boyagombak Publish time 11-12-2011 02:15 AM

AWAS:Dangdut Lucah Seberang .."Mobil Bergoyang" dll

Apain sajalah ini caprut2 Indon, dangdut pun suda masuk 18sgx
http://4.bp.blogspot.com/-AhgoGXhfGDs/TuMuZpK-CJI/AAAAAAAAQeA/psC2Jn9ABMY/s320/18.gifSejak beberapa tahun ini, pengaruh lagu-lagu dari Seberang boleh dikata berada di paras suam-suam kuku penerimaannya dikalangan pencinta muzik tanah air. Tidak seperti 3, 4 tahun lepas, dia punya penangan... bukan sikit-sikit! Sebutlah apa genre pun, daripada Pop, Rock hinggalah ke dangdut.

Sebut pasal dangdut, sekitar minggu lepas, industri hiburan negara jiran kita ni panas gara-gara kontroversi apabila seluruh radio mahupun televisyen serata pelusuk Jawa Barat telan di arah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.

Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

Ia berikutan lagu berunsur lucah sekaligus menyelitkan lirik kurang bermoral. Antaranya Mobil Bergoyang, Cinta Satu Malam, Hamil Duluan, Aku Ingin Dilubangi dan Mari Bercinta 2.


Satu laporan dari akhbar berbahasa Inggeris menyatakan, pihak persuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV. Berikutan itu, Nursyawal yang bertindak sebagai penapis telah mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.


"Sebagai contoh, lagu Mobil Bergoyang mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.

Satu lagi lagu, Hamil Duluan. Mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.

Nursyawal berkata suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.

Tambah kronik, seorang bapa kepada dua anak, Iman Herdiana, 29, berkata akibat terpengaruh dengan lagu Cinta Satu Malam yang di dengar dari siaran televisyen, anak perempuannya yang berusia dua setengah sudah pandai menyanyikan lagu tersebut.

Sehubungan itu Nursyawal yang bertindak sebagai penapis telah mengharamkan penciptaan lagu-lagu dan juga atau video-video klip terbabit. - BERNAMA

h0lysh1t Publish time 11-12-2011 08:27 PM

Aku Ingin Dilubangi {:mlwa:}

budakgraphic Publish time 11-12-2011 11:24 PM

Hahahaha, lps ni semua stok gi google cari video clip lagu2 tersebut... Hahahaha, nk bukti kekdahnya... {:handsomeo

kivio Publish time 12-12-2011 07:18 AM

ceh...takde kojo laen ke hape...byk lagu ketuhanan dari seberang, banyak lagi lagu kelucahan, dari seberang juga...

el-ain Publish time 12-12-2011 08:02 AM

tajuk lagu aje dh lucah..ape lagi lagu dia{:mlpomelo:}

billionman78 Publish time 12-12-2011 08:32 AM

AKU INGIN MELUBANGI..

2tigapuluh2 Publish time 12-12-2011 09:15 AM

Patutlah musibah x putus2. hisyh itupun x sedar lagi

loslocos Publish time 12-12-2011 09:37 AM

ish3 makin terok :dizzy:

hayrin86 Publish time 12-12-2011 10:17 AM

INDONESIA IS THE COUNTRY OF FILLED WITH DISASTER. Why am I hate these porno songs???

hayrin86 Publish time 12-12-2011 10:18 AM

tajuk lagu aje dh lucah..ape lagi lagu dia
el-ain Post at 12-12-2011 08:02 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
WHY DID I HATE THESE SONGS???
Pages: [1]
View full version: AWAS:Dangdut Lucah Seberang .."Mobil Bergoyang" dll


ADVERTISEMENT