Andy47 Publish time 23-5-2012 02:37 PM

Unlimited Web Hosting

Just nak berkongsi pengalaman saya sebelum ini mengenai hosting. Untuk beli servis 'hosting' ni, biasanya kita kena tengok :
1. Berapa kapasiti/'storage' yang mereka tawarkan.
2. Bandwidth - Ini penting kalau website nak dibuat tu dijangka akan tarik traffic yg banyak.
2. Add on domain / sub domain yang dibenarkan
4. Jumlah database yang dibenarkan
5. Linux atau windows
6. Sila betulkan nombor 2 diatas kepada num 3 since saya malas nak betulkan

Then, waktu tgh survey pakej dari pelbagai Service Provider ni, anda akan terjumpa, ada dikalangan mereka menjual pakej 'UNLIMITED' . Pakej Unlimited ini melibatkan storage dan biasanya hanya untuk hosting Linux sahaja. Kenapa?

Betulke UNLIMITED storage?. TAK BENAR! Sebenarnya ada unit lain yang disukat selain dari berapa Gb/saiz u all dah pakai hosting tu. Unit lain itu adalah Inodes! Bila Inodes anda dah lebih dari 50000, anda akan dapat e-mail sebegini :

Please take note that your account has hit 50,000 inode/file limit and your
account will be automatically removed from our backup system to avoid
over-usage. Be advised, your account will be suspended automatically if it
hits 250,000 inode/file limit. Please monitor and control your file usage if
you want to have a backup copy of your account.

*********************
1st Level Inodes Usage Warning : Above 50000 (Will be removed from backup
list)

2nd Level Inodes Usage Warning : Above 200000 (Will be removed from backup
list and reminder)

3rd Level Inodes Usage Warning : Above 250000 (Will be removed from backup
list and Account Suspended)


So secara kesimpulannya, kalau tengok pakej 'UNLIMITED', sebenarnya pakej tu tak Unlimited pun. Hope info ni membantu.
Pages: [1]
View full version: Unlimited Web Hosting


ADVERTISEMENT