takeshi_anwar Publish time 10-4-2012 04:11 PM

Perkataan Yg Banyak Dalam Lagu Melayu

Post Last Edit by takeshi_anwar at 10-4-2012 16:13

Tak dinafikan lagu cinta mmg popular la kan.
Tapi dlm lagu melayu kenapa banyak perkataan HATI, CINTA, RINDU etc. Salute dgn lirik lagu Bunkface atau MUH yang cuba lari dari cinta. perkataan melayu kan panjang2 suku katanya kan, tapi bila nak guna kata ganti diri, pakai 3 suku kata pula macam DIRIMU, DIRIKU instead of ENGKAU, KAU yang 2 dan 1 je suku kata. Kadang2 mungkin permintaan penyanyi tu sendiri nak lirik yang mudah difahami tapi kadang2 jalan ceritanya tak banyak beza dgn lagu2 dia yang lain. Kalau bangsa lain contohnya orang putih, ada jugak yg minat lagu melayu ni, diorg tak faham tapi bila tengok lirik, perkataan itu saja di ulang seakan takde idea lain.


Well, tak salahkan penulis lirik, tapi kadang2 kita pun suka lagu tu mcm tak berkembang bila mendengar lagu (ya aku tau nak kembang otak tengok National Geographic) Maksudnya, dari segi bahasa. memperkayakan bahasa kerana kitakan rakyat Malaysia yg tak suka membaca. Lirik kadang2 bagus utk belajar sesuatu juga. just my 2 cents...

Sorry kalau dah ada topik mcm ni. Kalu dah ada, merge je lah. Thanks

billionman78 Publish time 12-4-2012 08:36 AM

taktau nak komen apa..tapi lagu melayu memang panjang2..

tapi setakat ni aku boleh layan lagi la..hahha terutamanya lagu2 zaman rock kapak dulu..maybe sebab aku zaman tu kot

TheLuPikir Publish time 12-4-2012 09:20 AM

Reply 2# billionman78
rock geng kapak mmg terbaekk {:1_539:}

Jacktongeng Publish time 12-4-2012 10:36 AM

taktau nak komen apa..tapi lagu melayu memang panjang2..

tapi setakat ni aku boleh layan lagi la. ...
billionman78 Post at 12-4-2012 08:36 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    paling suke rock kapak. bahase die x pelik2. :$

amirezu Publish time 12-4-2012 11:53 AM

Bak kata Harity Iskander dalam Lawak Ke Der baru-baru ni, lagu sekarang ni asal keluar dalam kepala je terus buat lagu. Takde feel. Takde soul. Perbezaan antara old school dengan new school.

bawanghitam Publish time 12-4-2012 12:03 PM

yang paling kerap, aku sayang kamu.. aku cinta kamu.. lebih kurang jer ayat-ayat tu juga..macam nak bagi muat lirik jer..

bobok_berhabok Publish time 12-4-2012 01:28 PM

Bak kata Harity Iskander dalam Lawak Ke Der baru-baru ni, lagu sekarang ni asal keluar dalam kepala...
amirezu Post at 12-4-2012 11:53 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   betol ! betol !

billionman78 Publish time 12-4-2012 01:37 PM

tunggu citer Rock 2 arahan mamat khalid..aku musti tengok punyalah!

elamor Publish time 12-4-2012 02:36 PM

lagu cinta skg main tangkap muat

martiena Publish time 12-4-2012 02:46 PM

Reply 5# amirezu


   ble sebut soul je dorg bagi lagu ni......i want nobody2 but u.........
i said soul soul.... bkn seoul ........... ;P

MinyakAngin Publish time 12-4-2012 03:11 PM

Reply 5# amirezu


   kannn...contoh lagu black eyed peas sangatlah betul.

masa_lalu Publish time 12-4-2012 10:50 PM

jenis lagu menyalak bukit:lol:

ruffleen Publish time 13-4-2012 10:27 AM

Replybillionman78
rock geng kapak mmg terbaekk
TheLuPikir Post at 12-4-2012 09:20 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
wa pun! rock kapak forever!{:1_152:}

TheLuPikir Publish time 13-4-2012 10:34 AM

Reply 13# ruffleen

da ade ke benang utk peminat rock kapak? malas nk search, kapak la katekan {:1_539:}

ruffleen Publish time 13-4-2012 10:37 AM

Replyruffleen

da ade ke benang utk peminat rock kapak? malas nk search, kapak la katekan {:1_5 ...
TheLuPikir Post at 13-4-2012 10:34 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=482272&highlight=rock%2Bkapak

takeshi_anwar Publish time 13-4-2012 10:46 AM

Macam lirik lagu ni takde "hati".. aku suka walaupun lagu putus cinta.

Lirik Lagu Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

TheLuPikir Publish time 13-4-2012 10:47 AM

Reply 15# ruffleen
tq geng kapak double 7 {:1_539:}

ruffleen Publish time 13-4-2012 10:49 AM

Macam lirik lagu ni takde "hati".. aku suka walaupun lagu putus cinta.

Lirik Lagu Tak Mungkin Ker ...
takeshi_anwar Post at 13-4-2012 10:46 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
a'ah, baru perasan...perkataan 'cinta' pun tadek

takeshi_anwar Publish time 13-4-2012 10:56 AM

a'ah, baru perasan...perkataan 'cinta' pun tadek
ruffleen Post at 13-4-2012 10:49 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Betul tu.. kdg2 perlu imaginasi yg tinggi untuk TAK guna perkataan CINTA, HATI kan. macam filem2 cinta yang tak perlu adegan cium dan ranjang nak buktikan cinta. sama la mcm lirik lagu..
Pages: [1]
View full version: Perkataan Yg Banyak Dalam Lagu Melayu


ADVERTISEMENT