cutter Publish time 21-5-2012 11:42 AM

Alunan Ombak

1Suasana hening pagi ini amat mendamaikan jiwa yang lara ini.Sampai bila aku akan lari dari kenyataan yang aku sendiri masih tidak dapat menerima yang diriku dipaksa untuk menerima kehadiran Rusidan yang langsung tidak pernah kukenali selama ini.Perjanjian antara keluarga membuatku terjerat.”Melly,kau kena terima mungkin inilah jodoh kau yang ditakdirkan.Sampai bila kau nak tunggu Danny tu?Aku rasa dia tidak pernah serius dengan kau!” telah Mimi yang telah berkawan karib dengan Melisa sejak di bangku sekolah lagi.”Dia cakap dia sayangkan aku.Hanya kewangan belum kukuh untuk kami berumahtangga buat masa ini,”Melly menolak dakwaan Mimi.”Suka hati kaulah,Melly.Aku dah tak larat nak nasihat kau lagi.”Mimi pun beredar meninggal kan Melly keseorangan.“Melly,dengarlah cakap mama kali ini saja.Mama tidak pernah menolak permintaan Melly selama ini Cuma sebelum mama melelapkan mata mama nak tengok anak mama ini mendirikan rumahtangga.”pujuk mamaku.”Mama,Melly sudah ada Danny,ma.Melly tak boleh terima Rusidan dan Melly tidak pernah mengenalinya masakan Melly nak terima dia sedangkan Melly tidak cintakan dia?Mama janganlah paksa melly lagi mama.Mama kena faham Melly ada jalan hidup Melly sendiri dan rancangan Melly untuk masa depan Melly.”bangkang Melly habis-habisan.”Melly,mama dan ayah besarkan kamu sejak kecil inikah balasan kamu dengan membangkang permintaan kami?Walau apa saja alasan yang kamu berikan ayah mahu kamu nikah dengan Rusidan bulan depan juga.Ayah akan sediakan semuanya dan ayah harap kamu jangan menolak kata ayah lagi”Tan Sri Saiful menggunakan kuasa vetonya tanpa ada kompromi.Melly menunggu ketibaan Danny dengan wajah sugul di tempat biasa mereka bertemu.Setelah sejam menunggu,Danny yang sedang terkocoh-kocoh tiba dengan keadaan yang kusut masai.”Sayang,maaf sangat kerana lambat datang.Sayang dah lama tunggu?”Danny meminta maaf.”Takpe,yang penting abang datang.Sayang ada perkara penting nak beritahu abang ni.”Apa dia?”Dengan wajah yang sedih dan airmata bergenang Melly meluahkan juga apa yang tersimpan di dada tentang permintaan mama dan ayahnya.”Melly,abang memang sayangkan Melly tapi abang tak berdaya untuk mengikut segala kemahuan Melly.Abang rasa mungkin kita tiada jodoh.Melly terimalah pinangan Keluarga Melly ye sayang,”pujuk Danny yang sangat hiba dengan perkhabaran tak terduga itu.”Abang,abang tak sayang Melly ke?Kita lari ye abang?Melly tak boleh hidup tanpa abang.Tolonglah jangan tinggalkan Melly,abang.”rayu Melly lagi.”Melly,antara kita tiada apa yang dapat dipisahkan kerana di dalam hati kita hanya tuhan saja yang tahu.Kenangan antara kita akan sentiasa mekar di hati.Tak mungkin abang dapat lupakan Melly dan abang rasa sudah sampai masanya untuk abang melepaskan Melly untuk kali ini.Boleh abang tahu siapakah nama bakal suami Melly tu?”Danny masih ingin ambil tahu.”Rusidan,abang.””Urm,sedap nama dia.Mesti tampan orangnya kan?Tak macam abang ni dah la x hensem,cacat pulak tu”gurau Danny.Danny cacat sejak lahir lagi.Tangan kirinya tiada namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam bidang perniagaan batik yang diwarisi dari ibunya setelah bapanya meninggal dunia ketika usianya 18 tahun.“Abang,sampai hati abang nak tinggal Melly.Kenangan kita terlalu banyak abang mustahil Melly dapat lupakannya.Melly berjanji Melly tidak akan dapat terima bakal suami Melly.Mungkin dia Berjaya mengahwini Melly tapi tidak hati Melly,abang.Melly akan tetap tunggu abang.”Melly berkata dalam hati dan airmata mengiringi permergian Danny yang berlalu tanpa menoleh ke arah Melly yang terduduk kerana cinta yang tidak kesampaian.2Di rumah Datin Sri Safiah begitu meriah dengan persiapan pernikahan antara Melissa dan Rusidan.”Datin Sri,untunglah awak ye berbesankan anak orang kaya dari Brunei tu ye.”Puan Hajah Normah memuji.”Dah jodoh dia,nak buat lagu mana?betul tak?Inilah satu-satunya puteri kami dan kami cuba yang terbaik untuknya,”jawab ibu Melissa.Di satu sudut yang lain Melly yang sedang mendengar perbualan ibunya menangis kerana teringatkan kekasih hatinya yang telah menghilangkan diri sejak mendengar berita Melly akan berkahwin dengan pilihan keluarga.Melly tidak dapat menghubungi Danny melalui telefon ataupun kawan baiknya juga.”Ya allah,kau selamatkan lah Danny ya allah.Aku amat menyayanginya.Kau berilah ketenangan kepadanya ya allah.Jika ini takdirnya aku redha.”doa Melly di dalam hati.
“Aku nikahkan dikau dengan anakku Melissa Binti Saiful dengan mas kahwinnya Rm5000 tunai.””Aku terima nikahnya Melissa Binti Saiful dengan mas kahwinnya Rm5000 tunai.”Sah?””Sah!”Laung saksi-saksi yang ada.Selamatlah aku menjadi seorang isteri kepada seorang pemuda bernama Rusidan.Dengan linangan airmata aku disarungkan cincin dan kucupan mesra untuk batalkan air sembahyang.Paluan kompang mengiringi pengantin ke lobi Hotel Sunway,Pj untuk merai pengantin.Begitu meriah majlis ini dengan ribuan tetamu yang hadir.Tanpa pengetahuan Melissa di tepi dewan itu Danny hadir dan member sejuta senyuman tanda meretui perkahwinan bekas kekasihnya.Setelah melihat kekasihnya buat kali yang terakir Danny berlalu pergi ke lapangan terbang KLIA untuk ke Franfurt untuk sambung belajar.
Setelah membersihkan diri,Melly pun baring di katil untuk merehatkan badan yang terlalu letih kerana seharian bergambar dan melayan tetamu yang hadir di majlis perkahwinannya.Kedengaran tombol pintu dibuka dan Rusidan masuk dan melemparkan senyuman kepada isterinya yang sedang berbaring.”Melly,dah mandi?”Tanya Rusidan.”Dah”begitu ringkas jawapan Melly seperti tidak mahu meneruskan perbualan.”Wanginya sayang abang ni,””Siapa abang saya?Saya tidak ada abang!”jerkah Melly marah dengan panggilan abang yang dibahasakan oleh Rusidan kepada Melly.”Lantas Melly bangun dan keluar dari kamar tidurnya dan ke ruang tamu untuk mengelakkan berbual dengan suaminya.”Melly,mana Rusidan?”soal Tan Sri Saiful dengan lembut sekali.”Entah,mandi agaknya ayah.”jawab Melly acuh tak acuh.”Suami kamu buat apa pun takkan kamu tak tahu,Melly?”rungut ibunya.”Mak,saya ke belakang tadi.Melly tak perasan saya tadi sebab saya tak nak ganggu Melly berehat”sanggah Rusidan yang baru saja turun tangga dan duduk di sebelah Melly.”Sayang,boleh buatkan abang air tak?Abang hauslah”minta Rusidan sambil memegang tangannya.”Melly menjeling dengan panggilan sayang tetapi kerana mama dan ayahnya di situ terpaksalah Melly berlakon juga supaya mama dan ayahnya tidak perasan yang dia tidak suka dengan suaminya itu.”Yelah,”Melly pun berlalu ke dapur.

fatehana Publish time 22-5-2012 08:59 AM

teruskan menulis dan mengarang :)

Jaza2008 Publish time 22-5-2012 09:22 PM

Reply 1# cutter


    Hi cutter..salam... ini cerpen ke novel?
nak letak rate n kaler ni...


cutter Publish time 23-5-2012 08:54 AM

Replycutter


    Hi cutter..salam... ini cerpen ke novel?
nak letak rate n kaler ni...
Jaza2008 Post at 22-5-2012 21:22 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    novel..tapi belum ade masa nak sambung..skang bz..nnti free sy sambung lg yer..:loveliness:

sarizu Publish time 23-5-2012 09:09 AM

macam best...buat perenggan sket bleh?
dialog2 tu bleh buat baris lain ikut kesesuaian
tq

ok, next

mie07 Publish time 23-5-2012 09:17 AM

Bila nak sambung ni.........

cutter Publish time 25-5-2012 08:35 PM

3

Melly baru tersedar dan dilihat katil sebelahnya telah kosong."Dah pergi kerja agaknya suami aku ni,"Melly mengomel sendirian.Lantas bangun dan terus ke dapur."Suami pergi keja pun anak mama x bangun ye?Letih sangat ke malam tadi?"Datin Sri Safiah menyoal."Tak la ma,cuma kepala ni sakit rasanya,"Melly menjawab acuh tak acuh beredar dan membersihkan diri.Tengahari ini dia akan ke shopping mall untuk membeli barangan yang telah pun habis.

Sedang memandu,Melly pun membuka siaran radio yang disukainya.Celoteh Farah Fauzana serba sedikit menghiburkan hatinya yang gundah.Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata terkenangkan Danny.Apa khabar buah hati kesayangannya itu..

chervil Publish time 4-6-2012 08:50 AM

Reply 7# cutter

Kenapa ckit sgt?

chervil Publish time 4-6-2012 08:51 AM

apa-apa pun selamat berkarya:)

naufal2705 Publish time 5-6-2012 04:56 PM

Sambung lagi... menarik citenya....

kambeng_masam Publish time 5-6-2012 05:26 PM

TT..nak lagi best...setiap kali ada dialog..buat dalam satu perenggan...
so untuk sesuatu watak yg tengah berbalas dialog.....setiap watak berbeza bagikan satu perenggan yg berbeza. lebih senang nak baca nanti kan?

just my opinion.{:mlbigsmile:}

sambung lagi pleaseeeeee!

shawa29 Publish time 6-6-2012 10:53 PM

itu aje ke?

shawa29 Publish time 6-6-2012 10:53 PM

itu aje ke?.....
Pages: [1]
View full version: Alunan Ombak


ADVERTISEMENT