rosewhite Publish time 1-1-2012 09:49 AM

Kim Jong-Un

Jong-un diisytihar ‘komander tertinggi’ tentera

SEOUL 31 Dis. – Korea Utara hari ini secara rasmi mengumumkan Kim Jong-un sebagai ‘komander tertinggi’ angkatan tentera negara itu, yang mempunyai anggota seramai 1.2 juta orang, satu lagi langkah untuk memperkuatkan kedudukan beliau, selepas beliau sebelum ini diumumkan sebagai ‘pemimpin tertinggi’ parti pemerintah.
Jong-un sebelum ini telah diisytiharkan sebagai ‘pemimpin tertinggi’ negara komunis itu ketika majlis persemadian bapanya, Kim Jong-il pada Khamis lalu.
“Pemimpin Kim Jong-un yang dihormati telah dilantik sebagai komander tertinggi untuk angkatan Tentera Rakyat Korea atas perintah pemimpin Kim Jong-il pada 8 Oktober lalu,” menurut agensi berita rasmi negara itu.
Keputusan pelantikan itu diumumkan semalam pada mesyuarat biro politik jawatankuasa pusat parti pemerintah.
Jong-il meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Disember lalu pada usia 69 tahun.Pengumuman itu, sekali gus mengesahkan Jong-un akan mewarisi angkatan tentera keempat terbesar di dunia dan dasar-dasar yang dikenali sebagai Songun, yang mengutamakan kebajikan rakyat daripada bapanya.

rosewhite Publish time 18-1-2012 09:39 AM

Tentera Korea Utara terlalu berkuasa - Jong-nam

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0118/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_03.1.jpg
Gambar yang diambil oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara pada 1 Januari lalu merakamkan Kim Jong-Un (tengah) diberi sambutan oleh tentera daripada division kereta kebal Korea Utara di satu tempat yang tidak dikenal pasti.

TOKYO 17 Jan. - Abang sulung kepada pemimpin baru Korea Utara, Kim Jong-un mendakwa pembaharuan yang diperlukan bagi mencegah keruntuhan ekonomi negara itu akan membawa kepada kejatuhan rejim komunisnya.

Kim Jong-nam, abang Kim Jong-un berlainan ibu, berkata, tentera Pyongyang sudah menjadi begitu berkuasa dan akan campur tangan serta merampas kuasa sekiranya rejim baru itu gagal.

Jong-un mengambil alih teraju pimpinan Korea Utara berikutan kematian bapanya, Kim Jong-il pada bulan lalu.

Kenyataan abangnya itu terkandung dalam sebuah buku tulisan Yoji Gomi, seorang wartawan Jepun yang mendakwa beliau menjalin hubungan erat dengan Jong-nam selepas mereka bertemu di Beijing pada 2004.

Jong-Nam menyifatkan Korea Utara sebagai sangat tidak stabil, dalam wawancara dengan Gomi di wilayah Macau, China pada tahun lepas.

"Bapa saya memerintah negara dengan sokongan tentera tetapi kuasa tentera sudah menjadi terlalu besar, dan sekiranya peralihan pemerintahan berakhir dengan kegagalan, tentera sudah pasti akan menggunakan kuasa sebenar," katanya dalam bahasa Korea.

Dalam buku itu, Jong-nam berkata, ekonomi Korea Utara yang bermasalah dan dikawal oleh kerajaan menimbulkan dilema bagi rejim di Pyongyang.

"Sudah jelas ekonomi akan runtuh tanpa pembaharuan, tetapi pembaharuan akan menyebabkan krisis keruntuhan rejim," kata Jong-nam dalam wawancara panjang lebar sebelum kematian bapanya pada 17 Disember lalu.

Beliau juga mendakwa adiknya yang tidak berpengalaman itu dijangka sekadar menjadi simbol yang diperalatkan oleh elit pemerintah untuk mengukuhkan cengkaman ke atas kuasa.

"Sesiapa yang berfikiran waras akan mendapati sukar untuk menerima pewarisan kuasa melibatkan tiga generasi.

"Saya mempersoalkan bagaimana pewaris muda dengan hanya dua tahun persiapan sebagai pengganti mampu mewarisi kuasa mutlak," katanya kepada Gomi. - AFP
Pages: [1]
View full version: Kim Jong-Un


ADVERTISEMENT