fly_in_d_sky Publish time 18-11-2012 10:47 AM

chaoyunjie posted on 17-11-2012 08:57 PM static/image/common/back.gif
Di manakah pula Laksamana Sunan, Ratu Sulaman setia menanti di booth Ramianz Mania. Silalah tuan ham ...

takde jual kat kedai buku ke?
huhuhu ...
cerita nya tentang apa?


chaoyunjie Publish time 18-11-2012 11:14 AM

fly_in_d_sky posted on 18-11-2012 10:47 AM static/image/common/back.gif
takde jual kat kedai buku ke?
huhuhu ...
cerita nya tentang apa?

Maaf fly..itu kena tanya Attokz...

nie ada sedikit ucapan dr Attokz...(copy paste)

Salam semua kawan-kawan,
Maaf tak dapat bagi respon awal. Saya sangat sibuk sebab bertugas sebagai Pengurus Acara dan sekaligus Kordinator Pop Fest ini.

Sailang - bukan novel baru Abg RAM. Sailang juga bukan sebuah novel, tapi merupakan kumpulan karya Ahli RAMFC yang menulis/melukis berkaitan tentang novel Abg RAM. Banyak karya kreatif terlahir atas pintasan karya Abg RAM. Jadi sebahagian karya itu dibukukan.

Antara penulis yang terlibat, Elle Syeila (pengasas RAMFC), Web Sutera, Zonan Villa, Saifudin Jalis dan beberapa nama RAMians yang lain.

Harga pasaran buku ini hanyalah RM15. Cetakan terhad 100 naskhah sahaja. Jualan ditumpukan untuk pengunjung Pop Fest terlebih dahulu. Jika ada permintaan yang menggalakkan, mungkin RAMFC akan membuat ulang cetak jika keadaan kos mengizinkan.

Usahlah melabel, berburuk-sangka juga melemparkan pandangan negatif terhadap usaha ini. RAMFC tidak mempunyai modal yang besar untuk mencetak dengan kuantiti yang banyak seperti penerbit novel Abg RAM selama ini - Karangkraf. Sekali lagi dinyatakan, SAILANG bukan novel Abg RAM. Jika anda hanya peminat karya Abg RAM, bolehlah abaikan buku ini.

SAILANG dihasilkan untuk menyertai Pop Fest KL 2012 yang julung kali diadakan. Maka RAMFC mencuba untuk meraikan komuniti indie yang sedia ada.

Kepada RAMians di kota/tempat lain, maafkan kami kerana tidak berupaya sampai ke kawasan anda. Kami hanya menyertai sesuatu acara yang dianjurkan oleh pihak lain yang mempunyai kapasiti yang lebih besar. Perlu dijelaskan untuk ke sekian kalinya bahawa RAMFC atau Abg RAM tidak berupaya untuk hadir ke semua tempat tanpa undangan.

Untuk RAMians di Borneo, kami menghargai sokongan anda. Jika ada undangan oleh pihak yang berkapasiti dan sesuai dengan keadaan, pasti kami atau Abg RAM akan tiba jua.

Akhir kata, ada dua perkara untuk disepakati bersama. Pertama, buku SAILANG bukan karya Abg RAM. Kedua, harap RAMians memahami dan mengerti. RAMFC adalah tempat untuk kita meraikan minat yang sama terhadap karya Abg RAM antara satu sama lain, bukannya tempat untuk mementingkan diri dan hati sendiri.

Sebagai penasihat RAMFC dan penyelenggara SAILANG, mohon ampun maaf atas kekurangan yang ada.

-AttOkz Dikulgai-

fly_in_d_sky Publish time 18-11-2012 12:06 PM

chaoyunjie posted on 18-11-2012 11:14 AM static/image/common/back.gif
Maaf fly..itu kena tanya Attokz...

nie ada sedikit ucapan dr Attokz...(copy paste)


oooo ...
baru faham tapi terasa nak baca gak
cuma tu ler takde dalam pasaran
limited edition ...

chaoyunjie Publish time 18-11-2012 08:55 PM

fly_in_d_sky posted on 18-11-2012 12:06 PM static/image/common/back.gif
oooo ...
baru faham tapi terasa nak baca gak
cuma tu ler takde dalam pasaran


fly cuba pm Attokz...
coz ramai member2 jauh dr KL...beli dr Attokz...
itupn x pasti samada beliau masih ada stok lg @ X

beldandy Publish time 20-11-2012 12:37 PM

fly_in_d_sky posted on 18-11-2012 12:06 PM static/image/common/back.gif
oooo ...
baru faham tapi terasa nak baca gak
cuma tu ler takde dalam pasaran


kira mcm penghargaan fans terhadap RAM la kan...

chaoyunjie Publish time 20-11-2012 09:19 PM

sedikit review daripada 2 orang kenalan BTL/B35

" Buku sailang tu himpunan cerpen dr watak2 karya2 RAM....Zonan Villa,Web Sutera dan Eyman Hykal turut menyumbang ilham dlm buku sailang tu...sebuah buku yg menzahirkan ilham rasa pencinta karya2 RAM...senaskah ilham yang santai" ....

" Himpunan & Kreativiti ramianz menulis m'gunakan sepenuhnya watak2 dlm karya RAM....tersenyum sendiri dengan karya 'Aku Bercerita' oleh Zonan Villa & 'Segugus Dua Parodi Terpaksi' oleh AttOkz Dikulgai..."

boleh pm AttOkz Dikulgai untuk dapatkan naskah terhad ini...

chaoyunjie Publish time 24-11-2012 11:25 AM

Aku - seorang penulis novel mengalami writer block utk menghasil karya. Aku bercuti di Pulau Pinang. Ketika inilah dia digangguseorang misteri yang mencerobohi bilik hotelnya. Penceroboh itu menggunakan komputerribanya utk menulis. Namun Aku mengalami semua itu dalam keadaan separa sedar. Tatkala sedar, Aku menemui lima cerita dalam komputer ribanya lalu mencuri semua cerita itu. Sejak itulah Aku mengalami kejadian pelik dan diburu misteri.Bahkan diburu selaku mangsa yang dijadikan sasaran untuk dibunuh!

AKU BERCERITA oleh RAMLEE AWANG MURSHID-Akan Datang Tidak Lama Lagi-



http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/252306_529302197097983_1021787223_n.jpg

chaoyunjie Publish time 28-11-2012 04:08 PM

26 November 2012 di akhbar Sinar Harian. Ruangan CITRA bahagian NGO mukasurat 38.

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/73257_10151133523772314_653349690_n.jpg

chaoyunjie Publish time 28-11-2012 10:09 PM

Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2

Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu RAMLEE AWANG MURSHID!
Bakal terbit Januari 2013, nantikan!{:1_152:}{:1_152:}

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Sua
tu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/532211_312281702217956_1339727648_n.jpg




chaoyunjie Publish time 1-12-2012 11:33 PM

Jumpa RAM sempena Jualan Gudang Karangkraf yang berlangsung di perkarangan Karangkraf esok, Ahad 02/12/2012 selepas tengah hari. Cari beliau di khemah penulis (sebelah khemah besar). Jom serbu Karangkraf!. Beli dan dapatkan tandatangan RAM selepas beliau tiba (selepas tengah hari). Waktu tepat akan dimaklumkan nanti. =){:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

ladyFinger12 Publish time 2-12-2012 12:04 PM

@chaoyunjie    Sorry for calling...:$

lady baru je nak menjadi RAMIANZ... Mohon bantuan utk susunkan siri pengembaraan laksamana sunan mengikut turutan sebab lady nak baca ikut turutan baru faham kisah pengembaraan ini.

Terima kasih.

chaoyunjie Publish time 2-12-2012 01:30 PM

ladyFinger12 posted on 2-12-2012 12:04 PM static/image/common/back.gif
@chaoyunjie    Sorry for calling...

lady baru je nak menjadi RAMIANZ... Mohon bantuan utk susun ...


[*]Bagaikan Puteri
[*]Cinta Sang Ratu
[*]Hijab Sang Pencinta
[*]Cinta Sufi
[*]Sutera Bidadari
[*]Sunan Musafir

Ada promosi kat Krangkraf....

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/561610_10151176097592914_386169817_n.jpg

chaoyunjie Publish time 2-12-2012 07:28 PM

Abg Ram dekat Karangkraf petang tadi{:1_152:}{:1_152:}

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/302839_3816766427793_2099840830_n.jpg

ladyFinger12 Publish time 3-12-2012 02:26 PM

chaoyunjie posted on 2-12-2012 01:30 PM static/image/common/back.gif
[*]Bagaikan Puteri
[*]Cinta Sang Ratu
[*]Hijab Sang Pencinta


offer ni kat karangkraf saja ke? Maksud lady kat kedai buku ada tak offer macam ni?

chaoyunjie Publish time 3-12-2012 07:56 PM

ladyFinger12 posted on 3-12-2012 02:26 PM static/image/common/back.gif
offer ni kat karangkraf saja ke? Maksud lady kat kedai buku ada tak offer macam ni?

kat kedai buku...mungkin POPULAR 10% bg bukan ahli.....20% utk ahli.....itupn klu ada promosi...
klu x promosi...no diskaun bg bukan ahli...10% bg ahli....
yg lain2 bookstore..depend la kot....

rolypoly Publish time 4-12-2012 03:46 PM

bila buku aku bercerita ni nak keluar? rasa dah lama x baca buku RAM

chaoyunjie Publish time 4-12-2012 07:45 PM

rolypoly posted on 4-12-2012 03:46 PM static/image/common/back.gif
bila buku aku bercerita ni nak keluar? rasa dah lama x baca buku RAM

Januari 2013....
itu yg dimaklumkan oleh pihak Alaf 21...
nak baca sinopsis...boleh belek2 page blkng:P

chaoyunjie Publish time 4-12-2012 07:50 PM

Perpustakaan USIM....pada sesiapa yg berminat...6hb Disember 2012{:1_152:}{:1_152:}

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/73290_4996176712324_1945313667_n.jpg

rolypoly Publish time 5-12-2012 08:54 AM

chaoyunjie posted on 4-12-2012 07:45 PM static/image/common/back.gif
Januari 2013....
itu yg dimaklumkan oleh pihak Alaf 21...
nak baca sinopsis...boleh belek2 page...

yeay, x lama dah. {:1_152:}

thanks yunjie {:1_149:}

chaoyunjie Publish time 11-12-2012 06:47 PM

Proses percetakan Cover Aku Bercerita..Alhamdulillah...Harap RAMIANS semua bersabar menanti kemunculannya..ikuti pages ini untuk info-info terkini.. - Fiza

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/68617_10151153716772314_750333075_n.jpg
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: RAMLEE AWANG MURSHID - TOMBIRUO & MANDATORI @ Astro First...


ADVERTISEMENT