chewan Publish time 2-2-2012 04:04 PM

Tomato Hitam a.k.a Black Galaxy

Post Last Edit by chewan at 2-2-2012 16:06

http://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2012/02/Tomato-Hitam-300x223.jpg



Sebuah syarikat perladangan Israel, Technological Seeds telah menghasilkan baka baru tomato berwarna hitam. Ia dinamakan sebagai ‘Black Galaxy’. Tomato ‘Black Galaxy’ ini berwarna hitam di bahagian kulitnya tetapi berwarna merah di bahagian dalam.Menurut jurucakap Technological Seeds, penghasilan tomato hitam tersebut adalah hasil ujikaji pigmen warna seperti yang terdapat pada buah blueberry. Ia dikembangkan sehingga berjaya menghasilkan warna hitam pada buah tomato. Menurut mereka lagi, warna hitam pada kulit tomato sangat sensitif terhadap cahaya matahari. Justeru itu, apabila semakin lama terdedah pada matahari warna hitamnya menjadi lebih gelap.

Keistimewaan tomato jenis baru ini menurut penyelidik Technological Seeds bukan sahaja pada warnanya, malah ia mampu meningkatkan sistem ketahanan badan bagi mereka yang mengamalkannya. Ini kerana ia memiliki agen antioksidan dan vitamin C yang tinggi berbanding tomato biasa.

Tomato hitam ‘Black Galaxy’ mendapat perhatian meluas dunia apabila pertama kali diperkenalkan di Arava Agricultural R&D Exhibition di Israel baru-baru ini. Menurut jurucakap Technological Seeds, mereka berharap akan dapat memasarkan tomato tersebut meluas ke seluruh dunia tahun ini. Selain tomato hitam, Arava Agricultural R&D Exhibition banyak memperkenalkan hasil kajian dan tanaman baru seperti lemon tanpa biji, lobak berwarna pelangi, lemon berwarna merah dan peralatan pertanian seperti robot perladangan.


petikan dari majalahsains :$


LEES Publish time 2-2-2012 08:47 PM

blackberry galaxy tab {:singo

lashes Publish time 6-2-2012 01:04 AM

errrkkkkkkkk.............{:nononoo

cayunk Publish time 6-2-2012 06:39 PM

ingatkan talipon baru td{:mlbigsmile:}

AnakJantan1987 Publish time 7-2-2012 11:10 AM

nak tengok keratan rentas{:1_152:}

mrGoodNight Publish time 7-2-2012 12:04 PM

ingatkan talipon baru td
cayunk Post at 6-2-2012 18:39 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    hahaha tau xpe..ak pn pk cmtu gk td ,trkeno den {:laugho

midory Publish time 7-2-2012 12:59 PM

nak tengok keratan rentas
AnakJantan1987 Post at 7-2-2012 11:10 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


   ni keratan rentasnye.... :D

http://3.bp.blogspot.com/-C-1K99YRXF0/TyjDzQ2GelI/AAAAAAAABLo/ri4BayoM_aw/s1600/tomato_isi_blogpenyamun.jpg

AnakJantan1987 Publish time 7-2-2012 01:32 PM

ni keratan rentasnye....
midory Post at 7-2-2012 12:59 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    tq.....ingatkan isi pon hitam gak:laugh3:

qil Publish time 7-2-2012 09:09 PM

adeh..ingatkan adik beradik galaxy tab td..hihi

hAzEL^nut Publish time 8-2-2012 10:07 AM

huhu ada side efek tak kalo makan?
Pages: [1]
View full version: Tomato Hitam a.k.a Black Galaxy


ADVERTISEMENT