lc9275 Publish time 19-9-2012 03:11 PM

Syurga dan neraka adalah dua makhluk diciptaan Allah S.W.T. yang setia menanti para penghuninya. Syurga dinyatakan dalam Al-Qur’an sebagai “kediaman damai” yang merupakan ganjaran daripada Allah S.W.T. kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Neraka pula dinyatakan sebagai tempat menakutkan yang tidak mampu digambarkan oleh khayalan manusia.

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 43-49 yang maksudnya :

“(Ingatlah) sesungguhnya pokok Zaqqum, (buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka) : “Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. Kemudian curahkanlah di atas kepalanya azab seksa dari air panas yang menggelegak”. (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek) “Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat dalam kalangan masyarakatmu”.

Allah....mendengarnya dah takut apa tah lagi menghadapinya...janji Allah pasti benar.

genot Publish time 19-9-2012 03:12 PM

lc9275 posted on 19-9-2012 03:04 PM static/image/common/back.gif
kenapa takut nak buktikan

Dey tak payah pakai style Ahmad Deedat atau Zakir Naik lah. Kalau Zakir Naik penipu tu semua orang termasuk Muslim pun tahu perangai nya. Style Ahmad Deeday tu style pendakyah Kristian juga. Apa beza engkau orang dengan orang Kristian yang sesat mengikut mulut Muhammad yg tengah kena rasuk membaca ayat2 yg kamu petik2 dari tulisan yg bentuk "buku" dan ada dalam (kurungan) dalam ayat kamu bagi itu? :lol:

tak perlu nak bukti apa2 pun. bukti bukan pada benda yg kamu tempek di dalam ni. tapi bukti ada dalam "diri" kamu... tak paham2 juga aku tak tahu la, budak2 Muslim "celup2an" ni :lol: aku tak hairan sikit pun pada ancaman "mulut" kamu. apa yg Buddha aku beritahu sudah tertonjol pada kamu yg x kenal diri kamu sebab tu kamu cuma petik sahaja benda2 yg ada keliling kamu semata2 nak tonjol kamu betul walaupun kamu tak tahu benda tu realiti atau imaginas (percaya buta tuli) :lol:

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:12 PM

Allah SWT mencipta Neraka Jahannam dan menyebut di dalam al-Quran bahawa ia telah disediakan untuk orang-orang yang tidak beriman. FirmanNya,

“ Dan peliharalah dirimu dari api neraka yang disediakan untuk orang-orang kafir,” (Ali ‘Imran:131)

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:13 PM

INTU-PINTU NERAKA:-

Neraka mempunyai lebih dari satu pintu yang menuju ke dalamnya, dan bukti tentang kewujudannya tersebut dalam ayat al-Quran berikut,

“ Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya.” (As-Zumar:71)

Dalam Ayat yang lain, al-Quran telah menerangkan jumlah pintu-pintu neraka dalam “SURAH AL-HIJR Ayat 43-44”:-

“ Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.”


BAHAN BAKARNYA:-

Neraka merupakan api yang sangat dahsyat – tidak sebagaimana api dunia yang kita kenali yang boleh membakar kayu, arang batu dan bahan-bahan lain. Bahan baker neraka ialah manusia jahat yang berhati keras seperti batu. Batu-batu juga menjadi sebahagian dari bahan bakarnya, termasuk patung-patung berhala yang telah dijadikan sembahan selain Allah ketika di dalam kehidupan dunia ini. Al-Quran menerangkan dengan jelas pelbagai jenis bahan bakar api neraka sebagai bukti kebenarannya:-

MANUSIA

Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya orang-orang kafir, harta benda dan anak-anak mereka, sedikit pun tidak dapat menolak (siksa) Allah dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka.” (Ali ‘Imran:10)
JIN
Firman Allah SWT: “ Dan Sesungguhnya di antara kami ada yang taat dan ada pula orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barang siapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam.”
BATU-BATU
Firman Allah SWT: “ Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) – dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari api neraka yang bahan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Al-Baqarah:24)

TUHAN-TUHAN PALSU
Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah makanan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya. Andai kata berhala-berhala itu Tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka. Dan semuanya akan kekal di dalamnya.” (Al-Anbiya’:98-99)

KEHEBATAN APINYA

ABU Hurairah meriwayatkan:- “ Ketika Rasulullah SAW berkata, ‘Api (dunia) kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka,’ lalu seorang bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah ia (api dunia) tidak akan mencukupi (untuk membakar orang-orang kafir)?’ Maka Rasulullah SAW berkata, ‘Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa (dunia), dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia).” (Bukhari)

Api yang sangat dashyat itu tidak akan berkurangan, sebaliknya nyalanya akan bertambah panas dari masa ke masa.

Firman Allah SWT:- “ Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, kami akan tambah bagi mereka nyalanya.” (Al-Isra’:97)

NAMA-NAMA NERAKA

Neraka mempunyai beberapa nama, sebagaimana telah disebutkan di dalam al-Quran, iaitu:-
1. JAHANNAM
Firman Allah SWT: “ Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai.“(An-Naba’:21)
2. LATHA
Firman Allah SWT: “ Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Latha) itu adalah api yang bergejolak, yang mengelupaskan kulit kepala.”(Al-Ma’arij:15-16)
3. AL-HUTAMAH
Firman Allah SWT: “ Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? (Iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (naik) sampai ke hati.”(Al-Humazah:4-7)
4. SA’IR
Firman Allah SWT: “ Segolongan masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka (Sa’ir).”
5. SAQAR
Firman Allah SWT: “ Aku akan dimasukkannya ke dalam (neraka) Saqar. Tahukah kamu apakah (neraka) Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia,”(Al-Muddaththir:26-29)
6. AL-JAHIM
Firman Allah SWT: “ Dan perlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang-orang yang sesat.” (Asy-Syu’ara’:91)
7. AL-HAWIYAH
Firman Allah SWT: “ Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (iaitu) api yang sangat panas.”(Al-Qari’ah:8-11)

PARA PENJAGA NERAKA

Neraka mempunyai banyak malaikat-malaikat yang menjaga neraka. Semua para malaikat itu merupakan makhluk yang sangat patuh kepada perintah Allah SWT dalam ketaatan; disiplin dan perlaksanaan tugas menurut apa yang diperintahkan Tuhan.

Buktinya al-Quran ada menyebut bahawa jumlah para penjaga neraka adalah sembilan belas. Salah satu dari sembilan belas malaikat itu adalah Malik, penjaga pintu neraka. Allah telah menyebut namanya di dalam al-Quran:
“ Mereka berseru: ‘Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja.’ Dia menjawab: ‘Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini).”(Az-Zukhruf:77)

Malik juga disebut di dalam hadith Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari Samurah bahawa Nabi SAW bersabda:
“ Malam tadi aku melihat (di dalam mimpiku) dua lelaki telah dating kepadaku. Seorang daripada mereka berkata, ‘Orang yang menyalakan api neraka ialah Malik, penjaga pintu neraka; Aku ialah Jibrail, dan ini Mika’il.”

PARA PENDUDUK NERAKA

Beberapa ayat al-Quran dan hadith-hadith menerangkan beberapa orang yang akan menjadi salah seorang daripada penduduk neraka, mereka termasuklah:

1. Firaun
2. Isteri-isteri Nuh dan Luth
3. Abu Lahab dan Isterinya
4. Amr bin Luhayy
5. Amr bin ‘Amir al-Khuya’i
6. Abu Talib

KATEGORI PENDUDUK NERAKA

1. Orang-orang kafir
2. Golongan Munafik
3. Golongan yang syirik
4. Ahli Kitab (Yahudi & Kristian) yang menolak Islam.
5. Orang Sombong Penolak Kebenaran
6. Para pelaku dosa dan penjenayah
7. Penentang Allah SWT dan Rasulnya
8. Orang yang zalim
9. Penderhaka (orang yang melampaui batas)
10. Pembunuh
11. Orang yang menganiaya orang-orang beriman
12. Orang yang membunuh diri
13. Penduduk neraka yang lain

SAIZ PENDUDUK NERAKA

Saiz para penduduk neraka akan ditambah. Tubuh mereka akan membesar supaya mereka akan lebih terdedah kepada siksaan.

Hal ini diceritakan di dalam hadith Rasulullah SAW:
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Gigi geraham seorang penduduk neraka sama seperti (bukit) Uhud, dan tebal kulitnya sama seperti tiga malam perjalanan.” (Muslim)

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Jarak di antara dua bahu penduduk neraka sama seperti tiga hari perjalanan untuk seorang penunggang yang tangkas.” (Muslim)

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya, tebal kulit sesorang penduduk neraka sama dengan empat puluh dua lengan gergasi, gigi gerahamnya seperti (bukit) Uhud, dan tempat duduknya di neraka (jaraknya) di antara Mekah dan Madinah.”

genot Publish time 19-9-2012 03:13 PM

lc9275 posted on 19-9-2012 03:11 PM static/image/common/back.gif
Syurga dan neraka adalah dua makhluk diciptaan Allah S.W.T. yang setia menanti para penghuninya. Syu ...

Tak payah cerita, aku tau benda2 yg kau cerita tu. Aku tak perlu masuk agama yg kau cipta tu :lol:

genot Publish time 19-9-2012 03:14 PM

dah keluar dah copy paste blog website semua :lol:

genot Publish time 19-9-2012 03:15 PM

boleh agak dah perangai orang2 macam ni, ya lah aku takut baca tu ya "ustad copy-pipes" :lol:

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:19 PM

genot posted on 19-9-2012 03:03 PM static/image/common/back.gif
kamu nampak sendiri kah neraka? dah pernah masuk sendiri dalam neraka atau lalu dekat2nya?
...

tak payah nampak, membaca ayat dari Allah pun dah nak pengsan mendengarnya. nak masuk?

genot Publish time 19-9-2012 03:19 PM

Allah atau Muhammad yg baca ayat tu? :lol:

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:22 PM

walaupun dicopy paste kan ia tetap sama bagi semua umat Islam. cerita tak pernah berubah semenjak dari 1433H. terima kasih kepada ustaz ustaz yang suci murni jiwanya yang meyebarkan ilmu. Last edited by lc9275 on 19-9-2012 03:30 PM

genot Publish time 19-9-2012 03:23 PM

motif kamu nak suruh aku atau penganut Hindu-Buddha lain masuk Islam apa pasal? tak payah bohong lah pasal saudara sesama manusia. bukan sebab kamu suruh orang masuk agama kamu untuk sebab politik atau ekonomi kah? ramai saja mamak (indian muslim) yg buat begitu sebab nak jadi pemain politik dan buka bisnes. sorry lah benda2 kamu cakap tu tak berkesan kamu tempek lagi sampai habis band-width pun aku tak heran pada "kamu" :lol:

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:24 PM

kalau pergi ceramah ceramah agama pun cerita yang sama akan diceritakan atau dibacakan seperti di website website.

itulah indahnya Islam, pelengkap segala agama

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:24 PM

ermmm nak cakap apa lagi lepas nie;P :laugh3:

genot Publish time 19-9-2012 03:25 PM

aku tak minat nak ambil tahu hal2 agama Arab naik unta :lol:

genot Publish time 19-9-2012 03:28 PM

dah nampak sikap "penjajahan" kamu terhadap orang lain, penjajahan menggunakan agama adalah lebih keji dari penjajahan sebab "sikap buruk" akibat kejahilan rohaniah :$

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:32 PM

genot posted on 19-9-2012 03:13 PM static/image/common/back.gif
Tak payah cerita, aku tau benda2 yg kau cerita tu. Aku tak perlu masuk agama yg kau cipta tu...

kalau dah tahu aper lagi...... moh ler kiter yob

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:34 PM

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.(Ali Imran 3:20)

genot Publish time 19-9-2012 03:43 PM

Mengenai hal syurga neraka ni wahai pengikut agama Arab walaupun kamu bukan bangsa Arab dan hidung tak mancung pipi tersorong2... aku tau benda2 tu dalam Abhidhamma Pitaka, Buddha ada beritahukan lebih awal dari Muhammad kamu atau siapa2 pun yg kena rasuk atau buat2 baca ayat dalam gua.

aku sahaja nak tengok akal kau, dan nampak sahaja kau takda beza dengan pendakwah2 membuang masa yang lain yg terlalu "takbur" dengan keyakinan kau kemudian copy pipes segala mak nenek yg tak berkaitan. sikap takbur kau atas suatu "benda" yg kau ikut atau warisi dari keluarga kau takkan memberi kesan kepada kami penganut ajaran Buddha kerana kami sejak berjuta2 tahun lalu mengambil pendekatan saintifik dalam kerohanian. Raja2 kau dahulu menganut ke Islam selepas kehilangan aryabuddhi dalam diri mereka lepas itu seluruh negara kau pun menganut Islam tanpa menimbang tara apa2 pun perkara2 ghaib yg diajarkan oleh Buddha dan para Brahmana.

Dicatatkan oleh pelajar dalam Majjhima Nigaya Suttam 63 ada seorang lelaki pernah menuntut Buddha supaya memberitahu bagaimana alam semesta ini diciptakan? Buddha berkata: "Kamu ni macam seorang yang kena panah dengan mata panah beracun. Apabila datang tabib hendak mencabut panah itu, kamu berkata: "tunggu sekejap. sebelum anak panah dicabut keluar aku nak mengetahui siapakah nama orang yg menembak panah ini? Dari suku kaum apa dia datang? Dilahirkan di kampung mana kah dia? Jenis kayu apa kah digunakan untuk membuat busarnya, bulu pelepah burung apa kah yg diambil untuk menanda penghujung panah, berapa panjang anak panah ni, bla... bla... bla.." Lelaki itu kemudian mati sebelum sempat persoalannya itu dijawab. Buddha berkata: "kerja aku adalah untuk mencabut anak panah itu dari mencederakan kau supaya luka kau boleh diubati".

Hal yg sama juga dengan soalan kamu tentang penghabisan putaran tu. Kamu excited sangat kan masuk ke sini untuk berdakwah bukannya nak menjadi seorang Hindu atau pengikut Buddha yang menurut Aryadharmma atau sekurang2nya berfahaman sangka baik kepada penganut Hindu seluruhnya. Masuk sahaja ke mana2 biara Buddha dan Kuil Hindu di Malaysia ni. Tengok mampu tak kau berdakwah dalam biara atau kuil Hindu kepada pendita2 dan bhikkhu dengan keadaan kau tak "kenal" akan diri sendiri :lol:

genot Publish time 19-9-2012 03:44 PM

lc9275 posted on 19-9-2012 03:32 PM static/image/common/back.gif
kalau dah tahu aper lagi...... moh ler kiter yob

Jom... Kita jadi hipokrit dan jajah orang dengan nama agama? :lol:

lc9275 Publish time 19-9-2012 03:56 PM

genot posted on 19-9-2012 03:25 PM static/image/common/back.gif
aku tak minat nak ambil tahu hal2 agama Arab naik unta

tiada paksaan untuk menganuti Islam

aku tak minat nak ambil tahu hal2 agama Arab naik unta, abis agama yang kamu anuti sekarang dari bangsa apa? adakah dari bangsa kamu sendiri?

tujuan aku masuk sesini berdasarkan tajuk bod. kenapa dan mengapa.

nak watcamner


Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11
View full version: KENAPA ORANG ISLAM TERLALU ASYIK HENDAK MURTADKAN ORANG HINDU?


ADVERTISEMENT