attokz Publish time 10-1-2012 08:05 PM

** Peluang Mengantologikan Puisi & Cerpen **

Post Last Edit by attokz at 10-1-2012 20:14

Kata Presiden PENA, dimaklumkan bahawa sesiapa yang memiliki manuskrip (kreatif dan bukan kreatif) bolehlah menghantarnya kepada pihak ITNM atau PENA untuk dinilai dan jika bersesuaian akan diterbitkan.

Tidak ada tarikh tutup, tetapi eloklah disegerakan. Royalti akan dberikan seperti biasa. Keutamaan adalah kepada penulis muda (usia muda ditingkatkan kepada 45 tahun) tetapi penulis yang berusia lebih banyak juga dialu-alukan. Dan bersedia juga dengan manuskrip untuk menyertai sayembara penulisan cerpen, novel puisi yang akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

Puisi mestilah dalam bentuk manuskrip tidak kurang 30 buah (karya asli yang belum diterbitkan), cerpen 10 buah, dan novel biasalah. Penulis Sabah dan sarawak sangat dialu-alukan dan sila sebarkan maklumat ini. Buku ilmiah juga diterima terutama daripada penulis muda.

attokz Publish time 10-1-2012 08:09 PM

Saya selaku antara panel yang akan terlibat dalam antologi ini, amat mengalu-alukan teman-teman yang punya KEYAKINAN dan RASA PERCAYA DIRI dan mahu karyanya di terbitkan dalam bentuk tercetak.

Saya cadangkan : forumer bintang, Sweetlove, Idputera, Goldkey, Masarju dan beberapa nama lain yang TEGAR berpuisi untuk menyahut peluang ini.

Segala pertanyaan dan info lanjut boleh dihantar di thread ini.

jazaa Publish time 10-1-2012 09:19 PM

Aku tak pandai berpuisi
Aku tak pandai berintonasi
Aku pun tak berapa pandai mengaji
Aku cuma pandai menyanyi....

Kadang-kadang suaraku serak
Kadang-kadang mcm suara katak
Tapi aku tak peduli
Aku menyanyi dan terus menyanyi....

Pentas ku di kamar mandi
Adakalanya di tepi kuali
Terkadang risau juga di sanubari
Mendapat suami seusia Tok Ki.....

Aku masih tetap aku
Aku bukannya Attokz
Tolong jangan luku aku
Kerana tetiba je aku menyibuk.....{:runo

Goldkey Publish time 14-1-2012 06:27 PM

salam,

nak hantar ke mana? format penghantaran..online ke? hardcopy ke?...tq..

attokz Publish time 17-1-2012 12:23 PM

Reply 4# Goldkey

Projek penerbitan buku kerjasama PENA-ITBM-PNB sudah bermula. Sesiapa yang memiliki manuskrip yang sudah lengkap boleh mencuba nasib dengan menghantarnya kepada Encik Azalan Hussain,Rumah PENA, 961-7, Jalan Dewan Bahasa, 50460, Kuala Lumpur. atau berhubung melalui fb kepada Sinaganaga Lan Benhussain, Mat Saleeh Rahamad, Syed Mohd Zakir, Shamsudin Othman, Rahimidin Zahari.

Boleh dihantar melalui emel. tetapi kalau dengan manuskrip lebih mudah diurus. Atau dihantar kepada ITBM (ITNM). Kedua-dua pihak akan menerima manuskrip ini.

Manuskrip sebaik-baiknya ditulis dengan font Arial atau Montana atau Times New roman atau font yang lazim dan mudah dibaca, bersaiz 12 point (teks) dan 14 point (judul) dan langkau dua baris.Nombor telefon boleh diminta terus daripada nama yang tersebut itu.

reeny Publish time 7-10-2014 01:30 AM

Salam @attokz ..
Puisi yg kita postkan di ruangan sajak dan puisi nie boleh dihantar jugak ker? Atau bagaimana?

khairulazuan Publish time 17-11-2015 11:39 AM

salam, boleh hntr lg ke?

adelea Publish time 1-8-2017 01:32 PM

attokz replied at 17-1-2012 12:23 PM
Reply 4# Goldkey

Projek penerbitan buku kerjasama PENA-ITBM-PNB sudah bermula. Sesiapa yang memi ...

tahun 2017 boleh lagi tak nak hantar manuskript :)

attokz Publish time 19-9-2017 04:30 PM

adelea replied at 1-8-2017 01:32 PM
tahun 2017 boleh lagi tak nak hantar manuskript

Boleh. Sementara ITBM masih buka peluang.

Zizi999 Publish time 3-9-2020 07:20 AM

Tumpang lalu. 2020. available lagi ke?
Pages: [1]
View full version: ** Peluang Mengantologikan Puisi & Cerpen **


ADVERTISEMENT