya ni berbangsa India bila tenguk nick saya dan isteri pulak pakai sari. Isteri pakai sari bersama adik beradik dia semasa majlis perkahwinan anak kakak dia. Tema ' Bollywood Night'. Jadi masing2 perasaan dia filemstar Bollywood...hehe.

Saya tak ada bersama sebab masa tu isteri dah buat hal tapi masih tinggal serumah dengan saya. Tak bercakap dan berkurung dalam bilik lain bila saya balik rumah. Masa majlis perkahwinan ini makhluk halus juga ada menghadirkan dirinya dalam mak mertua. Lepas beberapa hari kemudian makhluk tu hadir sekali lagi dalam mak mertua di rumah adik isteri. Lepas dua kejadian ini isteri keluar rumah tak balik2 sampai sekarang.

supernaturalee Publish time 28-6-2012 02:33 PM

Reply 137# siva_nes1


    haha, xpelah ...age is justa number, kan...{:hoorayo

btw, sy cdgkan why not buat surprise kt isteri, something yg u guys buat mase dating² dulu which both of u remembered most. but secretly far from her mom & siblings. bring back all the great memories. {:1_203:}{:1_200:}{:1_149:}{:1_512:}

who knows kan, terbuka hati tu.:loveliness:

siva_nes1 Publish time 28-6-2012 02:42 PM

Post Last Edit by siva_nes1 at 28-6-2012 14:58

alasan tiada keharmonian dan kebahgian dlm rumah tangga. Settle ngan jatuh talak satu
safamm Post at 28-6-2012 13:46 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Nak cari jalan mudah keluar dari masalah tu je cara nya. Lepas tu cari haluan masing-masing .....nak cari yang baru ke, nak bebas cari hiburan luar ke dll. Yang jadi mangsa dan menderita ialah anak-anak.....tiada kasih sayang dalam erti kata kasih sayang sebenarnya dari kedua ibu-bapa yang sudah tidak duduk serumah. Mak bapa masih hidup tapi anak-anak hidup umpama anak yatim.

Keluar dengan mak...bapa takde. Keluar dengan bapak ....mak takde. Bila hari raya, keluarga lain masing-masing bersalaman, solat di masjid, makan juadah hari raya bersama dan bergambar satu keluarga, anak-anak yang jadi mangsa keluarga berpecah hanya mampu lihat kebahagian orang lain. Olehkerana inilah saya tak berputus asa untuk terus berusaha supaya isteri pulih kembali kepada keadaan dahulu dan keluarga kami bahagia, rapat, aman dan sejahtera semula.

siva_nes1 Publish time 28-6-2012 02:53 PM

haha, xpelah ...age is justa number, kan...http://mforum.cari.com.my/images/smilies/onion/hooray.gifbtw, sy cdgkan why not buat surprise kt isteri, something yg u guys buat mase dating² dulu which both of u remembered most. but secretly far from her mom & siblings. bring back all the great memories. http://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/call.gifhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/tea.gifhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/flower.gifhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/kiss.gif who knows kan, terbuka hati tu.http://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/loveliness.gif
supernaturalee Post at 28-6-2012 14:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Semo dah buat. sms macam2 poem cinta kat isteri lagi. Tak pernah2 buat pun cam tu sebelum ni .....hehe. Tapi tak berkesan. Lepas tu surprise di kat restoran di Mid Valley nak makan satu famili cam dulu2. Ingat bole lembut ati die tapi dia ugut lak dia akan tinggalkan saya gan anak2 makan sama2 tanpa die. Last2 I beralah tarik diri pelan tak menjadi. Lepas tu anta bunga die tak nak terima suruh delivery boy ambil. Tapi delivery boy kata tak bole sbb dah bayar. Last2 dia ambik gak tapi tinggal je kat pejabat tak bawak balik umah sampai kering.
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua


ADVERTISEMENT