MissKomunikasi Publish time 31-5-2012 02:16 PM

Sejarah Cinta Kita...

Assalamualaikum....

Selalu jadi SR je kat sini, baca novel2 foremer semua. semua best2...
Nie, saya pown teringin nak menyumbangkan karya. Tp saya nie newbie lg kat forum nie juga newbie dalam bidang penulisan, tak taw la citer karangan saya nie, ok ke ko... harap2 dapatlah semua bagi komen2 yg membina bagi memantapkan lg karya saya yg dah lama terperap nie... tajuk pown tak terpikir lagi. tapi saya taruk tajuk nie dululah yer, nanti kalau ade tajuk best bole le tukar... Bismilahirahmanirahim...terimalah...
SEJARAH CINTA KITA
Pengenalan

Kata orang: Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari, Allah turunkan hujan di sertai dengan kilat dan guruh. Manusia jadi takut dan tertanya-tanya, dimanakah matahari, dunia jadi gelap gelita. Rupa-rupanya, Allah sembunyikan matahari untuk kasi manusia pelangi. indah sungguh pelangi itu, ada 7 warnanya dan berseri-seri... tapi malangnya, pelangi itu akhirnya perlahan-lahan menghilang....
Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.

MissKomunikasi Publish time 31-5-2012 02:52 PM

Reply 1# MissKomunikasi
Bab 1

Petang itu cuaca mendung, kelihatan awan hitam mula melingkari Daerah Gombak, ketika itu saya sedang duduk bersendirian di pondok perhentian bas. Kereta kawan saya, Yanie yang menumpangkan saya dari kampus ke sini tadi sudah lama menghilang.

"Ish rasa seram pula, duduk sorang-sorang menanti bas di sini".

Tapi apa boleh buat, di sinilah sahaja tempat menunggu bas yang ada berhampiran kampus pun, walaupun agak tersorok tapi bas ke kuala lumpur masih melalui jalan ini cuma ialah, basnya sejam sekali. Saya mula memerhatikan jam di pergelangan tangan,

"Oh dah hampir pukul 5.45 petang. Sekejap lagi sampailah bas yang di tunggu. Hai tak sabar rasanya hendak pulang ke Putrajaya, nak jumpa umi yang dirindui".

Mengenagkan wajah umi hati rasa berbunga-bunga. tiba-tiba, saya di kejutkan oleh dentuman guruh yang sangat kuat, diikuti dengan kilat yang memancar dengan ganas, dan di susuli dengan hujan yang lebat. Saya jadi agak kecut perut di situ, dalam hati saya tidak henti-henti berdoa supaya tiada apa yang akan berlaku. Dan secara Tiba-tiba juga, entah dari mana, muncul sebatang tubuh yang tegak di sebelah saya. Seorang jejaka.

"Aik, tiba-tiba sahaja ada orang, entah dari mana datangnya."

Saya cuba mencuri pandang ke arah jejaka itu. Tetapi apabila dia mengalihkan wajahnya, saya cepat-cepat menundukkan muka.

" Alamak, minta-minta dia tak nampak, kalau tak buat malu sahaja. Karang kalau tengok lebih-lebih, nanti dia perasan pula dan ingat saya nak mengorat dia. Tapi dari bentuk tubuh badan dia yang tegap tu, rasanya bole tahan juga mamat ni cuma muka sahaje tak sempat nak tengok betul-betul tadi. ish... "

Saya mula mengalihkan pandangan ke arah lain sambil menikmati titik-titik hujan yang mula menbasahi bumi. Indahnya ciptaan mu Tuhan. Terasa damai sekali hati ini. dan secara tiba-tiba lagi, saya terasa seperti ada mata yang sedang memandang ke arah saya, saya rasa tidak sedap hati.

"Apahal pula mamat ini dok pandang-pandang. " Saya mula mengalih badan sedikit dan saya perhatikan mamat tu cepat-cepat menunduk.

"Hah, tahu pun takut"

Saya kembali mengalihkan pandangan saya pada hujan, dan pada daun-daun yang jatuh berguguran.. Indah sekali moment itu...
dan saya menikmatinya bersama-sama seorang pemuda yang ketika ini berduaan dengan saya menanti bas di pondok perhentian ini.

"Emmm...."

Sedang saya asyik mengelamun, tiba-tiba terdengar lagu yang tidak asing lagi... lagu itu berkumandang berkali-kali seolah-olah menjadi lagu latar pada pertemuan saya dengan jejaka itu di petang yang hening itu... Alahai, sape pulak la yang pasang lagu 'Doreamon' nie jadi background muzik... sungguh tak romantik...

Dan dengan tidak semena-mena...

"Ehem..."

Jejaka itu berdehem. Saya membisu, tapi dalam hati terasa cuak. Alamak, mesti jejaka itu nak mulakan langkah pertama dalam sesi

"Steady Farhana. Steady, buat muka selamba".

Saya mula memotivasikan diri saya.

"Ehem..." jejaka itu mula berdehem dengan lebih kuat lagi.

Saya masih berdiam diri lagi, tapi dalam hati tidak henti-henti saya berdoa agar tiada yang buruk akan berlaku.

Kalaulah jejaka itu mengapa-apakan saya habislah... mana saya hendak lari, sudahlah pondok bas ini jauh kebelakang... hati mula rasa berdebar-debar, jiwa terus tak keruan... jantung pulak, tak usah nak ceritalah asik la dup dap dup dap dari tadi...Tapi, yang paling teruk adalah alunan lagu tadi masih lagi berkumandang.

"Ni apahal plak, lagu Doreamon ini dari tadi tidak berhenti-henti... aduh..".

"Ehem..." sekali lagi jejaka itu berdehem, kali ini saya memberanikan diri memandang ke wajah jejaka itu, hati saya mula rasa tak keruan sedangkan anak mata saya terus melekat ke muka pemuda itu..

"Ya Allah, segaknya dia". Saya jadi terpana.

Pemuda itu terus memberikan senyuman kepada saya lalu berkata,

"Er... saudari, saya rasa telefon saudari berbunyi tu, dari tadi lagi. Rasanya panggilan penting tu"

"Hah, Telefon...".

Oh..eh, Ya Allah, rupanya lagu tema tadi datangnya dari telefon saya, patutla familiar sgt bunyinya... Aduh, malunya... saya segera mencari-cari telefon samsung saya yg berda dalam beg lalu terus menekan punat hijau.

"Assalamualaikum... Farhana?"
"Umi, waalaikumsalam..."
"Kenapa lambat sangat anak umi ni angkan telefon?
"Oh, tadi tidak perasan umi".
"Oh ye ka? Jadi, Farhana di mana sekarang ini, pukul berapa Farhana nak sampai?".
"Farhana masih di Gombak lagi Umi, bas belum sampai lagi, tadi keluar agak lewat dari kampus sebab ada kuliah"
"Oh begitu, tak mengapalah... Nie, Farhana tunggu bas sorang-sorang ke?".

Nada suara Umi agak risau, umi memang begitu, sentiasa risaukan saya, maklumlah saya merupakan satu-satunya anak umi dengan arwah abah. Mengenangkan abah, hati saya jadi sayu.

"Eh, tidaklah Umi. ada ramai orang ni ha kat bus stop ni".

Saya terpaksa berbohong untuk menyedapkan hati umi. Kalaulah dia tahu saya berduaan dengan seorang jejaka di perhentian bas ni, apa pulalah yang difikirkannya.

"Kalau macam tu baguslah, baiklah. Nanti sudah naik bas jangan lupa maklumkan umi taw.
"Baiklah Umi, assalamualaikum"
"Waalaikumsalam".


Perbualan telefon anatar saya dan umi pun berhenti, saya lantas memasukkan telefon ke dalam beg semula dan mula mengalihkan pandangan ke arah pemuda tadi. Dalam hati terasa sedikit malu...

"Apalah anggapan jejaka itu pada saya, pilihan lagu ringtone telefon pun macam kanak-kanak sahaja, Ehm..

Saya mendongak.

"Ter... Eh, mana pulak perginya dia".

Tiba-tiba pemuda hilang pula, tiada bayang-bayang yang tinggal pun. Kemana pula dia nie, tiba-tiba sahaja hilang. Saya mula rasa semacam.

"Sudah la tadi tiba-tiba muncul, kali ini tiba-tiba hilang pula.. hah suda".

Sedang kepala saya ligat berfikir, bas yang di tunggu-tunggu pun tiba. Tanpa berlengah lagi, saya terus menahan bas dan menaiki bas tersebut. Sempat juga saya menjeling ke arah pondok perhentian bas itu, dan tak semena-mena saya terasa-rasa macam ada benda yang sedang memerhatikan saya... Saya cepat-cepat mengalihkan pandangan sambil terkumat-kamit membawa surah yang saya ingat dan bulu roma mula meremang.....


************

misssakura Publish time 31-5-2012 05:15 PM

comel la... hehe{:mlshy:}
nak lagi...next{:mldance1:}

sarizu Publish time 1-6-2012 10:34 AM

Rsnya kt gnti nm sya tu kalau d tukr jd aku lg best kot...

Ok, next

Mistri sungoh

bintanghati2212 Publish time 1-6-2012 12:00 PM

Post Last Edit by bintanghati2212 at 1-6-2012 12:01

Reply 4# sarizu

setuju 100%..{:thumbo
kata ganti nama saya terlalu skema...{:fainto
semua ayat dan kata2 dh puitis,tp kata ganti nama saya tu mencacatkan suasana penceritaan..{:spoto{:biteo

p/s; maaf mencelah, sekadar memberi pandangan sebagai seorang SR yang dh lama bertapak kt board ni...{:thiefo

Nicki_Meow Publish time 1-6-2012 04:03 PM

Reply 4# sarizu

Agree.

Penggunaan 'saya' terlalu skema. Macam baca karangan budak sekolah.

TT...cerita agak menarik.

Next...

nhid_tam Publish time 2-6-2012 01:05 PM

next........

MissKomunikasi Publish time 4-6-2012 10:15 AM

wah, ade yg komen. terima kasih banyak2. nie yg semangat nak menulis nie. :loveliness:

oh.. kata ganti nama saya tak sesuai yer, maaflah saya tak tahu, ingatkan sesuai. :L takpe2. nanti saya edit balik yer... tapi nie saya nak post entry yg terbaru, yg nie tak sempat tukar saya jd aku sbb dah ade dlm pc.. part 3 nanti saya tukar kan ganti nama tu yer .

MissKomunikasi Publish time 4-6-2012 10:17 AM

Part 2
Saya tiba ke rumah lebih kurang pukul 7 lebih. Perjalanan yang dekat jadi begitu lama dek kerana kesesakan lalulintas yang tidak pernah berkesudahan di kotaraya ini. Kepulangan saya di sambut oleh Umi dengan senyuman gembira. Terpancar diwajah umi kegembiraan seorang ibu tatkala melihat anaknya pulang dengan selamat.

Kerana senyuman itu saya jadi terkedu. Kerana senyuman itu bagi saya sungguh indah sekali tidak dapat saya takrifkan dengan kata-kata.

Benarlah seperti yang di kata, sesungguhnya Syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan melihat Umi di depan saya sekarang sepaerti melihat Syurga betul-betul berada di depan mata. Umilah segalanya bagi saya.Sementelah arwah abah pun sudah tiada. Abah telah meninggalkan umi menjadi balu dan saya menjadi yatim sejak saya berumur 5tahun lagi. Dan semenjak itu saya tidak pernah merasa apa itu kasih sayang seorang ayah dan tidak pernah terfikir bagaimana rasanya mempunyai ayah. Bagi saya,Umi lah segalanya , dialah ibu,dialah bapa, dan dengannya saya membesar menjadi seseorang. Dan harapan saya semoga umi akan senantiasa berada disisi saya selama-lamanya, walaupun saya tahu ia sesuatu yang sangat mustahil.

"Farhana...."

"Mmmm.. ye umi"

"Apa yang di menungkan tu, cepat pergi mandi dan solat, waktu maghrib dah nak habis ni"

"Oh.. Baiklah umi, Farhana naik ke atas dulu yer"

"Baiklah sayang, Umi nak kedapur ni nak siapkan makan malam"

"Makan malam... wah, bestnyer, umi masak apa hari nie?'

"Untuk anak kesayangan umi yang satu-satunya... umi masakkan, masak lemak udang"

"Masak lemak udang, wah sedapnya... ok, ok, Farhana nak pergi mandi nie"

************
Usai mandi, saya pun bersiap-siap untuk menunaikan rukun Islam yang kedua.

Dan selesai solat, tidak lupa saya panjatkan doa kepada sang Pencipta agar memberikan saya dan Umi kekutan untuk terus hidup danMoga perjalanan hidup kami anak beranak di permudahkan oleh Nya. Amin.

MissKomunikasi Publish time 4-6-2012 10:19 AM

sambungan Part 2

Selesai menjamu selera, kami anak beranak mengemas meja makan langsung merebahkan diri di atas sofa di ruang tamu. Tiada cerita menarik untuk di tonton. Saya pula terasa amat mengantuk sekali. Saya meminta izin dari Umi untuk masuk tidur dahulu dan Umi mengizinkan. Selepas mencium tangan dan pipi umi saya melangkah menaiki tangga ke tingkat atas.

Dan Sebelum tidur saya, saya tidak lupa menunaikan solat Isyak. Itu pesan Umi, walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, Solat jangan sekali-kali di abaikan.

Dan Pesanan umi itu tidak pernah saya abaikan.

Selesai solat, saya mula merebahkan diri untuk tidur.

Tiba-tiba saya tersentak dari tidur, saya terdengar akan suatu bunyi yang amat bingit, saya cuba membuka mata, tapi apa yang saya lihat hanya lah kegelapan.

"Eh, di mana saya nie? kenapa gelap sahaja tempat ini..."

Saya mula resah, dan dada mula berdebar-debar. Tiap kali saya mula mengatur langkah, saya terjatuh, saya tidak nampak tanah yang saya pijak dah tak pasti bagaimana untuk berjalan. Saya jadi takut.

Saya perlu berusaha untuk mencari jalan keluar dari lembah ini, walaupun tidak pasti bagaimana dan di mana, tapi saya nekad untuk terus melangkah.

Dalam hati saya panjatkan doa, moga tiada apa yang buruk akan berlaku.

Dan Sepanjang saya melangkah, entah berapa banyak kali saya terjatuh dan terbangun, tapi saya kuatkan semangat.

Perjalanan ini saya rasakan begitu jauh sekali. Saya hampir-hampir berputus asa dan dengan tiba-tiba....

Nun, di hujung sana saya seperti melihat cahaya. Mula-mula ia amat halus tapi makin lama ia makin membesar dan kelihatan sesusuk tubuh sedang berdiri disana.

Bentuk tubuh seakan-akan seperti biasa saya lihat tetapi saya sudah lupa di mana.

Dan dengan sedikit harapan, saya mengagahkan kaki saya untuk menuju ke arah cahaya itu.

Entah macam mana saya terlanggar sesuatu lalu, jatuh tersembam.

Dan pandangan saya mula kelam.... Dalam kesamaran saya dapat melihat lembaga itu berjalan menghampiri saya, dan....

"Astafirullah alazim...."

"Saya bermimpi rupanya......tapi kejadian itu seolah-olah benar"

Saya mula meraup muka saya yang di basahi peluh, walaupun di bilik saya di pasang pendingin udara namun saya tetap terasa panas. Dan tiba-tiba azan subuh pun berkumandang......

***************

nhid_tam Publish time 19-6-2012 08:36 PM

next...huhu

entahmengapa Publish time 20-6-2012 07:35 AM

next... misteri sungguh....apakah yang terjadi...

fatehana Publish time 21-6-2012 03:29 PM

lama dah tunggu nie mana N3 nyer, hr2 akak masuk dan check kot ada N3 tp sadis nggak ada:'(:'(
Pages: [1]
View full version: Sejarah Cinta Kita...


ADVERTISEMENT