hantu_chot Publish time 26-1-2012 05:45 PM

GaDis HeadPhone

Aku tak pandai buat novel.Tapi aku rajin menaip cerita hidup aku.Supaya aku tahu apa yg aku buat. Memandangkan aku baru jer nak mulakan hidup baru ditempat baru, keja baru, rumah baru, so kalo diizinkan, aku nak copy paste je apa yg dah ada dlm notepad hp aku nih.next time aku direct je write down dlm ni.. kalo diizinkan lah..

none88 Publish time 26-1-2012 05:59 PM

erkk..nak cite pasal yu ke?{:questiono

hantu_chot Publish time 27-1-2012 08:04 AM

Reply 2# none88


    heheheh (,") kalo tak boleh.takpe.. aku membaca je lah... tak menulis.

hantu_chot Publish time 27-1-2012 09:40 AM

10/01/2012

Assalammualaikum kepada dunia baru aku hari ini. Belum terlewat kalau aku katakan permulaan tahun baru pada 2012 ini adalah sebuah penghijrahan aku yang paling besaaaar sekali. 10/01/2012 aku lapor diri di sebuah syarikat swasta di satu bandaraya besar.Penghijrahan dari jabatan kerajaan kepada agensi swasta.Aku masih berulang alik dari rumah sewa lama ke tempat kerja baru.Menelan belanja yang besar, dalam anggaran RM30.00 sehari.

"Fuhh!!!! kopak hari2 belanja mcm ni"

10/01/2012 - 14/01/2012

Aku masih lagi berulang alik menaiki public transport yang aku boleh kategorikan paling laju dan mahal.Dalam tempoh aku travel selama seminggu ni, aku mencari2 rumah sewa atau bilik sewa. Banyak iklan di internet, tapi semuanya dah terlambat, mungkin tempoh aku mencari juga sudah terlambat untuk kemasukkan januari melainkan kemasukan febuari saja.

"Survey internet takde.. kena merayap cari kat papan iklan.. "

15/01/2012

Pencarian berakhir apabila aku berjalan ditepi bus stop, ternampak iklan memerlukan penyewa segera. One call jer, aku dah jadi ahli rumah tersebut. Dengan kepadatan 7 orang kesemuanya. Tin sardin cap ayam pun agak longgar sedikit kalo dibandingkan dgn isi rumah sewa baru aku tu.

"Ngeee (,") hai.. nama aku chot."

bermula lah titik permulaan seorang gadis kampung yang berhijrah ke kotaraya metropolitan bersama kapasiti 7 orang penyewa yang tidak dikenali asal usul serta negeri kelahiran.

16/01/12

Subuh pertama dirumah baru. Aku bangun sikit punya awal, takut berebut bilik air lah konon.Al-maklumlah rumah ni satu jer bilik air include jamban skali, kalo aku susun semua budak rumah aku kat depan pintu bilik air ni, sikit lagi nak sama macam dlm filem P.Ramlee bujak lapuk tu... .siap2 jer mandi,solat, makan roti, telan madu aku pun chaaaw..

Aku menapak laju, bersama HeAdPhoNE aku yg mendendangkan lagu rancak, supaya aku segar bugar. sampai lah aku depan public transport. Tak payah tunggu lama, dah terpacak depan aku train. Perjalanan yang singkat, merentasi dua station je aku dah sampai ke tempat kerja aku. Masuk ofis kul 0730am...

"giler awal.. (,") ngeee "

17/01/2012 - 19/01/2012

Aku rasa dah jadi budaya staf2 kat department aku ni agaknya. Waktu kerja kul 8.45am-5.45pm, tapi aku tgk 7.00am-10.45pm diaorg tekunbuat kerja. Hari pertama aku bekerja, aku dah OT 2 jam. Itu baru 1st day.. so mmg keja aku hari2 balik malam. Keluar gelap, balik pun gelap. Kalo aku nak tgk matahari, waktu lunch time lah... itu pun kat luar bangunan. Dapat lah tempias sikit sang suria menyinar terik.Itu tandanya apa? tandanya tempat aku ni mmg BANYAK KEJAAA...

20/01/2012

Hari ni aku ada latihan 'soldier'. Mcm mana aku nak mintak half day dgn bos aku nih? Tapi pada masa yg sama, benda paling penting dlm hidup aku dah rosak . Oh! tidak, kat tengah2 bandaraya yg penuh dgn syarikat ni, tak pernah aku jumpa kedai2 gajet yg berhampiran. Mana lah aku nak cari pengganti headphone aku nih dlm masa terdekat. Tapi apa2 hal kena mintak half day. Sarjan aku dah menunggu je dlm kem tue. Tak sampai aku petang ni, masak aku nanti.

"Assalammualaikum bos... hari ni nak mintak half day boleh tak?"
"baru masuk keja dah mintak half day, awak nak pegi interview erk"
"eh, takde lah bos, saya ada latihan askar kat kem ... start 1500"
"minggu ni saya lepaskan, tapi minggu akan datang tak boleh lah"
"orait, tq boss"

aku roger abang aku terus

"abg, hantar adik masuk kem hari ni"
"lewat malam sikit boleh??"
"haiyaaaa... mana boleh"
"mau tak mau??"

kata dua yg menyakitkan hati aku betul.aku terus roger sarjan aku

"Assalammualaikum sjn.. saya masuk lewat sikit boleh tak? tmpt keja baru ni leceh sikit"
"takpe, naik kereta kebal tu dah tunda bulan march, sampai malam pun takpe"
"orait set, tq sjn"
aku roger abang aku balik
"ok bang,adik masuk kem malam sikit, tapi adik nak beli headphone dulu.. headphone adik rosak"
"headphone lagi.. "
"ok babai..."
"!@#$%^&*"

aku terus jumpa bos aku balik

"Bos.. jumaat ni saya full day.. tapi dua minggu akan dtg punya friday saya halfday ye"
"ok.. jgn lupa isi borang"
"set, tq bos"

setel.....

malam tu aku masuk kem dgn tersenyum lebar, sbb dapat headphone baru.hidup kembali ceria, kalo headphone rosak, sunyi lah hidup. Kerana... Chot dan Headphone memang tidak dapat dipisahkan. Seperti juga lagu dan irama.
Kalau dipisahkan, rosaklah lagu pincanglah irama.perrrggghhhhhh...

21/01/2012

Mcm biasa lah kalo dah duk dlm kem ni, berkawad berkawad dan berkawad, latihan senjata, memanah, mencekik, bersembang, bersukan dan sebagainya sampai lah habis waktu latihan. Berpisah sementera dgn anggota2 lain, aku tumpang satu kereta anggota nak balik keutara. Apa lagi.. tumpang dua kaki lah. Jalan jem nak mampus.. rupa2nya Gong Xi Fa Cai punya penangan.. hambik kau ubat.. sempat jugak lah aku berenti tepi jalan,muntah mengeluarkan segala isi perut aku.. biasa lah org kampung, tak biasa jem.. sampai jugak aku kat rumah abang aku lagi sorang, mak aku dah ready kat situ.memang terbaeeekkkk...

22/01/2012-23/01/2012

Semua ahli keluarga aku menemuramah kehidupan baru aku. Umpama, aku sedang dibicarakan di dalammahkamah tinggi Malaya. Telah aku yakinkan kepada mereka segala keperluan, kelengkapan, keselesaan, keselamatan, aku di tempat baru semuanya OK.Tapi aku tak paham kenapa hari perbicaaraan masih berlanjutan sehingga hari terakhir aku di kampung. Abang aku hanya mampu ketawa bila aku dihujani dgn pelbagai hujah2 mak..

"padan muka ko dikk.... "

24/01/2012

Berbekalkan kata2 azimat mak, dan kata2 dengki abg.. aku dihantar ke station keretapi lewat malam 'Sinaran Utara' , mmg lewat lah aku sampai mlm ni.Tapi nasib baik aku dpt katil.. katil atas lah pulak. ok lah kot.Skali bawah katil aku budak2 kecik lah pulak.Seronok nye diaorg menyanyi lagu upin ipin. Bingit telinga aku. mmg saje tak nak kasi aku tido lah tue. Tapi comel2 diaorg ni. Nasib korang comel....kalo tidak..

"adik pegi nyanyi kat luar dik.. akak nak tido kat dalam" ---> dalam hati je lah.. sbb mak dia depan aku.(,")

Turun2 train jer..aku terserempak dgn sarjan aku. Terjebak jugak aku kejap lagi nih..

"chot baru sampai dari kampung ke??"
"eh takde lah saya nak pi masuk kem lah ni"
"hang buat lawak dgn aku noh.. aku debik hang skali baru tau"

kalo dah nama nye soldier.. asyik nak debik org jer..

"heheheh gurau sjn. baru sampai kampung lah ni"
"jom kita pi minum dulu"

aku dah agak dah.. adoiyai nye punnn... aku penat giler ni.ish terpaksalah redah jer.sjn aku tue, kang dlm kem teruk pulak aku kena.layan kan je lah...sblm mak tipon aku.baik aku tipon dia dulu.kalo mak tipon dulu, tak boleh berenti pulak nanti

"mak kakyang dah sampai.. "
"ok ok.. pi balik tdo.esok kerja"
"makan dgn sjn dulu, jumpa dia pulak kat sini"
"jgn lewat sgt"
"ai ai madam.. set"

gebang lebih kurang.makan2.. aku pun chaw....

25/01/2012

Bosannya aku malam ni. Apa aku nak buat kat tempat ni, nak merayap tak biasa. Abang aku ckp, tempat bahaya mcm ni jgn jalan sorang2. Terjumpa satu novel bawah katil aku ni. Boleh tahan jugak habuknya. Aku baca tiga muka surat dah bersin. Layan facebook jap.. menaip lebih kurang. Pastu dak sekolah aku si REZA tegur aku .

"uit tak tdo ke"
"apa brg tdo awal"
"sembang mcm haram, mana skarang"
"kat ..... boring beb.. blum ada kaum lagi kat sini"
"lama2 nanti ok lah, wei bagi nombor kau"
"hari tu dah bagi, ini mintak lagi.mcm ni lah kawan"
"hp aku rosak lah wei"

sembang merapu2 dgn reza kat FB.. aku pun nak lena.reza call aku pulak.

"wei aku nak turun sana ahad ni.. ada seminar"
"turun je lah"
"bawak lah aku jalan2 kat sana"
"aku pun tak pernah bawak diri aku sendiri jalan2 kat sini, ini nak bawak ko pulak"
"alah ko ni, tak kan tak pernah jalan2 kot.. dah duk dua minggu kat sana"
"aku jalan dgn abg aku adalah.. pegi keja, balik keja, pegi kem balik kem... naik train boleh lah"
"train pun train lah.."
"orait set...lantak hang lah.."

loslocos Publish time 27-1-2012 10:37 AM

menarik jugak bace time bohsan keje ni

none88 Publish time 27-1-2012 10:47 AM

Replynone88


    heheheh (,") kalo tak boleh.takpe.. aku membaca je lah... tak menulis.
hantu_chot Post at 27-1-2012 08:04 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    tulis je laa..bole isi masa lapaaangg nie...{:smileo

none88 Publish time 27-1-2012 10:54 AM

erkk..xde sambungan lg ke tt..?{:noseo

hantu_chot Publish time 30-1-2012 09:55 PM

semuanya di dalam notepad phone aku.nanti aku akan transfer kat sini.waktu skarang ni pun aku masih lagi di ofis.itu menunjukkan aku terlalu byk keja.nanti aku akan update.byk yg aku lalui dlm dua tiga hari ni...(,")

hantu_chot Publish time 6-2-2012 06:34 PM

Post Last Edit by hantu_chot at 6-2-2012 18:36

26/01/2012

Hari ni keja tak byk. Bos aku ckp next week dah heavy duty. So ada baiknya aku menikmati waktu siang yg ada ni kat rumah baru aku sblm minggu depan. Sampai jer rumah, aku membasuh baju, iron baju, basuh kasut2 aku, menyapu, buang sampah, mengemas, dan sebagainya. Siap mandi+solat aku try nak b'ramah mesra dgn housemate baru. Alhamdulillah, ramai gak yg sama loghat dgn aku. Huhuhu...(,") Syok gak layan org kampung, boleh tahan giler jugak diaorg ni. Tapi aku lagi tak tahan bahasa diaorg mmg lepas lah, ayat luar dan dalam pakaian memang berhabuk diaorg sembang. Mmg giler laaarrrhhhh... hahahahahaha

Buat perkenalan awalnya dak rumah aku ialah cuna, mie, zura , tak sangka loghat diaorg lebih pekak dari aku.hebat lah.

mie - "chot, ko mcm mana masuk askar"
"aku masuk tahun lepas lagi, masa aku kat kementerian lama"
zura - "aku nak masuk boleh tak"
"orait nanti aku amik borang"
cuna - "rendah mcm kita ni lepas ke"
"isi borang dulu... nanti diaorg buat tapisan lah"
zura - "patut lah aku tgk ko tegap jer"
"aku biasa jer..."

Ini semua gara2 diaorg tgk aku iron baju celoreng minggu lepas. Tak sangka pulak diaorg minat nak masuk aktiviti lasak mcm aku ni. Tgk muka sorang2 sikit punya cun melecun, jambu giler, sanggup ke nak berhujan panas terik nanti. Asyik sgt bergelak ketawa sampai mengeluarkan air mata.. diaorg ajak aku follow diaorg gi jalan2 cari makan. Chantek gak, jalan2 cuci mata kenal tempat org.

zura - "aku bawak ko tempat mee sup paling sedap skali"
"terbaeekkk"

Memang the best lah tempat yg diaorg kenalkan kat aku ni. Tapi nak sampai sorang diri ke situ, belum ingat jalan lagi lah.

mie - "wei pasni kita cari tempat satay sedap tu nak???"

Giler diaorg ni. Mee sup aku pun blum hadam lagi. Tapi layan jer...

zura - "ok, aku set"
cuna - "kite tak nak, tak larat dah"
mie - "aarrrghhh... tak kira, sorang sepuluh batang, aku belanja, tapi syarat kena makan kat situ jugak sampai habis, sapa tak habis, dia yg bayar... ko chot??"
"aku follow jer"

Sampai ke destinasi yang dimaksudkan tadi. Aku tgk gerai dia kecik jer.. meja pun dlm 3 4 bijik. Dah amik port masing2, awek cun amik order.

mie - "satay ayam kak.. 30 batang"
zura - "chot.. aku lima btg, ko lima btg, diaorg berdua 10 btg sorang"
"chantek..." fuh lega aku...
cuna - "takde takde...cuna tak larat lah.."
mie - "tak kira.. habiskan jugak 10 btg.. kalo tidak.. chot ko 10 btg.. zura 10 btg.. aku lima btg jer.. ahahahah"
zura - "aku no hal.. cepat chot.. kita lawan"
"aku ok jer.."

Giler hancur diet aku.. lantak lah...seronok2 dgn kawan punya pasal, tapi boleh tahan jugak lah diaorg ni kenakan aku.. heheheh. Akhirnya berjaya jugak aku dgn zura habiskan 10 btg sorang. Satay ni tebal jugak, tapi serius sedap. Senak perut aku nak menghabiskan 10 btg. Aku mmg tabik lah dgn zura, badan dia kecik jer, relaks jer dia setelkan 10 btg. Tapi tak aci betul si mie, dia yg letak syarat, dia yg bedal 5 btg jer. Tak kisah lah, dia jugak yg belanja semuanya. Happy hang out dgn diaorg mlm ni.
Pages: [1]
View full version: GaDis HeadPhone


ADVERTISEMENT