honam Publish time 19-2-2012 04:12 PM

Nada dering telefon boleh lemahkan otak

LONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak. Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit. Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

“Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu.

Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.

Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.

Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.

Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap.

Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama.

“Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa.

“Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks. – Agensi

mijot Publish time 19-2-2012 08:15 PM

yup setuju..
sbb kekadang, bila tgh2 pikir, tetiba masuk dlm otak nada dering yg kita dengar ;P
sebab tu aku menyampah giler kepada sesiapa yg tak silent hp masa kuliah...

ketotmerah Publish time 19-2-2012 08:38 PM

yup setuju..
sbb kekadang, bila tgh2 pikir, tetiba masuk dlm otak nada dering yg kita dengar
se ...
mijot Post at 19-2-2012 20:15 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    macam tu gak dalam meeting..kite tengah serius ber meeting tetiba dengar deringan fon..perghhhh potong idea terus..tak kan tak faham, kite nak meeting, so silent la fon tu:mad:

yang paling menjenggelkan dah bunyi fon, boleh lak dia jawab fon kat situ gak:vmad3:
tak boleh keluar ke:mad:

loslocos Publish time 20-2-2012 12:26 PM

Reply 3# ketotmerah

terlupe la tu . jgn salahkan si dia :lol:
*motip cari smpai sini ?

tuah_r Publish time 22-2-2012 10:14 AM

paling tension budak2 remaja yg sms beratus2 kali dalam lrt,bus..tp taktau nak silence..ringtone panjang lebau..kejap2 bunyi,kejap2 bunyi..dah tau ko tgh "chatting" ..takyah lah onkan bunyi..siot tul...

syikin_akik Publish time 22-2-2012 07:30 PM

memang mengganggu kalau tengah kuliah ada hpp berbunyi

hanalisa Publish time 22-2-2012 08:23 PM

paling tension bila tengah solat kat surau, dok elok2 sujud, tetiba dengar ringtone lagu hindustan..

gekkou Publish time 22-2-2012 10:04 PM

lagu yg x sedap pun
klu dgr ulang2 kali as a ringtone
sure terngiang2 kat telingan...
pasni semua silent mode henpon anda ye

ShamStonage Publish time 23-2-2012 02:23 AM

Vibrate FTW!

none88 Publish time 23-2-2012 01:13 PM

sila silent telefon anda semua 24 jam okeh...hehe

mganchanmi Publish time 14-7-2018 03:24 PM

Edited by mganchanmi at 23-7-2018 04:30 PM

Anda dapat merujuk dan menginstal nada dering telepon di sini: https://ringtonesmobile.net/

thane Publish time 18-5-2020 03:22 PM

Adakah anda mengatakan yang sebenarnya? Oleh itu, saya akan memuat turun lebih banyak nada dering.
Pages: [1]
View full version: Nada dering telefon boleh lemahkan otak


ADVERTISEMENT