zalco Publish time 14-2-2012 03:02 PM

Kat mana nak lupuskan kereta lama?

Salam,

Saya baru kat sini. Saya ada kereta tiara yang dah umur 12 tahun. Sekarang nih tiara saya dah takleh jalan sebab enjin kong. kalau nak repair kena rm4000++. So, saya tak nak repair sebab lebih baik saya guna duit tu buat beli kereta sacondhand lain.

Masalahnya saya tak tahu nak tolak mana kereta tuh? Nak jual tak laku sebab tak boleh jalan. Ada sesiapa boleh tolong?? Ada mana2 workshop nak ambik kereta nih untuk spare-part dia?

Saya kat area Taman Melawati / Taman Permata Ulu Klang.

TQ.

H4dRi Publish time 14-2-2012 04:15 PM

iklankan kat forum-forum, kat Mudah, etc..

zulka Publish time 14-2-2012 04:34 PM

pecah2kan jual kat besi buruk..

mozaiakis Publish time 14-2-2012 06:05 PM

pecah2kan jual kat besi buruk..
zulka Post at 14-2-2012 16:34 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    setuju silap2 bleh dapat untung lagi

gbam Publish time 14-2-2012 10:15 PM

besi buruk sekilo 80 sen, kalau kereta tu 1000 kilo, maka dptlah RM800.

assaffah Publish time 14-2-2012 10:57 PM

Beritahu kat pembeli besi buruk. Dia orang boleh datang ambik kereta dan bayar wang utk beli kereta tu.

B.K Publish time 14-2-2012 10:58 PM

jual geran kereta tu...

zulka Publish time 15-2-2012 08:45 AM

paling afdal...
jual part2 yg masih boleh pakai
contohnya seat, rim, pintu, stering, dll....
mana yg tak laku tu...baru antar ke besi buru....
itu je yg terbaik, daripada reput mcm tu je...

zalco Publish time 15-2-2012 11:37 AM

jual geran kereta tu...
B.K Post at 14-2-2012 22:58 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    macamana tu? Nak jual kat siapa? Boleh bagi detail tak?

zalco Publish time 15-2-2012 11:40 AM

paling afdal...
jual part2 yg masih boleh pakai
contohnya seat, rim, pintu, stering, dll....
mana ...
zulka Post at 15-2-2012 08:45 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Semua tu kena hantar workshop buat kan...? Saya nak buat sendiri tak retilah. Saya nih pompuan mana reti nak dismantle kereta nih.

Anyway thanks for your advice...benda2 tu semua boleh jual ker....tapi nak jual kat siapa? Kat workshop ke? kedai eksesori ker?

neotoxin Publish time 15-2-2012 11:42 AM

banyak buleh untung tu:
(1) geran jual asing - iklankan
(2) parts jual asing -iklankan
(3) chasis jual besi buruk - panggil orang dari 'karung guni' utk potong2.. nanti dorang siab bawak alat2 utk potong - guna gas tuu

zulka Publish time 15-2-2012 11:52 AM

Semua tu kena hantar workshop buat kan...? Saya nak buat sendiri tak retilah. Saya nih pompuan m ...
zalco Post at 15-2-2012 11:40 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   
sy cadangkan awak iklan kan sebiji kete ni kat mudah.com...
ambil gambar lebih kurang, pastu letak la harga berapa nak....
jangan lupa mention condition kete tersebut....
mesti ada mana2 individu atau worksop yg nak beli nti...

bronches Publish time 15-2-2012 11:57 AM

Kedai besi buruk amik ke keta? Sebab aku tengok banyak keta lama tersadai tak ada orang nak kebas pon? Kalau dikira berat besi tu mau kurang2 ada 500 kilo.

panzer Publish time 15-2-2012 11:58 AM

banyak buleh untung tu:
(1) geran jual asing - iklankan
(2) parts jual asing -iklankan
(3) chasis ...
neotoxin Post at 15-2-2012 11:42 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Orang beli geran saja untuk apa ah?

zulka Publish time 15-2-2012 12:03 PM

jual geran adalah salah disisi undang2....
tujuannya utk memalsukan geran pada kenderaan lain..
jgn coba2....masuk jel nti

zulka Publish time 15-2-2012 12:05 PM

besi buruk ambil bangkai kereta, dgn syarat kena kerat2 mcm mona fendy buat tu...

zalco Publish time 16-2-2012 11:20 AM

banyak buleh untung tu:
(1) geran jual asing - iklankan
(2) parts jual asing -iklankan
(3) chasis ...
neotoxin Post at 15-2-2012 11:42 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kalau jual geran lebih kurang berapa harga orang nak beli ye? Tadi ada call 2, 3 kedai kereta potong semua taknak ambik tiara. Tak dapat jual kereta jual geran pun jadilah.

Ada sapa2 nak beli geran kete saya tak? Kalau ada PM saya.

zalco Publish time 16-2-2012 11:22 AM

jual geran adalah salah disisi undang2....
tujuannya utk memalsukan geran pada kenderaan lain..
jg ...
zulka Post at 15-2-2012 12:03 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kat mana salah dia? Saya tak nampak pun. Bila kita jual geran sama seperti kita jual kereta. Lepas tu apa owner baru tu nak buat apa dengan geran @ kereta dia dah takde kena-mengena dengan kita kan?

zulka Publish time 16-2-2012 11:54 AM

untuk melupuskan kenderaan perlu buat permohonan ke JPJ...
selepas kelulusan, JPJ akan membatalkan geran tersebut dan tidak sah lagi untuk digunakan pada kenderaan lain......kecuali kalau pelupusan tersebut tidak didaftarkan. Utk info lebih lanjut sila hubungi JPJ...
kereta bukan boleh lupus suka2 macam tu je yang oi...

zulka Publish time 16-2-2012 11:55 AM

dipetik dari laman JPJ......



Prosedur Pembatalan bagi Kenderaan Musnah


LATAR BELAKANG
Pembatalan pendaftaran kenderaan merupakan satu proses membatalkan pendaftaran kenderaan dan menyekat sebarang transaksi ke atas kenderaan tersebut manakala musnah pula didefinisikan sebagaikenderaan yang hendak dilupuskan dengan apa cara sekalipun.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau orang yang mempunyai kuasa (bagi jenis pemilik syarikat);
Permohonan boleh dilaksanakan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri/Cawangan yang melaksanakan aktiviti pendaftaran kenderaan;
Status rekod kenderaan adalah sah;
Tiada sekatan senaraihitam JPJ atau PDRM;
Tiada tuntutan hakmilik;
Telah membuat bayaran balik (refund) atau membatalkan LKM yang masih berkuatkuasa;
Lesen Kenderaan Perdagangan / Pelancongan (permit) telah dibatalkan (bagi kenderaan perdagangan); dan
Tiada sekatan syarat Lesen Impot (AP) atau Kastam.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN
Pemilik berdaftar / orang yang diberi kuasa oleh pemilik berdaftar hadir
Satu salinan Borang JPJ K1C yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar.
Dokumen pengenalan asal untuk tujuan menyemak sahaja.
Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJK2) asal. Jika JPJK2 tidak dapat dikemukakan, pastikan pengisytiharan dilakukan dalam JPJK1C(pind.1/2009).
Borang JPJ K6 untuk pembayaran balik LKM.
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 30 September 2010 08:06
Pages: [1] 2
View full version: Kat mana nak lupuskan kereta lama?


ADVERTISEMENT