girlwearsgucci Publish time 10-6-2012 03:13 PM

cerpen : penjual pasar malam

Post Last Edit by girlwearsgucci at 10-6-2012 15:16

“ Mir.” Mulut Adnan terjuih ke sebelah kanan sebelum kembalimenggoreng nasi goreng ikan masin. Hidungnya bergerak-gerak menahan bau ikanmasin yang menusuk hidung. Kepala Amir automatik terpusing ke sebelah kanan. Perempuan bertudung pink dengan boyfriendnya mungkin.Makcik berbadan besar berbaju kurung. Pekerja Medin dengan baju biru kuningnya. Itu antara yang tertangkap dek mata bundar Amir di balikorang ramai yang mengunjungi pasar malam. Tangannya masih bergerak-gerakmenggoreng kue tiau. Kalaulah lehernya lebih panjang. “ Apanya Adnan? Aku tak nampak pun.” “ Dia tak nampak pulak!!!” kata-kata Adnan mungkin takdapat didengari Amir. Adnan masukkan nasi ke dalam belanga besar. “ Bang.” Amir angkat muka. Terkejut. Sudipdi sebelah kanan terlepas dari tangan dantermasuk ke dalam belanga berisi kue tiau goreng. Cepat-cepat Amir mencapaidengan tangan. Dan secepat itu juga Amir melepaskan semula sudip danmenggoyang-goyangkan tangan kanan kerana kepanasan. Dia pandang semula tangankanannya itu. Mujur belum sempat melecur. Baru dipandang semula gadis di depannya. Mukanya merahmenahan malu. Gadis itu tersenyum. Menahan tawa mungkin. “ Ya dik?” “ Err, mee goreng satu.” Amir gelabah. Sempat dikerlingnya Adnan yang tengahmenahan gelak. Amir pusing ke meja di belakang. Mengambil bungkusan mee gorengyang selesai digoreng sebentar tadi. Di masukkan pula ke dalam plastik biru.Lalu dia berpusing ke depan dan menghulurkan bungkusan mee goreng kepada gadisitu. Gadis itu menjenguk ke dalam plastik. “ Cili jeruk bang?” Amir seraya berkalih semula ke meja belakang dan mencapaisebungkus kecil cili jeruk lalu diletakkan dalam plastik berisi mee goreng. Adnan terbatuk. Amir fikir dia tengah ketawa. Si gadis menghulurkan sekeping not merah. Amir menyambutdan menyeluk poket apronnya. Tangannya berpeluh-peluh.Amir menghulurkan baki kepada gadis yang masih tersenyumkecil itu. “ Jjual dik.” Sedikit gagap. “ Err. Bang?” Amir pandang gadis itu lagi. Jantungnya kembali berdegub.Apa lagi ni? “ Err, mee goreng tu RM2 kan?” Amir angguk. “ Baki ni abang bagi rm6.” Adnan menepuk dahi. Amir segera keluarkan lagi RM2 daripoket apronnya. RM2 bertukar tangan. “ Maaf ye dik.” Amir memohon maaf. “ Tak pe.” Seraya gadis itu tersenyum. Amir terasa seperti hendak pengsan. Petang Sabtu yang dinanti-nanti berlalu dengan senyumangadis misteri itu dalam fikiran Amir. Amir tidak tahu siapa dia. Tidak tahunamanya. Tidak tahu asalnya. Tidak tahu umurnya. Apa yang Amir tahu setiappetang Sabtu gadis itu akan kelihatan sama ada berseorangan atau bersamateman-teman. Sejak bertemu gadis itu tiga bulan yang lalu, Amirteringat-ingat. Terutamanya senyuman yang meruntun hati lelakinya. Amir bukanlahlelaki yang peramah, malah dia agak pendiam. Lain benar jika dibandingkandengan Adnan. Gadis pekerja Medin pun pernah di tanya nombor telefon, inginberkenalan. Amir tidak pernah bertanya lebih kepada gadis itu. Diagementar. Takut. Malu.

“ Malunya kalah perempuan.” Amir diam. Memandang ke luar tingkap van buruk milikAdnan. “ Kenapa kau tak tanya je. Adik nama apa? Belajar lagike?” Amir diam lagi. Sikunya diletakkan di tingkap yangterbuka luas. Ibu jari termasuk sedikit ke dalam mulutnya.Sesekali menggigit kuku ibu jari tangannyaitu. Minggu itu berlalu macam biasa. Dan seperti biasa jugaAmir menantikan petang Sabtu. Dalam banyak-banyak hari pasar malam – Amir danAdnan tidak berniaga di pasar malam pada hari Jumaat – hari Sabtu yangditunggu-tunggu. Kali ini Amir muncul dengan plan baru. Dan dia cuma perlumenunggu kehadiran gadis itu. Pukul 6 petang gadis itu belum muncul. Amir gementar. “ Bang?” Hatinya kembali berbunga. “ Mee goreng eh.” “ Berapa?” “ Satu.” Sambil jari telunjuknya di angkat tegak. Amir menyigung lengan Adnan. Adnan berdehem. “ Abang selalu nampak adik kat sini. Belajar sini ke?” Gadis itu senyum. “ Ya.” Amir yang mendengar pura-pura sibuk menyiapkan bungkusanmee goreng gadis itu. “ Ooo. Belajar jurusan apa?”

“ Perubatan.” Amir tersentap. Bakal doktor rupanya. Seperti biasa Amir menghulurkan bungkusan mee gorengkepada si gadis dan RM2 bertukar tangan. “ Kau ni. Dalam banyak-banyak soalan yang kau nak tanya,kenapa kau tanya dia belajar apa? Orang tanya nombor telefon ke, tinggal katmana ke.” Adnan terus membebel. Amir terus diam. Malah dia lebihdiam berbanding selalu. Dalam van Amir termenung. Malam itu di ruang tamu, Amir mengeluarkan satu kotaksederhana besar dari bilik. Lalu dihembus-hembus penutup kotak yang berhabukitu. Adnan yang sedang menonton TV memandang pelik. “ Kau nak buat apa tu?”

girlwearsgucci Publish time 10-6-2012 03:14 PM

Soalan Adnan dibiarkan sepi. Amir terus membuka penutup kotak dan menyelongkar kotaknya.

Kening Adnan terangkat sebelah.

Amir mengeluarkan sebuah fail berwarna biru. Diselak-selak helaian fail itu. Adnan berkesot, duduk bersila di sebelah Amir.

“ Apa tu?”

Amir tidak menjawab.

Mata Adnan tertumpu ke arah helaian itu.

Matanya terbuka luas.

“ Result SPM kau ke ni?”

Amir mengangguk.

“ Pandai jugak engkau!” Adnan bersorak kuat. “ Tapi kau nak buat apa dengan sijil SPM ni?”

“ Aku nak sambung belajar.” Amir membalas.

Adnan terkejut. “ Kau biar betul?”

“ Betullah.” Amir tengok muka Adnan.

“ Dah tua ni baru kau nak sambung?”

“ Mana ada tua. Aku baru 25.”

Adnan menepuk dahi.

“ Kau buat ni sebab budak perempuan tu ke?”

Amir diam.

“ Mir, kau nak sambung belajar apa? Budak perempuan tu nak jadi doktor kot. Tak payahlah.”

“ Sekurang-kurangnya aku belajar jugak. Budak perempuan tu takkan pandang orang macam kita ni.”

“ Hah! Sedar pun kau. Kita ni kerja apa je.”

Amir diam.

“ Kau dah jatuh cinta sangat ke kat budak perempuan tu?”

“ Aku rasa dialah orangnya.” Amir membalas tanpa memandang Adnan.

Adnan terdiam. Kali pertama dia melihat Amir sebegini rupa.

“ Kenapa dulu kau tak sambung belajar? Keputusan kau bukannya teruk sangat pun. “

“ Aku mana ada duit Nan. Dahlah mak dengan ayah pun tak ada.”

Adnan tersentuh. “ Kau kerja dengan aku ni sebab kau nak kumpul duit belajar ke?”

Amir diam lagi.

“ Tapi Mir. Berapa tahun kau nak belajar? Kalau kau ada diploma pun ada ke perempuan tu nak pandang kau? Kurang-kurang kau kena belajar sampai ijazah. Dah enam tujuh tahun habis.”

“ Lagi satu Mir, sanggup ke dia tunggu kau lama macam tu? Dan soalan yang paling penting.” Adnan terdiam dan pandang Amir lama. “ Dia suka ke tak kat kau? Lepas tu kau nak belajar sebab dia? ”

Amir tak dapat jawab.

“ Sudahlah Mir.”

Punah hati Amir mendengar jawapan begitu dari temannya.

Pagi Ahad itu Amir menaiki motosikal ke kafe siber berdekatan rumahnya. Mahu mencari maklumat untuk menyambung pelajaran. Kalau boleh dia mahu ke IPTA sahaja. Kosnya tidak semahal IPTS.

Pulangnya dia dar kafe siber dengan senyuman yang lebar. Seronok dia bercerita kepada Adnan yang sedang menontin TV.

“ Nan. Kau marah ke?”

Adnan diam.

“ Kalau kau tak cukup duit, kau pinjamlah duit aku dulu. Aku ada simpan duit sikit.”

Amir pandang wajah Adnan dalam-dalam. Dia memeluk Adnan. Terharu.

Sabtu minggu itu terasa lebih bermakna. Dia senyum sahaja, melayan pelanggan dengan ramah.
Dan yang pasti, menanti si gadis pujaan.

Namun, petang Sabtu semakin gelap.

“ Tak ada pun Nan?”

“ Dia ada hal kot.”

“ Tiap-tiap minggu datang je.”

Penantian Amir petang itu sia-sia.

Sabtu seterusnya Amir menanti dengan harapan. Namun baying gadis itu masih tidak kelihatan.

“ Dia balik kampung kot Mir. Cuti ke diorang tu.”

Amir sedapkan hati dengan anggapan Adnan itu.

Minggu ketiga Amir masih berharap. Hatinya lebih berbunga kali ini kerana dia baru sahaja menghantar permohonan untuk melanjutkan pelajaran.

Dan petang itu.

“ Bang?”

Adnan tersenyum. Amir tersengih.

“ Mee goreng dua.”

Amir mengangguk. Sedikit pelik apabila si gadis meminta dua bungkus mee goreng.

Untuk rakannya mungkin.

“ Yang ni ke?”

Tiba-tiba satu suara garau singgah di telinga Amir.

“ A’ah. Sedap bang. Ika selalu beli sini.”

Amir berpusing, menghulurkan bungkusan mee goreng lantas melihat pemilik suara garau.

Si lelaki menyambut bungkusan.

Siapa lelaki ni?

“ Empat ringgit eh?”

Si gadis menghulurkan empat keping not biru kepada Amir. Amir menyambut empat ringgit. Sempat melihat jemari runcing si gadis.

Merah berinai.

Amir rasakan jantungnya berhenti bergerak.

“ Abang nak beli apa lagi ni?” Si gadis bertanya kepada sang lelaki.

Mereka berjalan pergi. Sang lelaki memegang erat jemari si gadis yang merah berinai dengan erat.

Amir melihat gadis dan lelaki itu pergi sehingga hilang dari pandangan. Dia terpana.

Adnan sekadar mampu menepuk bahu Amir.

mie07 Publish time 10-6-2012 04:21 PM

cinta x kesampaian :'(

sarizu Publish time 10-6-2012 07:27 PM

sangat sedih :'(

cuti kawin rupanya

sejuk Publish time 11-6-2012 08:35 AM

Dh habis ke???

fatehana Publish time 11-6-2012 12:18 PM

nak nanges jugak

sian cinta x kesampaian :'(

Nicki_Meow Publish time 11-6-2012 04:38 PM

Terasa cerita ni ada kaitan dengan Hujan Petang &Pertemuan Kedua.

Nice...

muaz04 Publish time 11-6-2012 04:48 PM

ala kesian. tergendala la pulak nak belajar tu nanti..

shawa29 Publish time 12-6-2012 01:04 AM

then endingnya cmne? xkan la cm tu je...nk smbungan lg..

awanjingga Publish time 12-6-2012 10:49 AM

kesiannya memuja bunga ditmn org rupanya..

xpe terus je blajar..nti jmpa lah org lain pla..xgitu..heehee

smbg lagi eh..mcm trgntung jer ni..:lol:

katara1 Publish time 14-6-2012 12:42 PM

la sedihnya.. ye la mcm tergantung je

Ryu-NurESQue Publish time 14-6-2012 04:41 PM

dh ending ker??

entahmengapa Publish time 20-6-2012 07:30 AM

adehhhh....baru fefeeling sedih...tiba2 xde sambungan la plak... TT ni budak medic ehh...

sang_arjuna Publish time 20-6-2012 12:16 PM

Short and sweet wpun sad ending

pencuridiksi Publish time 20-6-2012 03:54 PM

Sedihnya!!Cinta tak kesampaian...{:bloodo

girlwearsgucci Publish time 21-6-2012 01:35 AM

Reply 13# entahmengapa


   kenapa? rasa mcm student medic eh? ;P

girlwearsgucci Publish time 21-6-2012 01:36 AM

maafla korang. tak expect korang ingat yang cerpen ni ada sambungan. cerita dia sampai sini je. ampun!!{:politeo

entahmengapa Publish time 21-6-2012 08:23 AM

alaaaa...dah abis ker.... memang cerpen ahh ni.... :P

rasanya mcm sume citer TT berkisarkan budak medic... kalu betul budak medic memang salute ahh...ada masa nk jengah2 kt sini.... {:1_152:}

yaya4075 Publish time 21-6-2012 09:18 AM

ala....baru nak feeling :lol:

girlwearsgucci Publish time 21-6-2012 12:28 PM

Reply 18# entahmengapa


   ekeke. x selalu jengah pun. ni ada free time sikit. maapla ye.
Pages: [1]
View full version: cerpen : penjual pasar malam


ADVERTISEMENT