al-lavendari Publish time 21-9-2011 12:31 PM

Rindu Sengsara.

Post Last Edit by al-lavendari at 21-9-2011 12:33

RINDU SENGSARA ...!

bila lama tidak bersua
rindu kian bersarang di jiwa
di kala jaga di kala lena
wajah mu di mana-mana
kenangan bahagia datang menerpa.

ke mana hendak ku lepaskan rindu ini
yang menekan rasa
yang menyeksa raga
hinggakan nak makan pun tak ada selera.

tetapi bila diri mu sudah ku milikki
baru terasa sengsara
baru tersedar derita
baru berderai si air mata.

namun dalam sengsara ini
yang ku pilih sendiri ..
aku bahagia.

dalam derita ini
yang ku cari sendiri ..
aku rela.

dalam derai air mata ini
yang ku tempah sendiri ..
aku suka.

kerana sengsara, derita, dan air mata ini
mana boleh lawan sama ..
sambal belacan makngahnya !!!


Sumber: http://puecorgxret.blogspot.com/2009/09/rindu-sengsara.html


.
Pages: [1]
View full version: Rindu Sengsara.


ADVERTISEMENT