midory Publish time 23-4-2012 01:06 PM

Kenapa Kertas Menjadi Kuning?

Kenapa Kertas Berubah Warna Menjadi Kuning?




http://1.bp.blogspot.com/-g-KANRcs6Ks/T5IpN0xSQdI/AAAAAAAAAQ4/6DaXPuqoMLg/s320/0853073620X310.jpg


Seiring dengan waktu yang berjalan, kertas berubah warna menjadi kuning. Perkara ini adalah hal yang wajar dan tak banyak yang mempersoalkannya. Sebenarnya, mengapa kertas berubah warna?

Mosca Conte dari Universita di Rom Tor Vergata berusaha mencari sebabnya melalui penyelidikan. Hasil penyelidikan diterbitkan di jurnal Physical Review Letters.

Untuk melakukan kajian, Conte menggunakan tiga sampel yang tak diputihkan. Kertas tersebut dimasukkan ke dalam reaktor dengan keadaan sama seperti keadaan persekitaran selama 48 hari.

Conte kemudian membandingkan kertas tersebut dengan tiga kertas bertulis yang berasal dari abad ke-15. Teknik ini membolehkan pengkaji mendedahkan penyebab ke atas perubahan warna kertas.

Penyelidik menceritakan, kertas terdiri daripada 90 peratus selulosa. Dari semasa ke semasa, bahan penyusun dinding sel tumbuhan itu teroksida.

Menurut Conte, pengoksidaan mampu mengubah susunan pelbagai molekul danmengubahnya menjadi sesuatu yang disebut chromophores, yang menyerap cahaya.

Kertas dilihat putih kerana memantulkan semua cahaya. Kertas yang lamamemantulkan cahaya dalam panjang gelombang tertentu, yang menjadikanya dilihatkuning.

Hasil kajian ini membolehkan pihak berkaitan melakukan langkah memelihara kertas,dan bahkan memutihkan teks dan kesenian tua.









credit to apakabardunia Last edited by midory on 30-3-2013 10:55 AM

midory Publish time 23-4-2012 01:09 PM

eheheh... aku suke tengok kertas2 lame yg dh kuning color die..
kalau yg agak bergune aku simpan jd koleksi... :C

ketotmerah Publish time 23-4-2012 01:18 PM

eheheh... aku suke tengok kertas2 lame yg dh kuning color die..
kalau yg agak bergune aku simpan jd ...
midory Post at 23-4-2012 13:09 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    kalau kuning saja tak pe la, ni ader yang mengalami proses pereputan..sentuh sikit terus terkoyak

midory Publish time 23-4-2012 01:23 PM

kalau kuning saja tak pe la, ni ader yang mengalami proses pereputan..sentuh sikit terus t ...
ketotmerah Post at 23-4-2012 13:18 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   yg tu pengoksidaan melampau tu... :lol:

buku mcm tu slalu jumpe bile die terbiar aje tak diusik.. bertahun2..
nnti siap jumpe binatang ape ntah name die... yg slalu ade dlm buku2 lame tu... :lol:

ketotmerah Publish time 23-4-2012 01:28 PM

yg tu pengoksidaan melampau tu...

buku mcm tu slalu jumpe bile die terbiar aje tak ...
midory Post at 23-4-2012 13:23 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    rangka cicak pon ader:lol:

IRZeeBuk Publish time 23-4-2012 08:49 PM

baru ade nilai eteistik..etistik..atistik..otistik (aku dok reti nak spell)

spiderman80 Publish time 23-4-2012 11:58 PM

Habislah, nanti sijil Oxford saya akan menjadi kuning sebelum saya sempat nak tunjukkan kepada cucu-cicit saya.:'(

meritokrasi Publish time 24-4-2012 12:15 AM

baru ade nilai eteistik..etistik..atistik..otistik (aku dok reti nak spell)
IRZeeBuk Post at 23/4/2012 08:49 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

stucktistics, baru betul....;P

mnm77 Publish time 24-4-2012 12:03 PM

Post Last Edit by mnm77 at 25-4-2012 09:40

Kertas dilihat putih kerana memantulkan semua cahaya. Kertas yang lamamemantulkan cahaya dalam panjang gelombang tertentu, yang menjadikanya dilihatkuning.

Hasil kajian ini membolehkan pihak berkaitan melakukan langkah memelihara kertas,dan bahkan memutihkan teks dan kesenian tua.
midory Post at 23-4-2012 13:06 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Sedikit perkongsian logik saya secara sepintas lalu (mungkin masih banyak yang boleh ditambah)

Kertas yang putih tu mungkin telah di'bleach' (dilunturkan) ataupun dah di 'coat' dengan bahan pemutih.

Maklumat komposisi kimia bagi kertas (tipikal) boleh dibahagikan kepada sumber bahan organik dan tak organik.
http://www.paperonweb.com/A1056.htm

Kandungan utama kertas: Cellulose

Apa dia cellulose:
http://en.wikipedia.org/wiki/Cellulose

Cellulose tu dari pokok asalnya, boleh biodegradasi. Jadi, secara umum, melalui pengoksidaan dan pereputan cellulose lah yang mungkin menyebabkan berubahnya susunan molekul, yang telah dikaji menjadi sebab kurangnya pantulan cahaya kerana sebahagian cahaya diserap.

Kenapa ada kertas putih yang boleh tahan lama?
Mungkin jawapannya kertas putih itu telah diletakkan bahan kimia yang melambatkan pengoksidaan cellulose, dan juga bahan kimia tersebut menyebabkan haiwan serangga kecil juga ambil masa yang lebih untuk dapatkan cellulose.

Kenapa haiwan/serangga kecil nak cellulose? Kerana cellulose asalnya dari pokok, merupakan bahan organik, yang boleh diceraikan kepada unsur lebih kecil seperti glukosa, dan boleh dijadikan makanan.

Sebab tu semakin lama kertas disimpan, ia akan mengalami pegoksidaan dan pereputan, sampai akhirnya boleh hancur luluh. Maka bahan kimia ditambah untuk melambatkan proses pengoksidaan dan pereputan

WAllahu a'lam

bluezink Publish time 24-4-2012 04:20 PM

Sedikit perkongsian logik saya secara sepintas lalu (mungkin masih banyak yang boleh ditambah)
...
mnm77 Post at 24-4-2012 12:03 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

{:1_132:}...perkongsian logik yg momtop,...errpenah dengar pokok pelangi atau nama saintifiknya Rainbow Eucalyptus kebnyakan pmbuatan kertas dan hasil keja kayu di ambil dari pokok ini:D
http://1.bp.blogspot.com/_mmBw3uzPnJI/S7yj-I1eKUI/AAAAAAABJUc/T_SRlu04txY/s1600/rainbow_eucalyptus_01.jpg
Rainbow Eucalyptus

manganini Publish time 25-4-2012 12:59 AM

bukan kertas je.. barang2 lain yg kaler putih pun lama2 akan tukar kaler jadi kuning.. contohnya cat kat pagar rumah kita, jam tangan kaler putih, handbag aku yg kaler putih pun da jadi kuning2 sekarang ni.. sama jugak kot konsepnya:o

mnm77 Publish time 25-4-2012 09:37 AM

errpenah dengar pokok pelangi atau nama saintifiknya Rainbow Eucalyptus kebnyakan pmbuatan kertas dan hasil keja kayu di ambil dari pokok ini
bluezink Post at 24-4-2012 16:20 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Macam pernah dengar....banyak kat Mesia tak pokok ni?

bluezink Publish time 25-4-2012 11:20 AM

Macam pernah dengar....banyak kat Mesia tak pokok ni?
mnm77 Post at 25-4-2012 09:37 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
wwXSHKdDM7Y
kalau ikot web Agroforestrytree database
sila klik:-->pokok pelangi ,di m'sia dikatakn di jumpai di area cameron highland,Location:Tanah Rata, Agro Technology Park in MARDI
Rainbow Eucalyptus
    Geographic distribution
Native : Indonesia, Papua New Guinea, Philippines
Exotic : Brazil, Congo, Costa Rica, Cote d'Ivoire, Cuba, Fiji, Honduras, Malaysia, Puerto Rico, Samoa, Solomon Islands, Sri Lanka, Taiwan, Province of China

ejai601 Publish time 25-4-2012 02:54 PM

bukan kertas je.. barang2 lain yg kaler putih pun lama2 akan tukar kaler jadi kuning.. contohnya cat ...
manganini Post at 25-4-2012 00:59 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   termasuk cat kereta...heheheh

ika_ivy Publish time 25-4-2012 03:41 PM

good info neh

midory Publish time 25-4-2012 04:58 PM

bukan kertas je.. barang2 lain yg kaler putih pun lama2 akan tukar kaler jadi kuning.. contohnya cat ...
manganini Post at 25-4-2012 00:59 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   yg pasal cat pagar tu lain konsepnye manganini... takde kene mengene dengan selulosa pon... :D
tp sebab kotor dengan warna jd pudar sebab kene cahaya..

midory Publish time 25-4-2012 05:01 PM

kalau ikot web Agroforestrytree database
sila klik:--> ,di m'sia dikatakn di jumpai di area cam ...
bluezink Post at 25-4-2012 11:20 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   ohh... first time dengar pasal pokok ni... colorfull...

aritu pergi cameron tak prasan pulak.. :lol:

manganini Publish time 25-4-2012 06:47 PM

Reply 16# midory


   ye ke.. hehehe.... kalau gigi putih lama2 jadi kuning tu ape pulak konsepnya ye..?:lol:

masa_lalu Publish time 25-4-2012 10:57 PM

Replymidory


   ye ke.. hehehe.... kalau gigi putih lama2 jadi kuning tu ape pulak konsepnya...
manganini Post at 25-4-2012 18:47 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   aman aman adja konsepnya:lol:

mnm77 Publish time 26-4-2012 09:09 AM

di m'sia dikatakn di jumpai di area cameron highland,Location:Tanah Rata, Agro Technology Park in MARDI
bluezink Post at 25-4-2012 11:20 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Oo ok... thanks....weekend ni nak pi Cameron Highland... kalau jumpa pokok tu nak tangkap gambar...:)
Pages: [1] 2
View full version: Kenapa Kertas Menjadi Kuning?


ADVERTISEMENT