FaithNoMore Publish time 1-12-2011 06:14 PM

Rating Harakah Daily Merudum

Rating Harakah Daily Merudum, Apa Puncanya?
December 1, 2011 Harakah Daily,

PENULIS tidak pasti berapa ramai di antara kita yang sedar akan trend penurunan ketara rating Harakah Daily dalam senarai kaji selidik terbaru yang dibuat Alexa.com.

Menurut kajian dan pemerhatian penulis, Harakah Dailytidak pernah berada di kedudukkan yang kurang dari ranking 60 menurut Alexa.com sepanjang masa pada tahun ini.Bagaimanapun, keputusan terbaru menunjukkan kedudukkan Harakah Daily menjunam ke tangga 84 dari senarai laman web yang mendapat kunjungan paling banyak di Malaysia.

Dimata yang kurang arif, penurunan ini mungkin kelihatan tidak ketara jika dibanding dengan beratus ribu laman web yang didaftarkan di Malaysia sekarang ini.Tapi dari sudut populariti laman web politik di Malaysia, penurunan ini menunjukkan kehilangan pengunjung yang begitu ketara.Penulis mengandaikan, pada kedudukkan sekarang, Harakah Daily kehilangan hampir 100,000 orang pengunjung setianya pada setiap hari.

Walaupun ranking Alexa ini bukanlah satu-satunya petunjuk sebenar populariti sesuatu laman web, tapidi Malaysia ia dijadikan sumber rujukan oleh majoriti pihak yang mempunyai kepentingan dari segi pengiklanan menerusi laman web dan sebagainya.

Justeru, tulisan penulis hari ini berkisar kepada mencari punca yang menyumbang kepada penurunan ranking Harakah Daily ini.

Penulis berpendapat, nilai berita Harakah Daily semakin kurang menyengat jika dibandingkan dengan beberapa tahun kebelakangan ini.Harakah Daily kelihatannya terlalu menumpukan kepada memberi ulasan dan pandangan akan berita dan pendedahan yang dibuat oleh portal berita internet pro pembangkangyang lain seperti MalaysiaKini dan Malaysian Insider.

Di pihak Harakah Daily sendiri, kalau pun ada pendedahan yang dibuat, ia tidaklah segempar pendedahan yang dibuat portal berita pro pembangkang yang lain.Seolahnya wartawan Harakah Daily sudah semakin hilang kreativiti untuk mendapatkan skop-skop berita menarik minat pembaca jika dibandingkan sebelumnya.

Malah Keadilan Daily yang lebih terkemudian pun sedang mencatatkan peningkatan dari segi ranking terutama sejak pendedahan besar-besaran mengenai isu National Feedlot Coorporation (NFC) dibawa ke pengetahuan umum.Mungkin Keadilan Dailybernasib baik kerana mereka mempunyai pemimpin yang tidak bergantung kepada sumber berita luar dalam membuat sebarang pendedahan mengenai keburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tapi penulis tidak nampak kenapa Harakah Daily Online juga tidak boleh mengikuti jejak yang sama?

PAS juga mempunyai barisan kepimpinan yang tidak kurang hebat dalam mencungkil keluar segala bentuk penyelewengan wang rakyat dan salah guna kuasa yang cuba diselindungkan pemimpin BN dan UMNO dari pandangan rakyat.

Mungkin agak mustahil untuk penulis menyenaraikan secara berturut pendedahan hebat yang pernah dibuat Harakah Daily sebelum ini tapi satu yang pasti Harakah Daily antara pertama yang memecah tradisi penyampaian maklumat BUKAN melalui media tradisional seperti suratkhabar, majalah dan sebagainya sebelum diikuti portal-portal berita yang lain.

Sudah sampai masanya untuk Ustaz Ahmad Lutfi Othman sebagai Ketua Pengarang Harakah dan barisan editorialnya yang lain untuk mengkaji trend penurunan ini dengan serius. Walaupun kedudukkan 84 ni masih boleh dikatakan kedudukan yang baik, tanpa pengawasan dan perincian berterusan, tidak mustahil trend menurun ini akan berterusan dan menjejaskan populariti Harakah dan PAS di kalangan mereka yang gemar mendapatkan maklumat secara dalam talian. – SuaraPakatanRakyat

Rating
Malaysiakencingsanakini - 14
The star - 16
Metro - 26
utusang - 25
Kosmo - 30
haramkah - 84

Source - http://www.alexa.com/topsites/countries;3/MY

Asyik copy paste dari mkini aje, mana nak meningkat rating...nampak tak??

FaithNoMore Publish time 1-12-2011 06:15 PM

Mkini ganti Harakah....
DAP ganti PAS...........;P

awangbok Publish time 1-12-2011 06:17 PM

ada ka orang baca utusan sampai rating dia agak bagus banding dengan harakah. aku tak caya la. mesti tippu ni. auta saja

d'zeck Publish time 1-12-2011 06:18 PM

Mkini ganti Harakah....
DAP ganti PAS...........
FaithNoMore Post at 1-12-2011 18:15 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

tepat sekali,

DAP dah menggantikan pas sepenuhnya ;P

cmf_lie Publish time 1-12-2011 06:34 PM

{:bloodyo..aku prefer bace manga dr harakah....

highcastle Publish time 1-12-2011 06:45 PM

Aku tak nafikan..aku lebih suka layan TKO atau detikdaily dr harakahdaily...:D

totokreturn Publish time 1-12-2011 06:46 PM

kesian.... rakyat malaysia bodoh macam tak berotak plak samakan Utusan "akhbar nasional negara" dengan harakah akhbar politik yg tertera "UNTUK AHLI PAS SAHAJA"....

nampak sangat lembu2 fedlot ajer rakyat malaysia nih....:(

atira Publish time 1-12-2011 06:46 PM

selama ni ranking harakah power ka?

atira Publish time 1-12-2011 06:47 PM

kalau nak berita aku mmg tak baca harakah..
baik aku bertenggek kat CI je :D

roblucci Publish time 1-12-2011 06:50 PM

rating WWE selepas zaman The Rock pun menurun apa nak herannya?

d'zeck Publish time 1-12-2011 06:53 PM

patut la banyak gejala sosial,

dakwah pas melalui haramkah tak sampai rupanya.. prrfftt

kuntau Publish time 1-12-2011 06:59 PM

memang sejak kebelakangan ini PKR dan DAP lebih banyak bawak cerita sensasi.

PAS pulak harap ada konsert baru leh kuar citer..

peachRose Publish time 1-12-2011 07:00 PM

no big deal..aku pun tak baca harakah...
blk kg baru belek..
soo??

Jemy Publish time 1-12-2011 07:07 PM

kesian peniaga obat kuat pas ni, terpaksa iklan kat tempat lain... :'(

totokreturn Publish time 1-12-2011 07:08 PM

sejak bila harakah jadi akhbar nasional...??. otak pencacai UMNO ngan lembu dah macam adik beradik kembar jerkk....:laugh3::laugh3:

BlueHand Publish time 1-12-2011 07:34 PM

lobai lupa bayarbill bodband kot

awangbok Publish time 1-12-2011 07:36 PM

kesian peniaga obat kuat pas ni, terpaksa iklan kat tempat lain...
Jemy Post at 1-12-2011 19:07 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    aku rasa harakah kena cari iklan yg lebih bagus dari minyak sudan. mungkin nixar simb tu boleh rekomen iklan bra ke yg mahal mahal kat situ

kabukiman Publish time 1-12-2011 07:49 PM

Betullah.. Mungkin mengalih fokus pengiklanan dari minyak zakar sudan ke arah produk kaum hawa spt coli berlobang, coli berenda sudah tentu mampu menaikkan rating....




:lol::lol::lol:

TanSriJess Publish time 1-12-2011 07:53 PM

bukankah harakahdaily adalah "kitab rujukan maya" para lebai ?

adakah pak lebai di malaya ni dh semakin pupus?

totokreturn Publish time 1-12-2011 07:56 PM

utusan rating naik hari minggu jah sebab gegeh dok tayang coli2 artis malaysia.. itu ajer laa modal utuseks melayo.. tgk pencacai mereka pun 24 jam pikir coli jah...:laugh3::laugh3:
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Rating Harakah Daily Merudum


ADVERTISEMENT