robotech Publish time 8-2-2012 06:54 PM

[AGAIN] INDONESIAN MALINGS TERROR CAMPAIGN IN MALAYSIA

Post Last Edit by robotech at 8-2-2012 18:56

Tiga penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis
07/02/2012 12:46pm

Oleh AZIAN AZIZ

KUALA SELANGOR 7 Feb.– Polis menembak mati tiga daripada empat penjenayah warga INDONesia bersenjatakan pistol dan parang dalam kejadian berbalas tembak di Jalan Parit Mahang, Ijok di sini awal pagi ini.

Seorang lagi suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan dan kini sedang diburu.


Difahamkan, kesemua suspek baru menyamun dan mencederakan penghuni sebuah rumah di Kampung Berkat kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 3 pagi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, sebaik menerima laporan kegiatan jenayah itu, polis menjalankan siasatan dan terserempak dengan kenderaan suspek terbabit.


Beliau berkata, suspek cuba lari dan dikejar sejauh tiga kilometer sebelum tiga daripada mereka mati selepas berbalas tembak dengan polis di tempat kejadian.


“Bagaimanapun, seorang lagi suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan,” katanya.


Tambah beliau, hasil pemeriksaan menemui dua pucuk pistol jenis revolver dan Smith and Wesson, tiga bilah parang, sabit, beg komputer riba dan sejumlah wang di dalam kereta yang dinaiki suspek yang dipercayai kenderaan curi. - UTUSAN

robotech Publish time 8-2-2012 06:58 PM

Post Last Edit by robotech at 8-2-2012 19:01

Tiga geng pecah rumah ditembak mati


NIBONG TEBAL 5 Feb. - Polis berjaya menembak mati tiga penjenayah yang dipercayai aktif dalam kes pecah rumah di negeri ini sejak tahun lalu, selepas berbalas tembak di Kilometer 160 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Jawi awal pagi ini.


Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis yang mengadakan rondaan di lebuh raya terbabit mengesan kereta dinaiki suspek di Plaza Tol Juru menghala ke selatan sebelum mengekori mereka.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahrudin Abdullah berkata, polis kemudian memintas kereta Hyundai terbabit lalu mengarahkan mereka berhenti di tepi lebuh raya.


"Ketika diarahkan supaya menunjukkan dokumen pengenalan diri, salah seorang anggota kumpulan yang berada di tempat duduk belakang keluar dari kereta dan cuba melarikan diri ke kawasan semak berhampiran


"Suspek turut melepaskan dua das tembakan ke arah polis dan pada masa sama dua rakannya cuba melarikan diri.


"Polis yang mempertahankan diri menembak mati kesemua suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini hari ini.


Tambah Zahrudin, ketiga-tiga suspek yang merupakan lelaki tempatan dan dua warga INDONesia berusia antara 30 dan 40 tahun itu aktif menjalankan kegiatan pecah rumah dan samun di sekitar negeri ini sejak tahun lalu.


Jelasnya, lelaki tempatan terbabit berasal dari Seberang Jaya, manakala dua warga INDONesia itu masuk ke negara ini menggunakan pasport yang sah.


"Pemeriksaan lanjut ke atas kereta yang digunakan menemui sepucuk pistol, dua butir peluru dan kelongsong selain peralatan seperti pisau, tali, parang, topeng ski, sebatang besi, sarung tangan, keris, pisau lipat dan sebuah komputer riba.


"Modus operandi mereka adalah membuat pemantauan rapi di kawasan sasaran sebelum memecah masuk premis dan rumah pada lewat malam selain menggunakan senjata api serta senjata tajam bagi menakutkan mangsa," ujarnya.


Katanya lagi, dengan kematian suspek, pihaknya percaya telah menyelesaikan 56 kes pecah rumah di sekitar negeri ini dan polis kini mengesan dua lagi anggota kumpulan itu yang dipercayai masih berada di Pulau Pinang. - UTUSAN

eltoro Publish time 8-2-2012 07:01 PM

kes camni buka benang kat bod ci lah

robotech Publish time 8-2-2012 07:10 PM

Post Last Edit by robotech at 8-2-2012 19:11

50 PATI ditahan dalam Ops Rantau

AMPANG 18 Jan. - Polis telah menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana di sini awal pagi ini.

Penangkapan itu dilakukan dalam operasi bersepadu berikutan tiga kejadian pecah rumah berlaku di kawasan berkenaan dalam tempoh dua minggu ini.

Operasi bermula pukul 2.30 pagi itu diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Zawawi bagi mengesan penjenayah yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut Md. Nazri, serbuan yang disertai 220 anggota dan pegawai termasuk 70 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah menyerbu dua lokasi iaitu Kampung Sungai Sering dan Taman Ukay Club.

Katanya, operasi yang dikenali sebagai 'Ops Rantau' itu bertujuan membuat pemeriksaan ke atas pendatang asing selain pencegahan berkemungkinan mereka ini terlibat dalam jenayah.

"Sebanyak 50 PATI ditahan dan mereka terdiri daripada 37 warga INDONesia, lapan Bangladesh, tiga Nepal dan dua India," katanya selepas mengetuai operasi itu.

Tambah Md. Nazri, selain itu, pihaknya turut membuat pemeriksaan di kawasan berhampiran secara berskala. - UTUSAN

robotech Publish time 8-2-2012 07:17 PM

Post Last Edit by robotech at 8-2-2012 19:18

Six INDONesian pirates get longer jail term

Friday February 3, 2012

JOHOR BARU: Six INDONesian men, who appealed against their sentence for robbing a cargo ship, had their jail term increased from 10 to 15 years and given an extra stroke of the rotan by the High Court.

Rudiarto, 39, Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, Kahiru Fahmi, 25 and Uji Rashid, 33, had earlier pleaded guilty to attempting to rob MT Sky Jupiter at around 12.49am in Pontian on Sept 19.

In his ruling, Justice Datuk Abdul Halim Aman said he accepted deputy public prosecutor Muhamad Iskandar Ahmad’s arguments that the men had threatened the country’s sovereignty by encroaching into the country’s waters to rob.

The court, he said, also took into account the large number of weapons seized from the men.

Abdul Halim then enhanced their jail term to 15 years with five strokes of the rotan.

A Sessions Court had in September sentenced the men to 10 years in prison and four strokes of the rotan.

The men, who were charged under Section 395 of the Penal Code, had then appealed for their sentence to be reduced.

However, the deputy public prosecutor filed an appeal for a review of the sentence with the High Court.

All the accused were not represented. - THE STAR

robotech Publish time 8-2-2012 07:19 PM

Post Last Edit by robotech at 8-2-2012 19:21

INDONesian stabs policeman

Tuesday January 3, 2012

JAKARTA: A Malaysian policeman was stabbed by an INDONesian during a raid on a cockfighting ring in Sungai Melayu, Pulau Sebatik, on the Malaysian side of the border with Indonesia last week, according to Indonesian police.

The 30-year-old policeman was reported to have been seriously injured in the 2pm incident on Dec 27 and is currently warded at Tawau Hospital, said Nunukan (East Kalimantan) police chief Achmad Suyadi as quoted by the Jawa Pos National Network, jpnn.com.

He said the Indonesian stabbed the policeman after a gun was pointed at his head when he fell while fleeing.

“The suspect and his friends escaped, but Nunukan police caught him the next day and he is now detained for further investigations,” said Achmad Suyadi. - Bernama

robotech Publish time 8-2-2012 07:23 PM

kes camni buka benang kat bod ci lah
eltoro Post at 8-2-2012 19:01 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Tak payah. Ini melibatkan keselamatan dalam negeri. Audrey start provokasi dulu. He will pay the price for playing hardball.

Kes jenayah melibatkan PATI INDONesia adalah ancaman bagi warga Malaysia keseluruhannya. Jadi biarkan sahaja di MPSA.

robotech Publish time 8-2-2012 07:26 PM

Post Last Edit by robotech at 8-2-2012 19:29

Indonesian ring selling fake MyKad for RM300

INDONESIANS can get a fake MyKad for a mere RM300, Harian Metro reported.

A syndicate said to be headed by an INDONesian man working as a labourer in Kuala Lumpur is believed to be behind the MyKad racket.

The syndicate was exposed following the arrest of a 20-year-old youth from Riau at a traffic police road block in Jalan Raja near Dataran Merdeka on Sunday.

Special unit enforcement chief Asst Supt Azmi Wahid said the suspect had attempted to escape but was caught by the policemen.

“He first claimed to be a Malaysian.

“However, further investigations showed that he was holding a fake MyKad.

“He said an Indonesian man working as a labourer was behind the racket selling the fake cards at RM300 a piece to compatriots who had either lost their passports or had entered the country illegally,” he said.


P/S: Orang INDONesia jual IC palsu kat PATI2 lain. Ini terang lagi bersuluh satu kegiatan subversif yang memberi kesan ancaman keselamatan dalam negeri di Malaysia. PATI2 yang menyamar rakyat akan menyalahgunakan setiap kemudahan untuk rakyat Malaysia yang berhak malah besar kemungkinan untuk tujuan jenayah!

eltoro Publish time 8-2-2012 07:32 PM

Tak payah. Ini melibatkan keselamatan dalam negeri. Audrey start provokasi dulu. He will pay the ...
robotech Post at 8-2-2012 19:23 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

kes indon merogol takde ka ? :lol:

robotech Publish time 8-2-2012 07:46 PM

INDONesian labourer sentenced to death

SHAH ALAM: An INDONesian labourer gave a wry smile after he was sentenced to death for the murder of his fellow countryman four years ago.

Marianto Azlan, 37, looked calm and smiled after High Court judge Datuk Akhtar Tahir passed the sentence yesterday.

Akhtar said testimonies from witnesses were strong and were not shaken even at the defence stage.

"Instead, I found the accused's defence were merely denials," he said.

"The defence had argued that the accused had no motive to kill the victim, but motive was not a necessary element to prove a murder."

Marianto was charged with murdering Firdaus Komari, 36, also a labourer in Lorong Kemajuan 3, Kampung Pandan Dalam in Ampang at 7pm on Jan 21, 2007.

He was alleged to have committed the offence with four others, who were still at large.

Deputy public prosecutor Norhani Mohd Adzhar prosecuted while counsel V. Aravindhakshan represented Marianto.

A total of 21 witnesses testified in the trial. - NST

P/S: Tak cukup bunuh rakyat Malaysia, sikap INDONesia suka berbunuhan sesama sendiri dibawa kemari.

robotech Publish time 8-2-2012 07:49 PM

kes indon merogol takde ka ?
eltoro Post at 8-2-2012 19:32 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Oh, itu bisa beres dicari pak. Iya, kempen terror INDONesia udah lama di Malaysia ... cuma nggak diketahuin seberang sono yang benaran lagi maling.

robotech Publish time 8-2-2012 07:56 PM

Empat penjenayah Indonesia ditembak mati

SEREMBAN 16 Nov. – Empat penjenayah warga INDONesia yang diburu polis kerana terlibat kes samun dan rompakan bersenjata ditembak mati dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Labu di sini pagi ini.

Mereka dipercayai terlibat dengan 24 kes samun di sekitar Seremban, Nilai, Labu, Mantin, Selangor dan Melaka pada tahun ini, selain rompakan bersenjata di Selangor serta Melaka.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, keempat-empat mereka yang menaiki kereta Proton Satria bertindak menyerang polis dengan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri pada pukul 6 pagi di kawasan tersebut.

Menurutnya, 10 das tembakan dilepaskan mengenai kesemua penjenayah yang berusia 20-an itu yang juga didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Pergerakan kumpulan penjenayah itu telah diintip di kawasan tersebut sejak awal lagi dan apabila menyedari kehadiran polis, mereka cuba memboloskan diri tetapi terbabas kerana kereta mereka merempuh pembahagi jalan di kawasan tersebut.

“Ketika itulah mereka keluar dari kereta untuk menyerang polis menyebabkan polis terpaksa bertindak balas.

“Kita memang memburu mereka dari dulu lagi dan akan meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengetahui sama ada mereka merupakan penjenayah bermusim di Indonesia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Osman memberitahu, semua mayat suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati Proton Satria nombor pendaftaran JEE 1396 itu adalah kenderaan curi, selain itu polis turut merampas tiga bilah parang, pisau, pemotong besi, pemutar skru, mesin ketam elektrik dan masing-masing sebuah komputer riba, telefon bimbit serta kamera digital.

Jelasnya, polis turut menemui dadah jenis syabu dan pil eramin 5 dalam kereta dan pada mayat penjenayah terbabit. - UTUSAN

robotech Publish time 8-2-2012 07:58 PM

Polis tembak mati dua penjenayah INDONesia di Shah Alam

SHAH ALAM 9 Sept. - Polis menembak mati dua lelaki warga INDONesia yang menculik seorang wanita ketika cuba menyamun sebuah keluarga di Seksyen 13 Shah Alam hari ini.

Mangsa culik yang berusia 41 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Subang Jaya pukul 9.30 pagi akibat cedera parah setelah dikelar oleh penjenayah terbabit di beberapa bahagian anggota badannya.

Polis bertindak menyerbu bilik tempat kedua-dua penjenayah mengurung mangsa kira-kira pukul 8.20 pagi ini dan menembak mati mereka.

Tindakan nekad polis itu dilakukan setelah mendapati mereka enggan berunding dan bertindak ganas serta membakar bilik berkenaan.

Sementara itu, dua lagi lelaki anggota kumpulan berkenaan yang juga warga INDONesia berjaya diberkas polis ketika mereka tiba di rumah mangsa kira-kira pukul 4.50 pagi. - UTUSAN

robotech Publish time 8-2-2012 08:00 PM

Kumpulan penjenayah INDONesia dilumpuh

SEREMBAN 12 Mac - Polis berjaya melumpuhkan satu kumpulan penjenayah warga INDONesia yang paling dikehendaki setelah menembak mati salah seorang anggota mereka dan menahan seorang lagi dalam operasi khas di Plaza Tol Tangkak, Johor pagi ini.

Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 4.45 pagi itu, penjenayah berusia 30 tahun terbabit ditembak mati semasa menyerang pasukan polis manakala rakannya ditahan kira-kira lapan jam selepas itu di dalam semak berhampiran plaza tol tersebut.

Ketua Polis Negeri, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan berkenaan amat berbahaya dan telah melakukan sekurang-kurangnya 18 kes samun serta pecah rumah di sekitar negeri ini sejak tahun lepas.

``Bagaimanapun empat lagi ahli kumpulan tersebut berjaya melarikan diri dan gerakan memburu mereka sedang giat dijalankan,'' katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Nilai di sini hari ini.

Sebelum kejadian menurutnya, kumpulan penjenayah berkenaan telah merompak sebuah rumah di Bukit Kadir, Nilai kira-kira pukul 3.30 pagi ini dan melarikan sebuah van, barangan kemas bernilai RM10,000 serta wang tunai RM3,000.

robotech Publish time 8-2-2012 08:03 PM

2 lelaki dipercayai penjenayah INDONesia ditembak mati

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Polis menembak mati dua lelaki dipercayai penjenayah warganegara INDONesia dalam kejadian tembak menembak di sebuah lorong belakang deretan rumah kedai di Jalan 3/62D, Taman Putera, Bandar Manjalara, Kepong dekat sini, petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim berkata, polis menemui sepucuk pistol jenis Lorenco buatan China yang mengandungi empat butir peluru, sepucuk pistol mainan, empat bilah parang, sebilah pisau pemotong sayur dan sebuah pemotong wayar dalam kereta lelaki terbabit.

''Kedua-dua lelaki itu berusia lingkungan 40-an, dan memandu sebuah kereta Proton Iswara yang dipercayai menggunakan pendaftaran palsu, BFQ 520.

''Pemandu kereta itu merupakan penduduk tetap manakala rakannya tidak mempunyai sebarang pengenalan diri,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku pada pukul 3.05 petang, ketika lima anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah di pusat bandar Kepong.

Katanya, mereka tiba-tiba bertembung dengan kereta berkenaan yang dalam keadaan mencurigai.

''Kereta tersebut kemudiannya terus memecut dan dikejar oleh kereta peronda sehingga tiba di sebuah kawasan rumah kedai di Taman Putera, Bandar Manjalara di Kepong,'' ujar beliau.

Mat Zin berkata, apabila tiba di sebuah lorong, kereta peronda polis itu berjaya memintas kereta tersebut.

''Salah seorang lelaki itu tiba-tiba melepaskan satu das tembakan ke arah belakang kereta peronda polis dan mengenai bahagian belakang kereta.

''Polis kemudiannya berbalas tembakan dengan dua lelaki itu dan berjaya menembak mati kedua-dua mereka,'' ujar beliau.

robotech Publish time 8-2-2012 08:05 PM

Penjenayah warga INDONesia mati ditembak

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki warga INDONesia yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah dalam satu kejadian tembak menembak di Jalan Paya Terubong di sini 2 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Zahruddin Abdullah, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat maklumat terdapat sebuah Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Anggota polis yang sampai ke tempat kejadian cuba menghampiri dan meminta pemandunya berhenti, bagaimanapun lelaki berusia lingkungan 30-an itu terus memecut laju kereta yang dipandunya itu ke arah persimpangan lampu isyarat Jalan Dato' Ismail Hashim, Relau di sini.

"Dalam masa sama lelaki terbabit juga bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis dan kita terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Zahruddin berkata, kereta yang dipandu lelaki terbabit terbabas ke kiri jalan selepas satu daripada tempakan yang dilepaskan polis mengenainya.

Katanya, suspek mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah antaranya samun, pecah rumah, mencuri dan pengedaran dadah di sekitar negeri ini," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38mm dan beberapa bungkus dadah jenis ganja dalam kereta lelaki itu.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit menjalankan kegiatan jenayah bersama kumpulannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan mereka. - BERNAMA

robotech Publish time 8-2-2012 08:08 PM

Sindiket pecah rumah warga INDONesia tumpas

TAWAU 21 Ogos - Polis di sini berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah yang didalangi warga INDONesia melibatkan nilai barangan berjumlah RM50,000 setelah menangkap suspek utamanya di sini semalam.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu diberkas dalam operasi 'Ops Pintu' yang diadakan bagi menjejaki saki baki kumpulan tersebut. Penjenayah terbabit dipercayai menjalankan kegiatan mereka sejak lapan bulan lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Deputi Supritendan Saches @ Sasis Semob berkata, selain suspek yang ditangkap, empat lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 52 tahun turut ditahan kerana membeli barangan curi daripada kumpulan tersebut.

"Kita merampas barangan yang dijual hasil kegiatan pecah rumah seperti barang kemas, kipas angin, amplifier, seutas jam tangan Citizen dan Rolex.

"Polis percaya dengan tertangkapnya suspek utama itu, kes pecah rumah sekitar pekan Tawau ini berjaya diselesaikan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, orang ramai yang pernah membeli barangan curi supaya segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

"Jika ada pihak yang mendekati dan menawarkan barangan dengan harga yang cukup murah, itu mungkin barang curi. Salurkan maklumat kepada pihak polis dengan segera," katanya.

Tegasnya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan mereka yang didapati membeli barang curi boleh dikenakan hukuman sama dengan pencuri.

robotech Publish time 8-2-2012 08:10 PM

Polis tumpas sindiket pecah rumah warga INDONesia

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pecah rumah ‘Geng Fendi’ yang didalangi warga asing dengan tertangkapnya lima lelaki warga INDONesia dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang pada Rabu lepas.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 2 petang pada Rabu lepas, polis menahan tiga lelaki berusia 23 hingga 43 tahun di dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Keramat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut, polis menemui sebilah sabit dan sebilah pisau dipercayai digunakan sebagai senjata untuk melakukan samun.

“Masa ditahan, mereka sedang melilau-lilau di kawasan tersebut dan hasil soal siasat, mereka mengaku sedang dalam perancangan untuk mencari sasaran bagi menjalankan aktiviti pecah rumah,” katanya.

Ekoran penahanan tiga lelaki itu, semalam kirakira jam 7 pagi, polis telah menyerbu sebuah rumah setinggan di kawasan Ampang Tasik dan menahan dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 yang merupakan anggota sindiket tersebut.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, polis merampas dua utas gelang tangan emas, seutas rantai leher, lima buah telefon bimbit, dua buah kamera digital, dua keping lessen memandu, sebuah monitor komputer, 19 utas jam tangan, pemain DVD dan sebuah kamus digital.

“Kesemua suspek yang berstatus penduduk tetap tinggal bersama di rumah setinggan tersebut serta bekerja sebagai buruh dan menjalankan kegiatan samun pada waktu malam, ketika penghuni rumah tiada,” katanya.

Abdul Jalil berkata sindiket tersebut telah bergiat aktif sejak tahun 2009 dan sekurang-kurangnya 50 kes pecah rumah dan samun di sekitar Ampang Jaya berjaya diselesaikan dengan penahanan kesemua suspek.

Katanya, kesemua suspek yang tiada sebarang rekod jenayah lampau, direman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan. — Bernama

robotech Publish time 8-2-2012 08:12 PM

Tauke kitar semula maut

SHAH ALAM 21 Ogos - Polis menembak mati dua daripada empat penjenayah warga INDONesia dikenali sebagai 'Geng Roy' yang baru dua jam melarikan diri selepas merompak sebuah rumah di Seksyen 31/78A, Kota Kemuning di sini awal pagi ini.

Pemilik rumah itu, seorang pengusaha syarikat kitar semula meninggal dunia dalam kejadian itu dipercayai akibat serangan jantung.

Kedua-dua lelaki bersenjatakan parang itu ditembak mati di Jalan Merak Kesuma, Seksyen U9, Kayangan Heights di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas terserempak dan cuba menyerang sepasukan polis yang sedang menjalankan gerakan memburu mereka.

Seorang daripada suspek yang mati dikenali sebagai Roy dipercayai ketua kumpulan penjenayah tersebut dan seorang lagi dikenali sebagai Andre.

Mereka berusia lingkungan 30-an dan mempunyai dokumen perjalanan yang sah. - UTUSAN

robotech Publish time 8-2-2012 08:14 PM

4 geng Pak Ee ditembak mati

RAWANG 11 Ogos - Kumpulan warga INDONesia dikenali sebagai Pak Ee yang kerap melakukan jenayah samun dan rogol di Lembah Klang sejak tiga bulan lalu, hari ini tumpas setelah ditembak mati oleh polis di Jalan Bristol, berhampiran sebuah kilang simen di sini.

Mereka dikenal pasti sebagai Iskandar Hasan Malang, 37; Rifa'i, 39; Lufti, 22, dan seorang lagi suspek yang belum diketahui identitinya.

Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes samun di Lembah Klang dan terbaru rumah ahli UMNO, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah di Shah Alam, dua bulan lalu. - UTUSAN
Pages: [1] 2
View full version: [AGAIN] INDONESIAN MALINGS TERROR CAMPAIGN IN MALAYSIA


ADVERTISEMENT