woghihden Publish time 16-6-2012 08:51 PM

duit kopi...kena ke bagi kalau nak lepas?

hari ni kono saman ngan polis bahau yg buat sekatan ringkas depan ladang JELEI bahau jam 6.00ptg 16/6/2012..kesalahan tak pakai tali pinggang keledar..redha..minta ihksan juga sbb baru keluar simpang kampung ...pegawai polis tanya banyak kali.." mcm mana nih"?.."kenapa perlu tanya byk kali kalau dah tak bole minta belas ikhsan"..kena saman...dalam pada menunggu surat saman..nampak sebuah motor nouvo yamaha tanpa "side mirror"bangsa india..pegawai suruh berhenti tepi..den ingat nak kono saman...sekali nampak penunggang tersebut seluk poket dan pusing semula ke sekatan sertamenghulur duit secara terang-terang pada seorang pegawai yg ado 3 calit(sarjan agaknya/mungkin juga ketua operasi) depan mato den dan berlalu pergi tanpa di saman(RASUAH)..dgn hati berbunga pegawai tersebut gelak sesama sendiri sambil menyebut duit kopi..ptt la pegawai yg saman den tanya byk kali..mungkin ini lah yg diorg mahu kot...bukan motor tu sahaja terdapat beberapa kenderaan serta lori yg melakukan perkara yang sama..nasib baik lah den tak bawa kamera masa tu..
mcm ni ke setiap pegawai yg bertugas di negeri-negeri yg jauh dari bandar..tak cukup kah gaji mereka? atau mmg attitude polis yg jauhdari pemantaun melakukan perkara begini?..mungkin kah kerana hari ni "hari bapa" mereka boleh sesuka hati buat undang-undang sendiri?.-kusebarkan-

pakwetizzaqyah Publish time 16-6-2012 09:25 PM

Reply 1# woghihden


   hehehe.. wei.. ko mmbe2 la ngn polis2..yg baik2 la.. nnti diorang akan bg tau.. bnde ni mmg budaya sebilangan besar polis trafik.. bnyk lg yg kureng2 pasal polis ni..ckp pun tk guna.. nnti orng kata aku tk de bukti... hahaha tp... inilah realiti bro.... bomba je yg tak makan rasuah agaknya... hahahahahaha

woghihden Publish time 18-6-2012 08:24 AM

Reply 2# pakwetizzaqyah


   den takde la heran sgt pun..tapi terang dan jelas pandangan org lain....mmg busuk la perangai

bobok Publish time 21-6-2012 03:18 AM

pikir2 balik bagus kalau saman ni dihapuskan, lepas tu tutup mata bila polis boleh pau sesuka hati. kalau saman ni, sampai mati tak bayar pun boleh, lepas tu suka2 nak bagi diskaun (bayar cepat tak de diskaun, bayar lambat ada). at least kalau polis dibiarkan berleluasa pau sesuka hati, serik jugak la nak buat salah sebab dah sah2 kena bayar. mcm kes hisap rokok la, bayar on the spot RM50 atau rasuah RM10. tak kisah RM50 atau RM10, tapi dah bayar on the spot, risau gak la nak buat salah.

ok ke bangang apa aku kata ni? hahaha....

woghihden Publish time 21-6-2012 09:25 AM

Reply 4# bobok


   entahnya kan...bilo dah saman org tak buleh nak bayar..dah camno pulak nak hidup road tax....bila dah road tax tak hidup mula kata kenderaan curi...kalau asyik bg duit kopi je..dah rasa subahat sama pulak...ni la namanya kerana tahi hidung seketl habis mabis masin air kopi secawan..hahah


apa den ckp nih....?{:fainto

nor5480 Publish time 21-6-2012 10:58 AM

Post Last Edit by nor5480 at 28-6-2012 07:46

itu normal... aku sendiri pun pernah kena dalam 2@3 x.. contohnya macam ada 1 kali tu, aku tersalah masuk jalan yangtulis no entry.. padahal bukan jauh pun, dalam 10 meter jer.. kat belakang sebuah kedai.. nasib tak baik, ada polis naik motor datang dalam 3 orang..dorang buat2 lengah nak saman kitaorang.. lama gak la dok dolak dalik.. kami memang dah mengaku salah awal2 lagi.tapi nak boleh kena saman tu cam liat jer.. pastu, baru ada pakcik kat situ bagitau yang dorang buat lambat2 tu sb nak duit kopi.. last2 skali dorang saman jugak kat kitaorang sb kitorang buat x reti jer..

http://s7.postimage.org/6kalnppav/Anti_Rasuah.jpg


kesimpulannya, tag putih yang pakai kat lencana baju tu cam xder pe2 pun.. {:redo    {:1_511:}

woghihden Publish time 21-6-2012 11:30 AM

Reply 6# nor5480


   huhuu TAG putih" Saya tidak ambil rasuah"...yg tu kan?....

alphawolf Publish time 21-6-2012 01:08 PM

toksah nak babitkan politik dalam ni.Kalau diaorang nak pau dan tak malu biar..yang tangan dok hulur tu pun sama aje korup. Tak kisah le termasuk 1 meter ke, dah sampai hujung jalan ke....

malberi8 Publish time 21-6-2012 05:17 PM

bagi rasuah, terima rasuah, mintak rasuah, tak lapor kejadian rasuah.....semuanya terbabit dlm rasuah. Semuanya haram jadah

iskans Publish time 21-6-2012 09:29 PM

Reply 1# woghihden


   Ni la antara sebab jenayah meningkat. Penjenayah tak akan hormat polis yang meminta rasuah untuk melepaskan pesalah (orang yang melanggar undang-undang kecil)....:(

woghihden Publish time 22-6-2012 08:53 AM

Reply 9# malberi8

hahahaha..den dah report dlm ni yo...:lol:

woghihden Publish time 22-6-2012 08:54 AM

Reply 10# iskans


   betul la tu...asal nampak ye road block...U turn...langgar...sobab dah tak hormat...{:thiefo

malberi8 Publish time 23-6-2012 12:00 AM

Replyiskans


   betul la tu...asal nampak ye road block...U turn...langgar...sobab dah tak ho ...
woghihden Post at 22-6-2012 08:54 AM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    kalu semua boleh ikut undang2 jalanraya dgn baik..... takdenye polis atau jpj nak tahan, setau aku yg kena tahan memang dah lakukan kesalahan jalanraya..... tak pernah aku dengar diaorang tu saja2 tahan kenderaan semata2 nak paw ... so kalu x nak kena mintak rasuah atau bagi rasuah ikut la peraturan jalanraya tu...

penguatkuasa undang2 jalanraya ni memang dok carik orang yg buat kesalahan jalanraya, time tu jugak la yg kaki mintak rasuah pon nak buat duit. tapi ada gak pemandu sendiri yg nak bagi rasuah bila dah kantoi, lepas bagi rasuah malaun ni jugak la yg dok canang satu dunia kata polis atau jpj ni yg mintak...jenis macam ni aku rasa kat dlm forum ni pon ramaii nihhh

yipun_78 Publish time 25-6-2012 08:20 AM

apa kaitan UMNO dgn polis amik rasuah? boleh terangkan dgn lebih terperinci lagi?

malberi8 Publish time 25-6-2012 10:10 AM

itu normal... aku sendiri pun pernah kena dalam 2@3 x.. contohnya macam ada 1 kali tu, aku tersalah...
nor5480 Post at 21-6-2012 10:58 AM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    ape kena mengena buta IT ngan rasuah .... dan stahu aku ramai gak anggota2 PDRM atau agensi2 kerajaan yg lain sokong PAS , kalu penyokong PAS dlm PDRM tu amik rasuah apa plak citer..rasuah ni dosa yg dilakukan oleh induvidu2 yg terlibat, bukan pada parti atau organisasi..

woghihden Publish time 25-6-2012 10:49 AM

Reply 13# malberi8


   aiii...marah nampak..keje polis ke?..hahahhaha

PEPPERMAN Publish time 25-6-2012 11:57 PM

memang 2 2 pemberi dan polis salah,
tp pada saya, lebih kesalahan kepada polis,kerana mereka dibg amanah, mereka kena ada integriti, disiplin dan akauntabiliti.

tp sayang polis malaysia kebanyakan makan duit haram

bila dikutuk, maka kuarlah alasan tak semua polis mcm tu... yg lgi cm haram marah balik "pasni apa2hal jgn cari polis:

pada aku, kalo polis nk dapatkan kepercayaan org awam, mereka tk patut bg alasan2 di atas. sepatutnya mereka balun cukup2 kawan2 mereka yg buat taik tu, bg depa sedaq diri skit jgn asik dok suap anak bini hasil duit haram

woghihden Publish time 26-6-2012 09:25 AM

memang 2 2 pemberi dan polis salah,
tp pada saya, lebih kesalahan kepada polis,kerana mereka dibg a ...
PEPPERMAN Post at 25-6-2012 23:57 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

ni yg dinamakan "kerana nila setitik, habis susu sebelanga"..hehehhehehehe

kuewTiau Publish time 26-6-2012 10:02 AM

Reply 17# PEPPERMAN


    setuju...penah kena tahan sebab tak pakai tali pinggang, tu pon sebab dah nak sampai ke destinasi,tinggal beberapa langkah lagi. tapi aku senyum je, dia suruh kuar isi borang ape ntah. rupa-rupanya isi borang survey. kehkehkeh;P

naseb baik ada nasib baik.:P

off topik kejap :: ensem wo avatar ko. sape tu? aku kenal nasir bilal khan je;P

malberi8 Publish time 27-6-2012 02:31 AM

Post Last Edit by malberi8 at 27-6-2012 02:37

Replymalberi8


   aiii...marah nampak..keje polis ke?..hahahhaha
woghihden Post at 25-6-2012 10:49 AM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    aku bisnes sendiri... tapi ramai kwn2 yg keje polis.. tak semua yg makan duit haramsebab bukan semua polis kerja dok cari orang buat kesalahan lalu lintas jek... ada banyak jabatan dalam PDRM tu... tapi yg paling korang kenal yg dok tahan kenderaan tepi jalan tu la dan polis traffic... ramai lagi anggota2 PDRM yg dok bersengkang mata dan bergadai nyawa siang malam dok jaga keselamatan awam , orang awam tau komplen jek tak pernah pikir camna susahnya keje derang dgn gaji ciput.. ada sesetengah kat sini dah memang tak suka polis tak heran la derang dok hentam semua anggota PDRM atas alasan kes paw tepi jalan ni..aku nak tanya pada yg dok kutuk sangat kat polis ni satu hari nanti, adik atau mak derang kena ragut ke, liwat ke ,kemana hala derang nak buat report...derang nak pi balai polis ke atau markas2 politik derang he he...dah kena baru korang tau nanti.
Pages: [1] 2 3
View full version: duit kopi...kena ke bagi kalau nak lepas?


ADVERTISEMENT