misssakura Publish time 9-5-2012 05:06 PM

Tak semestinya dia - [U]

Post Last Edit by Jaza2008 at 13-5-2012 19:31

sinopsis:

Cinta yang sedang mekar berkembang diantara Ifran dan Atikah musnah ditengah jalan dek sahabat baiknya sendiri. Kerana dengki dan cemburu, Umairah sanggup menghancurkan kebahagian orang yang sangat menyayanginya...mampukah cinta antara Ifran dan Atikah berpaut kembali setelah Umairah telah mencemari cinta suci mereka? segalanya dalam TAK SEMESTINYA DIA...
Atikah: “ tu ke yang kau fikirkan pasal aku. Tu ke sebab kau benci aku. Kau takut aku rampas suami kau macam mana kau rampas boyfriend aku.Mana pergi kepercayaan kau kepada aku. Dulu kau kata aku orang yang kau paling percaya. Mana???”
Ifran : “ saya tak faham Tikah....kesalahan saya yang kecil kerana tak mempercayai awak, awak tak pernah nak maafkan tapi kesalahan Umairah yang besar tu awak boleh terima senang-senang je.. apa lagi yang awak nak saya buat supaya kita boleh kembali seperti dulu.”
Umairah : Kau tengoklah Tikah...aku takkan maafkan kau dan pastikan kau rasa apa yang aku rasa. Aku tahu kau sayang giler kat Ifran dan banyak–banyak boyfriend Ifranlah lelaki yang kau paling sayang. Aku akan pisahkan korang berdua dan pastikan kau menyesal kerana masuk kedalam famili aku.
p/s: sakura tulis citer ni da lama n main2 je...so hrp baca tp jngn berharap sngt kebestsannya..{:shyo

misssakura Publish time 9-5-2012 05:08 PM

Post Last Edit by misssakura at 9-5-2012 17:14

eeer cm ne nk suruh cantik kitenya susunan ayt... sakura copi from word...tp bile post kt sni nmpak buruk sngt.x mcm kt word...

misssakura Publish time 9-5-2012 05:19 PM

Post Last Edit by misssakura at 9-5-2012 17:33

BAB 1 Pantulan cahaya masuk kedalam biji matanya yang bewarna hitam pekat. Tidak menyilaukan. Dia merenung objek yang memantulkan cahayalampu biliknya kedalam matanya dalam-dalam. Tidak pernah disangka perkara sebegini akan terjadi. Keluh hati gadisnya. Mana taknya, segala rancangan danangan-angannya musnah begitu sahaja. Dia melihat lagi ketulenan objek itu. Mas tulen ke tak. Bisik hatinya. Tapi meski pun tidak tulen, dia tidak kisah.
Apa yang dikisahkan zaman bujangnya kini sudah tamat. Dia baru sahaja dinikahkan minggu lepas oleh tok kadi yang popular dikampungnya itu. Diusia yang mencecah22 tahun, baginya terlalu muda untuk menjalani kehidupan rumah tangga. Suaminyasudah pulang ke rumahnya di rembau , negeri sembilan semalam. 3 hari lagi,mereka berdua akan kembali ke universiti kebangsaan Malaysia demi menyambung pelajaran yang hanya tinggal 2 semester lagi.
Dia berbaring seketika dibilikpengantin yang masih berhias itu. Mahu merenung dan merancang masa depan yangkelihatan samar –samar dimatanya. Dia tidak tahu apa rancangan suaminya, tetapidia harus ada rancangan sendiri. Hatinya tidak yakin dengan hubungan antara diadan suami akan bertahan sampai bila. Kalau diikutkan, dia akan dicop perempuan miang kerana menikam sahabat sendiri dari belakang dan memang itu yang dilakukan.
Memang suaminya itu kekasih kepada sahabatnya dahulu dan memang juga dia yang menggoda suaminya supaya lelaki itu meninggalkan kekasihnya. Jadi dia tidak kisah sekiranya orang mengata dia macam-macam termasuk suaminya sendiri.Tapi, tidak sangka pula rancangannya begitu berjalan lancar sehinggakan dia sekadar mengambil masa 6 bulan untuk menggoda suaminya dan keluarga. Terdengar suara azan berkumandang di surau berdekatan. Dah isyak rupanya. Bisik hatinya lagi.
Dia bergegas bangun demi menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah.Baru sahaja dia mahu masuk ke bilik air, dia melihat ibunya sedang minum kopi sendirian di meja makan. Dia tahu masalah ibunya meskipun wanita tua itu berlagak seperti tiada masalah. Ibunya sering mengatakan tidak kisah dan redha tapi dia tahu jauh disudut hati tua wanita itu ada rasa marah dan benci diperlakukan begitu. Dia mara kearah ibunya. Rancangan untuk mengambil wuduk dihentikan seketika. Dia mahu berbual sebentar dengan ibu yang banyak berjasa pada dirinya itu.
“ amboi berjiwang sungguh ibu saya ni. Apa lah yang diadok fikir tu”. Usik Umairah. Puan Zaleha sedikit tersentak namun dia tersenyum ceria memandang kearah anak sulungnya. Anaknya kini sudah bergelar isteri orang tetapi sikit pun tidak berubah perangainya. Dia merenung mesra wajah cerah milik gadis itu.“ ibu ingat mai tido... senyap aje rumah kite dari tadi”.Balas puan Zaleha. Dia menuang air kopi yang dibuat kedalam cawan untukanaknya.
“memang pon.. tapi dah lama bangun. Sarah dah sampai kekat u dia bu?” soal Umairah. Sarah adik perempuan yang beza dua tahun dengannyakini belajar di university utara Malaysia. Mereka memang rapat seolah-olah kawan karib. Puan Zaleha sekadar mengangguk sebelum membalas pertanyaan anaknya.
“ dia sampai pagi tadi. Ada dia mesej kat ibu tadi. Ifdah sampai belum kat rumah dia?”
“ dah. Dia ada bagitau pagi tadi.” Tipu Umairah. Suami yang tak seperti suami itu mustahil akan memberitahunya tentang perkara remeh sebegitu. Bukankah lelaki itu bencikan dirinya kerana menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan atikah. Tapi dia tidak kisah. Segala-galanya boleh berubah termasuk perasaan suaminya terhadap dirinya.
“ Mai pergi u bila?” soal puan Zaleha lagi. Tidak pasti berapa kali sudah soalan yang sama diutarakan.
“pagi esok. Abah mana bu?”Umairah bertanya sambil memandang sekeliling. Sumpah dia tidak tahu kemana pergi abahnya tapi sekiranya dia tahu jawapan ibunya, pasti tidak akan bertanya soalan itu.“ ke rumah mak uda kamu la.” Balas puan Zaleha tanpa sebarang emosi. Tepat sekali jangkaan Umairah, ibunya sangat pandai menyembunyikan emosinya. Umairah terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Dia bingkas bangun. Mahu menunaikan solat isyak yang tertangguh. Ibunya pun juga sudah kelihatan mahu beredar dari tempat berjiwangnya tadi.
“Mai”. Panggilan puan Zaleha menghentikan langkah Umairah yang sudah berada dihadapan pintu tandas. Dia memandang kearah wajah yang kian dimakan usia itu dengan pandangan ingin tahu. Puan Zaleha memandangnya dengan pandangan lembut.“ ibu nak pesan something.” Puan Zaleha memulakan bicara.Agak segan namun harus diluahkan.
“ ape bu?” soal Umairah. Dia memandang wajah lembut ibunya. Kat mana lah cacat cela wajah lembut itu sehingga abahnya sanggup menduakan ibunya. Bisik hatinya.
“ kalo boleh jangan mengandung masa belajar. Tamat belajar dulu yer.”pesan puan Zaleha. Umairahterkejut namun cuba dikawal mimik mukanya.Rasa malu terasa menebal dalam diri. Dia sekadar mengangguk tanpa sebarang jawapan sebelum menghilangkan diri disebalik bilik air.

misssakura Publish time 9-5-2012 05:51 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 14:20

BAB 2
Umairah mempercepatkan langkah. Dia betul-betul sudah lewat. Kelas sepatutnya bermula jam 10 pagi dan kini sudah jam 10.10 pagi.Mungkin kerana terlalu penat mengemas semalam sehingga menyebabkan badannya terasa amat penat sekali. Dia nampak seseorang yang amat dikenali berhampiranperpustakaan. Gadis itu bersama teman-temannya. Dia betul-betul menyampah. Tak habis-habis buat gaya comel. Macam la dia tu comel sangat. Bebel Umairah.Pantang dia nampak gadis itu, pasti mulutnya akan membuat dosa.
Dia mempercepatkan langkah. Malas memandang wajah yang cantik itu. Tiada kelaskah dia pagi ni. Aah.bukan urusan aku. Bebel hatinya lagi. Masuk sahaja ke kelas,terus sahaja dia nampak wajah lecturer subjek multivariable calculus yang cukup skema pada pandangannya. Dr.Ahmad sekadar menjelingnya yang lambat pada hari pertama kelas.
“ saya minta maaf dr.”
Pinta Umairah. Itu lah yang lazimnya pelajar akan lakukan meski pun tiap-tiap hari datang lambat. Dr Ahmad sekadar mengangguk dan meneruskan pengajaran pagi itu. Umairah duduk di sebelah rakannya yang dari tadi melambai kearahnya. Takut dia tidak nampak barangkali.
“ kau bangun pukul berapa. Sekarang baru nampak batang hidung. Kelas dah nak habis dah”.
Soal Zizie sambil matanya tepat memandang skrin putih didepan. Tangannya pula ligat menyalin nota yang penting dihadapan.Umairah terkocoh-kocoh mengeluarkan barang yang diperlukan. Dia mengambil penbiru dan mencatit mana yang sempat.
“ aku bangun pukul 9.45 tadi. Roomate aku langsung tak kejutkan aku.”
Bebel Umairah. Zizie menjeling sahabat baiknya disebelah. Dia menunduk kembali sambil menjawab kata-kata Umairah.“ye ke dia tak kejutkan. Entah-entah kau yang tido mampus kot. Mane lah nak sedar orangkejutkan kau.” Balas Zizie selamba. Umairah tidak menjawab. Dia kusyuk dengan pengajaran didepan. Nanti-nanti lah dia bersembang dengan sahabatnya tu. Bukannya tak de masa lain dah. Zizie faham. Dia turut sama menumpukan perhatian pada pelajaran didepan.
Entah macam mana, pemadam yang digunakan Umairah terjatuh. Mahu mengambil agak sukar malah ia berada dibawah kerusi pelajar didepan sebelah kanannya. Dia memandang lelaki itu untuk meminta pertolongan namun tidak jadi.Ifran. Bisik hatinya. Macam mana dia lupa bahawa suaminya juga satu kelas dengannya. Ahh.. lantaklah pemadam tu. Umairah meneruskan pembelajaran yang dirasa sedikit kurang konsentrasinya demi melupakan wajah suaminya itu.

ladyFinger12 Publish time 9-5-2012 06:21 PM

Post Last Edit by ladyFinger12 at 9-5-2012 18:23

eeer cm ne nk suruh cantik kitenya susunan ayt... sakura copi from word...tp bile post kt sni nmpak...
misssakura Post at 9-5-2012 17:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Apa yg lady buat mcm nih...

1. Terus paste kat kotak reply kat bwh tu. Jgn klik kat advanced mode ke apa tah... ATAU
2. Klik kat advanced mode tp tick pd kotak code kat penjuru atas belah kiri. Lepas tu baru untick then edit ler apa2 nak editmcm nak bold ke, nak italic ke etc. maknanya kena buat balik. Yg dah format kat words tu hilang habis.




tp memang jenuh la gak....:lol:

misssakura Publish time 9-5-2012 06:37 PM

Reply 5# ladyFinger12


   tq lady...{:thumbo

misssakura Publish time 9-5-2012 06:54 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 14:17

BAB 3 “jom pergi makan. Lapar la”.
Ajak Umairah. Zizie sekadar mengangguk. Perutnya merasa benda yang sama seperti yang dirasa oleh perut umairah. Mereka menapak ke kedai makan yang biasa mereka pergi, disitu makanannya sedap dan harga pula berpatutan. Padanlah ramai orang dikedai itu.Mata Umairah sekali lagi bertembung dengan seseorang. Berjodoh betul aku dengan minah ni. Bisik hati Umairah. Sengaja dia meletakkan tangannya pada wajah. Mahu menunjuk sebentuk cincin yang penuh makna dijarinya. Atikah melemparkan senyuman kepadanya. Dia tidak pasti senyuman itu ikhlas atau tidak tapi dia pasti senyuman itu plastik semata-mata.
Mana mungkin seorang sahabat baik akan tersenyum mesra apabila sahabat baiknya berkahwin dengan kekasih hati. Sangat mustahil. Nur Atikah tidak sebaik itu. Bisik hatinya. Dia sekadar menjeling. Sejak 6 bulan lalu hubungan rapatnya sudah bertukar menjadi musuh. Tapi itu pada pandangannya. Dia tidak tahu apa kata Atikah. Ahh...Atikah memang suka berlagak baik. Menyampah. Bisik hatinya. Dia berjalan menuju kearah lauk pauk.Mahu meletakkan ke dalam pinggan berisi nasi.
“ assalamualaikum.... lama tak jumpa.”
Sapa Atikah.Bibirnya yang digoles pelembab bibir tersenyum mesra kearah Umairah. Umairah terasa rimas. Dia menjeling kearah Atikah yang masih setia melemparkan senyuman kearahnya. Dia betul-betul tidak faham dengan gadis ini. Sudah merengkah dia.
“waalaikummussalam. Bukan ke kita baru jumpa masa aku kawin hari tu.”
Umairah membalas sinis. Sengaja mengungkit tentang perkahwinannya dengan ifran bekas buah hati Atikah. Atikah tersenyum mendengar kata-kata umairah yang tajam menikam ulu hatinya. Bukannya tidak sakit tapi dia mahu bersikap rasional. Yang lepas biarlah lah lepas. Itulah pendapatnya.Memang dia marah, memang sakit hati malah cemburu membuak-buak didadanya tapi dia sendiri tidak faham mengapa hatinya langsung tidak mampu berdendam dengan Umairah sedangkan umairahlah penyebab hubungannya dengan Ifran terputus. Sudah puas difikir segala kejahatan yang dilakukan oleh Umairah kepadanya, tapi rasa benci itu tetap tidak dapat dibangkitkan. Dia hanya mampu menangis. Menangis kerana kehilangan kekasih hati yang amat disayangi dan menangis kerana kehilangan sahabat yang paling dia sayang atas dunia ini.
“ lama lah tu.. kiranya dah tiga minggu kan kita tak jumpa.Kau ada kelas lagi ke lepas ni”.
Soal Atikah. Dia turut mencedok lauk pauk kesukaannya. Zizie yang berada berdekatan mereka mula risau. Kang ada yang tarik menarik rambut kejap lagi ni. Detik hati kecilnya. Umairah diam. Sengaja mengabaikan soalan atikah. Dia tiada mood untuk bersikap bermuka-muka macam Atikah.Berlagak baik aje kerjanya. Bosan betul. Zizie yang melihat keadaan itu cepat-cepat membalas pertanyaan Atikah. Dia tidak mahu Atikah terasa malu.
“ pukul dua nanti ada satu lagi kelas. Kau dah tak de kelas ke lepas ni.”
Balas Zizie berserta soalan. Cuba melayan atikah sebaik mungkin supaya gadis itu tidak terasa. Sebelum pergaduhan berlaku, mereka berlima adalah sahabat baik. Tapi apabila Umairah merampas teman lelaki Atikah kawan mereka yang berdua lagi iaitu Amirah dan Zarina tanpa berfikir panjang menyokong Atikah. Kata mereka takut kalau nanti boyfriend mereka pula jadi sasaran Umairah. Dia pulak memang rapat dengan Umairah dari semester satu lagi malah dia faham mengapa umairah bersikap begitu walaupun cara yang diambil salah. Kalaulah semua orang memulaukan Umairah, bagaimana gadis itu mahu sedarkan kesilapannya.dia mahu berada disamping Umairah demi menyedarkan sahabatnya itu. Sahabatnya itu tidak lah seteruk yang disangkakan oleh orang lain.
“tadi kelas last untuk hari ni. Esok kita satu kelaskan.Subjek majorkan.”
Balas Atikah senang. Meski pun Umairah sudah membencinya tanpa sebab yang pasti, tetapi kawannya yang sorang ini masih mahu bersahabat dengannya. Dia cukup bersyukur dengan kenyataan itu.
“a’ah... subjek tu ada satu kelas je. Memang semua budak course kita ada dalam kelas tu. Kita jumpa lagi esok.”
Balas Zizie. Umairah sudah selesai dengan pembayarannya. Dia sudah duduk di tempat yang mereka tanda dengan bag tadi. Bagi Zizie mustahil rasanya untuk diajak Atikah dan kawan-kawannya yang tidak dikenali itu untuk duduk makan sekali. Kalau diikutkan hatinya, masih banyak lagi yang ingin disembangkan tapi dia mahu menghormati perasaan Umairah yang masih panas dengan sikap Atikah yang dia sendiri tidak tahu dimana cacat celanya. Atikah tersenyum mesra dengan kata-kata gadis yang bertudung itu sambil membalas dengan satu anggukkan lembut. Di yakin dengan rasa hatinya, hubungan dingin antara dia dan Umairah hanya sementara sahaja. Dia pasti, apabila dia sudah tahu dimana kesilapan yang dilakukan sehingga menyebabkan Umairah membencinya pasti segala masalah ini akan selesai.
“ mesra nampak.”
Perli Umairah tatkala Zizie melabuhkan punggung dimeja makan yang berbentuk empat segi itu. Zizie memandang wajah selamba Umairah. Tak faham masalah sebenar yang dihadapi si teman sehingga dia jadi sebegitu.
“apahal. Jeles ke. Aku ni kawan kau tau. Bukan laki kau.Jangan nak jeles-jeles pulak.” Tempelak Zizie selamba. Buntang mata sepet milik Umairah mendengar kata-kata lancang Zizie.
“ amboi sedap mulut kau kutuk aku. Manalah tahu, kau tiba-tiba nak join si Ina dan Mirah nak pulaukan aku. Nak menangkan minah berlagak baik tu.” Umairah meluahkan rasa. Dia tidak dapat bayangkan apa perasaannya sekiranya Zizie turut serta dalam group Amirah dan Zarina untuk memulaukannya. Dia memang sedar kesalahannya. Tapi dia jadi buta bila ia melibatkan musuh sejatinya iaitu Atikah. Baginya kesalahan yang dilakukan lebih kecil berbanding kesalahan yang Atikah lakukan padanya.

misssakura Publish time 9-5-2012 07:03 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 14:12

“ kalau aku pon nak join Ina dan Mirah, aku tak duduk makan dengan kau sekali kat sini. Tolong lah Mai, jangan berfikiran negative sangat.”
Bebel Zizie. Marah betul dia dengan sikap Umairah. Kerana sikap Umairah inilah, hubungan mereka berlima menjadi renggang.
“kau tahukan aku tak suka minah tu. Yang kau pergi bersembang dengan dia tu buat apa. Sakit mata aku ni.”
Jawab Umairah. Umairah memandang ke wajah cute milik temannya yang kian memerah. Marah betul kawannya ini dengan sikapnya kali ini.
“ Mai... kau tak suka kat Tikah tu urusan kau. Aku tak nak join. Dia still kawan aku macam dulu. Aku tak nak hanya kerana kau yang ada masalah dengan dia, dengan aku-aku sekali terlibat. Aku masih kawan kau dan juga masih kawan dia. Takkan benda macam tu pun kau tak puas hati.”
Panjang lebar Zizie meluahkan rasa. Kadang-kadang, berada diantara sahabat yang bergaduh sangat menyerabutkan. Dia pula yang berada dalam dilema kerana mereka berdua sama-sama sahabatnya. Umairah terdiam. Dia tahu sahabatnya itu serba salah. Betul kata Zizie. Hanya dia yang bergaduh dengan Atikah. Kenapa perlu dia mengajak orang lain turut membenci Atikah. Dia tak perlukan semua itu. Cukuplah hatinya sahaja yang berdendam dengan gadis cantik itu.
“sorry Zie. Kita lupa je la pasal ni.aku tak patut libatkan kau dalam masalah aku.”
Pinta Umairah. Makanan dihadapan belum bersentuh. Seleranya mati.semuanya gara-gara Atikah. Zizie memandang wajah keruh Umairah. Dia serba salah.
“bukan tu maksud aku Mai. Aku tak kisah kau nak kongsi masalah dengan aku. Apa gunanya kawan kalau tak boleh bantu kawan. Tapi aku harap sangat kau tak paksa aku untuk membenci Atikah hanya kerana kau bencikan dia. Aku nak kau tahu, walaupun aku sahabat Tikah jugak, tak sekali pun aku burukkan kau ataupun cerita pasal kau kat dia atau orang lain. Apa yang kau cerita kat aku hanya aku dan ALLAH je yang tahu. Aku tak kasi tau orang lain pun.”
terang Zizie. Dia mahu Umairah sedar yang dia ikhlas dengan sahabatnya itu.
Dia tidak bersahabat dengan Umairah kerana kesiankan Umairah yang dipulau oleh sahabat yang lain tapi dia bersahabat dengan gadis itu kerana dia memang sayangkan gadis itu. Dia mahu Umairah tahu dan yakin dengan kejujuran perasaannya terhadap diri Umairah. Umairah diam. Dia menganalis kata-kata gadis berbaju kurung putih didepannya. Nampak suci sesuci hatinya. Sungguh jauh kalau dibandingkan dengan dirinya yang terlalu berdendam. Dia melemparkan senyuman yang ikhlas buat temannya itu sebelum berkata sesuatu.
“sorry ea Zie.. aku tak kan paksa kau benci dia seperti mana aku tak suka kan minah tu. Dan terima kasih kerana masih anggap aku sebagai kawan walaupun orang lain semua benci terhadap aku. Aku janji... memang kau lah kawan aku sepanjang hayat aku.”
Balas Umairah. Mukanya yang mendung tadi sudah mula ceria kembali. Zizie tersenyum melihat senyuman umairah. Dia tahu, jauh disudut hati Umairah masih ada rasa sayang terhadap Atikah dan dia pasti puting beliung dalam hubungan mereka akan berakhir jua.
“dah-dah la tu. Jom kitamakan. Jap lagi kita nak solat. Kelas pukul dua kan.”gesa Zizie. Dia membaca doa makan perlahan sebelum menyuap nasi campur kedalam mulutnya. Umairah sekadar mengangguk dan turut sama menghabiskan hidangan dalam pinggannya.

misssakura Publish time 10-5-2012 01:58 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 14:09

BAB 4 Umairah berjalan perlahan menghampiri jejaka yang cukup tampan dimatanya. Dia tidak mahu status isteri diatas kertas sahaja. Mungkin dia belum sepenuhnya bersedia untuk menjadi isteri tapi sekurang-kurangnya hubungannya dengan suami perlulah baik. Kalau tidak sia-sia sahaja perkahwinannya itu. dia mengahwini lelaki ini pun untuk membuatkan atikah merana. Tak lebih dari itu.
“assalamualaikum.”
Sapa Umairah kepada Ifran yang kelihatan sedang menyandarkan tubuhnya yang tinggi lampai pada kereta proton persona bewarna hitam pekat itu dengan penuh selesa. Matanya memandang tepat pada wajah manis milik si isteri.
“waalaikummussalam. Apa hal”.
Nak tak nak sahaja Ifran membalas. Sakit hati dan benci memandang perempuan tidak tahu malu seperti Umairah.Umairah menghulurkan bungkusan ditangannya kepada jejaka didepannya kini.
“ ibu bagi kat awak.”
Balas Umairah. Beg plastik berisi serunding bertukar tangan. Ifran melihat makanan yang berisi didalam beg berkenaan sebelum menghempasnya kasar ditempat parking kereta itu. Buntang mata umairah melihat tingkah laku jejaka itu. Hatinya mendidih. Dia seolah-olah melihat ibunya ditampar dengan kejam.
“eh kau apa hal. Rezeki tu kalau tak nak kasi kat aku.Tak payah nak buat perangai macam ni”.
Tinggi suara umairah. Dia tidak kisah lagi dengan siapa dia bercakap. Pantang baginya kalau ada orang melayan pemberian ibunya yang ikhlas begitu.
“ hmm... so, ni la muka kau yang sebenar.”
Ifran berkata sinis sambil mengubah cara duduknya. Dia memandang dalam mata gadis yang tinggi setakat bahunya sahaja. Umairah tersedar. Dia tidak patut naik angin.
“apa awak cakap ni. Saya Cuma tak suka kalau awak buat cam tu kat pemberian ikhlas ibu saya. Kalau tu saya bagi tak pe. Ni ibu saya yang bagi.”
Jawab umairah lembut sambil tunduk mengambil serunding yang dicampak oleh ifran. Hatinya mendidih namun cuba disabarkan.
“ hek eleh.....kau tak payah nak berlagak baik la kat sini. Aku tahu perangai kau tu cam mana. Blah la perangai alim-alim kucing tu.Buat aku nak tergelak ade la”.
Ifran berkata sinis. Umairah menyabarkan hatinya. Kalau diikutkan hatinya hari ini jugak dia mahu bercerai tetapi kerana agendanya yang sudah dirancang, dia tidak akan buat perkara itu sebelum tibanya masa.
“awak ambik la.. penat ibu buat ni. Kalau awak tak suka saya tak pe. Tapi jangan la buat macam ni kat ibu.”
Umairah berusaha memujuk lelaki didepannya. Dia akan sedaya upaya menanam benih cinta kedalam hati lelaki itu supaya dendamnya terbalas.
“kau tahu tak yang aku bencikan sangat kat kau... sangat tak sukakan kau. Dan silalah berambus dari sini dengan makanan ibu kau tu sekali.Aku tak hingin.blah la weh.”
Ifran berkata sambil menunjal-nunjalkan jari telunjuk pada wajah umairah. Dia tidak pasti apa motif umairah mengahwininya.Takkan hanya kerana cinta gadis itu sanggup melakukan perkara sebegitu. Sanggup menikam kawan baiknya sendiri dari belakang. Kawan yang sudah hampir 10 tahun menyayanginya. Takkan cinta umairah terhadapnya sedalam itu.
Umairah terpana.Dia mula bengang. Tak pernah ada manusia dalam dunia ini buat begitu padanya tetapi berani lelaki ini buat begitu. Kurang ajar betul mamat ni. Dia betul-betul hilang sabar. Umairah menarik tangan lelaki itu yang cuba masuk kedalam kereta demi meninggalkannya. Cuba menghalang ifran dari melakukan perkara tersebut. Ifran tidak jadi untuk memasuki kereta. Dia berdiri tegak didepan gadis tidak malu itu. melawan pandangan mata umairah yang tajam menikam matanya.
“pang.” Satu tamparan melekat dipipi ifran. Ifran terpana.

misssakura Publish time 10-5-2012 02:10 PM

“ kau ingat aku nak sangat kawin dengan kau. Blah la wei.Kalau tak kerana kau tu kekasih atikah, aku tak hingin pon nakkawin dengan kau. Siapa suruh kau jadi boyfriend atikah.Kalau orang lain pakwe dia aku akan kawin dengan orang lain tapi malangnya kalaulah lelaki itu. Kau tak akan menderita kalau kau tak couple dengan dia dulu.” Ifran mahu membalas namun tidak sempat. Mulut umairah seolah-olah pistol yang sedang melancarkan serangan rambang. Cepat meluahkan segala sakit dihati.
“kau nak salah kan aku pasal hubungan korang yang putus tu kan. Apasal kau bodoh sangat sampai percayakan aku. Kenapa kau takpercayakan tikah. Kenapa kau tak sabar dulu sebelum putuskan hubungan dengan dia dan kenapa kau tergesa-gesa terima cadangan mak kau supaya kawin dengan aku. Takkan tu pun salah aku.Salah sendiri tak sedar...sibuk nak cari kesalahan orang lain”.
Marah umairah. Nasib baik tempat itu sunyi. Tiadalah orang mendengar pergaduhan dalam rumah tangga mereka.
“ jadi kau kawin dengan aku pasal tikah... bukan sebab kau tergila-gilakan aku”. Soal ifran. Dia betul-betul benggang. Benggang kerana terasa dipergunakan oleh umairah atas alasan yang dia sendiri tidak tahu.
“ yer..kenapa. kau nak ceraikan aku sekarang. Aku tak kisah... tapi kalau kau nak mak kau mati kerana sakit jantung... abah kau mati kerana darah tinggi... dipersilakan. Kawin tak sampai sebulan dah bercerai berai.”
balas umairah selamba. Dia ketawa dengan ketawa yang dibuat-buat. Mahumenyakitkan hati insan didepannya kini.
“aku cinta kan kau konon... tunggu Malaysia bersalji pun benda bodoh macam tu takkan berlaku. Sebab aku tak suka kan si atikah tu...dengan kau-kau sekali aku benci.”
Umairah terus menerus melontarkan peluru berbisa. Ifran tergamam. Suasana sunyi seketika. Ketawa yang dibuat-buat oleh umairah telah berhenti. Penat barangkali. Tiba-tiba terdengar ifran ketawa besar. Umairah terkesima. Dia memandang wajah ifran yang ketawa tanpa sebab yang pasti. Dah sewel ke apa mamat ni.
“ kau apahal. Dah tak betul. Terkejut pasal apa aku kawin dengan kau. Baik aku blah sebelum kegilaan kau tu berjangkit kat aku.”
Umairah membalas selamba. Dia memusingkan badannya yang kecil molek itu. Mahu meninggalkan ifran yang dilanda gila babi. Belum sempat langkah pertama diturunkan tangannya dicekup kemas oleh ifran. Berpusing badannya apabila ditarik kasar oleh ifran.
“ kau dengar sini baik-baik perempuan tak tahu malu. Aku tak akan ceraikan kau. Buat apa aku nak ceraikan kau sedangkan lebih beribu-ribu duit family aku habis. Aku tak sebodoh itu dan aku akan pastikan kau menyesal sebab menggunakan aku untuk sesuatu tujuan yang bodoh macam ni.Dan aku nak kau tahu... aku asalnya dah give up dengan atikah... tapi lepas kau cakap macam tu, aku terasa nak dapatkan semula atikah. Selagi atikah bukan milik aku, kau tak akan aku bebaskan dan kau masa tu bersedia untuk menderita seumur hidup.”
Habis sahaja ayatnya, Ifran melepaskan pegangannya pada lengan umairah. Jatuh terduduk gadis itu dilakukan begitu. Umairah memandang kereta proton persona hitam berkilat itu berlalu dari matanya. Dalam hatinya kini hanya ada dua rasa sahaja.... benci terhadap ifran kini setanding dengan rasa bencinya terhadap atikah disamping rasa takut mendengar ugutan lelaki kacak itu tadi.

mie07 Publish time 10-5-2012 02:55 PM

best2 sambung lagi la

mie07 Publish time 10-5-2012 03:05 PM

terasa x sabar nak tahu apa salah atikah pada umairah hingga umairah benci sagt kat atikah........

misssakura Publish time 10-5-2012 03:58 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 16:07

BAB 5
Jam tepat pukul 10.30 pagi. Atikah melihat jamnya berkali-kali. Penat betul menunggu orang yang tak muncul tiba. Inilah susahnya apabila ingin buat group discussion. Kalau ajak pergi shopping cepat aje datang. Ruang dibilik diskusi itu kelihatan sedikit lapang. Barangkali waktu ini orang lain masih membuta. Almaklum lah hari sabtu. Tak ramai yang ada kelas pada hari ini. Didalam perpustakaan pun tak ramai. Awal semester. Begitulah keadaannya. Tiba-tiba dia terdengar sebuah buku dihempas diatas mejanya. Atikah cuba mengangkat muka yang tunduk dari tadi demi memandang sahabatnya baru tiba namun senyuman yang cuba dihulurkan kaku tiba-tiba. Lelaki yang cukup dirindui tepat didepannya. Dia kaget. Namun rasa rindu terasa sedikit terkubur.
“ assalamualaikum... sorang je ke?”
sapa ifran. Dia melabuhkan punggung tanpa dijemput. Sebenarnya dia ada discussion sekejap lagi.Tapi satu batang hidung membernya pon tak nampak. Dia ingatkan dia lah orang terakhir tapi tak sangka dia merupakan orang terawal.
“tengah tunggu member lain. Awak ade discussion ke?” Atikah cuba bertenang. Walaupun rasa canggung, dia cuba berlagak tenang.
“a’ah..... tapi biasa la hari sabtu. Bukannya senang nak bangun pagi”.
Balas Ifran dengan ketawa kecil. Atikah memandang wajah ketawa milik kekasih hatinya itu. Dia betul-betul rindukan wajah itu. Ifran memandang wajah cantik milik atikah. Betul-betul cantik. Namun hati budi atikah yang baik itu yang menyebabkan dia jatuh hati pada gadis didepannya kini.
“saya mintak maaf eh pasal tu”. Ifran tiba-tiba mengungkit kisah lama.
“pasal apa”.
Soal Atikah dengan kerutan halus didahi.Tidak dapat menangkap kata-kata maaf yang dihulurkan. Ifran menarik nafas panjang sebelum meluahkan rasa. Dia mahu memulakan segala-galanya kembali.Bukan kerana mahu membalas dendam terhadap umairah tapi kerana cinta yang memang masih kukuh dihati.
“pasal hubungan kita dulu. Kalau saya percayakan awak pasti benda cam ni takkan berlaku. Mesti kita masih bersama dan saya bukanlah suami kepada Umairah.”
Ifran menebarkan rasa hati. Atikah diam. Dia menunduk sebelum menjawab kata-kata lelaki kacak didepannya.
“ dah nak buat macam mana... dah tak ada jodoh kita.Jodoh antara awak dan Mai lagi kuat.”
“saya tak cintakan Umairah. Dia perangkap saya supaya kawin dengan dia. Saya nak mula balik dengan awak. Please sayang.”
Ucap ifran bersungguh-sungguh. Mahu mencantas segala jawapan dari atikah sebentar tadi.Atikah mengangkat muka yang tunduk sedari tadi. Dia memandang kedalam mata ifran. Hatinya resah.
“ sorry.... If. Saya tak nak cakap lagi benda tu. Kita kawan je lah ye. Benda yang lepas biar kan je la. Awak dah ada kehidupan awak. Baik awak hargainya sekarang.”
Pujuk atikah. Tawaran Ifran benar-benar menggoda hati dan perasaannya namun dia cepat sedar. Dia tak mungkin akan buat begitu kepada Umairah. Walaupun Umairah menganggapnya dia musuh tapi dia masih menganggap gadis itu teman baiknya., teman semenjak sekolah menengah lagi.
“tapi saya tak cintakan dia Tikah.... malah boleh dikatakan benci. Macam mana saya nak hidup dengan orang saya benci. I love u Tikah. Please.. kalau awak nak suruh saya berpisah dengan dia pun tak pe. Saya tak kisah”. Rayu Ifran. Dia tak malu untuk merayu asalkan apa yang dia ingini akan diperolehi.
“hidup ni bukan pasal cinta je If... awak dah kawin dengan Umairah. Nak tak nak awak kena bertanggungjawab. Dia isteri awak. Cinta bila-bila masa boleh dipupuk. Hari ni mungkin tak de... esok-esok ade la tu... Umairah sayang betul kat awak. Kalau tak, dia takkan buat camtu kat saya.”
Pujuk atikah. Dia perlu mengelak dari mendengar kata-kata lelaki ini. Dia takut terlalu mengikut perasaan kejap lagi. Dia mungkin sahaja akan menerima kembali kekasih yang masih dicintai ini.
“ dia tak cintakan saya. Dia sendiri mengaku. Malah dia gunakan awak sebagai alasan untuk kawin dengan saya. Kalau awak tak caya pergi lah tanya dia. Saya tak kisah asalkan kita dapat bersama kembali.” Kata ifran panjang lebar. Atikah kelihatan tersentak. Tak percaya barangkali.
“ saya tak paham....apa maksud awak...kenapa saya?”
soal Atikah. Matanya sudah memerah. Dia terasa perit sekali. Apa maksud yang dia menjadi punca perkahwinan mereka. Kenapa Umairah buat dia begitu. Apa salahnya sampai temannya menghukumnya begitu. Sangkanya kerana terlalu mencintai Ifran, gadis itu sanggup menikamnya dari belakang. Dia masih dapat menerima kalau itu alasannya. Mungkin dengan melepaskan ifran, gadis itu akan berbaik kembali padanya. Tapi, kenapa. Kenapa bukan itu menjadi penyebab. Kenapa dia yang jadi penyebab. Adakah kerana faktor itu.
“ dia cakap sebab saya ni kekasih awak. Kalau orang lain kekasih awak dia akan kawin dengan orang lain. Saya pun tak faham kenapa dia cakap macam tu.” Hati Atikah bagaikan nak gugur mendengar kata-kata akhir ifran. Sampai hati Umairah . bisik hatinya.
“saya pergi dulu. Saya adahal.”
Tiba-tiba Atikah meminta diri. Dia mengemas segala barang yang dibawa. Terus dimasukkan dalam beg. Wajahnya yang lencun dengan air mata tidak lagi dihiraukan. Dia mahu bertenang. Dia mahu fikir secara positif setelah bertenang kejap lagi. Ifran terpinga-pinga dengan perbuatan mengejut atikah. Dia tidak mampu menghalang tatkala melihat rakannya sudah berada dipintu bilik diskusi itu. Dia menghantar pemergian atikah dengan hati yang walang.

misssakura Publish time 10-5-2012 04:09 PM

Reply 11# mie07


   tq mie sudi baca...{:shyo

misssakura Publish time 10-5-2012 04:11 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 16:15

BAB 6
Puan zaleha melihat suaminya sedang bersiap-siap. Hatinya tertanya-tanya. Nak kemana pulak suaminya. Siap pakai minyak wangi pulak tu.Aii... takkan dah ada orang ketiga. Baru beberapa bulan lepas dia berkahwin dengan isteri keduanya itu takkan dah jumpa bakal isteri ketiga. Lelaki macam tu lah. Tak cukup dengan seorang. Dia harap sangat anak-anaknya Umairah dan Sarah tidak mendapat nasib yang sama dengannya. Dia akui suaminya itu adil dan bertanggungjawab terhadap kedua-dua isterinya tetapi rasa cemburu tetap ada dihatinya. Perempuan. Mana ada yang sanggup berkongsi.
“abang nak kemana ni. Wangi bukan main.”
Soal puan Zaleha.Dia sedang mengemas bilik tidur mereka. Setelah bersarapan barulah biliknya dikemas. Memang itu rutin hidupnya. Nasib baik hari ini cuti. Boleh lah dia berehat. Ingatkan dapat berehat bersama suami tersayang tapi rupanya tak.Suaminya ada agenda sendiri diluar.
“abang nak pergi bank kejap. Nak transfer duit kat Nur.Zainab cakap duit ptptn Nur tak masuk lagi.”
Terang encik ismail tanpa berselindung. Memang itu tujuannya. Dia akan pergi bersama isteri keduanya,Zainab. Puan Zaleha terdiam seketika. Nur adalah anak tirinya. Meski pun sekadar anak tiri, suaminya dah menganggap gadis itu sama seperti anaknya sendiri.
“ Sarah dan Mai tak de pulak cakap nak duit.” Puan Zaleha berkata. Dia tiba-tiba risaukan anak-anaknya. Tahu sangat perangai dua orang anak gadisnya yang tidak suka menyusahkannya.
“ade lagi la tu duit kot.. kalau tak de dia mesti dah mintak.” Jawab encik Ismail lembut. Dia tidak pernah membezakan antara anaknya dan anak tirinya. Baginya semua sama. Cuma dia tidak cukup rapat dengan Umairah.Apatah lagi semenjak dia berkahwin kali kedua.
“ kalau camtu abang masukkan sekali lah duit kat mai dengan sarah. Budak berdua tu bukannya reti nak mintak duit. Segan sangat dengan kita.” Cadang puan zaleha. Dia kenal sangat perangai anak-anaknya tu.Entah ape lah yang disegankan sangat dengan mak bapak sendiri.
“umm bagus jugak tu. Karang makin kurus pulak si Sarah dan Mai. Dah la memang kurus.”
Encik Ismail sempat berlawak. Puan Zaleha ketawa kecil dengan lawak spontan suaminya. Dia mencari sesuatu dalam laci meja solek dibilik mereka.
“ Leha cari ape pulak tu.” Soal encik Ismail. Pelik dengan tingkah laku si isteri yang tiba-tiba mencari barang.
“ no bank Sarah dan Mai la. Abang dah ade ke belum?” puanZaleha menjawab sambil melontarkan pertanyaan. Dia terus mencari buku catatannya.
“abang dah ada la. Dah save dalam handset.” Puan zaleha menghentikan pencariannya. Dia tersenyum mesra ke arah suami.
“abang pergi dengan sapa ni. Dengan Nab ke?” puan Zaleha meneka rambang. Rasanya suaminya bukanlah jenis suka berjalan sorang diri.Kalau dulu selalu dia akan dipaksa untuk meneman kemana-mana. Tapi rasanya sekarang tak perlu lagi.
“a’ah. Nape, Leha nak ikut ke. Jom la. Abang ingat nak teman Nab pergi cari barang-barang. Kot Leha pun ade barang-barang yang nak dicari.” Ajak encik Ismail ikhlas. Puan Zaleha terdiam. Boleh ke dia buat macam tu. Mustahil. Bukan dia aje yang tak selesa, Zainab pun pasti tak selesa juga.
“ tak pe la bang. Leha tak de barang pon nak cari. Lain kali lah.” Encik Ismail sudah mengaggak jawapan itu. Mana mungkin madu akan berjalan sama-sama. Dia pun akan rasa canggung nanti. Dia akan bawa isteri pertamanya jalan-jalan lain kali. Biarlah dia bawa isteri keduanya dulu hari ini.
“abang pergi dulu la.Kalau tiba-tiba nak apa-apa telepon lah yer.” Pesan encik Ismail. Puan Zaleha sekadar mengangguk lalu membontoti suaminya ke pintu depan. Memang itulah rutinnya semenjak 23 tahun berkahwin. Dia pasti akan menghantar pemergian suami dihadapan pintu. Puan zaleha menghulurkan tangan kepada suaminya. Apabila salamannya di sambut dia mencium lembut tangan suami kesayangannya itu.

misssakura Publish time 10-5-2012 04:17 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 16:21

BAB 7
Zainab tersenyum bahagia berada disamping suami tersayang. Setelah hampir 22 tahun berjanda, akhirnya dia bertemu jodoh yang baru. Syukur ke hadrat Ilahi. Bisik hatinya. Jam sudah menghampiri 12.30 tengahari. Semua barang-barang yang diingini sudah terbeli. Suaminya memang baik namun dia tidak akan menggunakan kebaikan suaminya itu untuk disalahgunakan.
“jom kita makan dulu la Nab. Lepas ni balik. Jap lagi dah nak masuk waktu zuhur”. Cadang encik Ismail. Zainab sekadar mengekor. Dia tidakkisah. Mereka sampai disebuah kedai makan. Nampak ramai orang. Mesti sedap.Bisik hati encik Ismail. Itulah petua yang selalu dipakai itu walaupun kadang-kadang tidak menjadi.
“Nab nak makan apa?” soal encik ismail. Mereka sama-sama membaca menu yang ada. Setelah hampir lima minit mereka tiba barulah pelayan muda datang mengambil pesanan mereka.
“Nab ikut je apa abang makan”. Jawab Zainab lembut. Dia makan je apa yang ada.
“kita makan nasi ayam lah. Ok tak?” soal encik Ismail.Dia tidak suka membuat keputusan sendiri bagi pihak orang lain. Takut ada yang tidak kena pula nanti.
“ok je. Bagi teh o ais limau yer.” Jawab Zainab sambil memesan air.
“ nasi ayam 2 dengan air suam.” Balas encik ismail pula.Pelayan lelaki itu sekadar mengangguk sambil menulis sesuatu pada buku catatannya kemudian berlalu untuk ke bahagian dapur.
“ kita keluar berdua ni kak Leha tahu tak bang.” Soal Zainab.Sekadar bertanya. Risau juga dia kalau puan Zaleha mengata dia lebih-lebih pula.
“ tahu. Abang ada bagi tau dia tadi. Nab tak payah risaula... kak Leha tu baik je orangnya. Dia tak mudah fikir negatif pasal orang lain.” Pujuk encik Ismail. Takut isteri keduanya itu tidak senang hati.
“ Nab saje je tanya.” Jawab Zainab. Dia tidak mahu suaminya fikir dia cuba memburukkan puan Zaleha. Dia tahu, encik Ismail berkahwin dengan dia lebih kepada dasar kesian bukannya cinta. Mungkin ada rasa cinta tapi tidak sedalam rasa cintanya terhadap puan Zaleha.
“Nab tak payah risau. Abang janji... antara Nab dengan kak Leha tak de perbezaan layanannya. Begitu juga Nur dengan Sarah dan Mai.”janji encik Ismail. Dia menggenggam jari isterinya yang muda 5 tahun darinya itu. Zainab tersenyum bahagia mendengar kata-kata suaminya. Sejukhatinya. Dia kenal sangat suaminya. Seorang yang berpegang pada janji.
“terima kasih bang...” balas Zainab sambil membalas genggaman suaminya. Drama romantis itu berhenti seketika ketika pelayan mudaitu datang kembali untuk menghantar hidangan mereka.
“dah... jom makan. Nanti lewat pulak kita.” Gesa encik Ismail.Dia membaca doa makan. Zainab sekadar menurut perintah dengan senyuman yang berbunga dibibir.

misssakura Publish time 10-5-2012 04:23 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 16:33

BAB 8
Umairah mengeringkan rambutnya yang basah. Dia baru selesai mandi. Penat menghadiri kelas sepanjang hari ini masih terasa meski pun dia sudah menyegarkan diri. Di ambil handphone yang diletak diatas meja. Kot-kot ada mesej atau panggilan penting ketika dia berada dibilik air tadi. Diamembuka inboxnya. Melihat nombor yang cukup sinonim dengan hidupnya. Dia membuka mesej itu lalu dibaca satu-satu.
“abah dah masukkan duit. Nanti pergilah check ade ketak”.
Itu lah mesej yang diterima dari ibunya. Umairah pelik. Masa bila pulak aku mintak duit ni. Sejujurnya dia memang tiada duit buat masa ni kerana ptptn belum lagi masuk tetapi ifran ada transfer duit kepadanya. Katanya itu tanggungjawab. Kalo tak bagi nanti lama-lama hubungan mereka boleh terputus dan dia takkan benarkan selagi Umairah tidak menderita kerana mengahwininya. Dia tahu Ifran dapat duit itu pun dari familinya. Sebab itu dia jadi tidak kisah.Lagi pun kata-kata Ifran itu ada betulnya.
Mengigat lelaki itu menyebabkan Umairah rasa geram sendiri. Menyampah. Itulah kata hatinya. Hari tu dia nampak Atikah dan Ifran bersembang. Apalah yang mereka berbincang tu. Nak kata mereka satu group untuk buat assignment tak jugak rasanya. Memang Atikah tu perempuan yang tak tahu malu. Dengan suami orang masih nak menggatal. Ahh.....lupakan. adabaiknya aku berehat dari fikir tentang mereka. Buat penat otak je. Desis hati Umairah.Umairah menekan nombor yang sinonim dengan hidupnya itu tadi. Selepas beberapa minit, panggilan telefon yang dibuat bersambut.
“assalamualaikum bu. Apa khabar?” soal Umairah sebagai pembuka bicara.
“waalaikummusalam. Khabar baik. Mai macam mana.” Jawab puan zaleha. Terkenang anaknya yang jauh di negeri orang. Dia di negeriTerengganu.. anaknya di Kuala Lumpur.
“mai sihat je bu. Ni Mai nak tanya kenapa abah susah-susah je masukkan duit. Mai ada duit lagi la”. Umairah terus ke topik utama. Kreditnya tidak cukup banyak untuk bersembang lama.
“apa salahnya. Mai kan anak abah. Lagi pun duit ptptn tak masuk lagi kan.” Balas puan Zaleha. Dia sempat menjeling suaminya yang sedang memandang kearahnya. Bertanya siapa yang telefon dan adakah anaknya itu mahu bercakap dengannya.
“mana ibu tahu duit ptptn tak masuk lagi. Sarah bagitau ea. Tapi Mai ada duit lagi lah. Kalau Mai tak de duit baru mai mintak ehh...”. Umairah membalas lembut. Tahu ibu bapanya sangat menyayanginya.
“macam la ibu tak tahu, kalau Mai dan Sarah tak de duit bukannya nak mintak dengan ibu. Malu sangat. Ni nasib baik Nur yang cakap.Tunggu Sarah yang bagitau ptptn tak masuk lagi...hmmm..sama lah macam tunggu Mai yang bagitau.” panjang lebar puan zaleha berkata. Kata-kata puan Zaleha menimbulkan kejutan pada Umairah. Nur yang beritahu... eee mengada betul kakak tirinya tu. Dia selama ni tak pernah nak menyusahkan orang tuanya, masuk aje dia dalam familinya terus macam-macam pulak dimintanya.
“ooo patutlah abah baik sangat masukkan duit. Rupanya nak transfer sekali kat anak kesayangannya tu.” Tuduh Umairah. Puan Zaleha terkesima.Tau sangat dia yang Umairah begitu anti dengan Nur. Dia puntidak paham mengapa.
“ Mai.. apa cakap macam tu. Nur tu kan anak abah jugak.”
Tegur puan Zaleha tegas namun perlahan. Tidak mahu suaminya mendengar perbualan mereka disaat itu. Pasti suaminya akan berkecil hati sekiranya tahu tentang itu.Puan Zaleha tidak suka anak-anaknya bersikap negatif macam tu. Baginya Nur dan Zainab sudah seperti keluarga sendiri. Mereka anak beranak itu sangat baik orangnya. Nur pun dah dianggap anak sendiri.
“ anak tiri je kot......” balas Umairah selamba.
“anak tiri pun tanggujawab abah jugak. Kalo tak bagi berdosa. Mai nak abah tanggung dosa ke.”
bebel puan Zaleha. Anaknya yang sorangni memang seorang yang kuat cemburu dan berfikiran negatif. Umairah yang mendengar kata-kata ibunya terasa perit dihati. Ibunya sanggup memarahinya hanya kerana perempuan tu. Betul-betul menyesakkan jiwa.
“ tak pe la bu...lain kali la mai telefon lagi. Mai nak rehat jap. Baru abis kelas ni.” Umairah memberi alasan.dia mahu memutuskan talian. Dia malas mahu berbual dengan ibunya pada waktu ini.
“haa...merajuk la tu. Dah jadi bini orang pun masih pandai merajuk.” Puan Zaleha terus terusan membebel. Tahu sangat dia dengan perangai Umairah. Pantang kena marah sikit nak merajuk. Mungkin itu salah dia juga kerana terlalu memanjakan Umairah. Anak sulunglah katakan. Umairah diam sahaja di talian. Hatinya malas untuk menjawab.
“mai.....ibu cakap ni benda betul. Mai kan dah besar cuba fikir betul ke tak ape yang Mai cakap tu. Ibu marah bukan sebab ibu pilih kasih ke ape. Ibu marah sebab Mai memang salah.” Nasihat puan Zaleha lembut. Umairah diam. Kata-kata ibunya ditelan tanpa kata. Cuba ditimbang-timbang. Memang betul tapi hatinya tetap perit.
“abah pun macam tu Mai. Abah sayang kat Mai sama macam abah sayang kat Sarah dan sama jugak kat Nur. Mai tak boleh pertikaikan.” Pesan ibunya lagi. Umairah masih diam. Dia sekadar mendengar. Baginya bebelan begini tidak boleh dijawab.
“Mai ade tak lagi tu.....” soal puan zaleha. Manalah tahu anaknya dah meletakkan telefon dan dia hanya cakap sorang-sorang sepenjang tadi.
“ada...........” balas Umairah sepatah.
“nak cakap dengan abah tak. Abah ada kat sini. Tengah baca surat khabar.”soal puan Zaleha lagi.
“tak pe la bu... lain kali. Tak de kredit ni nak cakap lama-lama. Kirim salam je lah kat abah.” Balas Umairah malas. Dia mahu berehat.Mahu menganalis kata-kata ibunya tadi dan mahu menghilangkan rasa sakit dihati.
“hmmm ye la tu. Jangan lupa telefon abah. Abah selalu mengadu yang Mai jarang telefon dia.” Pesan puan zaleha. Mendengar kata-kata itu hati Umairah terdetik.
‘ala anak kesayangan kau kan ada. Suruh je la anak kesayangan kau tu telefon hari-hari. Ape susah.’ Tapi kata-kata itu hanya dihati. Karang kalau diluah kan pasti dia akan dibebel lagi. Tak kuasa dia mendengar leteran ibunya.
“ye la-ye la bu. Bu tak pe la. Mai nak rehat jap. Malam ni pulak ade discussion.. assalamualaikum”. Balas Umairah. Setelah mendengar salamnya dijawab barulah dia mematikan telefon. Dia meletakkan handphonenya diatas meja study kembali. Dia kemudiannya berbaring malas diatas tilam untuk menenangkan fikiran. Tutup sahaja mata...wajah–wajah yang dibenci mula muncul.Satu-satu orang yang dibenci muncul diingatannya dengan senyuman yang sangat mengguris hati.

sejuk Publish time 10-5-2012 04:48 PM

Atikah tu kakak tiri mai kan.?..

misssakura Publish time 10-5-2012 04:52 PM

Reply 18# sejuk


teruskan membaca yer untk tau lebih lanjut...hehe{:mldance3:}

misssakura Publish time 10-5-2012 05:44 PM

Post Last Edit by misssakura at 10-5-2012 17:49

BAB 9
Umairah berjalan dengan pantas menuju kearah perpustakaan. Dia perlu menghantar buku hari ini dan kelasnya akan bermula sebentar lagi. Dia meminta Zizie masuk terlebih dahuulu ke kelas demi menanda tempat duduk. Kang tak pasal-pasal duduk paling belakang atau paling hadapan.Matanya dah la rabun.dia tergesa-gesa menghantar buku kerana tak mahu didenda atas alasan lambat. Kalau waktu ptptn dah masuk dulu dia tak berkisah sangat malah kadang-kadang hampir satu bulan dia lambat hantar buku. Tapi kerana ketiadaan duit dia perlulah berjimat cermat. Tanda-tanda ptptn akan masuk pun belum lagi kelihatan.
Atas apa silapnya, dia terlanggar dengan seseorang.Umairah membebel dalam hati. Buta gamaknya mamat ni. Main redah aje jalan. Dia tidak sedar dia juga silap pada waktu itu kerana berjalan seperti lipas kudung.Umairah duduk mengutip tiga buah buku yang jatuh berdentum diatas lantai dihadapan pintu perpustakaan. Jejaka yang dilanggar itu membantu mengutip bukunya yang bersepah. Terasa bersalah barang kali. Selesai mengutip buku-buku itu barulah lelaki itu menegurnya.
“sorry. Nah buku”. Pinta Haikal sambil menghulurkan bukuyang dikutip. Umairah tersenyum namun senyuman plastik. Tak ikhlas.
“ok tak pe.” Umairah membalas. Dia tidak meminta maaf.Perasan dirinya tidak bersalah langsung.
“eh......awak Umairah kan”. Tegur lelaki itu tiba-tiba...tatkala matanya bertentang mata Umairah barulah dia perasan gadis itu wanita yang pernah dikenali. Umairah mengerutkan dahinya. Lama dia menatap wajah yang dikategorikan boleh tahan dihadapannya. Macam pernah tengok. Kat mana yer...
“siapa eaa?” soal umairah dengan kerutan didahi. Haikal tersenyum melihat wajah umairah yang berkerut.
“ saya ni Haikal. Maybe awak tak kenal tapi kita satu kelas untuk kelas kenegaraan.” Balas haikal tenang. Dia tersenyum mesra. Dia melihat wajah Umairah yang terangguk-angguk bak burung belantuk. Haikal tidak memahami maksud anggukan itu.
“ooooooo... saya ingat. Tapi tak tahu pulak nama awak Haikal.” Balas Umairah tenang. Dia mengeling jam tangan. Mamat ni ada hal lagi ke nak cakap dengan aku. Aku dah lewat gila ni. Karang, tak pasal-pasal dapat pandangan slack dari lecturer skema tu.
“ umm... at least awak kenal saya walaupun tak tahu nama.” Jawab Haikal girang. Tak sangka Umairah perasan tentang kewujudannya dalam kelas meski pun terdapat hampir 60 orang didalam kelas tersebut. Umairah sekadar membalas senyuman lelaki didepannya. Dia tidak pasti ikhlas atau tidak dengan senyumannya itu.
“sorry la Haikal yer........saya ada kelas lepas ni jadi saya kejar masa. Saya pergi dulu la yer.” Pinta Umairah sopan. Kalau boleh dia nak berlari sekarang. Tapi agak segan untuk membuat perangai kebudak-budakkan begitu. Ni bukan cerita Korea.
“eh sorry..sorry.. kita jumpa lagi kat kelas kenegaraan.”Balas Haikal. Dia tersenyum lagi. Umairah berlalu sambil melontarkan senyuman plastik.Apesal la mamat tu suka betul senyum. Penat mulut aku ni balas senyuman dia. Kang tak balas kang kecik hati pulak. Bebel hati Umairah.Haikal memandang umairah yang kelihatan kalut mengejar masa itu dalam-dalam. Ada kemajuan. Bisik hatinya. Suatu hari nanti dia akan pastikan Umairah akan jadi miliknya. Itulah janji hatinya.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Tak semestinya dia - [U]


ADVERTISEMENT