jejai Publish time 27-10-2011 11:24 AM

Putera Nayef dijangka pewaris baru

Keputusan Raja Abdullah penentu kestabilan politik Arab Saudi

RIYADH: Seluruh dunia kini memberi tumpuan kepada Raja Abdullah dari Arab Saudi berikutan beliau dijangka menamakanMenteri Dalam Negeri, Putera Nayef sebagai pewaris barutakhta kerajaannya,keputusan yang dijangka menjadi penentu kestabilan politik negara pengeksport minyak terbesar dunia terbabit.

Pengebumian Putera Mahkota, Putera Sultan Abdul Aziz AsSaud   dijangkamembawapelantikan berprofil tinggi bagi Arab Saudi yang juga sekutu Amerika Syarikat dengan pemimpinnyacuba mengimbangi amalan tradisi konservatif dengan keperluan ekonomi moden.“Dalam sistem politik, ini adalahperkarapenting, tetapi sistem direka bagimemastikan kesinambungan,” kataJarmo Kotilaine, ketua ekonomiBank Komersial Kebangsaan di Jeddah.Putera Nayef dilahirkan pada 1933,disifatkanliberal Arab Saudi sebagai   konservatifdan anti-perubahan yang akan menggunakan pendekatan berhati-hati dalam perubahan sosial dan politik selain melihat dasar luar negara melalui kanta keselamatan negara.

Bagaimanapun, bekas diplomat ke Riyadh dan beberapa penganalisis berkata putera berkenaanyang berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 1975 mungkin akan menunjukkan sikap pragmatik sebagai putera mahkota malah sebagai raja. – Reuters

BabyR Publish time 27-10-2011 11:37 PM

x de gambar ker....
Pages: [1]
View full version: Putera Nayef dijangka pewaris baru


ADVERTISEMENT