aryanqushairi Publish time 18-4-2012 09:26 AM

duhai kekasih hati..

Post Last Edit by aryanqushairi at 18-4-2012 09:28

duhai kekasih hati,
rindu nya hati pada mu,
duhai kekasih hati
ku harap di kau sihat selalu,
duhai kekasih hati,
ku tahu kau sayang pada ku,

duhai kekasih hati ,
rindunya daku pada kasih mu,
duhai kekasih hati,
belai manja mu buatku tersenyum,
duhai kekasih hati,
ingin ku kembali padamu,

duhai kekasih hati,
maafkan semua salah ku,
duhai kekasih hati,
terima kasih segala jasa mu,
duhai kekasih hati,
bilakah mungkin kita bertemu lagi

duhai kekasih hati,
doaku titip buat mu,
duhai kekasih hati,
kau buat airmataku mengalir
duhai kekasih hati,
aku cinta padamu,
kerana kamu adalah mama ku :)

ketotmerah Publish time 19-4-2012 05:16 PM

duhai kekasih hati,
rindu nya hati pada mu,
duhai kekasih hati
ku harap di kau sihat selalu,
duh ...
aryanqushairi Post at 18-4-2012 09:26 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    duhai kekasih hati,
mengapa dikau tergamak mendustai ku
sanggup dikau melihat air mata ku mengalir
tergamak dikau menghancurkan segala harapan yang kau berikan

duhai kekasih hati,
setiap hari daku menangis
terluka akibat didustai, dilukai, dihancurkan
adakah dikau merasainya?
atau dikau menitip kebahagian melihat keadaan ku?

duhai kekasih hati,
dulu aku menangis
kini aku telah bangun semula
kembali mengorak langkah ke depan
tanpa menoleh sekali pun ke belakang
dan kini aku boleh berdepan semula dengan mu
dimanakah dikau wahai kekasih hati ku?

duhai kekasih hati,
daku tidak pernah berdendam sama sekali
apa tah lagi untuk menyakiti mu
tidak sama sekali
kerana
daku telah berjanji dengan diri ku
daku tak kan menyakiti orang yang penah daku sayang
orang yang pernah ada dalam hati ku
dan kini..aku masih sendirian
sedangkan dikau sudah berpunya..
mudahnya dikau..wahai kekasih hati

duhai kekasih hati,
aku tetap redha dengan segala ujian ini
semua ini mengajar ku untuk lebih tabah
terima kasih diatas segalanya wahai kekasih hati ku

bluemoon_smile Publish time 22-5-2012 12:34 AM

just pass by ~~~~
Pages: [1]
View full version: duhai kekasih hati..


ADVERTISEMENT