Ferr_Remy Publish time 8-2-2012 08:04 PM

Seniwati Terakhir - by Ferr Remy

Post Last Edit by Ferr_Remy at 8-2-2012 21:14

"Actually ni percubaan pertama nak test market, wether aku leh tulis cerita genre thriller.Kalau sambutan memberangsangkan, baru post sambungan lain.
Xde la pandai sangat menulis, tapi suka cuba2.
Cita2 mmg nak tulis novel sendiri, tp slalunyer tak siap.
So kalau aku post kat sini and ade org baca, insya-Allah aku cuba habiskan. LOL" - Ferr Remy

p/s: Baru aku tau, bile kita copy n paste kat forum ni, jadi berterabur. Haishhh~


Seniwati Terakhir

Prologue




Suasana sunyi sekali. Hanya sayup si riang-riang berbunyi mengalunkan irama malam. Cahaya suram bulan purnama menerangi

sepelosok jalan itu. Kelam.

“Andai saja boleh ku undurkan masa….” getus hati kecilku, bimbang.

Aku melangkah laju tengah malam itu. Terasa seolah-olah aku diperhatikan oleh sesuatu di persekitaran tersebut. Aku tahu ada

sesuatu yang tidak kena.

Fikiranku melayang, hatiku meronta-ronta agar sempat kembali ke rumah. Aku sedar yang mungkin juga aku tidak akan

sempatmenemui keluargaku kembali. Sesuatu akan terjadi malam ini, getus hatiku.Tetapi aku masih tidak pasti. Hanya doa aku

kepada tuhan yang maha esa,agar selamatkanlah aku pada malam itu. Amin.



...dan aku tersungkur......



Bab I-


Nama aku Riana. Aku berasal dari sebuah kampung yang terletak di utara tanahair. Berumur25 tahun,aku bekerja sebagai pembantu pejabat di

sebuah syarikat di Ipoh. Cita-citaku adalah untuk menjadiseorang pelakon. Ya, pelakon. Memang ramai yang cuba memperkecilkan cita-citaku.


Mungkin memandangkan aku sudah berusia agak lanjut untuk mengecapinya. Tapi syukur aku dikurniakan seraut wajah yang ku kira agak jelita,


jadi aku agak yakin yang aku akanmengecapi juacita-citaku. Mungkin tidak hari ini, atau esok, tapi pasti suatu hari nantiakan menjelang


jua saatnya.Aku tinggal bersama orang tuaku. Tidak terlalu banyak untuk diperkatakanmengenai keluargaaku yang aku anggap biasa-biasa aja.


Aku anak tunggal, jadi sejak dari kecillagi aku berasaagak sunyi kerana aku tidak mempunyai seseorang untuk digelar adik beradik.


Bercerita lanjut mengenai diri aku, aku mempunyai seorang teman lelaki, lebih tepat lagi,tunanganku. Kami sudah agak lama menjalin


hubungan,hampir 2tahun lamanya. Hakim, nama diberi. Hakim ku kirasangat kacak orangnya, hidung mancung, tinggi lampai, kemas dan menarik,


malah tegap pula badannya. Tapi sayang, paras fizikalnya yang terlalu sempurnauntukku tidak sesempurna perilakunya. Dia seorang yang panas


baran dan kuat cemburu, malah hampir setiap lelaki yang cuba berkawan dengan aku tidak disukainya. Ya, aku bertuah kerana dia betul-


betul menjaga aku dengan sempurna. Tapi dalam masa yang sama, hatiku ribut dengan sikap keterlaluannya. Pernah aku ditengkingnya di suatu


kawasan publik hanya kerana seorang lelaki mendekati aku hanya untuk bertanyakan arah jalan yang ingin ditujui. Tapi Hakim tidak pernah cuba


untuk mengerti, selalu bersikap terburu-buru. Mungkin jua salah aku, tidak pernah cuba untuk memahami perasaannya juga.Tapi selagi aku boleh


bertahan, aku akan cuba untuk bertahan berada di sisinya. Kerana sejahat-jahat perangai Hakim yang panas baran, dia masih lelaki terbaik untuk


aku. Ya, aku akui dia seorang yang sangat mengambil berat pasalaku, dan cukup menjaga segala perbuatanku. Satu sifat yang jarang ditemui di


dalam hati kebanyakan lelaki - lelakizaman ini. Hakikatnya, kebanyakan lelaki hanya bercinta untuk sekadar suka-suka saja. Tapi aku pasti, Hakim


bukan orangnya. Kami bertemu secara kebetulan, di sebuah pasaraya yang terletak berhampiran dengan rumahku. Ah, terlalu ringkas untuk


diceritakan. Tidak semenarik drama-drama atau filem-filem cinta di mana sang hero dan heroin dipertemukan secara sangat dramatik. Aku cuma


pergi ke pasaraya itu untuk membeli barang-barangdapur lalu dengan kuasa tuhan, aku dipertemukan dengan dia. Ringkas, tapi cukup bermakna


untuk diriku.Tapi itu beberapa tahun lalu, kini dia adalah bakal suamiku. Cuma, aku harap dia dapat menghilangkan sikap cemburunya yang


keterlaluan itu. Ya, aku rimas. Aku kadang kala selalu memikirkan tingkah lakunya yang cukup memualkan itu. Aku harap dia akan berubah,


menjelang hari pernikahanku nanti. Semoga saja nanti aku akan mendapat seorang lelaki yang sesempurna segala sifatnya untuk bergelar suami.


Hapus segala amarah.


Mujur sahaja, hari pernikahan hanya akan berlangsung dalam tempoh satu tahun akan datang. Aku akui,secara dasarnya, jauh di sudut hati aku


masih belumbersedia menjalankan amanah sebagai seorang isteri. Aku ingin mengejar cita-citaku. Masih banyak impian yang belum


terbina.Tapi,oleh kerasa sikap dan perangai Hakim yang selalu terburu-buru, dan seolah-olah tidak mahu kehilangan aku, aku bersetuju untuk


melangsungkan pertunangan awal tahun lalu. Dan kini hanya menanti detik demi detik biar setahun akan berlalu. Menanti saat disatukan. Biarpun


hatiku sendiri gusar dan meraguinya.




...bersambung...

girlphg Publish time 8-2-2012 08:29 PM

ada bakat menulis juga awak ni yer.... teruskan berkarya... {:1_141:}

asyriqa Publish time 9-2-2012 10:39 AM

ferr... dalam meroyan2 ngan kakak ada masa gak nulis ekkk... neway permulaan yang menarik, bakat dah ada tuh.... rajin2 sambung ekkk...:D

Ferr_Remy Publish time 9-2-2012 06:27 PM

ada bakat menulis juga awak ni yer.... teruskan berkarya...
girlphg Post at 8-2-2012 20:29 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Mekasih wakk.. jgn lupa baca sambungan k. hehe

Ferr_Remy Publish time 9-2-2012 06:28 PM

ferr... dalam meroyan2 ngan kakak ada masa gak nulis ekkk... neway permulaan yang menarik, bakat dah ...
asyriqa Post at 9-2-2012 10:39 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Mekasih =D Saje je nak try. Slalu gak nulis ni, tp slalu x abeskan. Sbb tu saja post sini, kalau ade org baca leh sambung smapi abes hehe.

yeepi_33 Publish time 12-2-2012 09:49 PM

err..menarik...

waiting for next n3

{:1_152:}

sliza Publish time 5-3-2012 02:11 PM

Permulaan yang baik, tapi rasanya macam baca karangan.

mungkin ada sesuatu yang belum sy nampk lagi....

teruskan.......mungkinada kejutan.....

selerakampung Publish time 5-3-2012 05:41 PM

Masih menanti perkembangan cerita Seniwati Terakhir ini...Harap2 akan berkembang watak2 tue..{:thumbo

Ferr_Remy Publish time 9-3-2012 01:54 AM

Nnt smbung.. sabo jap. hehehe..

X byk masa.. sat sat

sakurakuri Publish time 9-3-2012 10:51 AM

hehe..best2. sila sambung segera. tapi prolog tu halussssssssss sgt tulisannya. {:loveo

prettyuglybabe Publish time 14-3-2012 02:15 PM

macam menarik. tapi sebab berterabur agak malas membaca. maybe tt boleh edit bagi nampak kemas sikit.
Pages: [1]
View full version: Seniwati Terakhir - by Ferr Remy


ADVERTISEMENT