manfrotto Publish time 23-3-2012 08:22 AM

Tan Sri Mazlan Nordin - tokoh kewartawanan

Tokoh Wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan negara yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Tan Sri Mazlan Nordin, 86, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini pada pukul 4.15 petang tadi.

Anak Allahyarham, Yuri Azhar berkata, bapanya telah dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam setelah terjatuh di bilik air di rumahnya.

Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anak perempuannya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya untuk urusan pengkebumian.

Mazlan pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu, Voice of America, kemudian kembali ke Utusan Melayu, ke akhbar Berita Harian, seterusnya ke Bernama, sebelum kembali ke Utusan Melayu dan kemudian menjadi pengerusi Bernama.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi di atas jasanya kepada bidang kewartawanan pada konvokesyen tahun 2005.

Selain itu, beliau turut dianugerahkan Tokoh Wartawan Malaysia pada tahun 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009.

kumakoaisya Publish time 25-3-2012 11:37 AM

takziah kepada keluarga arwah

mbhcsf Publish time 25-3-2012 12:13 PM

Salam Takziah.

annehuda Publish time 25-3-2012 01:11 PM

salam takziah...

terkejut baca kat mingguan malaysia pagi tadi...setiap hari ahad mmg i akan beli mingguan malaysia dan ruangan arwah adalah fav i...

mingguan malaysia taknak compilekan mazlan nordin menulis ke? :(

emmet_23 Publish time 26-3-2012 01:24 AM

takziah kepada keluarga arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat..amin.

gede-bab Publish time 26-3-2012 04:44 PM

Innalillah...satu kehilangan tokoh wartawan yang sukar dicari ganti....
Pages: [1]
View full version: Tan Sri Mazlan Nordin - tokoh kewartawanan


ADVERTISEMENT