fb! Publish time 10-11-2011 10:10 AM

Aktif bersenam pintar matematik

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0911/Kosmo/Kesihatan/ke_01.1.jpg

KANAK-KANAK aktif memiliki IQ yang lebih tinggi.



BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.


Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.


Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.

Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.




http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0911/Kosmo/Kesihatan/ke_01.2.jpg

MATEMATIK memerlukan tumpuan yang lebih untuk menguasainya.

Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.

Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.
Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait

winamp05 Publish time 10-11-2011 02:23 PM

ooo baru ku tahu selama ni cik mid aktif bersenam. hik hik hik :lol:

midory Publish time 10-11-2011 02:54 PM

bersenam mmg penting pon utk kite.. kalau tak bersenam sure nnti rase lesu aje.. then kesannye otak tak cerdas sbb aliran oksigen ke otak kurang..

oo.. baru arini tahu kalau bersenam nnti pintar math.. hehe.. :sweat3:

cepheid Publish time 10-11-2011 03:54 PM

pernah jumpa orang yg malas bersenam tapi mathnya superb!

dauswq Publish time 11-11-2011 09:35 AM

yup, aku perasan lepas aku jogging kepala aku rasa cam cergas sket:loveliness:

leylapple Publish time 11-11-2011 09:58 AM

pernah jumpa orang yg malas bersenam tapi mathnya superb!
cepheid Post at 10-11-2011 15:54 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   samalah..penah jmpa org yang malas segala2nya...kuat tdo dlm kelas..tapi math dan teori superb!!!!
mebi asimilasi semasa tdo tu kut?

LEES Publish time 12-11-2011 12:38 PM

mayb gak btul ...cuz dedulu tyme top student maths kat skolah ...gueathelic kampung ;P

LEES Publish time 12-11-2011 12:39 PM

Reply 5# dauswq


    sure kerul fahmi bijak maths kannn :$

LEES Publish time 12-11-2011 12:41 PM

Reply 4# cepheid

    sapow ?? hrp2 bkn chewan ;P

dauswq Publish time 12-11-2011 02:22 PM

Reply 8# LEES

bijak mengangkang jah:funk:

:lol:

LEES Publish time 12-11-2011 02:40 PM

Reply 10# dauswq

   tyme tangkap bola tue kene ngangkang kerrr ?? ;P;P
x baik tau ... kerul fahmi masih teruna suci trang tang2 lagik {:4_192:}:lol:

Mr.Timms Publish time 20-11-2011 07:24 AM

yup, aku perasan lepas aku jogging kepala aku rasa cam cergas sket
dauswq Post at 11-11-2011 09:35 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

mr timms sokong.lepas bersenam dengan kadar yg tak ekstrem akan mencergaskan kita.rasa ringan je nak buat kerja + otak jadik ligat..tapi nk bersenam tu la problem besarnye :'(

roblucci Publish time 1-12-2011 06:17 PM

aku ingat gen yg menyebabkan pintar matematik.
Pages: [1]
View full version: Aktif bersenam pintar matematik


ADVERTISEMENT