adorabelle1985 Publish time 14-5-2012 09:59 PM

Aku perempuan yang Panas Baran

Aku ada masalah yang aku tak tau macamane nak handle lagi dah. Aku ni perempuan, berumur 26 tahun,Sikap aku yang aku tak boleh nak handle adalah aku senang marah. Bukan marah biasa je, siap mengamuk lagi. Senang kata, aku ni panas baran...Bile aku marahkan sesuatu, tempat utklempiaskan kemarahanaku ialah denganbf aku orfamily aku. Kadang kadang aku kesian dgn diorang, tak pasal pasal diorang kena tahan telinga dgr aku marah marah. Kalau aku marah bukan biasa biasa, maki hamun lagi.Aku tak boleh salah sikit, even benda kecik pun aku akan cepat marah. aku rasa macam darah aku naik ke muka, terus aku jadik marah yang melampau. Kalau dgn bf aku, setiap kali dia nak tgk aku mula nak naik marah, dia start istifar kuat kuat, suruh aku ikut dia istifar sama. so aku akan cool down sikit.


Lately ni, marah aku makin melampau lampau, contoh benda paling kecik, kalau bf aku yang drive bile ada org potong dia aku yang jerit maki hamun, siap hon hon lagi.. pastu kalau aku pegi bank ke mana mana la kalau ada pekerja dia yang buat aku marah, mmg kenalah dia dgn aku. Siap aku panggil bos dia lagi,.Tapi marah aku kat diorang pun ada reason kadang2.
Kalau kat office tu, kawan kawan aku kadang2 sampai takut dgr aku biler aku marah..Mmg diorang takkan kacau aku.


Aku makin risau dgn sikap paans baran aku ni, setiap kali aku solat, aku doa pada ALLAH, supaya buang aku punye sikap panas baran. Aku taknak sikap ni.Serious aku mmg taknak..


Lagi satu bile aku dah mengamuk sakan, lepas 10 minit, aku mesti menyesal. Menyesal yang teramat amat, sampai kadang2 aku nangis sorang sorang bile pikirkan apasal aku mengamuk amcam org gile. Aku tak tau la aku ni ikut perangai sapa. Ke sbb aku ni berdarah panas. Sebab kalau kawan2 aku tersentuh kulit aku, diorang mesti akan tanye, kau ni demam ke, apasal badan panas macam org demam. And aku mmg tak boleh minum air panas, mmg tak kan sentuh, sbb setiap kali aku minum, badan aku mesti bertambah panas, bile badan panas aku nak cepat marah.


P/s : Aku mmg ramai kawan, aku tak tau even aku paans baran, diorang still suka kawan dgn aku. Sebab kalau aku tak marah, aku mmg friendly dgn semua org.. Suka melawak gile gile, ketawa dgn semua org. Semua pun senang dgn aku.. Kadang2 kalau aku tak datang keje, diorang siap msg bgtau, boring je office kalau aku takde..Aku taknak sbb sikap aku ni, aku hilang kawan...

PEPPERMAN Publish time 14-5-2012 10:25 PM

adakah kesedaran yang macam ketika ko menulis ni tak ujud ketika ko sedang dilanda kegilaan tersebut?

nuryakmal Publish time 14-5-2012 10:25 PM

Bukan takut hilang kawan-- takut hilang laki nanti.. Mu ni-- cubala bawak bertenang.. Pompuan maki hamun kan tak manis

ayuniaa Publish time 14-5-2012 10:30 PM

kesian sgt kat bf TT. . dapat pompuan cenggini... harap bf pegi cari pompuan lain yg tak panas baran, manis, elok perangai dan disenangi oleh mertua... panas2 baran camni nnt pengaruh rumah tangga lak. . nnt mesti bf bosan dan naik menyampah, meluat... perangai cenggini ditakuti bakal turun ke anak cucu kelak.


sekian. tima kasih

baby_pingu Publish time 14-5-2012 10:30 PM

hati ko tak tenang neh... :$

PEPPERMAN Publish time 14-5-2012 10:35 PM

buat agreement dgn bf, tiap kali ko mengamuk, bf ko akan bg penampar.
satu carut, satu penampar.
dua carut, dua penampar.

tengok berapa lama ko bleh tahan

adorabelle1985 Publish time 14-5-2012 10:35 PM

Reply 2# PEPPERMAN

tak, kalau aku tgh marah, aku takkan peduli apa kat sekeliling aku. aku tau aku nak marah

adorabelle1985 Publish time 14-5-2012 10:37 PM

Reply 6# PEPPERMAN

Hahahahahaha,bagus jugak idea kau ni.. aku takut aku yang penampar dia. Tapi so far, dia mmg pandai buat aku cool down.. dia nampak je aku nak marah, cepat cepat dia istifar kuat kuat suruh aku ikut dia.. and automatic aku akan cool down sikit

esbok Publish time 14-5-2012 10:44 PM

mungkin solat ko tak cukup ikhlas? op op jangan marahh;P bukan aku persoalkan keikhlasan(or penghayatan solat) ko, tapi mcm ko ckp, ko dah solat dah doa, tapi panas baran lagi. Ko lebih tau apa yang tak kena.
contoh mudah, based on citer ko, ko maki hamun orang yang overtake kereta je? hon hon lagi. take it positive je, orang tu nak cepat ke, ada sedara tenat kat spital ke. relaks jahhhhh, ko marah2 pun bukannye dia rasa hape pun.

ada dua manusia aku jumpa. Line up tengah tunggu turn kene panggil masuk dgn doktor. Sorang relaks je, dia ckp 'may be doktor tengah betul2 teliti pada pesakit, tak pe lah kalau lambat mcm tu, sbb maksudnya dia akan teliti pada saya'. Yang sorang lagi dah panas buntut dah, mulut potpetpotpet. Cara penerimaan tu berbeza, terpulang pada kita nak pilih mana yang elok dan lebih healthy. Kalau ad orang buat tak betul pun, tak yah marah2, tegur elok2 pun dah paham kot.


*aku ada sorang kawan, kuat merampuih. dia seorang yang fun mmg fun, tapi kalau time merampuih cukup aku (ehem) meluat. Memang aku tak dok dekat, bukan takut, malas nak runsingkan fikiran.

kaychek_koksey2 Publish time 14-5-2012 10:46 PM

pe kata ko sentiasa berada dalam keadaan berwuduk? setiap kali nak marah, ko cepat2 gi amik wuduk. marah2 dan baran2 ni kan kesukaan syaitan. wuduk adalah lawannya..

juju_amin84 Publish time 14-5-2012 10:49 PM

bile rs nk marah org tu try istifar byk2 .....jgn duk nak marah jah .......marah blh dikawal ..jgn biarkan emosi melebihi tindakan ..

faraway1 Publish time 14-5-2012 10:55 PM

me ada pegi kelas bagaimana nak atasi masalah panas baran
atau cepat marah ni,
antara yang me belajar,
cam bila me rasa nak marah,
tarik nafas sedalam dalamnya dan hembuskan..
u akan rasa lapang dada dan rasa damai..

antara lain kira sampai 100 sebelum nak meletup, which
very berkesan sebab bila me nak marah laki :laugh3:,
mekira sampai 20 aje me dah malas nak mengira
tapi me jadi tak marah....

B.K Publish time 14-5-2012 11:07 PM

cuba ko gie check tekanan darah ko...

B.K Publish time 14-5-2012 11:07 PM

cuba ko gie check tekanan darah ko...

adorabelle1985 Publish time 14-5-2012 11:08 PM

Reply 12# faraway1


   wowww, thanks fara, akan saya cuba praktikkan

cataleya Publish time 14-5-2012 11:20 PM

Ko Suka makaN daging tak?

bronok Publish time 14-5-2012 11:26 PM

awk period sepanjang tahun ke?

adorabelle1985 Publish time 14-5-2012 11:30 PM

Reply 16# cataleya

sukaaaaa sgt.. saya akan prefer daging dari ayam..kenapa?ada kena mengena ke dgn panas baran ni

cik_kiah Publish time 14-5-2012 11:34 PM

aha..org yg makan daging neh jenis darah panas:laugh3:
elakkan makan daging..makan ayam sudeh;P

cataleya Publish time 14-5-2012 11:39 PM

Reply 18# adorabelle1985


    Pernah baca somewhere. Cuba ubah cara pemakanan. Try avoid meat. Red meat especially. Daging might make your blood go upstairs..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Aku perempuan yang Panas Baran


ADVERTISEMENT