webxcrawler Publish time 10-2-2012 01:49 PM

CEO-CEO Peneraju industri teknologi maklumat yang gagal 2011

CEO Yang Paling Top Tapi Gagal Bagi Tahun 2011 :)


http://www.gombug.net/v1/BM/images/gombug/gombugdotnet-2011-ketua_pegawai_eksekutif_terteruk-002.png


Sejak kebelakangan ini, prestasi ketua pegawai eksekutif(CEO) bagi peneraju industri teknologi maklumat sering menjadi perhatian khususnya bagi para pelabur yang sentiasa memikirkan keuntungan. Bagi 2011, terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.


Yahoo!: Carol Bartz
http://www.gombug.net/v1/BM/images/gombug/gombugdotnet-2011-ketua_pegawai_eksekutif_paling_teruk-Carol-Bartz-002.png
Carol Bartz telah diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Yahoo pada 13 Januari 2009 sehingga dia tidak menyangka dipecat pada 6 September 2011 kerana gagal untuk mengukuhkan prestasi perniagaan syarikat tersebut. Beliau menerima pemecatan itu dari satu panggilan telefon yang dibuat oleh pihak lembaga pengarah setelah para pelabur mula mempersoalkan kredibilit Carol Bart dalam membaik pulih urusniaga Yahoo. Sebelum Carol Bartz memulakan karier di Yahoo, beliau dengan jayanya telah menjadi pengerusi eksekutif bagi syarikat Autodesk, Inc, malah dia juga turut menyandang pelbagai jawatan penting yang lain di syarikat yang sama selama 14 tahun sebelum meletak jawatan pada April 2006 untuk meneruskan kerjaya bersama Yahoo. Kini tempat Carol Bartz telah digantikan oleh Scott Thompson di mana sebelum ini Scott Thompson menerajui syarikat perkhidmatan bayaran dalam talian - Paypal sebagai presiden. Dalam email terakhir yang dihantar oleh Carol Bartz kepada pekerja, selain mengucapkan terima kasih beliau juga turut meluahkan perasaan terkilan kerana dipecat melalui panggilan telefon.


Microsoft: Steve Ballmer
http://www.gombug.net/v1/BM/images/gombug/gombugdotnet-2011-ketua_pegawai_eksekutif_paling_teruk-Steve-Ballmer-003.png
Sebelum ini Microsoft merupakan salah satu syarikat teknologi yang kukuh & sukar disaingi oleh pemain industri yang lain. Tahun demi tahun sehingga 2011, prestasi Microsoft yang diterajui oleh kian Steve Ballmer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) kian goyah. Kini Microsoft mengalami pelbagai masalah bagi melariskan pelbagai produk mereka selain perisian sistem operasi Windows & Office yang sememangnya mempunyai sambutan. Prestasi jualan produk Xbox masih mempunyai keyakinan dikalangan pelabur walaubagaimanapun Microsoft masih jauh ketinggalan malah kerugian bagi produk telefon & komputer tablet. Malah pelaburan bagi enjin carian Bing juga masih tidak memberi impak yang positif untuk menyaingi enjin carian Google. Isu ini menyebakan Microsoft kian kehilangan para pelabur. Ballmer yang mula menerajui Microsoft sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) sejak Januari 2000 telah gagal dalam beberapa aktiviti pelaburan & penyelidikan. Ballmer juga turut gagal dalam proses pengambilalihan syarikat Yahoo yang pernah dikatakan sebelum ini, bertindak dari kegagalan tersebut Microsoft telah membuat perlaburan dengan membeli syarikat Skype pada harga USD8.5 billion yang turut mengundang kontroversi khususnya daripada pelabur. Selain itu, hala tuju bagi produk sistem operasi seterusnya iaitu Windows 8 masih lagi kabur di hal ini sekali lagi tidak dapat meyakinkan para pelabur menyebabkan produk itu dijangka akan menerima nasib seperti Windows Vista.




Nokia: Stephen Elop
http://www.gombug.net/v1/BM/images/gombug/gombugdotnet-2011-ketua_pegawai_eksekutif_paling_teruk-Stephen-Elop-004.png
Sambutan yang dingin bagi produk Windows Phone 7 memberi impak prestasi jualan yang negatif bagi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Nokia iaitu Stephen Elop. Pihak Nokia menangguhkan projek Meego yang sepatutnya adalah platform seterusnya bagi produk mereka malah terus bekerjasama dengan Microsoft dengan harapan dapat mempercepatkan penghasilan produk telefon mereka. Pada 11 Februari 2011, Microsot & Nokia telah mengumumkan bahawa Windows Phone akan menjadi platform utama bagi telefon pintar Nokia sepenuhnya, sebaliknya produk yakni Windows Phone 7 juga gagal memasuki pasaran mengikut jadual. Oleh yang demikian pihak Nokia telah melancarkan produk telefon berasaskan platform MeeGo tetapi tidak dijual bagi pasaran di Amerika Syarikat & German. Hal ini sedikit sebanyak merencatkan prestasi perniagaan syarikat tersebut dan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Nokia - Stephen Elop itu menimbulkan pelbagai spekulasi. Pada dasarnya, Stephen Elop ingin membawa kejayaan masa depan Nokia seiring dengan kepercayaan kepada Microsoft selaku rakan kongsi teknologi tetapi strategi itu ternyata meleset kerana Microsoft sendiri turut mempunyai pelbagai masalah.


Groupon: Andrew Mason
http://www.gombug.net/v1/BM/images/gombug/gombugdotnet-2011-ketua_pegawai_eksekutif_paling_teruk-Andrew-Mason-005.png
Faktor utama Groupon menolak tawaran pengambilalihan dari Google adalah kerana Andrew Mason - Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Groupon mempunyai keinginan yang lebih dari apa yang ditawarkan iaitu mengumumkan Tawaran Awam Permulaan (IPO) di mana untuk meraih lebih keuntungan. Walaubagaimanapun Groupun berjaya disenaraikan di Bursa Nasdaq pada 4 November 2011, hasrat tersebut tidak semudah yang disangka setelah terdapat beberapa polisi yang tidak mengikuti peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (US SEC). Kewangan Groupon semakin rapuh setelah Andrew Mason menarik wang perlaburan sebanyak USD28 juta malah rakan kongsi lain yang turut mengeluarkan USD380 juta daripada pusingan pembiayaan syarikat ini. Hal ini telah menyebabkan para pelabur kian hilang keyakinan untuk melabur dalam syarikat ini. Memburukkan keadaan, sekeping memo yang ditulis oleh beliau dituju kepada pekerja Groupon menafikan kontroversi yang berlaku dan menyalahkan pihak lain telah mengundang musibah. Seterusnya pihak Groupun telah membatalkan promosi Tawaran Awam Permulaan (IPO) untuk seketika bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Kesempatan ini diambil oleh pesaing seperti Living Social dan Google untuk merapatkan jurang persaingan mereka dengan Groupon.


AOL: Tim Armstrong
http://www.gombug.net/v1/BM/images/gombug/gombugdotnet-2011-ketua_pegawai_eksekutif_paling_teruk-Tim-Armstrong-006.png
Sesungguhnya AOL amat terdesak mengharapkan Huffington Post dan TechCrunch untuk memberikan prestasi syarikat yang lebih baik dan seterusnya meyakinkan para pelabur. Kandungan maklumat, hiburan & media bukanlan di antara faktor yang diutamakan dalam hala tuju pembaharuan AOL di mana mereka perlukan lebih dari itu untuk berdaya saing pada masa kini. Sejak Carol Bartz dipecat dari Yahoo, ramai penganalis meramalkan bahawa Tim Armstrong adalah yang layak untuk menduduki kerusi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Yahoo tersebut. Menurut InvestorPlace, pegangan saham AOL menurun sebanyak 34% pada 2011 di mana para pelabur mula hilang keyakinan bagi urus niaga berasakan internet ini. Masalah utama yang dihadapi AOL adalah sama seperti Yahoo iaitu para pelawat laman web & pengiklan yang makin berkurangan.


HP: Leo Apotheker
http://www.gombug.net/v1/BM/images/gombug/gombugdotnet-2011-ketua_pegawai_eksekutif_paling_teruk-Leo-Apotheker-007.png
Leo Apotheker dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Hewlett-Packard sejak November 2010 dan meletak jawatan pada 22 September 2011 di mana menyebabkan syarikat kerugian USD30 billion dalam permodalan pasaran. Pemegang - pemegang saham Hewlett-Packard mula berasa kurang senang setelah tindakan Leo Apotheker agar Hewlett-Packard membeli pada harga yang tinggi sebuah syarikat pembuat perisian - Autonomy. Untuk mengembalikan kepercayaan di kalangan para pelabur, Leo Apotheker mengumumkan produk terbaru iaitu - TouchPad yang diberi kepercayaan untuk memberi saingan yang serius dalam urus niaga teknologi komputer tablet ini. Walaubagaimanapun pada 18 Ogos 2011, Hewlett-Packard mengumumkan untuk memberhentikan sokongan operasi bagi peranti webOS khususnya produk peranti yang menggunakan sistem operasi ini yakni TouchPad & telefon. Manakala sokongan & pembangunan bagi perisian webOS tetap diteruskan. Disebabkan oleh hal ini, pegangan saham Hewlett-Packard mula susut hampir sebanyak 25%. Walaupun Leo Apotheker berkhidmat kurang dari 11 bulan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Hewlett-Packard, beliau turut menerima pelbagai jenis pampasan sebanyak lebih dari USD26 billion walaupun menyebabkan kerugian lebih dari USD30 billion.




Kredit & kalu nak baca artikel sepenuhnya: http://www.gombug.net
*p/s Saje copy n paste kandungan dalam bahasa melayu utk dikongsikan bersama..bebuhsan
**Kalu salah tepek/share kat board nie dan perlu delete,pindah etc should be no problem. thanxs

budaktua Publish time 12-2-2012 12:20 PM

..like the info ..
thanks..

tak de la psl gosip artis @ politik je...pening pala..klu tak baca nanti tak ikut perkembangan lak..:dizzy:

syarih Publish time 30-7-2012 01:32 PM

Teknologi berubah-ubah mengikut masa. Kebanyakkan syarikat cuba mengekalkan identiti perniagaan mereka dimana mereka telah mengunggulinya sejak bertahun-tahun lamanya yang kemudiannya ketinggalan dan di kalahkan oleh pemain industry yang baru yang memiliki kelebihan dari inovasi dan teknologi baru yang lebih memudahkan. Jika mereka tidak berusaha untuk menyaingi atau mengubah cara inovasi atau teknologi mereka kepada yang lebih baru maka ia akan merana kemudiannya dan menemui kegagalan.

Cuba lihat syarikat Intel, kenapa sehingga hari ni mereka masih gah sebagai pembuat cips prosesor terkemuka didunia. Ini kerana mereka sentiasa melihat kehadapan dan membeli syarikat2 yang memajukan inovasi dan teknologi baru dan diserapkan kedalam syarikat mereka. Dengan itu pemilikan teknologi dan R&D mereka akan berterusan dan mereka dapat menyediakan platform baru kepada pengguna.

Contohnya Microsoft, mereka sepatutnya membeli syarikat carian internet berasaskan linux dan android bukan memajukan diatas platform yang sedia ada kerana ia akan melibatkan pelaburan yang amat besar. Lagipun jika microsoft merasakan bersaing dengan linux itu akan membunuh linux adalah salah. Kerana teknologi linux berkembang lebih besar contohnya Google itu sendiri.

Cotoh kedua Apple, mereka memiliki teknology dan inovasi yang berlainan dan memudahkan pengguna sejak dari zaman Steve Jobs. Namun perlu diingatkan jika Tim Cook gagal mencari atau menambahkan lagi koleksi inovasi mereka maka tidak mustahil dimasa depan mereka akan kembali seperti apa yang berlaku di zaman-zaman kejatuhan 80 - 90 dahulu. Ini kerana pengguna mahukan sesuatu yang baru,fresh dan berinovasi.blogsyarih.com Last edited by syarih on 30-7-2012 08:45 PM \n\n
Pages: [1]
View full version: CEO-CEO Peneraju industri teknologi maklumat yang gagal 2011


ADVERTISEMENT