aizawa Publish time 12-12-2011 03:34 PM

Lama dan Baru

Salam kepada semua pencinta novel... Selamat berkenalan.. Sebelum ni sy aktif kat board Misteri.. panggil je aiza.. Skg dah bersara sbb permintaan suami dan keluarga. Sekarang mood tiba2 datang untuk menulis novel kerana tgatal sgt nak menulis akibat suka share kat board Misteri dulu.. Berbeza ngan benang misteri (pengalaman hidup), ni hanyalah rekaan semata-mata tanpa mengaitkan mana-mana pihak ok :loveliness:

Buat pengetahuan semua..sy ni taklah ada basic langsung buat novel..ni first time,kalo kat benang misteri tu...sy tulis je direct apa yang pernah sy alami;P kalau ada yang tak kena or tersilap saya memohon agar tunjuk ajar diberikan daripada otai2 kat sini:sweat3:

Silalah menjamu karangan saya yg sangat lah tak"berpengalaman langsung" ni :$

aizawa Publish time 12-12-2011 03:37 PM

Post Last Edit by aizawa at 12-12-2011 15:49

Bab 1
Air mataku jatuh berlinangan..semakin ditahan-tahan semakin pula airmatakujatuh berderai.. doa kuteruskan..“Ya Allah,kuatkanlah imanku,tetapkanlah hatiku. Jika inilah takdirku aku redha.Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”..doaku. Aku mengakhiri doaku.Tangisanku terhenti apabila mendengar derapan kaki melangkah masuk ke bilikku.


“Sha dah siap solat sayang?” Begitu lembut sapaan mak tatkala melihat aku meraup kedua tangan yang ku tadah ke mukaku. Pandangannya memang macam tu. Terlalu tulus,dilimpahi dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak bongsunya yang satu ini. Aku hanya tersenyum kelat. Aku melipat telekung tanpa menoleh walau sedikitpun kepada mak. Tidak sanggup memandang wanita itu. Wanita yang sangat tabah mengharungi bahtera rumahtangga. Terlalu penyabar dengan dugaan hidup yang dilaluinya bersama arwah ayah dahulu.
Hatiku tiba-tiba dihambat dengan perasaan yang begitu sayu.. Kenapa sapaan seperti itu tidak pernah keluar daripada lelaki yang bertakhta di hatiku suatu ketika dahulu. Ya,Raja yang menakluki gadis sepertiku. Lantas aku teringat bagaimana lelaki itu menjadi pemimpin hidupku semasa awal perkahwinan kami. Memimpin?? Persoalan itu berlegar-legar di benakku beberapa saat. Otakku mengimbas kenangan 2 tahun lalu. Singkatnya tempoh itu bagi sebuah perkahwinan. Tetapi aku merasa ia ibarat 20 tahun hidup bersama. Perlahan air mataku kembali bertakung,keluar tanpa dipinta.

“Sha,kenapa kamu menangis ni...?”Perlahan aku tersedar dari lamunanku. Ku teruskan melipat sejadah dan telekung tadi. “Erk..” Kata-kataku tersekat di kerongkongku. Mak terlalu memahami. Aku renung wajah mak yang redup. Wajah itu masih cantik walaupun dimamah usia.


“Taklah mak,mungkin anak mak ni tak setabah orang lain” Kataku perlahan,air mata masih bersisa di kelopak mataku. Mak memandangku dengan pandangan sayu. “Mak kenal sangat anak mak yang satu ni,mak rasa kamu terlalu memendam sayang” Aku tunduk..Aduhai airmata,mudahnya kau nak terjun dari mata aku ni. Getus ku dalam hati.

aizawa Publish time 12-12-2011 03:51 PM

malam nnti sy continue lg:bye:

Adilla Publish time 12-12-2011 05:02 PM

hai, bagus percubaan kamu tetapi satu je sya nak sentuh. ayat percakapan kalau boleh diasingkan, jgn bersambung kerana senang pembaca menguasai perasaan mereka.

Good Try..{:1_132:}

aizawa Publish time 12-12-2011 08:50 PM

Tq adilla..akan cuba improve lg pas ni. Hj din mana? Hehe pasal hj din la sy tlekat dsni

freakygirl Publish time 14-12-2011 01:52 AM

sambung la lagi.. friki mmg suka baca novel ni.. {:1_152:}

myssdora Publish time 14-12-2011 05:06 PM

huhuhu sambung la lg..cm beh jek.....:D

aizawa Publish time 15-12-2011 12:22 AM

Sori ek lambat update..

aizawa Publish time 15-12-2011 11:57 AM

Post Last Edit by aizawa at 15-12-2011 12:04

Bab 23 tahun lalu..
Muzik pusat hiburan begitu menyeronokkan pendengaran para pengunjung yang datang. Kelihatan sekumpulan gadis yang baru menginjak usia remaja sedang menikmati alunan muzikyang begitu rancak. Lagu Sean Kingston yang berjudul “Beautiful Girl” menambahkan lagi keriuhan suasana.Kelihatan tiga botol minuman keras yang berharga ratusan ringgit sampai ke meja gadis-gadis itu.

“Excuse me mommy,we’re not ordering this” Mia menegur pengurus kelab tersebut dengan mesra.Pengurus tersebut sangat dikenali mereka kerana mereka merupakan pelanggan tetap tempat tersebut.


“Oh..sorry dear” Pengurus tersebut senyum lebar sambil melambai seorang pelayan lelaki yang bernama Jack yang juga merupakan kawan mereka. “They didn’t make this order,please checkback.” Dia berkata dengan bahasa English dalam slang ‘Tagalog’ yang sungguh ketara dan tegas. Jack tersenyum dan kenyit mata kepada Mia,dia sangat meminati gadis tersebut.
“Dear,please wait ya,don’t worry” Kata wanita berusia 40antersebut. Mereka senyum sambil melayan kembali muzik yang bingit sambil menari.Pandai wanita tersebut menjaga pelanggannya.

“Mia,ada orang belanja korang la.Dia belanja Sha” Jack kembali sambil berbisik di telinga Mia. Ketika itupengurus wanita tersebut memandang Jack dengan pandangan ingin tahu. “Mommy,Jason”
Kata Jack ringkas membuatkan mommy terus ketawasambil mencari-cari gerangan Jason.


“ You are so luck dear,he is big boss” Suara wanita itu dinyaringkansedikit sambil meneruskan ketawanya yang ditekan-tekan.Gembira sungguh diadengan perkara tersebut. Dia memandang Sha.


Sha terus menghampiri pengurus tersebut yang dikenali sebagai ‘’mak ayam’ dimana dia merupakan pengurus bagi pelacur-pelacur di dalam pusat hiburan tersebut. Dia terkejut danbertanya.

“ Mommy,who is jason..?” Dahi Shabekerut,jelas ada sinar kebimbangan di matanya. Dia begitu ingin tahu gerangan lelaki yang sungguh baik hati membelanjakan hampir ribuan ringgit itu.


“Jason anak buah bos dear” Pelat kata-kata mommy dalam bahasa Melayu. Sha menghampiri Mia,sepupu merangkap teman baiknya itu. Perasaan gusar mula bersarang di benaknya. “Mia,risau aku” Bisik Sha. Jelas riak mukanya sungguh risau. Mia tersenyum. Dia tahu sepupunya itu tidak suka dibayar tanpa mengetahui gerangan empunya badan.

“Sha,apasal...?Siapa yang belanja” Nita menghampiri Sha dan Mia. Mukanya juga dipenuhi tandatanya. “Ni ha..Peminat baru dia lagi kot” Mia mengusik Sha yang blur. Nita menarik sedikit bajunya yang terlondeh di bahagian dadanya. Aset terbesar yangsungguh di banggakan olehnya. Memang body nita sungguh mantap.

“Sha ni yang aku jeles...asyik-asyik ko je yang kena ngorat...nyampah!” Nita sengaja mencebikkan bibir kepada sahabat baiknya itu sambil menunjukkan lenggok tidakpuas hati.


“Haha..ko ni kan sempat lagi ko buli aku ek”Kata Sha,terus mereka semua ketawa dengan aksi yang disengajakan oleh Nita. Nita memang suka perhatian. Mereka tahu kawan mereka yang satu itu sungguh minat kepada lelaki yang kaya. Mula lah dia bergaya gedik untuk minta perhatian. Tapi mereka tahu Nita sangat tulus orangnya. Dia tidak pernah menipu dan menyembunyikan apa-apa rahsia daripada mereka.

“Eh apakorang ketawa-ketawa ni...?” Zila yang baru selesai dari tandas kehairanan. Zila yang ditemani tunangnya itu memandang Nita yang sudah mula berlakon. Dia tahumesti ada cerita yang menarik,mesti tentang lelaki.


“Ni ha..Sha kesayangan kita ni semakin tinggi market dia..” Kata-kata daripada Nita terus meyakinkan persoalan Zila sebentar tadi. Terus mereka semua ketawa. Mereka masak sangat dengan Nita. Dia suka menggoda dan digoda.


“Ala Nita,kita tengok dulu mamat tu,kalau tak ensem aku pass kat ko” Sha mengusikNita kembali. Mereka ketawa sekali lagi.

“Kalau Sha memang aku yakin mamat tu lekat,kat ko gerenti mamat tu cabut” Azlan bersuara. Zilaketawa sambil memeluk pinggang tunangnya itu.

“Hahaha...korang ni dah start la tu kenakan aku balik” Nita tidak sanggup bermain-main lagi. Dia gembira kerana kawan-kawannya sungguh memahami perangainya.

“Nah tengok mommy dah datang..wow mungkin tu Jason la Sha..” Nita pantas menagkap kelibat pengurus tersebut dengan diiringi seorang lelaki tinggi lampai. Mukanya sungguh tampan,kulitnya juga cerah.


“Mula lah tu..” Sha mengusik Nita. “ Ko ni jangan lah perasan,ntah-ntah tu orang lain kut”Mia menyampuk. Nita pula mula melenggokkan tubuhnya bersedia untuk menggoda.


“Dear he want to talk with you” mommy kenyit mata pada Sha. Sha senyum mcm kerang busuk.Terpaksa la tu.


“Its ok mommy,thank you” Kata Jason memberi isyarat mommy supaya beredar. Dia terus menghampiri Sha yang terpinga-pinga. Kelihatan gadis itu kurang selesa.


“Hi,selamat berkenalan. I’m Jason” Ringkas sj dia membisikkan di telinga Sha sambil menghulur tangan. Suasana bingit menyebabkan Sha merelakan sahaja Jason berbisik di telinganya. Dia merasa agak lega kerana dia takut-takut orang yang bayar minuman tersebut adalah lelaki separuh abad. Terbayang lelaki tua yang sudah punya anak dan hampir mempunyai cucu,itulah yang diafikirkan tadi. Ternyata telahannya silap.

“Ok, Sha”Ringkas sahaja dia berkata sambil menyambut salam perkenalan Jason. “Jason kenapa you susah-sudah bayar untuk kami ni,minuman dah ada la. Kitanak celebrate birthday party Mia,my cousin”Katanya lagi.

Nita mengangkat gelas whisky yang dituang Jack. “Lets start the party Jason,thanks for this and nice to meet you.”
Senyuman Nita mula menggoda sambil keningnya terangkat sedikit. Jason terus mengangkat gelas yang dihulur Mia dan melagakan gelas tersebut. Pandangannya tertumpu kepada Sha.Renungannya bermakna.Dia teruja ingin mengenali gadis itu. Wajahnya sungguh manis. Rambutnya lurus cantik terurai. Senyuman gadis itulah yang paling menambat hatinya semasa dia mula-mula terpandang gadis itu tadi.
Sha terus meneguk whisky di dalam gelasnya berulang kali. Sedikit demi sedikit. Biarpun rasa lemon mengurangkan rasa pahit whisky tersebut,dia semakin galak meneguk air haram tersebut. Semua kawan-kawan rapatnya tahu dia begitu ketagih dengan minuman beralkohol itu.Jason terus memerhatikan gadis itu dengan pelbagai persoalan.

aizawa Publish time 15-12-2011 12:09 PM

sori ek dah edit perenggan berterabur sikit.hopefully korang boley baca ngan jelas :loveliness:

aizawa Publish time 15-12-2011 12:57 PM

Lama dan Baru

Post Last Edit by aizawa at 15-12-2011 15:30

Bab 3

“You suka minum ke?” Jason berbisik lagi kepada Sha. “I tengok you dah banyak minum” Sambung
Jason lagi. Hatinya kurang senang melihat gadis itu terus menerus minum minuman tersebut.



“Ya,suka.I rasa tenang” Ringkas sha menjawap. Dia tahu dia tidak boleh terhidu bau arak.Kalo beer dia kalah. Mia menang dengan minuman jenis tu. Sha cepat mabuk bila meneguk beer.
“This song i deducate special for my lovely Sha” Alex memegang mikrofon di pentas. Gulp...! Shatelan liur. Dia terkejut kerana Alex ada untuk menyanyi pada malam itu. Dia amat menyukai Alex kerana lelaki itu kacak dan pandai menyanyi. Sha amat meminati muzik. Paling dia gemar adalah gitar. Dia tidak menyangka penyanyi utama band kelab tersebut ada kerana Jack memaklumkan bahawa Alex kurang sihat dan diganti dengan Amelia.

“Wow...Alex kerja semata-mata deducate lagu untuk you..dia suka you ke?” Jason senyum mencebik. Ada nada cemburu disitu. Sha hanya senyum dan geleng kepala.
“Alex....! Alex..!” Nita dan Mia girang melihat Alex menyanyi.. Mereka tahu Sha amat meminati lagu kumpulan
Scorpions,Stillloving You. Memang Sha amat meminati muzik rock dan RnB. Kawan mereka itu selalu curi-curi untuk belajar bermain gitar dahulu.
“Adui...bestnya si Alex nyanyi...cair aku Sha” Nita mula mengada-ngada. Nampak rona mukanya kemerahan.
Nita sudah mula mabuk.


Selesai menyanyi,Alex terus turun dari pentas. Tempatnya digantikan oleh Amelia. Dia terus menghampiri meja Sha dan kawan-kawannya. Alex tersenyum dari jauh. Dia sangat merindui gadis situ. Belum pun Alex sampai, terasa bahunya ditepuk seseorang dari belakang.


“Bro,ko masi nak ngorat cousin kesayangan aku ek...?” Amir dan kawannya melihat Alex tersenyum-senyum malu.


“Aik of course la..kan dah setahun aku tackle dia tak dapat-dapat. Ko bukan nak tolong aku bro.” Balas Alex. Dia tahu Amir banyak menolongnya berkaitan dengan Sha. Tapi dia agak kecewa kerana gadis itu hanya bermain-main dengannya. Tidak pernah serius dalam perhubungan.Tiada komitmen. Gadis itu tidak pernah suka apabila dia mengatakan dia mencintainya.

“Kan aku dah bagi tahu Sha taknak serius ngan mana-mana lelaki. Aku pun dah penat tolong ko bro” Bidas Amir kembali. Alex geleng kepala dan memaut bahu Amir. Mereka ketawa dan beriringan ke meja Sha. Mereka tahu hari ni adalah harijadi Mia. Mereka mau meraikannya.

“Dear,rindu betul dengan muka cute kau ni” Kata Alex berbisik kepada Sha. Sha senyum. “Kalau ye pun rindu say Happy Birthday la dulungan Mia.” Lalu Sha tarik tangan Alex menghampiri Mia yang bercerita denganZila.


Alex hanya akur dengan kata-kataSha. Umpama dipukau,dia terus mengikuti Sha. “Mia.Happy Birthday,cantiknya kau malam ni.” Puji Alex. Mia memang cantik,sama seperti Sha. Dia juga tidak suka dengan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Bagi mereka waktu remaja hanya perlu enjoy. Disebabkan Sha pernah dikecewakan dahulu,Mia juga takut menyambut cinta daripada mana-mana lelaki dalam hidupnya,takut mendapat nasib yang sama dengan sepupu kesayangannya itu.

Sha memberi isyarat kepada mommy dan Jack untuk meneruskan kejutan yang mereka rancang buat Mia. Tiba-tiba muzik terhenti,suasana yang bingit juga menjadi senyap.
“Happy birthday to you...happy birthday to you...Happy birthday toMia... happy birthday to you” Laungan suara Amelia memecahkan kesunyian tadidiiringi dengan muzik. Jack membawa kek yang telah diberikan oleh Amir tadi kemeja mereka dengan lilin yang memenuhi kek. 20 tahun umur Mia pada masa itu. Mia mengalirkan airmata dengan kejutan tersebut. Dia memeluk Sha,Zila dan Nita.


Jason merapati Sha yang masih berdekatan dengan Alex. Alex menegur Jason dengan hormat da bersalaman.Dia tahu tauke kelab merupakan pakcik merangkapayah angkat Jason.

“You nyanyi lah lagi lepas ni lagu yang best untuk Mia” Sha berbisikkepada Alex. Sha memang suka suara Alex yang merdu dan serak-serak itu.


“Sha,stop la minum dear. Kau dah minum banyak sangat ni. Muka kau dah merah” Kata Alex. Sha memandang Alex,matanya sudah redup. Alkohol telah bertindak di dalam badannya. “I’m still ok Alex,bukan selalu kitaminum free ni..kan Jason?” Jason menganguk.“Tapi kau kena kurangkan minum tu,dah banyak sangat. Dari tadi aku tengok banyak sangat kau dah ambil” Nada suara Alex memang kerisauan.

“hehehe..oklah aku minum sikit je ek.” Sambil tu Sha menuang lagi whiski tersebut. terus Alex cubit pipi Sha yang degil.Jason terasa dia agak tercabar melihat kemesraan yang ditunjukkanSha kepada Alex.


“ Sha jom kita menari. You suka lagu apa.? “ Jason semakin rapat dengan Sha. Belum sempat Sha menjawap. Miayang agak mabuk telah menarik tangan Sha.


“Oi Sha jom la kita menari...hehehe...lagu favourite kita kejap lagi” Sha terus sj meneguk baki minuman dalam gelasnya. “Kita menari ramai-ramai kat dance floor tu” Sambung Nita lagi. Mereka ketawa serentak.Memang Nita suka sangat dengan perhatian.“ Ok,just for tonight,special for her”Sha memeluk Mia.

Lagu Beautiful Girl berkumandang lagi sekali atas permintaan Mia kepada Jack. Malam itu,dengan skirt singkat dan baju seksi, mereka semua tenggelam dalam hidupyang moden. Mengenal dunia,menari dengan gelak ketawa. Kelihatan Jason menari dengan Sha. Alex bersama Nita. Zila serta tunangnya. Amir pula,dengan gadisyang baru dikenalinya. Sepupu mereka itu memang kasanova.

seroncilok Publish time 15-12-2011 03:53 PM

sikitnya...nak lagik:lol:

aizawa Publish time 15-12-2011 04:37 PM

Post Last Edit by aizawa at 15-12-2011 16:42

Bab 4

Mia membaca sms yang dikirim shapagi itu. Dia tersenyum memikirkan rancangan Sha pada malam ini. Katanya Jason mengajak mereka semua makan di restoran makanan laut yang memang terkenal di tempat mereka. Dengan pantasnya Mia setuju dengan pelawaan Sha.

“Mia,pastikan kau pakai seksi,kita terus clubbing. MestiJack dah rindu dengan kau. Maklum la birthday girl mabuk sampai demam seminggu...hahahahahaha.” Semakin lebar senyuman Mia membaca sms sepupunya itu. Memang mereka terlalu memahami antara satu sama lain.
“ kau apa kurangnya,mesti si Alex tu makan hati kau menggedik ngan Jason malam ni. Kau jangan mabuk lagi nak peluk dua-dua sekali mcm malam tu.”Terbayang Sha mabuk selepas mereka menari,terlalu banyak minum. Sha sesuka hati memeluk pinggang Jason. Apabila Alex memanggil,dia peluk Alex pula. Nasib baiklah Amir datang bwa mereka pulang ke rumah. Kalau tak,ntah apa yang berlaku seterusnya. Nasib lah Amir sentiasa menjaga keselamatan dan maruah mereka.Maruah? Ya,mereka masih suci lagi. Itu yang menjadi prinsip tegas Sha dan Mia.Tidak akan meniduri mana-mana lelaki kecuali yang bergelar suami. Walaupun mereka gemar berhibur,mereka tidak suka berpeleseran dengan mana-mana lelaki yang baru dikenali.

Di tempat kerjanya,Sha tersenyum sendirian membaca sms yang dibalas oleh Mia. Dengan pantas dia menekan butang-butang kecil di telefon bimbitnya kembali. “haha kita tengok malam ni siapa mabuk. Kita beat ngan Nita dan Zila”

“Kau ni minum je kau fikir..gila..! Tapi aku suka jadi gila macam kau.hahaha”
Balas Mia pendek. Malam ni Mia terusberkira-kira hendak memakai pakaian yang sesuai. Dia mengirim satu lagi sms.
“ Kau pakai apa Sha. Aku macam nak pakai seluar pendek ngan singlet Padini kau yang baru tu. Pinjam ek?” Mia dan Sha memang umpama kembar,berkongsi apa sahaja yang mereka ada.


“Ok,no problem. Aku rasa memang lagi sesuai ko pakai colour tu. Kalau aku guna skirt yang baru aku beli tu ngan baju low cut tu ngam ke?” Sha berfikir sambil membayangkan pakaian-pakaian tersebut.

“Yap,memang sesuai. Aku suka la Sha baju tu..kau je yang sesuai pakai,kalo aku yang hitam manis ni,bukan nya sesuai.Lari orang tengok badan aku. Kau tu ngam la,dahla putih melepak.” Mia terbayang dengan kecantikan kulit sepupunya itu,tidak dinafikan Sha memang cantik. Darah kacukan Melayu dari sebelah ayahnya dan Cina dari sebelah ibu mereka jelas terpamer padanya.tidak sepertinya yang lebih mengikut warna kulit ayahnya. Walaupun warna kulit mereka berbeza,raut wajah mereka lebih banya mengikut sebelah ibu mereka yang menjadi saudara kandung.

“hahaha ..kan kita memang dah cantik. Kau je tak sedar-sedar. Ok
Mia,nanti malam kita jumpa” Balas Sha lagi.


“Perasan la kau..! haha..ok c ugedik!” Balas Mia lagi. Tergelak sakan Sha di pejabatnya. Sedar kawan-kawannya kehairanan,Sha terus buat-buat taktahu.

aizawa Publish time 16-12-2011 04:52 PM

Post Last Edit by aizawa at 16-12-2011 16:57

Bab 5


“Mia cepat la sikit..Jason dah datang. “
Mereka Cuma bergaya simple,jeans dan t shirt. Tapi mereka membawa pakaian clubbing di dalam beg agar perbuatan mereka tidak dihidu oleh orang tua mereka.Sha amat degil dalam perkara tersebut.Berulangkali kedua orang tua mereka melarang tetapi mereka tetap meneruskan aktiviti mereka itu. Tidak lut dek nasihat dan larangan agama yang diterapkan kepada mereka sejak kecil. Mereka amat tahu perbuatan mereka salah tapi mereka tidak peduli dengan semua itu. Sha ada kisah tersendiri,begitu juga dua sepupunya.Amir dan Mia.


“Kau ni Sha,aku cari kasut aku tapi tak jumpa-jumpa gak” kata Mia perlahan. Takut didengari ibunya. “Kau ni dah nyanyuk ek? Kan kau yang simpan kat kereta Amir malam tu.” Sha memarahi Mia. “hehe..aku mana ingat la,kan aku mabuk malam tu.” Pecah ketawa mereka berdua.


“Hah apa yag kamu ketawa-ketawa tu,jgn balik lambat. Sebelum jam 12 mesti balik rumah. Jangan nak gatal pegi clubbing-clubbing lagi!” Suara mak Mia memecah gegendang mereka berdua. “Alamak ni,start la tu. Kami kan kuar ngan Amir sekali. Ok lah kami jalan dulu.”Mia malas untuk mendengar leteran maknya dan terus berlalu diikuti Sha.

Jason agak berdebar melihat kelibat Sha,Mia dan Amir yang seiringan berjalan menuju ke arah keretanya.
Lima minit menunggu seperti setengah jam,ini kerana dia tidak sabar untuk menatap wajah comel Sha. Pandangannya terpaku melihat Sha yang hanya berpakaian jeans dan t-shirt. Walaupun simple tapi memang kelihatan cantik.



“Err,sori Jason,kami lambat. Ni hah lambat betul besiap,macam mak nenek la.” Sha menjeling Mia sambil tersenyum mengejek Mia. “Mak nenek pun aku banyak peminat tau..” Mia membalas sambil mereka semua ketawa. “Tu belum lagi diorang make-up nak clubbing. Gerenti kau tumbuh janggut” Amir menambah. Sekali lagi mereka ketawa serentak.


“Jason nanti kau singgah kejap kat mana-mana ATM ek,aku nak ambil duit aku.” Sha memberitahu Jason sebaik saja lelaki itu memandu Honda Civic miliknya. “You nak belanja I ke?” Jason melirik nakal pada Sha.

“No problem.” Jawap Sha sambil tersenyum. Telahan Jason memang tepat. Gadis itu bukanlah jenis pisau cukur. Buktinya dia tidak kisah untuk mengeluarkan wang ringgitnya walhal gadis tersebut tahu dia yang akanmembawa mereka ke restoran makanan laut yang mahal. Jason semakin tertarik dan keinginannya untuk mengenali lebih dekat lagi tentang gadis itu semakin bertambah.

“Kejap je,korang tunggu kat kereta je. Tak payah la teman aku.” Kata Sha sebaik saja Jason berhenti di ATM Maybank. Pandangan Jason begitu khusyuk memerhatikan Sha yang sedang menunggu gilirannya kerana ada orang sedang menggunakan mesin tersebut.



“Bro,asyik pandang Sha je. Ko nak telan diaek..?” Amir mengusik Jason. Jason tersenyum seraya menjawap.”Aku sukakat dia la tp nak telan tak nak la,sayangnya. Dah la muka dia cute sangat.Lagipun aku ni bukan ular sawa Mir” Amir dan Mia ketawa mendengar kata-kata Jason. Pandai juga dia buat lawak. Kata Amir dalam hati.

aizawa Publish time 25-1-2012 04:25 PM

Selesai mengeluarkan duitnya,Sha bergegas untuk naik ke dalam kereta. Dia sememangnya terkenal dengan sikapnya yang tidak suka ditunggu itu. Bila ditanya kenapa,jawapan selambanya,dia tak mahu susahkan orang. Jason tersenyum dan melirik Sha yang sibuk merenung skrin telefon bimbitnya.Tapi melihat Sha begitu khusyuk berbalas sms,Jason didatangi rasa ingin tahu.

"Bz juga sms bf ye?"Kata Jason. Sha hanya diam. "Jason,kalau kau cakap semasa dia renung telefon dia tu,baik tak payah.confirm dia tak dengar.Dia tu bagi seratus peratus perhatian,dah tak dengar apa-apa. Macam orang pekak tau." Mia ketawa terkekeh-kekeh.

Sha masih lagi berdiam diri tatkala semua ketawa dengan kata-kataMia tadi. Mia oh Mia,kau memang lawak dan lurus bendul.

"Ermmm" Kedengaran suara Sha mengeluh.Dia lantas meletakkan telefon bimbitnya ke atas pahanya. Dia melirik Jason yg mengangguk-angguk kecil mengikut alunan muzik yang dipasang di keretanya itu.

"Are u ok dear?" Jason yang perasan dengan keluhan Sha terus menoleh sekilas gadis yang agak murung secara tiba-tiba itu. Berdebar juga hatinya bila pandangan mereka bertaut. Cantik sungguh,kulitnya yang putih kemerah-merahan itu begitu menarik perhatiannya.Ditambah lagi dengan bibirnya yang munggil dan dagunya yang runcing itu.Matanya pula sungguh cantik dengan alis yang lentik. Bergetar lagi hatinya.

"Mia si bodoh tu sms aku lagi la. Sakit sungguh hati aku ngan lelaki ekstrem macam ni" Sha langsung tidak menjawap pertanyaan Jason. Malah mukanya agak kelat ditambah lagi dengan nadanya yang sudah meluat dengan kisah dia berbalas sms itu.

aizawa Publish time 25-1-2012 04:58 PM

"Apa dia nak lagi? Eh! Ingat dah mampus budak tu!" Kedengaran Mia pula marah dan agak emosi.

"Eh budak mana lagi ni,mari aku tonyoh-tonyoh muka dia sebab bagi korang berdua moody ni. Aku kenal ke?" Cepat Amir menyampuk kata-kata dua orang sepupunya itu.

"Mir,mana lagi kalau bukan si Riz yang gila bayang tu. Dah ada anak bini masih tak sedar diri. Nyampah betul,tak habis-habis nak ganggu Sha. Nanti bini dia naik gila lagi susah kita." Membebel pulak si Mia yang tahu kisah sebenar si Riz.

"Owh laki orang pun tergila-gilakan u ye,tu la muka cantik sangat" Kedengaran Jason juga menyampuk.Kerlingannya agak menggoda. Cair sikit hati Sha. Sha hanya mencebik.

"Kau tau Jason,buka sorang yang gila bayang dekat diorang berdua ni,terutamanya budak sebelah kau tu. Aku yang penat belasah,nasib baiklah aku ni hero kegilaan ramai" Amir tersenyum-senyum dan ketawa terkekeh-kekeh. Sha dan Mia berpandangan. Terburai ketawa mereka semua.

aizawa Publish time 25-1-2012 04:59 PM

Sori yee malam ni sy continue malam ni :sweat3:

aizawa Publish time 25-1-2012 11:28 PM

Ahirnya mereka sampai ke Restoran makanan laut yang terkenal di Borneo itu. Mereka semua beriringan menuju ke dalam restoran tersebut. Seorang pelayan yang siap dengan pakaian seragam pekerja menyapa mereka.

"Encik ada buat tempahan?" Katanya mesra memandang Jason dan Amir. "Sudah,atas nama saya,Jason" pantas Jason menjawap. Pelayan tersebut senyum dan mengangguk. Dia terus membawa kami ke meja yang agak besar,menghadap Laut Cina Selatan yang diterangi kapal-kapal berlabuh.

"Wah...cantik tempat ni,ni kali kedua aku makan kat sini.Tp takde pulak kapal-kapal tu" Mulut Amir muncung tanda menunjukkan keindahan cahaya kapal yang berwarna-warni itu.

"Tu la kau tak pandai nak pilih masa,tengok oranglah kan Jason?" Mia dah mula nak kenakan Amir.Jason mengangguk setuju. "Eh eleh mengada-ngada,tau la Jason yang terror. Ntah-ntah kau pun first time datang sini."Amir selamba mengenakan Mia kembali. "Halooo..ni kali kelima aku mkn kat sini ngan Fendy tau" Mia mencebik dan menjeling Amir. Amir jelirkan lidahnya dan dia ketawa bila Mia menjegilkan matanya.

"Oiii sudah-sudah! Korang ni kalau dah jumpa tak gaduh tak sah,nasib korang ni sepupu. Kalau korang kahwin sekejap je dah cerai.! " Geram Sha dibuatnya. Mia dan Amir berpandangan.

"Hah tengok,kalau si Riz bodoh tu ganggu dia,keluar la angin monson barat daya dia" Amir menyakat Sha pulak. Mia senyum-senyum tanda setuju kata-kata Amir. Mereka sudah lali dengan perangai Sha yang cukup tertekan apabila mendapat gangguan daripada lelaki yang pernah memberikan hati Sha riang waktu dulu..bukan saja riang malah Sha pertama kali dilamun cinta.Ya lelaki itu,suami orang.

aizawa Publish time 26-1-2012 12:08 AM

Post Last Edit by aizawa at 26-1-2012 08:16

Makanan yang terhidang cukup membuatkan Sha kecur liur,begitu juga yang lainnya. Kebetulan mereka semua adalah penggemar tegar makanan laut. Mata Sha tertumpu kepada 'Tiger Prawn' yang telah dimasak butter itu. Bagaikan dapat membaca isi hati Sha, Jason lantas mengambil udang tersebut dan meletakkan ke pinggan Sha. Jason senyum melihat Sha senyum. Bergetar hati Jason melihat senyuman Sha. Angin malam tersebut lembut mliuk lentokkan rambut Sha yang keperangan-perangan itu,Lesung pipit Sha begitu mencairkan hatinya. Lirikkan mata Sha juga menggoncang hatinya.


"Bro apasal u tenung Sha,makan la..aku takut kau makan si Sha pulak" Kedengaran Amir sudah ketawa terkekeh-kekeh memandang Jason yang malu ditegur. "Lama sangat ke aku pandang budak tu" getus Jason dalam hati.

"Rilex la Mir,aku renung je,tak sampai hati pulak nak telan dia.Cantik sangat" Sambil itu Jason memandang tepat ke muka Sha. Sha buat lagi perangai selamba dia. Buat-buat tak dengar. Mia hanya ketawa. Dia tahu Sha tidak mudah dipuji-puji. Sha yang dulu tidak sama dengan Sha yang baru ini.

"Jason, dulu ada satu mamat tu,pernah bagi Sha hp dia masa kitorang tengah makan. Ye la dah Sha buat bodoh,dah la lapar masa tu. Tp Sha tak nak bagi nombor hp dia. Last-last lelaki tu surrender. Dia bagi hp miliknya supaya dia dapat telefon Sha." panjang lebar Mia bercerita.
"Wow,sampai macam tu sekali orang yang terpikat dengan Sha, Jason mengangkat kedua-dua keningnya.

jingga007 Publish time 26-1-2012 02:01 PM

nice :loveliness:

teruskan menulis k! ;)
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Lama dan Baru


ADVERTISEMENT