Alste Publish time 9-10-2011 12:39 PM

Kawanku Seorang Penanggal

Post Last Edit by sepaileman at 9-10-2011 18:32

Harini saya nak cerita sikit saya ada seorang kawan ni dia ni jenis yang tak puas hati dengan diri dia... nak kata tak cantik muka dia elok je tapi tak tahu kenapa dia ni gatal sangat pergi ambik ilmu-ilmu yang syirik ni. Mula-mula dia ambil susuk lepastu dia kata tak puas sebab susuk ni hanya bagi dia di lihat cantik tapi bukan betul-betul pun..

hanya di lihat saja, Lepastu dia tak puas la dengan pemakaian susuk ni jadi dia pergi siam dia pergi ambil ilmu apa entah yang pasti dia ambil ilmu untuk kecantikan.. dalam 1 minggu dia tengah mengamal dia terlanggar pantang, pantangnya saya tak tahu sebab dia tak nak cerita dah puas tanya dia tetap tak nak bagitahu, Kemudian dia dah langgar pantang tu dia cerita dia dah jadi penanggal, Beberapa hari kemudian dia ajak saya pergi siam balik nak pergi ke bomoh yang dia menuntut ilmu tu...

lepastu bomoh tu tak nak ubat dia jadi dia terpaksa la bela saka (penanggal) ni. Setiap bulan penuh dia kena tumbang 1 nyawa untuk hidup kalau tak buat mungkin dia akan mati kot, Dah banyak bomoh kami jumpa termasuk ustaz-ustaz deorang kata tak boleh nak buat apa sebab penanggal ni sebuah sumpahan saka. Kalau dekat bulan penuh je dia mesti suruh jangan sape-sape duduk serumah dengan dia termasuk mak dia takut dia serang deorang :funk: ...Kat rumah dia banyak kain warna-warna lepastu ada bertih apa entah.... dia kata barang tu semua nak bagi dia leka tengok benda tu jadi dia tak pergi kacau orang lain, Kat rumah dia pulak ada satu lubang dekat atap tempat untuk kepala dia berlepas terbang untuk cari mangsa:funk: Aku pernah tengok dia punya leher memang macam kena kelar dengan pisau, dia selalu tutup kesan kelar tu katanya kena matahari panas. Dia kata masa dia jadi penanggal dia tak boleh nak kawal diri dia rasa macam kena rasuk lepastu dia mula la memuja-muja mantera dengan sendiri... kemudian leher dia akan terapung sedikit demi sedikit dan keluar ikut lubang dekat bumbung rumah dia...

lepastu bila balik nak sambung kepala dengan badan ... dkat lantai penuh darah. Dia pernah cuba nak bunuh diri sebab tak ada sape boleh tolong dia... dia kelar tangan dia lepastu tak jadi apa-apa... dia ni macam kebal sebab ilmu yang dia belajar tu. Dia kata rupa dia masa jadi penanggal tu macam muka dia yang dulu-dulu dan sedikit buruk dengan taring, masa dia terbang dia kata hati dia mesti bercahaya macam kelip-kelip:funk: Saya ada tanya kalau baca ayat kursi apa akan jadi dekat dia, then dia jawab tak jadi apa-apa sebab dia manusia campuran hantu sebabtu la tak memberi kesan, :funk: Saya tak berapa takut la ada kawan macamni sebab dah biasa berkawan dari dulu lagi tapi kadang-kadang tak berani jugak dekat dengan dia. Korang ada tak jumpa siapa-siapa yang boleh berubat ilmu penanggal ni? Sian dekat kawan saya ni dah lama dia kena jaga belaan dia ni, tapi nak buat macam mana dia yang pergi menuntut siapa suruh:curse:

neez_cookies Publish time 9-10-2011 12:47 PM

ni cerita betul ke??ngeri pulak..:funk:
errmm...x bawak jumpa anak murid ustaz harun din ke apa??

Alste Publish time 9-10-2011 12:56 PM

Reply 2# neez_cookies


   Ni cerita dari kawan saya sendiri :lol: dah pergi berubat banyak tempat tapi masih tak boleh nak ubat, sekarang tengah mencari mana-mana ustaz atau bomoh yang boleh buang penanggal (saka) dia ni.

Nalysha Publish time 9-10-2011 01:02 PM

Sha hrap dia bleh brubat...

andria Publish time 9-10-2011 01:50 PM

Harini saya nak cerita sikit saya ada seorang kawan ni dia ni jenis yang tak puas hati dengan diri d ...
Alste Post at 9-10-2011 12:39 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


    Teringat pula filem SUSUK.

mimi77 Publish time 9-10-2011 02:11 PM

Reply 1# Alste

lenkali bljr wat perenggan la .....bepinau mate nk membace{:1_126:}

kwn ko tu takde plak nk terbang cari ko ek time dia jd penanggal tu?:funk:

Alste Publish time 9-10-2011 02:28 PM

Reply 6# mimi77


   :funk: Dia kata dia makan darah orang nak bersalin je sampai mati, tumbang 1 nyawa. Saya harap dia tak jadikan saya sebagai mangsa :'(

card_reader Publish time 9-10-2011 02:52 PM

cari hantukiller.......

d_anne04 Publish time 9-10-2011 03:23 PM

citer orang bercampur hantu ni mengingatkan aku citer twilight jer...:$

p/s : harap² kawan Alste dah bertaubat...dan semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk mengobati kawan Alste tu...

harkktuih Publish time 9-10-2011 03:34 PM

persoalan?

dah brapa lama jd penanggal?brapa org dah jd korban dia?

7teen Publish time 9-10-2011 03:34 PM

cari hantukiller.......
card_reader Post at 9-10-2011 14:52 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

HANTUKILLERA.K.A TUMINGAN ISMAIL-0197516287http://darulhantu.blogspot.com/






MADMUALIJ- 016-220 6579 (Puchong,Selangor)
http://muhammad-muallij.blogspot.com
Boleyh email ke : madmualij@yahoo.com
Pusat Rawatan : Rawatan Islam Al-Insyirah


Jadual Rawatan
Setiap hari

Sesi Pagi (kecuali hari Jumaat)
[*] 9:30 pagi - 11:00 pagi.Sesi Tengahari
[*]2:30 ptg - 5:00 ptg
Sesi Malam
[*]9:00 mlm - Sehingga habis pesakitAnda dinasihatkan untuk membuat temujanji sebelum datang untuk rawatan.

Sila hadir pada masa ditetapkan.

Pastikan memakai pakaian yang menutup aurat.



kopikaw2 Publish time 9-10-2011 04:43 PM

ngerinyer...

Alste Publish time 9-10-2011 05:21 PM

Post Last Edit by Alste at 9-10-2011 17:32

Reply 10# harkktuih

Rasanya dia jadi tu dalam setahun lebih agaknya dalam 17 bulan, Sebulan 1 nyawa tumbang jadi 17 orang dah kot:funk:
Tapi dia bukan hisap darah orang bersalin je, darah ayam, katak pun dia hisap kalau dia tak jumpa orang yang nak beranak

ninja9 Publish time 9-10-2011 05:21 PM

cubalah bawa berubat dgn beberapa perawat kat forum ni...hantukiller, edy, madmuallij, tunggulbatu, tepeng...mana tau serasi...tt jgn lupa update cerita...

johnazizul Publish time 9-10-2011 05:35 PM

perghhh.... thread ni pening baca.... tak tau stop ayat kay mana... bersambung2... tolon letak 'titik' byk skit ye... :P

hotskirt Publish time 9-10-2011 05:38 PM

teringat ceta amy mastura...rupa2nya masih ade lagik benda2 mcm ni....takutnya...:funk:

stryder_cats Publish time 9-10-2011 05:53 PM

fuhh betul2 ada rupanya.. ngeriii..:funk:

azzira Publish time 9-10-2011 06:06 PM

wow...!!! seramnya !!! {:3_89:}

anahana Publish time 9-10-2011 06:07 PM

:funk::funk::funk: bio betul~~~ sangat menakutkan la~~~ cube la try darulsyifa atau forumer2 kat sini~~~ mungkin boleh membantu... dan yg penting..mmg kawan ko tu mmg kene bertaubat betul2... kesian pula xmensyukuri apa yg Allah telah beri... ikhtiar dulu.. mungkin ada jalan...

As_Qein Publish time 9-10-2011 06:14 PM

alamak takotnyer..harap2 time dia jd "benda" tu dia xterpikir nak pegi HUKL tmpt wad bersalin ka..kalo xkesian org2 yg nak beranak tu abes dia kerjakan..Nauzubillah...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Kawanku Seorang Penanggal


ADVERTISEMENT