IRZeeBuk Publish time 15-3-2012 02:23 PM

Topic utk safety toolbox meeting

Ape kate korang share ape topic yang sesuai tuk safety toolbox meeting kat tempat kerja korang?Topicnya dan isi kandungannye sekaliler... Last edited by dauswq on 30-3-2013 01:23 AM

_dj_ Publish time 17-3-2012 11:54 AM

Boleh juga cakap tentang safety non compliance yang dapat dikesan. Selain tu repeat pasal ppe.:D

IRZeeBuk Publish time 19-3-2012 03:56 PM

Reply 2# _dj_


   Bosan der repeat pasal ppe aje...

IRZeeBuk Publish time 19-3-2012 03:57 PM

Topic yang aku buat baru nih simple aje..."bahaya berambut panjang ditempat kerja"
tak sampai 5minit...Peh Peh!!

_dj_ Publish time 19-3-2012 06:10 PM

Reply 3# IRZeeBuk

Dah tu explain ler psl non compliance der. Xpun lu tunjuk gambar2 kemalangan ngeri kalo ko ader ler{:handsomeo

pressor Publish time 17-4-2012 11:57 AM

review jsa or hirarc
share alerts
TOFS
5minutes talk - take turn between staff
review observation or finding

Brutal Publish time 18-4-2012 02:36 PM

kalau aku, aku akan citer pasal fall prevention, electrical hazard dan perkara2 yg melibatkan process safety cam safety valve semua tu...
kalau malas nak pikir, ko register je sini....ko dapat monthly news pasal safety incident dan learnings....

http://sache.org/beacon/products.asp

IRZeeBuk Publish time 21-4-2012 09:12 PM

Reply 7# Brutal

sememangnye aku malas mau pikir... banyak kije lain lagi mau buat der..

IRZeeBuk Publish time 21-4-2012 09:13 PM

Reply 7# Brutal


   Lupe pla.. tenkiu bro

iza_yuss Publish time 23-4-2012 11:05 AM

kalau saya, saya suka buat hirarc.....semua complete situ.....

pastu suh pk camne nak eliminate hazard tuh

SulurBidar Publish time 24-1-2013 08:14 AM

Banyak sebenarnya..

Depend pada audience. dan work environment..

electronic manufacturing sudah tentu ada perbezaannya dgn petrochemical plant..
high rise building plak mmg semestinya berbeza


topik..

Office Hazards
- Falling hazard
- electrical hazard
- housekeeping
- evacuation route

workplace hazards (depend pada jenis industri)

IRZeeBuk Publish time 3-3-2013 10:04 PM

PENJAGAAN MATA
Mata adalahsatu dari lima pancaindera anugerah dari Allah yangamatpenting. Organ yangkecil ini telah mula terbentuk di alam rahim di peringkat awal pembentukan janiniaitu pada minggu keempat kandungan

Mengapa penjagaan mata amat penting kepada anda?
Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin, alat solek dan pelbagai faktor lain. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda berisiko untuk mendapat:
•      Jangkitan
•      Alahan
•      Kecederaan
•      Kelesuan mata

Bagaimanakah anda perlu menjaga mata anda?

1.      Menonton TV:
Dengan jarak lebih daripada 2 meter
Jika anda mendapati diri anda menonton TV terlalu dekat dengan skrin, anda perlu menjalani ujian penglihatan

2.      Semasa membaca:
•      Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
•      Jangan membaca sambil berbaring
•      Pastikan anda mendapat cahaya yang mencukupi semasa membaca
a.Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai
      penglihatan yang normal
b. Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai
   tahap penglihatan yang kurang

3.      Semasa menggunakan komputer:
•      Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
•      Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
•      Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang
•      Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa

4. Jangan memandang dengan tepat ke arah matahari
•      Jangan memandang tepat ke arah matahari walaupun menggunakan cermin mata gelap

5.Semasa bersukan:
•      Gunakan alat pelindung mata semasa menyertai aktiviti sukan.

Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, betik dan tomato.
Omega -3 yang banyak terdapt dalam ikan juga sangat baik untuk mata
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Mengikut kajian, 80% kebutaan di seluruh dunia sebenarnya boleh dicegah dan dirawat.

xhaqimix Publish time 20-8-2013 05:22 PM

PPE, Confined space, Manual Handling, Hoisting & Rigging, Fire Safety.

Tekankan point2 yg penting. Kalo ckp panjang berjela bukannyer worker2 dr indon, bangla, nepal tu paham sgt..
Pages: [1]
View full version: Topic utk safety toolbox meeting


ADVERTISEMENT