Pezal Publish time 16-6-2012 10:55 PM

kalau dirogol insya Allah leh terima..{:runo
kalau terlanjur mungkin tak kot..nk bantu kembali ke jalan yg benar leh tp kalu nk ambik jd bini tak kot..

BuBuComey Publish time 18-6-2012 10:45 AM

kalo dah terlanjur tapi insap..bolekah kaum lelaki terima jugak?

nekcivic Publish time 18-6-2012 11:42 AM

KALO JUMPE PMPN GITU....LARIKKKKKKKKKKKKK.......VROOMMM.....{:drifto

matdue77 Publish time 18-6-2012 02:18 PM

Sejak aku aktif forum sejak 2004 sampai skrg, soalan ni tak putus ditanyakan... Dan jawapan aku sejak dulu tetap sama...

Kalau atas sebab dirogol, itu bukanlah atas kehendak si wanita itu, jadi kenapa kita nak menghukum dia sedangkan dia sebenarnya mangsa? Berilah dia peluang, dia tidak kotor, tidak hina, lelaki yang meragut maruahnya itulah yang HINA-SEHINANYA.... Sesungguhnya aku sangat simpati dengan mangsa2 ini... Semoga Allah berikan mereka kekuatan untuk teruskan kehidupan biarpun prospek untuk terus berada dalam trauma adalah besar...

Macam yang terlanjur pulak, ini bergantung... Jika ianya berlaku SEMEMANGNYA mmg tidak dapat dielak (menghampiri dirogol), pendapat peribadi aku dia pun sepatutnya boleh diberi peluang kedua untuk jadi wanita yang normal macam org lain... Allah dah bagitau, meskipun hambaKU datang kepadaKU dengan dosa seisi langit dan bumi sekalipun, jika dia bertaubat kepada AKU, akan AKU terima taubatnya dan menjadilah ia seperti bayi yang baru dilahirkan...

Tapi kalau yang sampai tahap berkali2 terlanjur tu, sejujurnya aku tak cukup kuat untuk terima wanita yang sebegini, bukan sebab mereka kotor atau apa, tapi aku takut satu masa nanti dimasa hadapan, jika sudah berkahwin dan timbul apa2 masalah, aku bimbang hati aku tak cukup kuat nak menepis bisikan dan hasutan syaitan untuk membanding-banding dia dengan mana2 wanita lain yang normal... Aku tak sekuat itu...

ifanonline Publish time 18-6-2012 02:23 PM

dlm islam, kesucian keturunan amat di titik beratkan...full stop...itu pandangan aku...

ajinomotonosuga Publish time 25-6-2012 06:26 PM

nasib pompuan di tangan lelaki

nasib lelaki di tangan tuhan

AndySixx Publish time 26-6-2012 11:11 PM

dlm islam, kesucian keturunan amat di titik beratkan...full stop...itu pandangan aku...
ifanonline Post at 18-6-2012 14:23 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Ciri memilih isteri dalam Islam & Apa Yang Penting Bagi Aku


    Rupa - Manis Di Mata Dah Memadai
    Harta - Tak Kisah.

Tapi Dua Bawah Nie Berkait Rapat

    Agama - Mestilah Ikut Apa Yang Disuruh & Tinggal Apa Yang Dilarang
   Keturunan - Kalau Yang Dah Terlanjur Tu Mesti Kes Berkaitan Agama. Kira, penerimaan gadis terlanjur tu lagi susah dari yang dirogol.

ifanonline Publish time 26-6-2012 11:22 PM

Ciri memilih isteri dalam Islam & Apa Yang Penting Bagi Aku


    Rupa - Manis Di Mata Dah Me ...
AndySixx Post at 26-6-2012 23:11 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

soal suci dan tak suci ni satu isu yg sensitip...mana2 agama pun melarang hubungan seks di luar pernikahan...not only in islam...soal penerimaan ni terpulang kpd individu terbabit...especially lelaki...who are we to judge people?

robotech Publish time 2-7-2012 08:00 PM

Terus terang, saya penah ada pengalaman bercinta dengan gadis terlanjur. Masa tu lah kita nak tunjuk hero, kita bakal membela nasib dia. Walaupun saya ni dulu anti penzina, Allah uji jatuh cinta dengan gadis terlanjur juga.

Atas dasar cinta, saya tolak ketepi prinsip saya, sampai gigih saya sanggup meminang dia, kira serius sangat2. Cuma akhirnya jodoh kami tak kesampaian, sebab si dia menolak saya kerana dia rasa saya terlalu baik berbanding dia. Akhirnya dia berhijrah ke negeri asalnya.

Masa berpisah tu, gugur jantung ni. Rasa frust gila2. Tak keruan pun ada. Tapi rupanya ada hikmah. Jika saya jadi suaminya, mampu ke saya tak mengungkit kisah silam dia kalau ada krisis rumah tangga. Mampu ke saya menerima jika anak2 cucu kami pula mengulangi dosa lampau. Mampu ke saya menerima ujian Allah ke atasnya jika ada insan lain membongkar kisah silamnya semata2 nak mengaibkan kami sekeluarga.

Sudah2 pula, tak pasal2 saya menzalimi diri sendiri & dirinya juga.

Masa tu juga, teringat akan ayat Quran bermaksud penzina hanya untuk penzina sahaja. Tapi takdelah saya berdendam dengan si dia, sebab lepas berpisah tu sempat saya berdoa agar Allah temukan jodohnya dengan insan yang jauh lebih baik dari saya.

Alhamdulillah, saya dah bernikah ... dengan seorang ustazah (ada juga hikmah tu). Si dia, insan yang pernah bertakhta di hati saya dulu pun, baru pertengahan bulan lepas juga telah bernikah dengan jejaka pilihannya. Alhamdulillah, rasanya suaminya itu insan yang redha ke atas dirinya, Insya Allah lebih baik dari saya ini.

zircon Publish time 3-7-2012 04:42 PM

Reply 1# carlisha


Kalu dah jodoh mcm mne..nk tolak pon xleh..trima seadanya..
Insyallah bahagia dunia akhirat ;)

zircon Publish time 3-7-2012 04:43 PM

Reply 48# ifanonline


    correct!

zircon Publish time 3-7-2012 04:44 PM

Reply 26# Loxlaxman


ape ke sengalprofessor tu?haish..dunia2 mcm2 ;P

imahara Publish time 19-7-2012 07:07 AM

Kalau dirogol aku boleh terima. Kalau terlanjur, no way. Aku boleh je jaga adab pergaulan aku, so al ...
emino Post at 8-5-2012 11:57 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   setuju aku vote emino hahahaha

mawarni07 Publish time 24-7-2012 05:44 AM

maafkan sy.. pendapat sy..kalau lelaki xready sgt.. dlm kata 'dah ready' tu masih ada keraguan.. rasa was2 dengan pendirian sendiri.. maka lebih baik jgn terima perempuan yg dah xsuci.. dirogol ke..dia terlanjur pastu dah insaf ke.. lebih jgn bagi harapan kat diorang. sebab wanita ni sukar utk di jangka.. lebih2 lagi mereka yg punya ain sendiri. kalau dah bergaduh or ada konflik lepas tu kisah silam jadi ungkitan.. org baik or nak jadi baik pun bleh bertukar sebaliknya. dan bila dah mnjadi suami,suami jenis ni hanya akam menutup peluang si prmpuan utk merebut ganjaran syurga.. ye lah,camne nak aman beribadat kalau asyik gaduh..kalau dah gaduh camne plak suami nak redha kat isteri..sedangkan redha Allah itu melalui redha suami juga

bonzaimy Publish time 2-9-2012 09:50 PM

Ex aku kena rogol. Pastu before aku dia ada jantan lain. dia main gak ngan jantan tu. aku tak kesah sebab what past is past. tapi skang dia dah kawen :(

adlythegreat Publish time 3-9-2012 01:38 AM

bagi aku plak, aku xkesah kalau dirogol sebab dalam pandangan Islam, dirogol tu masih dianggap suci.
tapi kalau terlanjur tu, fikir dua tiga kali gak. tapi kalau dah jodoh ngan yg dah terlanjur ni, kena belajar menerima je la. kuatkan iman n beri didikan agama secukupnya. berdoa agar dosa lampau dia diampunkan.
juz my 2 cents. :lol:

riversofbabylon Publish time 3-9-2012 12:54 PM

tanggungjawab bapa bermula dari pemilihan ibu anak2

tak cantik tak apa asalkan suci

tahanlasak Publish time 7-9-2012 03:54 PM

salah siapa ....???? kesihan nie lah mereka yg terpaksa menerima keadaan sedemikian.......

missxoxo9 Publish time 22-10-2012 08:21 PM

heeeeeee..

Daisy81 Publish time 23-10-2012 12:11 PM

lagi ramai perempuan yg vote dr lelaki nie..hehehe..memang cibuk jer perempuan ni kan..cibuk nk tau..hahahah
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Penerimaan LELAKI Terhadap Gadis Dirogol/Terlanjur


ADVERTISEMENT