GuaAnakMelaka Publish time 1-6-2012 06:04 AM

CERPEN : Selamat tinggal Aisyah……

“aku terima nikahnya Aisyah bte Mohd Ali dengan mas kahwinnya RM40 tunai…..”Affan menjawab dengan linangan air mata kesyukuran.Setelah imam dan saksi mengesahkan ucapannya kini ia bergelar seorang suami dan mulalah tanggungjawab sebagai ketua keluarga…
       “Aisyah…..adakah kamu reda menerima abang sebagai suami?”katanya pembuka malam pertama.“Jika Aisyah menerima abang sebagai suami,itu tandanya saya reda…”jawab isterinya sambilk tersenyum kecil…Maka bermulalah malam pertama yang indah…Hujan menitis laju di luar jendela….
      Selepas cutibulan madu selama 10 hari,Affan mula bekerja.Tugas sebagai seorangjurutera bukan semudah yang disangka.Affan perlu rajin turun memantau pekerja tapak pembinaan dan berjemurpanas teriksebagaimana dirasai pekerja buruh binaan.
   “Pak…bagaimana kerja di sini?”tanya Affan suatu hari….“Syukur …walaupun capek..gajinya lumayan!”jawab pekerjadari tanah seberang yang tekun menjalankan tugasnya.
   “alif baris dua atas aan……”Affan mengajar sepatah demi patah isterinya selepas solat Maghrib….isterinya mengikut bacaan sepatah demi sepatah….Walaupun penat siang hari bekerja,namun malamnya diisi dengan mengajar isteri kesayangan mengeja kalimah Tuhan…..

   “Abang tidak menyesal beristerikan wanita jahil seperti Aisyah?Membaca Quran pun tidak tahu…..”luah isterinya pada satu hari.

“Sayang….Abang terima sayang sebagai isteri dan redha segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sayang….Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan…”Jawab Affan jujur…

       “Kamu ada ijazah dari UniversitiUitm…sambung pula Master di Australia..dapat pula jadi jurutera dalam syarikat terkemuka negara,mengapa pilih Aisyah yang hanya sekolah rendah?”bentak ibunya pada suatu ketika.
       “Mak…..kebahagiaan bukan diukur dari pendidikan tinggi atau pendapatan seseorang..kebahagiaan diukur dalam jiwa yang ada iman dan takwa…”jawab Affan merendah diri,air mata jantan membasahi pipi akibat bentakan ibunya.
             “Nama apa?”tanya Affan ketika latihan praktikal di daerah Quensland.“Aisyah……….”jawab seorang anak gadis yang bekerja sebagai pengemas bilikdi sebuah hotel yang didiami Affan ketika menjalankan latihan praktikal sebuah daerah di Australia.

       “Sudah lama kerja di sini?” sambung Affan lagi….“Sudah tiga tahun…..”jawab Aisyah….
      Perbualan ringkas adalah perkenalan pertama Affan dan seorang gadis berkulit hitam manis yang berasal dari Masjid Tanah Melaka itu.Kemiskinan   menyebabkannya tercampak ke Australia dan menjadi pengemas bilik di negara kanggaroo itu.
   “Saya tidak sekolah tinggi…..setelah tamat darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin,saya tidak menyambung sekolah menengah.Saya membantu ibumendapatkan wangdengan bekerja sebagai penjual sayuran dipasar Masjid Tanah…Ayah meninggal dunia ketika saya darjah tiga”cerita Aisyah suatu hari di sebuah restoran…
      Aisyah merembesketika menceritakan kisah hidupnya…Jelas kelihatan matanya berkaca….Affanmendengar dengan perasaan simpati….Amat kental gadis ini….meninggalkan pelajaran untuk membantu ibunya.Sebagai anak sulong,Aisyah tekad tinggalkan alam persekolahan demi menyara adik-adik ..
         Setelah tamat menyambung Master diUniversity of Melbourne,Affan pulang ke tanah air dan menyuarakan hasratkepada ibunya.
“Mak….Affan sudah ada pilihan hati….”katanya pada satu petang ketika ibunya menuang air teaOkegemarannya.“Siapa?dia belajar Universiti mana?sama belajar ke?”balas ibunya“Namanya Aisyah…..saya kenal di Australia…dia bekerja sebagai penegmas bilikdi sebuah hotel di Australia….”jawab Affan jujur.“Apa ?pengemas bilik?”jerkah ibunya“Mak….dia juga manusia…..walaupun berpendidikan rendah…dia juga wanita mempunyai perasaan….Affan kenal hati budinya…”balas Affan.“Mak tak setuju!”bentak ibunya lantas meninggalkan Affan termanggu diberanda rumah….Affan merenung jauh ,seakan panas dirasakan walaupun hujan lebat di luar rumah…

   “Affan..belajarlah rajin-rajin…….jadilah manusia berguna….”pesan ayahnya ketika membonceng basikal tua milik ayahnya ke sekolah setiap pagi…

Melihat basikal tua yang terbiar di bawah rumah menyebabkan Affan merembes….Ayahnya menghantar ke sekolah setiap pagi dan sentiasa memberikan kata semangat untuk berjaya dalam pelajaran.
       “Ayah…..Affan dapat ke Universiti……”katanya di hospital ketika menziarahi ayahnya yang koma akibat kemalangan …Matanya berlinangan dan terus menerus mengucapkan ayat tersebut di sisi ayahnya……
    “Maaf…..kami sudah berusaha sedaya upayamenyelamatkan ayah kamu….namun Allah lebih menyayanginya….”kata doktor .Affan dan ibunya berpelukan dan menangis sepanjang malam …
         Mengimbaukenangan silam bersama ayahnya amat meruntun perasaan.Ketika cuti sekolah,Affan mengikut ayahnya ke kebun getah dan melihat betapa payahnya ayah menunggang basikal ke kebun pada subuh yang sunyi berteman nyamuk dan cengkerik malam….      Namun ayah tidak pernah mengeluh.Dengan tulkang empat kerat,ayahnya menoreh getah dan mengumpulkan getah untuk dimesin dan dijual .Dengan rezeki halal itulah ayahnya memebsarkan Affan dan adik-adiknya seramai3orang….          Setelah Affan membaca Yasin di tanahkubur,Affan menuturkan ayat “Ayah…..aku amat mencintai Aisyah….aku amat mencintainya namunibu tidak merestui hubungan kami….Ayah..apa yang perlu aku lakukan??Jawablah Ayah….”
         Matanyamerah dan berkelopak dengan air mata membasahi pipi…..Affan tiada tempat mengadu dan sering meluahkan perasaan di kubur ayahnya.
       “Maafkan Affan…..Affan harap mak merestui perkahwinan kami….”kata Affan memohon restu ibunya setelah majlis perkahwinan.Majlis perkahwinan diadakan secara kecilan dan hanya keluarga terdekat dan teman baik dijemput.
   Ibunya seakan tidak endah dan tidak menyambut tangan menantunya Aisyah.Affan hanya diam membatu melihat karenah ibu tersayang….
   “Sabarlah sayang…mungkin suatu hari nantimak akan terima sayang seadanya..”pujukAffan menggembirakan isterinya…
         “Inilah kali pertama Aisyah ke sini……gembira sangat!”luahnya isterinyapabila menjejakkan kali ke bumi pulau Langkawiuntuk berbulan madu dengan suami tersayang….Affan hanya mengangguk dan faham.
         Masa berlalu amat pantas.Berita paling menggembirakan Aisyah kini berbadan dua…Doktor memberitahu Aisyah akan mendapat anak kembar…
       KetikaAisyah sakit bersalin di hospitalBesar Melaka ,ibu mertua menemaninya kerana Affan bertugas di luar negara.Saat getir tanpa suami amat menghirisperasaan namun Aisyah faham keadaan suaminya yang perlu bekerja dalam dan luar negara.
            Apabila selamat bersalin,ibu mertua mengucup dahi Aisyah dan mengucapkan tahniah kerana selamat menjadi ibu dan mendapat dua cahaya mata kembar.Aisyah tidak dapat menahan air mata keranainilah kali pertama ibu mentua mengucapkan ayat yang penuh kasih sayang….
“Maafkan mak……maafkan mak…selama ini mak tidak menghargai Aisyah..namun Aisyah melayan suami dan ibu mertua dengan baik…..kini baru mak sedar segala salah silap mak….”kata ibu mentuanya sambil mendukung kedua-duacucukembarnya di hospital.


http://4.bp.blogspot.com/-o82G5pM0Wj0/T8fqtrg0kHI/AAAAAAAAIGI/ySX0DwWZYvU/s1600/282353_10150954372918081_2139179329_n.jpg

GuaAnakMelaka Publish time 1-6-2012 06:05 AM

http://3.bp.blogspot.com/-GqXIcJfwfeE/T8fmN6wOUuI/AAAAAAAAIFk/rVREU1zcHHk/s1600/Photo1413.jpg
Aisyah masih ingat ketika suami tersayang berada di luar negara,Aisyah yang menguruskan rumah tangga.Walaupun perut membesar dan sarat mengandung,Aisyah membawa ibu mertua mendapatkan rawatan kencing manis dan mengambil ubat di hospital kerajaan.Aisyah tidak pernah mengeluh mengemas rumah,memasak dan melakukan pelbagai kerja rumah.Segala tugas dilakukan dengan hati yang tulus…

       Affan pulang ke tanah air setelahSafa dan Syahirah berusia dua minggu.Dicium anak kembarnya bertali-tali.Amat gembhira melihat wajah anak-anak yang sihat dan wajah mereka pula seiras ibu mereka.

       Aisyah yang masih dalam pantang tidak dapat menyambut suami di lapangan terbang KLIA.Hnaya doa yang dipanjangkan kepada Tuhan ahar suami tersayang selamat pulang.

       Keletah Safa dan Syahirahamat menggembirakan neneknya,HajjahShafiah.Masa berlalu dan kini kedua-duanya sudah pandai memanggil Nenek.Hajjah Shafiah amat gembira kesunyian rumah terisi dengan keletah cucu kesayangan yang sudah pandai menunggang basikal dalam rumah….

      Apabila pulang ke rumah,Affan pasti mengajar isterinya membaca ayat-ayat Quran.Sepatah demi patah diajar dan kini Aisyah sudah pandai mengajji.Alunan merdubacaan Quran menghiasai kamar asmara cinta dua hati Affan dan Aisyah.

       Amat gembira Affan.Setiap malam Jumaat Affan bersama isterinya mengalunkan surah Yasin dalam kamar di malam yang sunyi setelah menunaikan solat tahajjud bersama…Itulah rutin Affan dan isterinya setiap pagi Jumaat,bangun sepertiga malam dan solat tahajjud bersama-sama.

      “Sayang…..bacakan surah Yasin…….”pinta Affan di bilik wad hospital ketika usianya semakin ke penghujung….

      Aisyah menitiskan air mata dan terus menerus membaca surah Yasin di sisi kepala suami tersayang….Panas yang disangka akan ke petang,namun hujan di tengahari…itulah ketentuan Allah….Affan menderita kanser otak dan disahkan tahap kritikal oleh doktor.

      Safa dan Syahirahyang baru bersekolahTabikamasih tidak memahami penderitaan ayah mereka.Mereka asyik bermain –main di hujung katil melihat ayah mereka terbaring….

      Ketika Aisyah membaca ayat-ayat Tuhan bermaksud “Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Terdengar suara kecil suaminya menyebut kalimah LAILAHAILLALLAHdan mesin pengimbasdenyutan jantung terhenti……….

   Aisyah memeluk jasad suaminya yang kini telah pergi buat selamanya……..

~~ TAMAT~~



HAKCIPTA TERPELIHARA @2012SAAT SULAIMAN

kucingpia Publish time 1-6-2012 08:10 AM

Best...{:childlikeo

ladyFinger12 Publish time 1-6-2012 08:29 AM

Fuhhh...menitis air mata baca cerpen ni...
:'( :'(

GuaAnakMelaka Publish time 1-6-2012 08:38 AM

Reply 3# kucingpia


   TQ............{:1_138:}{:1_138:}

GuaAnakMelaka Publish time 1-6-2012 08:39 AM

Reply 4# ladyFinger12


   aku yg menulisnya pun merembes.........................rasa cam nak jadikan skrip drama pula........

Nicki_Meow Publish time 1-6-2012 09:05 AM

Reply 1# GuaAnakMelaka

Bro.. (Bro ke Sis? :sweat3:)

Kisah benar ke? Siap sijil bagai....

Garap buat novel la... mesti best

GuaAnakMelaka Publish time 1-6-2012 09:18 AM

Reply 7# Nicki_Meow


   bro le..x tgk nama ?
novel?belum ada masa menulisnya...buku dah 9 buah....................novel satu pun lum siap......................

ada idea tp dalam kepala je...

GuaAnakMelaka Publish time 20-7-2012 03:34 AM

3 org je komen???

aku ingat nak buat skrip drama nie................

cmf_honeysweet Publish time 21-7-2012 09:10 PM

saya pernah baca cerpen ni kat satu website.. tak ingat kat mana.. awak ke yang menulisnya.. wah.. best juga citernya

GuaAnakMelaka Publish time 22-7-2012 01:17 AM

cmf_honeysweet posted on 21-7-2012 09:10 PM static/image/common/back.gif
saya pernah baca cerpen ni kat satu website.. tak ingat kat mana.. awak ke yang menulisnya.. wah.. b ...

website?

website apa?

yup aku yg menulisnya............................

cmf_honeysweet Publish time 22-7-2012 03:36 PM

ada baca kat Penulisan2u dengan satu blog..

GuaAnakMelaka Publish time 23-7-2012 03:26 AM

cmf_honeysweet posted on 22-7-2012 03:36 PM static/image/common/back.gif
ada baca kat Penulisan2u dengan satu blog..

Penulisan2u?

aku x pernah hantar cerpen ke sana.boleh bagi link full??

ini dah kira cetak rompak ni........angin betul aku!

chokachoki Publish time 23-7-2012 11:10 AM

best wpun ringkas :laugh3:

GuaAnakMelaka Publish time 23-7-2012 06:12 PM

cmf_honeysweet posted on 22-7-2012 03:36 PM static/image/common/back.gif
ada baca kat Penulisan2u dengan satu blog..

Tolong bagi link penulisan2u dan blog yg u dakwa telah membacanya...


aku x sabau nak saman orang ni...bila lak aku hantau ke penulisan2u???

GuaAnakMelaka Publish time 25-7-2012 11:27 AM

man a arrh cmf_honeysweet????

ani5977 Publish time 30-7-2012 04:21 PM

:'( citer pendek jer tp best..

GuaAnakMelaka Publish time 4-8-2012 11:32 AM

ani5977 posted on 30-7-2012 04:21 PM static/image/common/back.gif
citer pendek jer tp best..

Thanks...............



wasap Publish time 28-8-2012 06:37 PM

Lagi satu sentuhan mantap.. kipidap

GuaAnakMelaka Publish time 15-9-2012 02:56 AM

wasap posted on 28-8-2012 06:37 PM static/image/common/back.gif
Lagi satu sentuhan mantap.. kipidap

TQ................{:1_141:}{:1_141:}
Pages: [1] 2
View full version: CERPEN : Selamat tinggal Aisyah……


ADVERTISEMENT