chicmushroom Publish time 17-2-2012 11:13 PM

Kulayar Hati

Salam,

Nak share satu cerita kat sini. cerita ni dah penah post kat blog sendiri dulu..tapi skang saje nak share sini, sebab dah edit2 sikit..
dan kalau ada masa..ada idea..nak sambung sikit lagi bg ending lebih proper..

kalau rajin, silala komen..timakasih in advance!:loveliness:

chicmushroom Publish time 17-2-2012 11:14 PM

Post Last Edit by chicmushroom at 17-2-2012 23:23

Bab 1Bingung. Kenapa aku masih di sini? Aku memandang segenap inci bilik bersegi empat itu. Kelam. Hanya sinaran daripada luar bilikyang menerangi sebahagian ruang kecil itu. Entah apalah yang berubah dalamruang sekecil ini, dalam masa yang sesingkat ini? Tadi saat aku melangkah masukke bilik ini..aku tak rasa begini. Aku tak rasa sunyi sebegini. Dan kosong. Apayang berubah? Meja, kerusi empuk di belakangnya, rak dan kabinet fail yang terletak kemas dalam bilik ini masih begitu. Tak beralih. Malah lukisan kanvas berbingkai di belakang meja kerja masih cantik letaknya. Jadi, apaAin?Apa yang tidak sama lagi di bilik ini? Kuraup wajahku, terasa sisa-sisa airmata di pipi. “Ain….,”Entah mengapa aku tersenyum. Kerana disapa oleh suara itukah…atau kerana kini mataku nampak segala macam yang tidak kena dengan bilik ini. Aku nampak telefon yang tercampak di sudut bilik, tercerai dari gagangnya. Nampak monitor nipis komputer yang kini terbalik atas meja. Keyboardnyajatuh terjuntai di sisi meja. Dua buah fail yang sudah tidak nampak isi kandungannya berterabur di satu sudut. Nampak juga beg tanganku di situ, isi dalamnya bersepah di lantai dan selebihnya entah ke mana aku tak tahu.“Ain…,come on..,”Aku perlu balik. Entah kenapa payah benar untuk aku bingkas dari duduk memeluk lutut di balik pintu ini. Lemah gerak tanganku,lemah kakiku berdiri dan lemahnya perasaanku tika kubuka pintu.“Jangan dekat..,”Aku hanya memandang kakinya yang melangkah setapak mendekati pintu.“Ain…,”“I nak balik,”“Okay I hantarkan..,”“I tak nak balik dengan u,” Kurapatkansemula pintu. Biar dia fikirkan bagaimana. Dia tahu aku tak boleh berdepan dengannya lagi. Mungkin dia sendiri pun begitu.

chicmushroom Publish time 17-2-2012 11:25 PM

Post Last Edit by chicmushroom at 17-2-2012 23:32

Bagaikan tayangan layar yang sengaja dilajukan,aku nampak segala-galanya yang di luar berlalu pantas. Entah kenapa rasa gerun yang selalunya ada saat kereta dipecut laju tak terasa, seperti aku sudah hilang rasa. Bingung. Suara Alan yang mengujarkan satu persatu berita tadi sekejap-kejap bergema di telingaku, sekejap-kejap terdengar sayup pula. Namun hanya itulah yang terngiang-ngiang sehingga aku jadi keliru. Bagaimana aku boleh duduk mengerekot di kereta ini, aku sendiri tidak jelas. Ke mana hendak dituju, siapa yang memandu? Yang pasti dia bukan Alan. Aku sendiri yang tak mahu Alan menghantarku pulang tadi. Aku yang meminta Alan mencari ganti sesiapa asalkan aku tak perlu berdepannya.“Thanks, Zakry. I owe you,”suara Alan sebelum merapatkan pintu kereta tadi. Sudah tentu, dia yang dicari Alan. Antara rakan-rakan rapatnya, hanya itu seorang sahaja rakan yang diharap Alan jikadalam kesusahan.Aku berpaling ke arah Zakry, yang sedari tadi memandu dalam diam. Dalam suasana kelam malam yang menyelubungi, kutatap wajah dia yang tegang. Yang nampak marah dalam bungkam. Seakan sedar perhatianku kini padanya, Zakry menjelingku sekilas. “Kau dah gila ye?”itu soalannya. Yang mengingatkan aku tentang dia yang selalu kejam, selalu menyakitkan hati. “Macam tak ingat tuhan!”getus suara dalam Zakry.Aku berpaling kembali ke arah tingkap kereta. Melempar pandangan ke luar yang nampak berbalam. Laju benar Zakry memandu.“Alan nak pergi..”luahku perlahan setelah lama berdiam diri di kerusi penumpang sebelah Zakry. Terdengar lelaki itu ketawa perlahan, sinis. “So kau baru tahu?”Soalan Zakry menyentap sedikit rasa perit.“Offer yang dia dapat tu…yang terbaik untuk karierdia. Please try not to be the one who stops him.. ”suaranya tenang singgah ditelingaku. Tapi tetap membuat birai mataku pedih tiba-tiba.“I nak balik,”aku tahu kini memang itu arah destinasi kami, untuk apa aku bersuara aku sendiri keliru. Sekadar untuk mematikan patah-patah kata Zakry yang terasa bagaikan merobek hatiku. Malam ini aku benar-benar penat untuk membalas segala kata-kata tajamnya. Namun diam sahaja dia selepas itu,sehingga keretanya diperlahankan sebab sudah menghampiri deretan rumah dikawasan kediamanku. “Sini?”kudengar dia bertanya. Kurang pasti yang mana satu rumahku. Aku mengangguk, walau sebenarnya bukan. Kediamanku di hujung jalan,tapi biarlah. Biar aku cepat-cepat keluar dari kereta lelaki ini. Kereta diberhentikan.“Kau tinggal dengan keluarga?”“Ha?”tak faham aku dengan lelaki ini. Untuk apadia ingin mengambil tahu? Aku berpaling menatap wajahnya yang serius. Pelik.“Ada ibu, ada ayah?Adik beradik?”soalnya lagi. Tak pasti sebabnya, aku hanya mengangguk.“Good. Then think about them. Mengamuk macam orang mati akal, macam tak boleh hidup tanpa Alan. He deserves this chance. Dan kau..please…..It’s about time for you to grow up...,”Dia masih lagi ingin menyambung hujahnya tapi aku sudah membuka pintu. Aku perlu segera keluar dari kereta, aku tak ingin mendengar segala kata-kata pedih lelaki ini. Pintu kereta kuhempaskan kuat.Seketika aku merenung cermin tingkap yang gelap, hilang pandanganku pada isi dalam kereta. Aku nampak pantulan wajahku yang serabut sekilas pada cermin tingkap kereta sebelum Zakry memecut pergi. Kenapa lelaki ini begitu? Alan ingin pergi, akusedih kerana itu. Hilang pertimbangan seketika kerana terkejut dengan beritayang tiba-tiba. Perlukah makin melukakan hatiku dengan kata-kata pedih begitu?Saat itu segala rasa sebak yang terkumpul semakin menyesakkan dada. Aku takmahu menangis di sini. Kuintai rumah yang nampak terang, nampak tenang. Aku perlu segera balik.

qimi08 Publish time 17-2-2012 11:45 PM

rasanya mcm pernah baca cerita ini kat blog

chicmushroom Publish time 18-2-2012 03:52 PM

Reply 4# qimi08

a'ah..penah post kat blog dulu...nk share kat cni plak sbb plan nk pjgkan sikit n nak buat ending yg proper sikit..
yg sedia ada agk abrupt sikit endingnya...putus idea..hehe

megaputih Publish time 18-2-2012 10:38 PM

Reply 5# chicmushroom

lagiiii

chicmushroom Publish time 21-2-2012 05:01 PM

Post Last Edit by chicmushroom at 21-2-2012 17:02

Kubukamata. Cerah dan panas. Rasa mengantuk masih lagi bersisa tetapi aku rasa cukuptak selesa. Panas dan rimas walaupun aku masih terasa desir air-cond yangsepatutnya mendinginkan. Aku bangkit menyelak selimut yang tadinya menyelubungitubuh. Padanlah rimas, baruku sedar aku masih dalam pakaian pejabatku. Sejurusterimbas wajah ibu semalam. “Cakap dengan ibu..kenapa ni?Kena ragut ke?”risaubenar suara ibu. Apa jawabku? Puas cuba kuingat, entah apalah yang kuberitahuibu. “Handbag Ain mana? Balik sehelai sepinggang..apapun tak ada..kenapani?”suara ibu yang gusar terngiang jelas di telinga. ”Siapa yang hantarAin?Alan ke?”Kali ini aku ingat jawapan yang kuberikan pada ibu. “Alan nakpergi, ibu,”Kuingat wajah ibu yang keliru. “Pergimana? Apa dia buat kat Ain?,” Itu soalan ibu sejurus itu. Apa kujawab? Aku takingat, semuanya kabur. Entah apa butir bicara aku dan ibu semalam. Lain yangditanya ibu, lain pula yang aku jawab. Kasihan ibu. Samar-samar jua terkenangsuara lembut ibu mengejutkan aku Subuh tadi. Bangunkah aku tadi? Kenapa semuanyabagaikan mimpi? Masih bingungkah aku? Aku bingkas bangun dari katil. Sekurang-kurangnyaaku perlu jelaskan sedaya mungkin pada ibu.

chicmushroom Publish time 21-2-2012 05:04 PM

Post Last Edit by chicmushroom at 22-2-2012 12:18

Lama aku berdiam di sisi ibu. Ralit bermain-main dengan gelas kosong di hadapanku. Ibu pula membiarkan saja, nampak asyik dengan kerjanya mengupas bawang. Sesekali nampak kelibat abah melintasi tingkap nako di depan kami, lengkap dengan topi ladangnya di laman belakang. Entah apa dibuatnya, sekejap-sekejap ke hulu kemudian ke hilir pula. “Aik..Kak Ain, mentang-mentanglah weekend..tak mandi lagi?”suara Aliff tiba-tiba menyapa dari belakang. Aku diam tak berkalih. Malas nak melayan adikku nan seorang itu.“Pukul berapa masuk kerja hari ni?”tanya ibu, masih keliru dengan waktu kerja Aliff di 7-Eleven.“Pukul3, shift petang..ni anak ibu yang ni kenapa?Putus cinta ye?,”Aliff tergelak sendiri sambil duduk di kerusi menghadapku. “Isy…kamu ni,”suara ibu seperti biasa bila anak-anaknya mengarut. Aku hanya menjeling Aliff. Dekat benar dengan hakikat tekaan Aliff itu. Tapi aku masih tiada hati untuk melayannya. “Ei…kalau Alan tengok Kak Ain bangun tidur tak mandi macam ni..confirm dia lari,”umpannya lagi. Budak ni nak kena agaknya, jangan dijolok sarang tebuan… “Ala…kamu pun sama,”jawab ibu pula. Aliff tersengih, masih dengan lagak ceria ting tongnya. “Ibu,laparlah..,”seperti biasa anak bungsu ibu itu meminta perhatian.Meluat aku melihatkan lagaknya lantas aku bangun. “Nak makan apa?Roti je yang ada…bangun dah lewat,nasi lemak pun dah basi…,”terdengar bebelan ibu kala aku mengatur langkah ke muka pintu dapur dan duduk di situ. “Ha..Ain,”sapa abah yang ternampak aku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tersengih membalas sapaan abah. Kasihan abah. Semalam dia juga risau seperti ibu. Sampai ke bilik langkah aku diturutnya. Cuma mulutnya saja yang tidak seperti ibu,tidak bertalu-talu mengasakku dengan soalan. Sesal pula kerana mencetuskan kebimbangan kepada kedua ibu bapaku itu. Sampai sekarang dengan lagak bingungku ini, mereka masih tidak tahu apa yang terjadi.“Ha..siapa pula tu?,”Kulihat abah pantas bergegas ke pintu pagar hadapan. Cepat saja bayang tubuhnya hilang di balik dinding. Rumah ini memang begitu, ada saja tamu abah yang berkunjung. Sibuk benar dengan ahli persatuan penduduk yang kebanyakannya sebaya abah. Agaknya itu cara abah mengisi masa lapang yang kini banyak kerana melepaskan tugas sepenuh masanya. Kini dengan jawatan yang hanya sebagai pensyarah jemputan di Institut Pengajian Bahasa, dia bebas merangka aktivitinya. Paling tidak pun, teman-teman ibu yang majoritinya pesara guru seperti ibu. Ada sajayang bertamu mengajak ibu suka-suka ke kelas masakan atau ceramah agama. Tak sunyi orang tuaku ini, ada saja aktivitinya. Kadang-kadang rumah ini tinggal sepi tanpa penghuni, abah dan ibu dengan hal mereka. Aliff pun, walaupun baru selesai menduduki SPM, bukan selalu ada di rumah. Sibuk ke sana ke mari dengan skuter kesayangannya. Aku juga begitu. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan Alan.Tapi selepas ini, bagaimana?“Ain..,barang kamu ni,”suara abah menyapa dari dalam rumah pula. “Ha?”Aku berpaling memandang abah yang membimbit beg tangan milikku dan satu beg kertas. “Siapa hantar,abah?”pantasku bertanya, menyambut barang-barang yang dihulur abah. “Kawan Alan, siapa entah namanya… Dia cakap Ain tertinggal di office Alan semalam,”balas abah sambil mencuci tangannya di sinki. Ibu yang tadi sibuk di situ sudah bersandar memerhatikanku. Cepat-cepat aku membelek isi dalam beg tangan. Mana handphonekuyang berkecai itu? Sedar tak sedar sahaja aku mengamuk membaling apa saja didepanku semalam. Habis semuanya punah. Isi beg kertas pula kuintai. Ada kotak.

chicmushroom Publish time 21-2-2012 05:05 PM

Reply 6# megaputih

ni ada sambungan sikit..

nhid_tam Publish time 21-2-2012 09:02 PM

next...........:)

chicmushroom Publish time 22-2-2012 06:39 PM

Post Last Edit by chicmushroom at 22-2-2012 18:42

Ok..sambungan utk hari ni...:loveliness:
“Wah….handphone baru!Ngerilah dapat girlfriend macam kak Ain ni, sikit-sikit merajuk..merajuk je pulak..mesti kena bagi macam-macam. Pokailah Alan macam ni..,”Kubiarkan sajas uara Aliff yang menyakitkan hati. Saja-saja dia menjenguk dari meja makan. “Merajuk je tu..dapat handphone…Agaknya kalau minta putus mesti dapat kereta..,” Mamat ni memang tak sayang nyawa. Setajam-tajam jelingan kuberi pada Aliff.“Aliff,mari pergi minum,” aku tahu abah mengajak Aliff sebelum aku naik angin.Tersengih-sengih mamat keding itu membontot abah. Bukan tahu malu, keluar rumah tak mandi pagi.“Kenapa ni Ain? Alan nak ke mana?”ibu menyoal saat aku membuka kotak berisi handphone baru itu. Kuletakkan kotak yang terbuka di sisi. Aku mengeluh. Ini kenyataan yang aku sendiri kabur. “Dia nak berhijrah, ibu. Ada tawaran kerja…di Australia,”aku pejamkan mata. “Ain tak tahu rancangan dia. Semalam baru dia cakap..macam mudah. Macam Ain ni bukan sesiapa pun bagi dia,”luahku. Semalam pedih, hari ini terasa lebih-lebih lagi.“Sekurang-kurangnya bagilah Ain masa…Ain…,”aku mengeluh. Terasa payah untuk menyusun kata. Ibu masih diam, menunggu ceritaku.“Dia dah uruskan segalanya. Tinggal dua tiga hari saja lagi nak pergi baru buka mulut beritahu Ain. Agaknya Ain ni memang tak penting bagi dia,”sambungku.“Ain tahu siapa Ain pada dia kan? Mungkin yang paling susah, tulah…nak beritahu Ain.Sebab tu dia simpan-simpan sampai semalam,”ujar ibu memujuk.Aku diam. Kupandang wajah ibu. Pujukan ibu walau ringkas memberi aku sedikit penjelasan. Payahkah untuk memberitahuku? Kalau begitu kenapa sanggup tinggalkan aku?

chicmushroom Publish time 22-2-2012 06:49 PM

Post Last Edit by chicmushroom at 22-2-2012 18:58

Bab2
“Need to see you, please.I’m at the parking” SMS dari Alan. Aku pun perlu berjumpa dengannya, masih banyak yang perlu dijelaskan padaku. Bingkas dari meja kerjaku, kumasukkan handphone di atas meja ke dalam handbag segera.
Sekali lalu aku memeriksa kalau-kalau ada barang penting terbiar tak terendahkan di atas meja.Tiada. Kemudian aku menjenguk Lina. Sebalik dinding partition kulihat dia sedang leka menatap skrin komputer. “Lina..,”cepat perhatiannya berkalih padaku. Wajahnya berkerut penuh tanda tanya.“Aku nak keluar sekejaplah, nak jumpa Alan kat bawah,”beritahuku perlahan. Bukan takut keluar pada waktu pejabat, cuma tadi dia sibuk mengajakku untuk makan tengahari bersama. Ini pun sudah hampir waktu rehat jadi aku bimbang pertemuan dengan Alan berlanjutan, kasihan pula jika Lina tertunggu-tunggu. “Oh,ok…,”Lina senyum simpati, sudah tahu ceritaku dan Alan. “Kalau Mr.Kaur cari aku, kau tolong inform ye,”pesanku sebelum melangkah keluar. Lina mengangguk,menghantarku pergi dengan pandangan yang memahami. ***
Jejakaku itu sedang tunduk, bersandar pada keretanya yang elok berteduh di bawah pohon rendang dalam lapangan parking bersewa itu. Santai sahaja pakaiannya, hanya t-shirt danjeans. Agaknya sudah tak perlu lagi meneruskan tugas di sini, tinggal membilang hari sahaja untuk terbang pergi. .Bila aku semakin menghampiri, dia mengangkat muka memerhatikan aku. Sukar kubaca apa yang terluah pada pandangannya.Sayangkah atau apa? Atau tak bermakna sebagaimana hubungan aku dengannya yang bagaikan mahu ditolak ke tepi saat ini.“Kenapa?”antara berjuta-juta persoalan yang ingin kutanyakan padanya, hanya sepatah itu yang mampu aku utarakan. Kulihat wajah Alan yang terkedu seketika.“Ain,kita pergi mana-mana dulu? Have lunch somewhere?”sebelah tapak tangannya menadah, tabiat ajakannya yang biasa jika mahu aku di sisinya. Aku berdiri membatu sedepa darinya. Dia yang ingin pergi dariku, kenapa mahu aku mendekati?Bila tak kulayan, Alan menghampiri.“Where to? Kat Australia?,”sinis suaraku sambil mengundur setapak. Jejarinya menyentuh lembut lenganku yang memeluk tubuh.“Ain….please.Kita perlu cakap tentang ini, tapi bukan kat sini,”“Kenapa?!”bentakku, tak mahu peduli permintaannya lagi. Perlukah ke mana-mana jika akhirnya dia masih akan pergi meninggalkan aku?

chicmushroom Publish time 22-2-2012 06:54 PM

sorry..

nak tanya otai2 board ni..
kalo paste dr word mmg jadi tak ensem cam gitu ye tulisannya??
camne nak buat jadi elok2 ye??

shahrinas Publish time 23-2-2012 08:32 AM

x kisahlah x ensem cam tue...
yg penting leh org paham dan leh baca k... :D

nhid_tam Publish time 24-2-2012 09:04 PM

next...sambung la lg...huhu

ani5977 Publish time 31-7-2012 01:28 PM

next n3 please...
Pages: [1]
View full version: Kulayar Hati


ADVERTISEMENT