chit_ana Publish time 27-11-2011 11:34 PM

** SR PUBLICATION **

Post Last Edit by attokz at 23-4-2012 17:28

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/269966_238768536142365_238285629523989_921546_2080531_n.jpg

Syarikat SR Publication didaftarkan secara rasminya pada 22hb. Januari, 2010. SR yang membawa maksud Siti Rosmizah mula beroperasi pada 1hb.Jun 2010 dengan menerbitkan novel pertamanya Lafazkan Kalimah Cintamu. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu merupakan novel sulung terbitan SR Publication dan novel ke-3 karya Siti Rosmizah.

SR Publication bukan sahaja selaku penerbit tetapi juga menjadi pengedar tunggal pada novel keluarannya sendiri. Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. telah memberi ruang kepada SR Publication untuk melayarkan sayap perniagaannya. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu boleh di dapati di seluruh kedai Buku Popular sahaja ataupun boleh di perolehi melalui langganan secara online mahupun pos.

Kualiti Keutamaan Kami (Quality Is Our Priority) telah di pilih sebagai motto syarikat kami. SR Publication akan terus berusaha untuk memberikan karya-karya yang terbaik dan berkualiti buat pembaca-pembaca semua. Sokongan dan dorongan dari anda semua akan menjadi inspirasi kejayaan kami.


LAMAN WEB: http://srpublication.com.my

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/Siti-RosmizahSR-Publication/238285629523989?sk=wall

chit_ana Publish time 28-11-2011 04:01 PM

http://srpublication.com.my//plugins/content/joomthumbnail/upload_images/3_7hm.jpg
7Hari Mencintaiku

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Penerbit : SR Publication

Harga   : RM32.90

http://srpublication.com.my/images/stories/cover%20depan.jpg

Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara apikebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Penerbit   : SR Publication

Harga      : RM26.90

chit_ana Publish time 28-11-2011 04:03 PM

http://srpublication.com.my//plugins/content/joomthumbnail/upload_images/_kks.jpg

Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina. Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkankan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu

http://srpublication.com.my//plugins/content/joomthumbnail/upload_images/_coverrindutanpakata.jpg

Sueraya, gadis lembut yang periang. Walaupun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbersit dihati untuk membenci ibunya. Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad. Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.

Firrhan pula hadir dalam hidup Sueraya kerana rasa tanggungjawabnya terhadap kedua ibubapanya. Gadis itu perlu ditolong walaupun dia tidak pernah mengenali gadis itu. Apatah pula secalit rasa cinta pun tidak pernah terputik dihatinya apabila dia diijabkabulkan dengan gadis itu. Hatinya telah diserahkan kepada gadis lain.. Emilia! Mimpinya selama ini, hanya Emilia yang akan dikahwininya. Hanya Emilia di dalam hatinya kerana dialah CINTA pertamanya. Namun takdir tuhan tiada siapa yang tahu.
Harga   : RM22.90

mijot Publish time 28-11-2011 08:17 PM

alamak, ada karya penulis izzul izzati under SR...
rasa sayang sbb kalau diperbitkan di bawah sykt yg baru nak bangun, maka kualiti tak de sbb editor mungkin masih belajar atau masih tidak kuat lg..

miz_elec Publish time 28-11-2011 09:02 PM

alamak, ada karya penulis izzul izzati under SR...
rasa sayang sbb kalau diperbitkan di bawah sykt...
mijot Post at 28-11-2011 20:17 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

tulah mijot...excited nmpk nama izzul izzati...tp bwh SR plak...takut x menepati citarasa plak nnt...dah ada org baca lum buku nih...bleh bg review

faizafariza Publish time 29-11-2011 09:09 AM

Reply 5# miz_elec

lom baca gi..tp dah beli..review mcm ok..
member terdekat yg beli pun kata best..
hopefully tidak mengecewakan...:o

miz_elec Publish time 29-11-2011 02:03 PM

Replymiz_elec

lom baca gi..tp dah beli..review mcm ok..
member terdekat yg beli pun kata best ...
faizafariza Post at 29-11-2011 09:09 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

hope tak la mengecewakan....cepat baca..nnt bleh review...hehehehe ;P

anick Publish time 29-11-2011 02:31 PM

dua buku best............

faizafariza Publish time 29-11-2011 03:15 PM

Reply 8# anick


   yang mana?..rindu tanpa kata tu ke?..bg la review sket..:D

anick Publish time 29-11-2011 03:29 PM

rindu tanpa kata -kahwin paksa ( tapi jatuh cinta pandang pertama bila nampak isterinyatelah sembuh ) dan cite keluarga dan perniagaan
kelat-kelat sayang - akhirnya aizam dapat juga kahwin dengan salina. tapi tengah2 citeaizam dan salina putus tunang.

ini review tentang hero n heroin je ...........................{:1_141:}

nadna Publish time 29-11-2011 05:24 PM

kalau best nak beli..tengok je.,tapi was was nak beli

hunt_fear Publish time 29-11-2011 11:43 PM

dah baca 7 hari mencari cinta-- tebal ya amat....

bolehlah pada sesiapa nak testing kelenjar air mata{:teatimeo best juga

AzzaleaKhaliq Publish time 30-11-2011 09:17 AM

memang tebal gila 7HM ni...seram nak beli, buatnyer tak best, mau meraung...:2lol:

faizafariza Publish time 30-11-2011 02:42 PM

Reply 13# AzzaleaKhaliq


   pada sy citer dia best...even my husband pun leh habiskan baca novel ni
lg best dr lafazkan kalimah cinta kot

mix of feeling..cuma part gaduh-baik-gaduh tu yg x thn..
hehe :D


tp..lain org lain citarasa kan..:o

chit_ana Publish time 14-12-2011 08:24 PM

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/378486_2398441280478_1234406825_31900153_2022339715_n.jpg

RIBUTNYA CINTA ~ PHIDOT [ SR PUBLICATION ]
RM24.90 [ SM ]
RM27.90 [ SS ]
M/S : 618 muka surat


Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya.

“You sebenarnya tak layak belajar kat sini. Park Choi College ni cuma sesuai untuk orang bandar dan kaya macam kami je. Tengok pakaian you? Eiii…Kolotnya...” kata-kata yang dilemparkan oleh Emma benar-benar membuatkan darah Edasha mendidih. Melampau! Memang nak kena cili mulut minah mat salih celup ini.
‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka.

Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?

“Eis tak nak libatkan diri dengan perjanjian ni. Eis tak ada perasaan cinta pada Hanie dan Hanie pun sama. Betul kan Hanie?” “Tidak Eis! Aku sebenarnya cintakan kau sejak dulu lagi. Cuma kau yang belum tahu perasaan suci ini.” Rintih hati Edasha Hanie.
Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.
“You ingat I nak sangat ke kat you? Bagi I you tak layak jadi isteri I pun. So, berhenti bermimpi di siang harilah Hanie…!”Edasha Hanie mengepal penumbuknya cuba menahan marah. ‘Memang nak kena mamat ni. Aku dah lama tak tumbuk orang.’
“Hey, you ingat I excited sangat ke dapat suami macam you. I pun ada maruah okay. You jangan ingat I diam selama ni, I lemah. Jangan nak perasanlah, macamlah kita tergilakan dia sangat, I tak pernah kemaruk kat you lah. Sebenarnya you yang kemaruk sangat kat I sebab itulah you kahwin dengan I bukannya Emma..!”
Alahai! Ribut sungguh cinta mereka, mudah-mudahan selepas ribut reda, cinta mereka akan bertaut semula. Di waktu itu, walau kulit muka dah berkedut, gigi dah rongak kasih sayang tetap utuh untuk selamanya.

honey_d7881 Publish time 19-12-2011 12:11 PM

Baru settle baca 7 HARI MENCINTAIMU. Gigih sampai tak tido mlm. Sib baik ari nie mata ok jek lagi....:loveliness:

Mmg tebal. Tapi tak sangka la plak aku baca2 tgk2 penanda buku dah sampai tgh2. Walaupun tebal, mmg bagi aku mcm takmo letak sbb sibuk nak tau aper jadik pasni. Sampai bila tak sabar punya pasal, aku skip2 baca sampai tau aper ending citer nie. Hehehehe... Tapi pastu aku baca baliklah btul2....;P

Jalan citer ok. Ada jugak kesilapan ejaan, dr jalan citer cth memula citer nak senja tapi bila ader org dtg tuan umah jemput masuk sbb tgh sarapan. Mcm maner tu?....:lol:... Tapi taklah banyak sgt. Small the pieces kot...{:1_141:}

Terpk jugak kat dunia nie dlm alam realiti ader ker watak MIA ADRIANA nie yg mmg garang giler2 + tak perikemanusian + berlagak mcm nak giler walaupun dah muflis. Tapi ader baiknyer jugak dia nie. Mcm tu jugak watak KHUZAIRI yg amatlah baik. Sgt2la baik, tima maki hamun isteri dia, layan kerenah yg merepek2. Dalam 1000 ader kot sorang...:P

Yg aku suka dlm citer nie sbb banyak watak + banyak citer. Bukan hanya tumpu pada hero + heroin. Cuma 'kelakar' sikit bila sampai part2 tgh mengamuk giler nie, tetiba dgn sendirinyer blh plak masuk bab manja2, lemah lembut. Rasa marah tu dah nak sampai dah kat atas kepala aku nie, tapi tup2 pegi balik kat ati. Hahahaha.... Tapi oklah. Sbb aku rasa jalan citer SR nie mmg sinonim dgn bab2 mcm nie. Marah giler2 tetiba eh! baik lah plak kan....:P

Good Job SR... Tapi dlm banyak2 buku dia, aku paling suka ANDAI ITU TAKDIRNYA + CINTA KAU DAN AKU (walaupun ader yg tak minat karektor heroin dia)......{:1_152:}{:1_141:}

mijot Publish time 8-1-2012 12:34 PM

baru abes baca : rindu tanpa kata - ain marissa
2.85 bintang

akibat telah baca banyak sgt novel, rasa novel ni plot dia ada sikit-sikit drpd novel itu lah, novel ini :lol:...dah terbuat perbandingan ;P...

pada permulaan baca best, nak2 masa sue lumpuh dan tak boleh bercakap...sesekali mengalir air mata baca luahan tak berdaya sue...tapi selepas sue sihat, pambacaan rasa sedikit hambar...tapi masih boleh dibaca...

aysha28 Publish time 8-1-2012 06:59 PM

aku dah baca 7HM... citer ok.. plot menarik tp cam byk gak yg tak logik... antaranya.. pempuan dlm pantang 2 minggu pas bersalin leh solat.... author kena wat homework... n kena reread byk kali cite ni utk tau kelogikan sesuatu scene tu... over all 'not bad'

mijot Publish time 19-1-2012 01:53 PM

tak jumpa lagi izzul izzati kt seremban...
hujung minggu ni nak cuba cari lagi sekali...

mijot Publish time 13-2-2012 05:29 PM

akhirnya jumpa juga dgn karya terbaru izzul izzati - kelat2 sayang
Pages: [1] 2 3 4
View full version: ** SR PUBLICATION **


ADVERTISEMENT