Acong Publish time 23-12-2011 02:11 PM

Edisi Komisen - Perolehan Kelengkapan Tentera terus menjadi LUBUK KOMISEN?

Monday, December 19, 2011
Kapal Perang : RM3 Billion ini komisyen untuk siapa pula?

http://3.bp.blogspot.com/-zsmyPa6vMFU/TuxH3eev2lI/AAAAAAAAXiM/udev48BirQg/s400/OPV.png


Pada 28 Disember tahun 2010, Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, memaklumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada BNS Sdn Bhd untuk membina enam kapal peronda di bawah program SGPV yang akan bermula pada tahun 2012.


Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) katanya.
http://3.bp.blogspot.com/-SpHE2iLkL0M/TuxH26kR1vI/AAAAAAAAXh0/EIao1q84oBk/s400/Kapal%2B2.png


Berita penuh di SINI (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM6bilionuntuk6kapalperondagenerasikeduaTLDM/Article)

Dengan purata harga RM1 Billion untuk membina sebuah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) ada pihak mendakwa bahawa kapal peronda tersebut boleh dikategorikan sebagai Kapal Peronda termahal di dunia. baca di ( SINI - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/10/malaysia-miliki-kapal-peronda-termahal.html)

Tetapi itu bukanlah harga yang telah diluluskan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Dalam hal pembelian 257 ‘Armored Personnel Carriers’ untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia kita telah menyaksikan pada awal perjanjian yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ianya bernilai US$559 Juta (RM1.749 billion) tetapi Kerajaan Malaysia telah membayar RM7.55 Billion, empat kali ganda dari harga yang ditandatangani awal perjanjian.

Menteri Pertahanan yang dilaporkan telah menyaksikan perjanjian tersebut dalam jawapan bertulisnya kepada Tony Pua mengatakan Kementerian Pertahanan tiada maklumat tentang perjanjian antara FNSS dan Deftech tersebut. Sila baca di ( SINI )

Begitu juga dengan apa yang telah berlaku dalam hal pembelian enam Kapal Peronda Generasi Kedua, pada awalnya Kerajaan Malaysia telah mengumumkan sejumlah RM6 Billion diperuntukkan untuk pembinaan kapal tersebut, tetapi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd telah menerima ‘Letter of Award’ dari Kementerian Pertahanan bernilai RM9 Billion.

Kenapa wujud lebihan RM3 Billion ini?? Siapa yang rembat? Adakah ianya juga perlu dibayar untuk komisyen lagi?

http://i1093.photobucket.com/albums/i431/anaksungaiderhaka/3Billion.png


Boustead gets Mindef contract for 6 ships, contract ceiling RM9b

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd has received the letter of award from the Ministry of Defence (Mindef) to supply six patrol vessels with a contract ceiling of RM9 billion.

Bousted Holdings Bhd said its subsidiary Boustead Naval Shipyard had received the letter on Friday to design, construct and deliver six second generation patrol vessels.

“The contract carries a ceiling of RM9.0 billion, to be implemented over three Malaysia Plans, 10, 11 and 12. The delivery of the first of class ship is estimated in 2017 with follow-on ships every six months thereafter,” it said.

The Edge http://www.theedgemalaysia.com/business-news/198020-boustead-gets-mindef-contract-for-6-ships-contract-ceiling-rm9b.html

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/12/kapal-perang-rm3-billion-ini-komisyen.html



masyhuk........!!! :drool3:

kecimpret Publish time 23-12-2011 09:16 PM

nak murah suh Tony Pua wat kapal sendiri laaaa :vmad3:;P

Acong Publish time 24-12-2011 12:53 AM

'Mengapa bayar kepada ejen untuk kapal tentera?'
Aidila Razak
6:01PM Dis 23, 2011


Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendedahkan butiran pembelian enam kapal peronda tentera oleh kerajaan – didakwa dibuat melalui orang tengah yang mengaut jutaan ringgit daripada urusniaga tersebut.

Menurut Zaid, tiga ejen berkenaan dibayar sejumlah RM11.36 juta untuk "bantuan teknikal" berhubung pembelian kapal tentera berkenaan daripada firma Perancis, DCNS.

"Mengapa tentera laut tidak dapat menentukan apa yang diperlukan oleh mereka, dan bukannya perunding ini? Lainlah ianya perlu untuk menyalurkan wang rasuah," katanya ketika ditemui di Tropicana, Damansara hari ini.

Zaid yang enggan mendedahkan sumber maklumat itu mendakwa, firma perunding itu menerima bayaran dalam matawang euro melalui akaun di Singapura daripada 2010 hingga April 2011.

Menurut satu invois bertarikh 25 Oktober 2010, salah satu daripada firma berkenaan didakwa menerima 935,000 euro sebagai bayaran "perkhidmatan teknikal."

Dokumen itu menyenaraikan perkhidmatan berkenaan, termasuk konfigurasi infrastruktur, kejuruteraan dan penilaian sistem serta rundingan komersil untuk projek "Second Generation Patrol Vessel."

Invois daripada sebuah syarikat yang didakwa berpengkalan di Paris itu dialamatkan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, yang memenangi kontrak bagi enam kapal berkenaan.

Bayaran berkenaan didakwa telah dibuat dalam dua bahagian, masing-masing pada 28 Oktober dan 1 November tahun lalu.

Berdasarkan dokumen tersebut, syarikat yang sama didakwa telah mengeluarkan invois untuk perkhidmatan sama pada 3 November 2010 untuk jumlah 986,000 euro dan dibayar pada bulan tersebut.

Satu lagi syarikat, Setaria Holdings Limited, didakwa turut menghantar invois berjumlah 850,000 euro kepada Boustead Naval Shipyard.

Syarikat yang dikatakan berpengkalan di Brussels itu juga didakwa mengeluarkan dua lagi invois kepada Boustead Naval Shipyard untuk bayaran berjumlah 832,000 euro dan 725,000 euro.

http://www.malaysiakini.com/news/184894

Acong Publish time 24-12-2011 12:54 AM

nak murah suh Tony Pua wat kapal sendiri laaaa
kecimpret Post at 23-12-2011 21:16 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.giftony pua buat taik pandai laa........ sape kat sini tak reti buat taik? :lol:

malberi8 Publish time 24-12-2011 11:10 AM

tony pua buat taik pandai laa........ sape kat sini tak reti buat taik?
Acong Post at 24-12-2011 12:54 AM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Kat sini ko la yang paling pandai buat taik ha ha ha.....

Acong Publish time 25-12-2011 01:06 AM

LUBUK dah mai.........!!! :laugh3:

Acong Publish time 31-12-2011 05:28 PM

dubuk2 kat sini dpt brape persen? :o

alphawolf Publish time 1-1-2012 12:43 PM

100%!!!

p.s. nak buat projek perumahan pun pakai consultant......

cmf_nando Publish time 2-1-2012 08:41 AM

Oh, ini mungkin typo error, yg berkenaan telah silap terbalik 9 billion jadi 6 billion pada awal tahun 2011. Kesilapan itu dikesan kemudian dan angka yg betul dipakai dlm letter of award ke Boustead.

Yg Konsultant itu, ini urusan dalaman Boustead.

Pendek kata : Tiada komisen haram.

Acong Publish time 2-1-2012 11:43 PM

100%!!!

p.s. nak buat projek perumahan pun pakai consultant......
alphawolf Post at 1-1-2012 12:43 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifpatut pung byk projek perumahan SPNB tak siap....... cerdik sgt lantik CONsultant. :$

robotech Publish time 5-1-2012 08:30 PM

Bukan ke projek kedua NGPV sudah jadi projek LCS.

Nampaknya seperti biasa, ada mangkuk ketinggalan KTM mahupun LRT ketika ini.
Pages: [1]
View full version: Edisi Komisen - Perolehan Kelengkapan Tentera terus menjadi LUBUK KOMISEN?


ADVERTISEMENT