LiFesEveN Publish time 28-2-2012 03:17 PM

JIKA CINTA ITU SEMPURNA

Melihat mentari direlungnya
Indah… cantikpacarannya
Kesempurnaannya jelas terbentuk
Aku melirik…akal meralat baurkan kata
Tiada mahligai yang sempurna seperti
Apa yang dimahu kita ...dan akal bicara lagi….
Ada pelbagai cara dan usaha untuk menjadi SEMPURNA
Adakalanya aku belajar untuk menjadi sempurna
Dengan apa mahumu, dengan caraku
Ada masanya aku gigih usaha ke arah sempurna
Tapi,apa mampukudrat ku yang setakat mana
Aku pun kesalsetiap mata yang berkedip

Merengus jiwa telah terlalu lama
Kerna asyik kemahuan fikiran sering mengutas
Minta menyediakan kau bahagiayang sempurna
Aku melihat diri sendiri, mencari silap
Mengapakau harus begini….
Menjalani cinta ibarat dipaksa…. Aku sedar itu
Melalui hari penuh sengketa…. Aku simpati dengan kau sayang mesti kau menderita
Melangkaui masa dengan hati yang berbalam…Selalu aku fikirkan
Menunggu esok hari dengan ‘minta cerai’…Jangan kau mencabar kewarasan aku
Aku begitu takut ia berlaku
Aku pun kesaldengan setiap hembusan nafasku

Jika cinta itu sempurna
Pastikasih sayang dan bahagia menjadi utama
Melayan jiwa tiap detik tanpa dipinta
Menjalani cinta dengan penuh makna…. Seperti warna pelangi
Melalui hari penuh cumbuan…. Seperti hangat mentari
Melangkaui masa dengan rindu dihati…seperti deruan angin yang terasa
Menunggu esok hari dengan rasa cinta…seperti adam dan hawa
Aku pun BAHAGIAdengan setiap hembusan nafasku

Mentari masih tetap berada dipaksinya
Relung cahaya menyamai bebayang aku
Terik bahangnya menyimbah benakku
Aku teringat apabila kita bertemu dulu
Kau sangat cantik ayu, akuterpikat
Jatuh cinta ku macam tiada kesudahannya (sehingga detik ini. Sekiranya engkau ingin percaya)
Dengan ucapan terima kasih cinta
Dan inilah kemampuanku
Kerna kau terima aku dengan seadanya
Aku cinta padamu..

ketotmerah Publish time 29-2-2012 08:44 AM

cinta yang sempurna hanya pada Dia
Dia akan sentiasa menyayangi kamu
Dia akan sentiasa melindungi kamu
walaupun kamu melupainya, tapi Dia tak pernah melupai setiap hambaNya
walaupun sedetik, sesaat..kasihNya tetap ada
cuma kamu..kamu yang sentiasa alpa
alpa dalam segala benda sehingga ada tikanya kamu terus melupaiNya
bila kesempitan, pada Dia kamu menangis
pada Dia kamu memohon
kasih sayangNya tetap ada..kerana Dialah yang Maha Esa

truly Publish time 29-2-2012 12:05 PM

Melihat mentari direlungnya
Indah… cantikpacarannya
Kesempurnaannya jelas terbentuk
Aku meliri ...
LiFesEveN Post at 28-2-2012 15:17 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


sangat menarik. :)

dELLAila Publish time 1-3-2012 02:30 PM

jiwanggg:$

lengkuas8883 Publish time 1-3-2012 06:28 PM

mendalam dan lahir dri perasaan yg mulus..

LiFesEveN Publish time 5-3-2012 04:19 PM

terima kasih semua...

secretmama Publish time 9-3-2012 02:30 PM

{:loveo jatuh cinta me baca....

obelisk Publish time 9-3-2012 04:09 PM

sempurnanya cinta itu bergantung pada tahap redha...

ajinomotonosuga Publish time 27-4-2012 07:22 PM

dari mana datang nya cinta
dari mata turun ke hati
dari mana datangnya kerosakan
dari hati turun ke tangan

nazadiyah Publish time 9-8-2012 01:09 PM

semakin sukar cinta itu
semakinkuat hati ini

Pages: [1]
View full version: JIKA CINTA ITU SEMPURNA


ADVERTISEMENT